View: 2718|Reply: 1
|
Pusat zakat sediakan pusat dialisis di semua daerah
[Copy link]
|
|
Pusat zakat sediakan pusat dialisis di semua daerah
16-02-2007 10:25:50 PM | SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) merancang untuk membuka pusat dialisis di semua daerah di negeri ini bagi membantu pesakit buah pinggang beragama Islam yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata pusat itu akan memberi keutamaan kepada golongan asnaf atau tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan hemodialisis.
"Umat Islam yang berkemampuan juga boleh menggunakan kemudahan rawatan yang disediakan pusat itu, tetapi mereka akan dikenakan bayaran rawatan dengan kadar yang lebih rendah berbanding di tempat lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Dialisis LZS pertama di sini hari ini.
Pusat Dialisis LZS itu juga adalah yang pertama seumpamanya di negara ini yang dibina melalui sebuah pusat zakat bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan.
Pusat dialisis yang terletak di Wisma Mais Seksyen 3 di sini, mempunyai lapan mesin hemodialisis dengan kos keseluruhan pembinaan dan peralatan kira-kira RM600,000.
Ia dikhususkan kepada penerima bantuan perubatan LZS untuk mendapatkan rawatan dialisis dan setakat ini seramai 22 orang pesakit mendapatkan rawatan secara tetap di pusat dialisis itu.
Dr Mohamad Khir berkata pesakit buah pinggang yang mendapatkan rawatan dialisis di negeri ini semakin meningkat dan tahun lepas sahaja terdapat kira-kira 12,000 pesakit.
BERNAMA
tu hari masa makan kat McD ka section 2 /3 kat shah alam, nampak kain rentang pasal pusat dialisis tuh..
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...
kesenangan diagih-agih...
elok la tuu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|