CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7411|Reply: 8

Hikayat Bayan Budiman

[Copy link]
Post time 9-4-2007 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Pada suatu hari Khojah Maimun mengatakan kepada kedua unggasnya bahawa beliau  akan pergi berniaga ke negeri lain selama beberapa waktu. Maka beliau berpesan kepada unggasnya supaya menjaya isterinya yang jelita itu. Setelah beberapa lama ditinggal suaminya, Bibi Zainab merasa kesepian. Suatu hari di depan rumahnya lalulah seorang putera raja negeri itu. Zainab merasa tertarik hatinya. Begitu juga dengan putera raja tersebut. Maka Zainab pun berniat pergi menemuinya untuk memenuhi hasratnya pada malam hari. Sebelum berangkat, Zainab bertanya kepada Tiung Rencana tentang niatnya itu. Tiung menasihati Zainab untuk membatalkan niatnya kerana melanggar ajaran Tuhan. Zainab pun marah  lalu membunuh Tiung. Melihat perbuatan Zainab, Bayan pun kuatir bahawa ia juga akan dibunuh juga sekiranya menyanggah cakap tuannya itu. Maka ketika Zainab meminta pendapatnya tentang apa yang akan dilakukannyanya, Bayan pun bercerita tentang sebuah hikayat.

Zainab sangat tertarik mendengarkan cerita Bayan sehingga ia tidak sadar hari telah menjelang pagi ketika cerita itu selesai dikisahkan. Keesokan harinya, disaat Zainab berniat pergi menemui putra raja, Bayan menceritakan satu hikayat lagi dan Zainab dengan sukacita mendengarkan hingga pagi menjelang. Begitu seterusnya sehingga Zainab lupa memenuhi hasratnya untuk berzina. Bayan menuturkan sebuah kisah setiap malam kepada Zainab hingga mencapai 24 malam. Cerita berantai ini serupa dengan kisah seribu satu malam di mana sang permaisuri menuturkan berbagai cerita setiap malam sehingga sang raja lupa akan niat membunuh isterinya itu.

Kisah pertama yang didendangkan oleh  Bayan Budiman adalah tentang burung yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar.

Alkisah seorang saudagar di negeri Istanbul pergi berlayar meninggalkan isterinya. Sang isteri pun lalu berzina semasa peninggalan suaminya itu. Ketika suaminya pulang, sang suami mengetahui perbuatan isterinya. Maka mereka sering bertengkar.Isterinya mendapat tahu bahawa burung itulah yang memberi tahu perbuatan terkutuknya itu kepada suaminya.Isteri saudagar berdendam kepada burung itu. Ketika sang suami pergi ke pasar, ditangkapnya burung itu dan dicabutnya bulu di seluruh badan si burung. Lalu burung itu pun bersembunyi di dalam saluran air. Isteri saudagar menyangka burung itu telah mati. Ketika suaminya pulang, ia berpura-pura menangisi burung itu yang dikatakan telah dimakan kucing. Saudagar itu tidak percaya dan setelah disiasat lalu diusirnya isterinya itu dari rumah. Isteri saudagar pergi berteduh di kubur seorang syekh dan membersihkan kubur itu setiap hari sambil berdoa agar beliau kembali kepada suaminya. Sementara itu, si burung yang telah kehilangan bulu  akhirnya pulih kembali. Bulu-bulu telah tumbuh di badannya lalu terbang ke kubur tempat isteri saudagar itu tinggal. Di sana si burung bersembunyi di balik nisan dan berbicara seolah-olah si syekh yang mendengar doa-doa si isteri saudagar. Isteri saudagar itu menyesal telah berzina dan berjanji untuk tidak berzina lagi serta ingin kembali kepada suaminya. Maka si burung itu pun pergi kepada saudagar dan mengatakan bahwa dirinya dirawat oleh isteri saudagar setelah seekor kucing berusaha menangkapnya sehingga bulu-bulunya tercabut. Setelah mendengar cerita si burung itu, saudagar itu merasa telah berbuat dosa kepada isterinya yang tidak bersalah. Ia lalu menyusul ke kubur syekh itu dan meminta maaf kepada isterinya serta mengajaknya pulang kembali.

Kisah pertama ini merupakan pemberi nasihat awal kepada Zainab untuk menghalangnyaberzina. Setelah mendengar cerita tersebut,cubaan Zainab untuk menemui Putera Raja tersebut terbatal kerana hari telah siang dan takut diketahui umum. Pada malam-malam berikutnya, Zainab sangat tertarik mendengar cerita Bayan Budiman sehingga ia sendiri memaksa si Bayan untuk bercerita meskipun Bayan memancing Zainab supaya mengunjungi putra raja. Ini menunjukkan bahwa pesan yang disampaikan cerita-cerita si Bayan Budiman memberikan penganjaran yang berharga kepada Zainab.

Kisah ke-24 dari hikayat ini mengenai Puteri Laut. Alkisah seorang raja Hindustan bernama Gair Malik yang mempunyai dua anak laki-laki bernama Sahil dan Naim. Walaupun Isteri baginda  telah meninggal tujuh tahun yang lalu, Baginda masih lagi keseorangan. Suatu hari, Gair Malik bermimpi bertemu seorang putri cantik rupawan yang muncul dari dalam laut.Baginda meminta kepada kedua puteranya untuk mencari puteri itu untuk dijadikan isteri Baginda. Sahil dan Naim pun berlayar ke negeri seberang. Dalam perjalanan, ribut taufan telah menghancurkan kapal mereka. Sahil terselamat , sementara Naim hilang didalam kemalangan tersebut. Sahil  pulang ke istana dengan berita sedih. Sebenarnya  Naim selamat dan mendarat di sebuah negeri. Ia bertemu dengan seorang syeikh dan menceritakan hajat perjalanannya. Syeikh itu memberitahu bahwa puteri itu adalah Puteri Raja Jin Afrit yang sedang berperang dengan Raja Jin kafir Arkas. Syekh mengajar Naim dengan doa taju's-Sulaiman untuk menghadapi jin itu. Didalam perlawanan itu, Naim berjaya mengalahkan Raja Jin kafir Arkas sehingga Raja Jin Afrit mengucapkan terima kasih dengan menyerahkan puterinya untuk dipersunting oleh ayahanda Naim. Setelah perkawinan tersebut, hubungan kedua kerajaan jin tadi menjadi sangat baik, tidak ada lagi peperangan, masing-masing menghormati diantara satu sama lain.Moral yang ingin disampaikan kisah ini adalah pertama, anak haruslah patuh dan hormat kepada orang tuanya, serta agar saling hormat kepada sesama manusia malah dengan makhluk lain.

Setelah kisah ke-24 ini, Khojah Maimun akhirnya pulang ke negerinya. Dengan berteman nasihat Bayan, Zainab bersabar menunggu kedatangannya. Maka ketika Khojah Maimun pulang dari pelayaran , Zainab tidak pernah berzina dan suaminya berasa terharu dengan kesetiaan isterinya itu. Sebagai bentuk ucapan terima kasih kepada Bayan, Zainab memohon kepada suaminya untuk melepaskan Bayan agar dapat kembali kepada anak isterinya di hutan. Namun demikian, Bayan tetap mengunjungi kedua suami isteri itu setiap enam hari sekali.


Nota

Kalau korang ada buku HIKAYAT BAYAN BUDIMAN , jual lah kat aku sebab buku kesayangan aku ni dah hilang dalam simpanan..Tak tahu camne boleh hilang ..sedih woo!!!! kisah klasik camnih dah tak ada dipasaran..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2007 09:51 AM | Show all posts
aku penah bace buku nih...
mase tu skolah rendh, pinjm kat library..
best sgt, aku suke..ade la dalam 5 kali kot aku pinjm buku nih..
kalo ade jmp kat kedai confirm aku bli..
citer2 yg si bayan citerkn kat zainab sumer menarik dan berpengajaran...
tp aku x dpt le nk tlg ko..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2007 02:21 PM | Show all posts

Reply #2 kyoko_asouka's post

memang best....cerita Hikayat Bayan Budiman nih sama seperti Hikayat Boyan Budiman dan Hikayat Tiung Bertuah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 04:04 PM | Show all posts
boyan budiman?
x sama ke dgn bayan budiman?citer yg berlainan eh?
xde la,bunyik cam same jer...
anyway, x penah lak bace yg lg 2 tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 12:27 AM | Show all posts

Reply #4 kyoko_asouka's post

boyan budiman :hmm:
cam pelik je bunyinye

faza,
hang jumpa kat mana buku boyan nie
:jeling:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2007 10:07 AM | Show all posts

Reply #5 NickyAzrai's post

Hikayat Bayan Budiman ni ada banyak versi seperti yg aku bagitau kat atas tu..Cuma tajuk jer berlainan... Ada juga yg bertajuk Hikayat Khojah Maimun... Cerita sama jer...Tapi aku lebih suka baca versi Hikayat Bayan Budiman sebab ceritanya mmg detail.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2007 02:04 PM | Show all posts
bukukan je apa yg kau taip tu faza. :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by fazamania at 9-4-2007 12:11 PM
Pada suatu hari Khojah Maimun mengatakan kepada kedua unggasnya bahawa beliau  akan pergi berniaga ke negeri lain selama beberapa waktu. Maka beliau berpesan kepada unggasnya supaya menjaya ister ...



so,maner dapat sinopsis nih???? mmg teringat balik r kt buku2 cerita yg pernah saya pinjam kt library zaman sekolah rendah dulu...........kalo ader yg menjual pon rasanya saya teringin jugak nk beli....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2007 02:00 PM | Show all posts

Reply #8 blue^panther's post

Sinopsis nih aku cari dlm internet dan update dlm blog setahun lepas... ahaks!!


nih , baru aku jumpa dlm MPHONLINE :-   


Tapi x pasti lak , ianya sama dengan Hikayat Bayan Budiman...Takde sinopsis tuh...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.076628 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list