View: 6998|Reply: 29
|
Perlukah tukar nama-nama ala penjajah yang masih diguna pakai?
[Copy link]
|
|
Pertukaran nama-nama ala penjajah
SATU berita menarik dari Durban, Afrika Selatan baru-baru ini ialahmengenai penukaran nama jalan. Penduduk bandar tersebut khususnyamasyarakat India memprotes tindakan pihak berkuasa menamakan satu jalansempena dengan nama Mahatma Gandhi, pejuang kemerdekaan India.
Mereka memprotes bukan kerana tidak sukakan Gandhi yang menghabiskanmasa mudanya di Afrika Selatan sebagai seorang peguam. Mereka jugamemprotes bukan kerana Gandhi rakyat India atau orang asing.
Sebaliknya mereka menentang kerana pihak berkuasa bandar tersebutmenamakan sebatang jalan raya yang terkenal dengan sarang pelacuran danmaksiat sempena dengan nama Gandhi.
Mereka menganggap tindakan tersebut menghina Gandhi, bapa kepada dasarperjuangan tanpa kekerasan yang menjadi ikutan jutaan pejuang hak asasidi dunia seperti Martin Luther King dan Dalai Lama.
Apa yang tersirat di sebalik protes ini ialah sekiranya kita hendakmenukar sesuatu perkara biarlah yang lebih baik. Paling penting setiappembuat dasar hendaklah pakar dalam berbagai segi dan mempunyaipandangan jauh.
Tindakan menukar nama-nama jalan, bangunan, sekolah dan sebagainya yangdikira berbau penjajah kepada nama-nama tempatan merupakan amalan biasabagi negara-negara yang pernah dijajah.
Namun satu perkara yang tidak dihapuskan sebaliknya diterima dandimegahkan ialah tentang bahasa penjajah. Bahasa-bahasa Inggeris,Perancis, Sepanyol dan Portugis menjadi bahasa rasmi atau bahasa keduadi banyak negara-negara dunia ketiga.
Di Malaysia, proses penamaan semula nama-nama ala penjajah inihampir-hampir selesai. Hanya tinggal beberapa jalan, sekolah, hospitalatau bukit yang masih menggunakan nama penjajah.
Tidak dinafikan ada antara peninggalan penjajahan tersebut berkaitrapat dengan sejarah negara. Ini jelas dari segi kebudayaan orang-orangketurunan Portugis di Melaka. Namun kita menerima kebudayaan tersebutsebagai sebahagian dari warisan kita.
Begitu juga dengan langkah membina semula tembok peninggalan penjajahdi Melaka atas alasan ia boleh menjadi tarikan pelancong (dan wang)serta dari aspek sejarah.
Baru-baru ini kedengaran pula gesaan seorang ahli Parlimen supaya namaSekolah Henry Gurney di Melaka ditukar. Alasannya supaya ia memberimotivasi kepada pelajar-pelajar apabila keluar kelak.
Bagaimanapun, apa yang jelas sekolah tersebut dengan namanya yangberbau penjajah telah mengasuh ribuan pelajar-pelajar yang bergunakepada masyarakat sejak ditubuhkan tahun 50-an.
Begitu juga dengan Sir Henry Gurney bekas Pesuruhjaya Tinggi British.Beliau terkorban dalam satu serang hendap pengganas komunis dalamperjalanan ke Bukit Fraser bulan Oktober 1952.
Mungkinkah tidak lama lagi nama-nama sekolah seperti King Edward VIITaiping, Victoria Institution, King George V, St. Xaviers, Anderson danlain-lain akan lesap dari lipatan sejarah?
Bagi penulis sendiri Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping masihterlalu dekat di hati. Di situlah penulis mula-mula belajar bahasaInggeris ketika memasuki remove class tahun 1960.
Oleh kerana penulis tinggal di kampung yang jauhnya 23 batu dari bandarTaiping dan belum ada perkhidmatan bas terus dari kampung, penulisterpaksa berbasikal seorang diri ke bandar kecil berdekatan di awalpagi sejauh 3 batu untuk menaiki bas.
Kalau difikir-fikirkan macam tidak percaya. Bagaimana penulis begituberani berbasikal mengharung hutan belukar sedangkan ketika itu barusahaja memasuki 13 tahun. Sementara menggunakan lampu suluhmenggantikan lampu basikal.
Tetapi yang paling penting ialah di segi sejarah. Ribuan pelajardihasilkan oleh sekolah-sekolah dengan nama penjajah ini. Malahan ramaiantaranya merupakan pejuang-pejuang kemerdekaan, pembesar-pembesarnegara dan pentadbir.
Bercakap fasal penamaan semula jalan-jalan rasanya Lorong Haji Taib diKuala Lumpur juga patut ditukar. Lorong tersebut merupakan lorongmaksiat dan tidak sesuai mengambil sempena seorang haji.
Sejak kebelakangan ini beberapa gedung perniagaan, jalan-jalan dankawasan perumahan diberi nama asing yang tidak ada kena-mengena dengansejarah Malaysia. Namun kita begitu selesa dengan nama-nama ini. Iaseolah-olah memberi gambaran tentang negara Malaysia yang maju.
* DATUK MUHAMMAD ALIAS ialah bekas diplomat kini menetap di Amerika Syarikat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu kat pulau pinang...bandar georgetown dgn butterworth pun patut diubah... |
|
|
|
|
|
|
|
eh, nak tahu gak...
nama georgetown dan butterworth tuh di amik sempena apa ye? |
|
|
|
|
|
|
|
geogetown tu tak silap sempena nama raja british king george |
|
|
|
|
|
|
|
oohhh
tu lah..nak tahu gak
atas sebab atau sempena apa
nama2 tu digunakan.
boleh belajar sejarah skit.
hehe  |
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku...yang kat putrajaya tu banyak bahasa omputih..
setidaknya bukan nama penjajah tapi ideologi...
la ni nak serang guna ideologi la.huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 kawasakininja's post
dah tukar balik kan? skang dah takde guna lagi parcel...dh tukar kompleks. tp kompleks tu pon asal perkataan omputeh gak. 
tp perkataan precint masih guna lg rasanya. |
|
|
|
|
|
|
|
elok ikut mcm kat new zealand...skang guna dwibahasa utk nama2 tmpat derang... nama asal(english) kekal..tp bagi nama baru dlm bhs maori. tp tktaula sesuai ke tak kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
x perlu tukar... nie aa masanya kita pijak2 jln tu.. hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah la tukar.. biar org ingat sejarah |
|
|
|
|
|
|
|
Ijad sokong semua nama-nama tmpt di M'sia yg dlm bahasa Inggeris & nama2 ala penjajah (yg dinamakan oleh penjajah) ditukar kepada nama-nama dalam bahasa Melayu dan berbunyi keMalaysiaan...
daulatkan bahasa kebangsaan kita dan hargailah tokoh2 kelahiran negara kita... abadikan nama2 mereka yg layak pada nama2 tmpt sebagai penghargaan terhadap jasa mereka terhadap negara...spt nama2 tokoh sejarah, tokoh pejuang negara, tokoh pemimpin M'sia yg byk berjasa kpd negara dll.....
Cuba korg pkir, Georgetown tu dinamakan sempena nama King George III... buat apa kita nk berbangga dgn nama sorg raja yg bukan raja negara kita? dah la King George III tu raja pd negara yg menjajah negara kita.... baik kita tukar pd nama raja2 Melayu lebih baik....
[ Last edited by ijad_adiputera at 10-5-2007 10:41 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pisang69 at 10-5-2007 11:03 AM
tu kat pulau pinang...bandar georgetown dgn butterworth pun patut diubah...
Georgetown tu patut diubah namanya kepada 'Tanjung'. Org-org Melayu Utara (P.Pinang, Kedah dan Perlis) tak panggil bandaraya tu sbgai 'Georgetown' tp dorg panggil 'Tanjung', sbb bentuk tmpt tu seperti sebuah tanjung. Kalau org Melayu dari negeri lain mai singgah Utara, depa duk pusing kepala sbb depa tak paham apa org Utara duk kalut ckp "nk pi Tanjung"... Depa dok pikiaq apa bendanya 'Tanjung'tu....hehehehe ...
Originally posted by sayangidaku at 10-5-2007 04:59 PM
elok ikut mcm kat new zealand...skang guna dwibahasa utk nama2 tmpat derang... nama asal(english) kekal.. tp bagi nama baru dlm bhs maori. tp tk taula sesuai ke tak kat sini.
Ijad rasa x sesuai la... kalo yer pon New Zealand guna dwibahasa utk nama tmpt, rasanya itu sbb kerana politik dalaman mereka.. org putih kt sana kan sbnrnya asalnya penjajah yg menjajah negara bangsa Maori.. byk nama tmpt kt New Zealand tu asalnya dalam bahasa Maori tp ditukar ke nama Inggeris... demi menjaga keamanan antara kaum pendatang & kaum Maori, nama2 tmpt di NZ terus kekal dlm nama Inggerisnya tp nama2 Maori KONONNYA turut 'dikekalkan' demi keharmonian kaum... korg paham2sendiri la kan...
Originally posted by fairy_hobbit at 10-5-2007 07:32 PM
tak payah la tukar.. biar org ingat sejarah
Tak bermakna bila dh tukar, org x ingat sejarah... semua nama2 tu akan ttp kekal dalam sejarah disamping nama barunya...
[ Last edited by ijad_adiputera at 10-5-2007 10:37 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
georgetown = bandar george....
alih bahasa balik dah la....
ok jugak tu....
[ Last edited by speedmaster at 11-5-2007 01:27 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 ijad_adiputera's post
one point tho on practical point of view... to even change the name would be a nuisance.. for companies.. nak kena tukar registered address and file form with SSM.. that will increase administrative duties... nak kena print card baru, nak kena inform clients lagi, menyusahkan betul. kalau kawasan perumahan nak tukar lantak la.. tp not kat commercial district. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 fairy_hobbit's post
bab ni saya 100% setuju...
memang menyusahkan....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fairy_hobbit at 10-5-2007 07:32 PM
tak payah la tukar.. biar org ingat sejarah
itu yang tingin nak tahu tu..
sejarah yang kait mengait kenapa nama itu diabadikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya kurang setuju kalau nak tukar. sebab semua tu adalah sebahagian sejarah negara kite. dengan menukar nama bermakna kite menafikan sejarah.
bukanye kite mengagungkan king george ke-3 (georgetown) atau king edward ke-7 atau king george ke-5 (sekolah) tapi kerana ia diberi nama sebegitu bagi mengenangkan pemerintah atau pertabalan raja pada masa sekolah itu dibina.
dekat kl masih lagi ada jln venning, jln spooner, jln fletcher. tetapi sudah tiada jln campbell, jln weld, jln birch.
ada jugak nama dah diterjemahkan seperti :-
jln gereja - church street
jln bandar - high street
jln melaka - melaka street
jln pekiling - circular road
jln raja muda - princess road
jln sultan - king street
medan pasar - market street
jln silang - cross street
sejarah merupakan guru terbaik - kalau kite lupa akan sejarah bermakna kita bakal mengulanginye - 'those who ignores history tends to repeat it'
bg tidak melupakan pejuang tanahair kite masih byk boleh kite lakukan sperti tukar nama sekolah seksyen 3 kpd sekolah dato bahaman. menamakan jln baru atau lebuhraya baru. bangunan baru (komtar). bandar baru (putrajaya,bandar sultan sulaiman, gohtong jaya) atau jambatan baru (jambatan sultan idris). dekat sg ramal ada sekolah lt adnan, dekat alor gajah dah ada sekolah dol said etc.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku tak perlu...bukan nak mengenang atau mebanggakan penjajah..tapi sebab praktikal..Benda dah lama dah sebahgian sejarah, biar aje le....
Lain la ada sekolah baru siap 2-3 bulan lepas diberi nama Sekolah Queen Elizabeth...baru la tak kena! |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah la...
saya suka sebab unik dan mesti ader sejarah tersendiri di sebalik satu2 nama... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak setuju, saya rasa nama omputeh menambah the 'romance' dan 'enchantment' sesebuah tempat itu...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|