View: 42969|Reply: 19
|
penyakit sopak apa ubat nya dan di mana boleh di temui.
[Copy link]
|
|
Kawan semua, akak berharap dapat kalian semua menolong utk mendapatkan rawatan bagi penyakit sopak dan di mana boleh akak temui. Bantuan anda amat akak hargai. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin yg maksudkan vitiligo...dah dibincangkan dlm forum yg lepas. First line treatment masih guna steroid cream. Tapi hati2 guna steroid cream ni...jangan terlalu tebal...bila nampak merah pada kulit kena berhenti sementara dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
T.Q ZZ, akak actually kurang arif pasal penyakit ni. Akak pernah tengok mcm mana penyakit ni mula memakan sel kulit kita dan menjalar semakin besar. akak berharap kalau zz dapat membantu dimana boleh akak mendapatkan steroid cream. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat farmasi ada...betamethasone cream |
|
|
|
|
|
|
|
penyakit sopak ni act. penyakit berjangkit ke,penyakit keturunan ke atau kanser kulit? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 maksimrvica's post
setau aku la... penyakit sopak @ vitiligo ni bukanlah penyakit berjangkit. nKau boleh pegang, sentuh atau kucup tangan orang yang kena penyakit ni.. insyaAllah nkau tak kena.
Penyakit ni menyerang sel2 melanin iaitu sel yang memberikan warna pada kulit kita. Kalau tak salah, satu antara penyebab penyakit ni adalah genetik..
Tak ingat sangat la sbab aku blajar masa kat U dulu, kalau bab gigi2 aku fasih la..
Satu perkara yang aku ingat, Michael Jackson mengaku kononnya mengidap penyakit ni kat seluruh badan dia... tu yang dah jadi putih tu.... (padahal aku dok ingat dia wat bleaching.. ntah arr.. ) |
|
|
|
|
|
|
|
Penyebab sebenar vitiligo belom lagi dikenalpasti. Selain dari genetik, ada juga yg mengatakan ia disebabkan oleh autoimmune...dimana tubuh membentuk sejenis protein yg dipanggil cytokines. Protein ini merosakkan sel2 melanocytes yg membentuk melanin . Ada juga teori mengatakan melanocytes ni merosakkan dirinya sendiri...self destruction. Jika parents ada vitiligo...kemungkinan anak2 mendapat penyakit ni 5-7%. Statistik mereka yg mengidap penyakit ni diseluruh dunia 0.5-1.0%
Selain steroid cream, ada beberapa option lain utk mengubat penyakit ni saperti psoralen, skin graft, melanocytes implantation dan depigmentation (spt Michael jackson buat). |
|
|
|
|
|
|
|
zerozone, kalau akak on wafarin boleh ke akak guna steroid cream ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kata akak cuba rawatan di bawah ni: AYURVEDIC & HOMEOPATHY SPECIALIST Vaidya Dr Luqman Selva Ph.D Unit 1.36, 1st Floor, The Summit USJ, Persiaran Kewajipan, USJ 1, You or your relative have this health problem?? Diabetes, blood pressure, joint pain, hair loss, stroke, kidney prob, asthma, skin problem, proriasis, epilepsy, cholesterol, spinal problem, gastric, migraine, childless, man sexual problem, HIV & other health related problem, pls call him for make appointment. |
|
|
|
|
|
|
|
luqman wellness centre 014 6332307, the summit usj ade rawatan homoepathy....ayurveda & homoepathy actually....really effective...papayaz Post at 29-11-2009 10:24
yes this doctor is very good. Last week I met him and now I'm regaining my health. Thanks God. |
|
|
|
|
|
|
|
sopak tu macam mana ye... Ada gambar x.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Akak boleh dapatkan penawar sopak di sini.
Insyaallah penawar ini berkesan untuk merawat penyakit tersebut.
Terima Kasih |
|
|
|
|
|
|
|
nak rekomen tt bsy enzim noni pati mengkudu, nak citer ckit..kwn teman sopak 17thn settle ngn ubat murah ni (RM40/sebotol) ni jer..roger kalo nak cuba ye, 012-283 2092 |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanakah penyakit sopak boleh terjadi dan adakah cara untuk mengubatinya?
Penyakit sopak atau vitiligo merupakan masalah pigmentasi di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen (yang dipanggil melanosit) di kulit, membran mukosa (tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di kawasan-kawasan genital dan rektal) dan retina (lapisan dalam mata), dimusnahkan.
Ini menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa tempat di badan. Rerambut yang tumbuh di kawasan terbabit turut menjadi putih.
Punca penyakit vitiligo ini tidak diketahui tetapi para doktor serta para penyelidik mempunyai beberapa teori tersendiri. Antaranya:
- Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit sendiri
- Kemusnahan melanosit dengan tersendiri
- Ada kajian yang menunjukkan, sesetengah kejadian seperti sunburn atau tekanan emosi boleh menyebabkan timbulnya penyakit vitiligo.
Epidemiologi
- Anggaran satu hingga dua peratus penduduk dunia (40 hingga 50 juta orang) menghidapi vitiligo
lSebanyak 95 peratus pesakit menghidapi vitiligo sebelum mencecah usia 40 tahun
lVitiligo menyerang individu tanpa mengira kaum atau jantina
lIndividu yang menghidapi penyakit autoimun (penyakit di mana sistem daya ketahanan seseorang individu bertindak ke atas tisu dan organnya sendiri) lebih berkecenderungan untuk mendapat masalah ini
Contoh penyakit autoimun adalah seperti hipertiroidism (kelenjar tiroid yang terlalu aktif) dan anemia pernicious (kekurangan sel darah merah disebabkan oleh kegagalan penyerapan vitamin B12).
- Vitiligo juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan walaupun ia tidak dapat dibuktikan.
Apakah tanda-tanda vitiligo?
Orang yang menghidapi vitiligo akan mula-mula menyedari kehadiran tompoktompok putih pada kulit.
Tompok-tompok ini selalunya berlaku di kawasan-kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti pada bahagian tangan, kaki, lengan, muka dan bibir. Ia juga boleh terjadi di ketiak, sekeliling mulut, mata, lubang hidung serta organ seks.
Tiada siapa pun boleh meramalkan sama ada vitiligo seseorang itu akan merebak atau sebaliknya.
Penyakit ini selalunya bersifat progresif di mana tompok-tompok putih ini boleh merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain setelah beberapa lama. Ada kalanya kadar merebak ini laju tetapi ada kalanya perlahan.
Bagaimanakah caranya untuk merawat vitiligo?
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengembalikan fungsi kulit serta memperbaiki rupa seseorang individu itu. Rawatannya selalu mengambil masa yang lama, di antara enam hingga 18 bulan (sesetengah kes mungkin lebih lama) dan mungkin melibatkan rawatan perubatan, pembedahan atau terapi tambahan
Rawatan medikal
- Terapi sapuan steroid: Berguna jika steroid ini digunakan pada peringkat awal. Steroid ini selalunya disapu pada tompok-tompok putih selama tiga bulan sebelum dapat dilihat keberkesanannya
- Fotokemoterapi psoralen (Psoralen serta penggunaan ultraviolet A): Terapi ini antara yang berkesan tetapi memakan masa serta mempunyai kesan sampingannya.
Psoralen merupakan bahan kimia yang akan bertindak balas dengan lampu ultraviolet untuk menyebabkan penghitaman kulit. ia didatangkan dalam bentuk sapuan atau oral.
i) Fotokemoterapi psoralen sapuan: Digunakan untuk individu di mana depigmentasi adalah kurang dari 20 peratus tubuh badan.
ii) Fotokemoterapi psoralen oral (makan): Digunakan untuk individu di mana depigmentasi adalah lebih dari 20 peratus anggota badan
- Depigmentasi: Terapi ini melibatkan pemutihan bahagian badan yang normal supaya dapat menyamai kawasan tompoktompok putih.
Selalunya digunakan untuk individu yang mempunyai vitiligo di lebih 50 peratus anggota badan. Bahan kimia seperti monobenzylether digunakan bagi tujuan ini.
Rawatan pembedahan
Masih di peringkat kajian tetapi mungkin melibatkan:
- Graf kulit secara autologous: Proses ini melibatkan pemindahan kulit daripada bahagian anggota seseorang individu yang pigmentasinya normal kepada badannya sendiri yang mempunyai tompok-tompok putih
- Graf kulit menggunakan blister: Bahagian atas blister yang dihasilkan di bahagian badan individu yang normal dipindahkan kepada bahagian depigmentasi individu yang sama
- Pigmentasimikro: Pigmen diimplan atau ditanam ke dalam kawasan kulit menggunakan alat pembedahan khas
- Pemindahan melanosit secara autologous: Masih di peringkat eksperimen dan melibatkan proses pertumbuhan melanosit di makmal dan memindahkan melanosit yang telah berganda ini ke bahagian badan yang tiada pigmen.
Rawatan tambahan (adjunktif)
- Penggunaan pelindung matahari (sunblock)
- Kosmetik
- Kaunseling: Membantu seseorang individu untuk menempuhi penyakit ini melalui sokongan moral serta kaunseling.
Apakah kajian yang sedang dilakukan untuk penghidap vitiligo?
Para doktor dan saintis sedang mengkaji vitiligo ini dengan meluas dan antaranya melibatkan kajian tentang pemindahan melanosit secara autologous serta mengenal pasti gen yang menyebabkan berlakunya penyakit ini. |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun ada penyakit sopak nie, kat area hidung & bibir bahagian atas.. Dah byk skin specialist saya jumpa seme ckp xde ubat utk penyakit nie.. cuma bagi cream protopic ointment 0.1% & cetaphil sun block (spf 50).. try jer la...; lum nampak apa2 perubahan bulan nie dh 2 bulan saya guna cream nie, dr. bg 3 bln utk tgk perubahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# fida75
amik dari mana ubat nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# anuar
dari doktor skin specialist; dia soh guna within 3 months after that tgk progress ok ke x? dr. ckp saya terlalu byk ambil protein than protein tu dh makan sel dlm badan saya, now kena avoid makan yg bnyk protein cam tauhu, soya, tempe... tah lah tgk cam sama jer, tp spot tu kadang cerah kadang tak... |
|
|
|
|
|
|
|
semalam (26/7) seorang studen UKM datang mendapatkan rawatan dengan Vaidya Dr Luqman - Ayurvedic Specialist. Kawasan yg terdapat sopak adalah sekitar muka dan tangan serta kaki. Mengikut kata studen ini, keturunan beliau mmg ada penyakit ini iaitu nenek beliau. Antara faktor ianya merebak dengan cepat adalah kerunsingan. Vaidya Dr Luqman akan membekalkan ubat herba (berbentuk kapsul) dan krim untuk disapu di bahagian terdapat sopak. Maklumat lanjut boleh layari facebook:- http://www.facebook.com/pages/Lu ... tre/377645228950903
http://www.tonton.com.my REMEDI TV9 episod 4 & 5
|
|
|
|
|
|
|
|
SOPAK atau LEUCODERMA / VITILIGO
Penyakit ini bukanlah satu penyakit berjangkit tetapi dipercayai sebagai penyakit keturunan walaupun kadangkala ianya sukar dibuktikan. Pesakit tidak akan merasa sakit atai ketidak selesaan kecuali permukaan kulitnya itu akan berubah warna kepada warna cerah atau kadangkalanya kemerahan.
Tiada sesiapapun tahu kenapa penyakit ini terjadi tetapi rawatan Ayurveda secara konsisten dan fikiran yang positif dapat mengurangkan serta merawat masalah ini dengan berkesan.
Tidak ada rawatan sekelip mata untuk mengatasi masalah ini. Pesakiti perlu mengambil rawatan Ayurveda di pusat rawatan kami sekurang-kurangya setahun sebelum hasilnya dapat dilihat.
Kami di LUQMAN AYURVEDIC HERBS CENTRE... Maklumat lanjut sila ke facebook kami: http://www.facebook.com/luqman.ayurvedic |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ramai yang belum mengetahui kehebatan produk SNE dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan individu, dan Kapsul SNE telah membantu beribu-ribu individu berpenyakit kronik mendapatkan kembali kesihatan mereka dan pesakit-pesakit ini membina kembali kehidupan mereka.Berasaskan Buah Seabuckthorn yang mengandungi lebih dari 200 vitamin & mineral yang digabungkan bersama 27 makanan berkhasiat. 100% bahan semulajadi, rawatan selamat, berkesan, tempoh pemulihan yang singkat, tiada kesan sampingan dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan HALAL.Ikhtiar kepada penyakit anda atau ahli keluarga hadapi..........
berminat atau sebarang pertanyaan boleh terus ke:
www.produksne.com.my |
|
|
|
|
|
|
| |
|