CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2434|Reply: 3

Graduan digalak pula kerja di luar negara

[Copy link]
Post time 12-6-2007 11:14 PM | Show all posts |Read mode
Terasa janggal pula dengan kenyataan Datuk Adham hari ni.
Graduan digalakkan kerja diluar negara.
Bukan suatu ketika dahulu, kerajaan sedaya upaya hendak menarik semula graduan-graduan kita yang telah berjaya pulang ke tanah air ?
Sekarang dah terbalik pula. Adakah ini petanda bahawa peluang pekerjaan di dalam negara (terutamanya yg sesuai dengan kelayakan graduan) semakin berkurangan?
Apa sudah jadi dengan program menarik rakyat kita yg berkerja di luar negara kembali ke tanahair untuk memberi sumbangan kepada rakyat (kononnya)?


Graduan digalak kerja luar negara
12-06-2007 03:15:43 PM
PETALING JAYA:  Graduan di negara ini digalak menimba pengalaman kerja di luar negara untuk meningkatkan tahap kemahiran masing-masing.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba, berkata bahawa untuk itu, syarikat multinasional termasuk yang berpangkalan di luar negara, hendaklah menyertai pameran kerjaya dan pendidikan yang dianjurkan di Malaysia untuk membuka lebih banyak peluang kepada graduan untuk merealisasikan impian mereka bekerja di luar Malaysia.
"Bekerja di luar negara adalah satu kehebatan dan satu permulaan untuk kerjaya yang lebih baik dan memberikan pengalaman yang luas untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Kerjaya dan Pendidikan MY 2007 di sini hari ini.
Adham berkata pameran seumpama ini merupakan batu loncatan untuk graduan memperoleh kerjaya yang relevan dengan kelulusan mereka, sekali gus mengurangkan masalah pengangguran dalam kalangan golongan berkenaan.
Pameran tiga hari dari 17 hingga 19 Ogos tahun ini di Pusat Pameran Mid Valley Megamall akan menyenaraikan lebih 10,000 peluang pekerjaan di beberapa negara sekitar Asia Pasifik. BERNAMA

[ Last edited by  CoolSurfer at 12-6-2007 11:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2007 11:30 PM | Show all posts
Lihatlah saja CHINA kebanyakan rakyatnya yg terpelajar berhijrah ke negara2 barat terutamanya di US, dan anda boleh lihat sekarang bagaimana ekonomi,bidang industri dan teknologi mereka makin berkembang hinggakan boleh bersaing dengan US sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 08:05 AM | Show all posts
itu hari org keje kat o/sea sibuk panggil2 suh balik
la ni suh pegi plak
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2007 10:42 AM | Show all posts
klu negara lain, soh belajar ke luar negara..tp lps tu balik negara sendiri lps dpt ilmu..

tp klu rkyt mesia ni,klu dah ke luar negara,dah xigt2 nak balik..

sedangkan niatnya utk biar ilmu penuh di dada kat luar negara,then curahkan kat mesia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.050434 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list