View: 3370|Reply: 6
|
Eh! Wat Yu Talking - Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas
[Copy link]
|
|
Rangkaian cerita jenaka MelayuOleh Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas
PADA bulan Jun yang lepas, selepas berbulan-bulan mengimbas serta mengumpul cerita-cerita jenaka yang telah diriwayatkan kepada saya oleh ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat saya, cerita-cerita jenaka yang telah diriwayatkan kepada mereka melalui rangkaian budaya mereka, telah saya himpunkan di dalam sebuah buku bertajuk Eh! Wat Yu Talking, yang seterusnya diterbitkan oleh pihak Malaysian Publishing House (MpH).
Sesungguhnya, sejumlah besar cerita-cerita tersebut dikongsi oleh ramai budaya dan tradisi, khususnya di antara mereka dari dunia Islam.
Di negara-negara Arab contohnya, tajuk-tajuk cerita yang dikongsi bersama di dalam kebanyakan cerita jenaka dan cerita yang mencerminkan peringkat asas- asas akhlak, biasanya melibatkan seorang bernama Juha; di negara-negara di mana bahasa Farsi merupakan bahasa perantaraan di mana tajuk-tajuk cerita tersebut tidak berubah, melibatkan seorang yang bergelar Mulla Nasruddin; di negara-negara di mana bahasa Turki merupakan bahasa perantaraan cerita-cerita jenaka dan yang mencerminkan peringkat asas-asas akhlak itu tadi melibatkan seorang yang dikenali sebagai Hoca Nasruddin.
Di negeri-negeri Tanah Melayu pula di mana bahasa perantaraan merupakan bahasa Melayu, nama-nama masyhur seperti Pak Pandir dan Abu Nawas biasanya dikaitkan dengan cerita-cerita jenaka, cerita-cerita kelakar yang bernas, dan cerita-cerita yang mencerminkan perangkat asas-asas akhlak.
Walaupun sebenarnya himpunan cerita-cerita jenaka yang telah diterbitkan itu tadi tidak boleh dianggap sebagai kepunyaan mana-mana pihak, bangsa ataupun budaya, saya telah menyifatkan cerita-cerita jenaka yang terkandung di dalam buku tersebut sebagai jenaka Melayu disebabkan cerita-cerita tersebut wujud di negeri-negeri Tanah Melayu, apatah lagi saya menanggap diri saya sebagai seorang Melayu menurut takrif 慚elayu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
errr...is it odd...KP IKIM tulis buku jenaka? |
|
|
|
|
|
|
|
tiba2 rasa nak beli buku ni hehehe.......tak penah2 aku beli buku. Last dulu beli buku zaman studi dulu hehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru beli utk anak2x aku.
kelakar.
ayat guna simple english.
mudah anak2x aku nak paham. |
|
|
|
|
|
|
|
Info: Eh! WaT Yu Talking?
Karya: Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas
Tebal: 113 halaman
Penerbit: MPH Group Publishing Sdn Bhd
Harga: RM12.90
Bintang: ***
EH! Wat Yu Talking? karya Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas yang digarap berdasarkan kisah jenaka Melayu lama, Pak Pandir, berjaya mencuit hati hasil kebijaksanaan pengarangnya mengadun antara nilai baru dan lama.
Naskhah berkenaan dicetak sebanyak 3,000 pada Jun lalu dan 2,000 naskhah lagi pada bulan ini memuatkan 79 jenaka pendek mampu tampil sebagai bahan bacaan tidak lapuk dek hujang, tak lekang dek panas kerana watak utama dalam cerita ini sentiasa mendapat perhatian khususnya masyarakat Melayu.
Dr Syed Ali mengangkat Pak Pandir, watak bodoh alang, tetapi cerdik dalam menangani apa saja perangkap yang sengaja dikenakan kepadanya hingga buku nyata sarat mesej mengenai kekayaan dan kehalusan pemikiran orang dulu dalam menangani masalah dan rintangan mendatang.
Kiasan yang membiaskan kecerdikan Pak Pandir yang tidak mungkin terfikir oleh orang lain dan watak jenaka sedemikian turut dapat dikesan dalam masyarakat Arab dengan Joha manakala Turki (Mulla Nasruddin).
Kisah Rawatan Kesuburan Rambut dalam buku ini misalnya mendedahkan keupayaan Pak Pandir menjawab soalan rakan mengenai masalah rambut tidak mahu tumbuh di kepala, dapat diterima logik akal manusia meskipun tiada kajian saintifik daripada pakar rambut.
Lewat cerita Lelaki Paling Bijak Di Dunia, Pak Pandir dikunjungi tiga lelaki asing, bertanyakan titik tengah bumi, berapa banyak bintang di langit dan bulu kulit kerbau yang menerima jawapan spontan daripada watak itu, tetapi diterima ketiga-tiga lelaki itu.
Cerita Kanak-kanak Menerangi Dunia pula meletakkan Pak Pandir pada tahap rendah akal, tetapi jika dilihat dari aspek cerita jenaka, ia melucukan hingga mungkin menyebabkan khalayak tersenyum ketika menghayati teks kerana Pak Pandir beranggapan bayi akan lahir setiap kali melihat cahaya.
Pak Pandir seperti kelaziman tetap memperoleh seribu satu alasan bagi melindungi dirinya daripada dimarahi seperti dalam kisah Paip, alat menghisap tembakau miliknya dibuang wanita muda pemilik anjing yang berkongsi tempat duduk di dalam kereta api.
Pengarang EH! Wat Yu Talking? mengguna akal dengan memaparkan Pak Pandir membalas dendam dengan membuang anjing wanita terbabit atas alasan anjing berkenaan mahu mencari paipnya yang dibuang sebelum ini.
Nyata dalam buku ini, Dr Syed Ali memanfaatkan teknik intertekstualiti dengan memberi nafas baru dalam pengkisahannya sehingga rawatan kecantikan botox turut menjadi bahan jenaka dan bacaan tambah menyeronokkan kerana ia dihiasi ilustrasi oleh Eugene Yu. |
|
|
|
|
|
|
|
About Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas
DR Syed Ali Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), meskipun banyak membentang kertas kerja berkaitan pemikiran dan perkembangan sains Islam di seluruh dunia, tidak pernah mengetepikan unsur humor dalam kehidupan.
Bertolak daripada kegemaran terhadap jenaka yang sering diperkatakan di kalangan rakan, beliau mendapat ilham menggarap Pak Pandir versi bahasa Inggeris dan diberi judul, Eh! Wat Yu Talking dan mendapat sambutan hingga muncul sebagai antara karya jualan terlaris terbitan MPH.
Judul yang menggunakan bahasa rojak itu sengaja dipilih bagi menggambarkan keseluruhan isi naskhah selain menyesuaikannya dengan persekitaran masyarakat Malaysia yang gemar bertanya soalan sedemikian ketika berbual.
Lulusan ijazah doktor falsafah dalam bidang Pemikiran dan Sains Islam dan Sarjana dalam Biologi dari Universiti North Carolina, Amerika Syarikat ini memilih Pak Pandir sebagai pendukung watak utama karyanya tokoh itu dikenali ramai dan memiliki kecerdasan tersendiri.
Beliau menganggap jenaka dalam kehidupan adalah perlu bagi mengelakkan kebosanan selain desakan rakan agar setiap jenaka Melayu didokumenkan mendorong lahirnya Eh! Wat Yu Talking? untuk dikongsi bersama khalayak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|