CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10851|Reply: 9

Komunis @ Sarawak

[Copy link]
Post time 27-7-2007 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Risikan SB, tentera punca komunis berkubur
26-07-2007 09:26:32 PM
Oleh CAROLINE JACKSON
KUCHING:  Keberanian dan kecekapan anggota bahagian perisikan, menjadi kunci utama kejayaan pasukan keselamatan dalam menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak pada awal 1970-an, kata seorang bekas pegawai perisik tentera yang pernah bertugas dengan Markas Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom).
      

Lt. Kol. Fabian Wong Boon Soon, 73, berkata dalam tempoh 1971 hingga 1973, ketika ancaman terhadap keselamatan di kawasan itu dianggap serius berikutan tindakan pengganas komunis melakukan banyak pembunuhan dan serangan terhadap orang awam dan anggota pasukan keselamatan di Bahagian Ketiga, Keenam dan Ketujuh Sarawak, sebanyak 28 operasi telah dijalankan oleh pasukan keselamatan.
      

Katanya pada waktu itu, anasir subversif, yang didalangi Biro Kedua Komunis Kalimantan Utara (BKPKKU), turut menyusup ke sekolah dan cuba memancing sokongan golongan yang bersimpati dengan perjuangan komunis di kampung dan pekan di kawasan berkenaan, dari Sibu hingga ke Limbang.
      

Pada waktu itu, pengganas komunis menjadikan anggota pasukan keselamatan, terutama anggota Cawangan Khas, yang mereka gelar "the "Running Dogs," sebagai sasaran utama gerakan bersenjata mereka.
      

"Apabila Rascom ditubuhkan pada 25 Mac 1972, semuanya menjadi tersusun. Kami tidak nampak Rascom boleh mencapai kejayaan sekiranya pegawai perisikan tentera (MIO) dan anggota Cawangan Khas tidak menjalankan tugas mereka mengumpul maklumat tentang kedudukan dan pergerakan penggans komunis, yang selalunya bergerak secara berkumpulan, tetapi lenyap hari ini dan muncul semula beberapa minggu atau bulan kemudiannya," katanya selepas Majlis Pengkisahan Sejarah Rascom yang dirasmikan Menteri Perumahan Negeri Sarawak Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg di sini, sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.
      

Mengimbas kembali pengalaman beliau semasa bertugas di Rascom, Wong berkata melalui perang saraf, pasukan keselamatan telah berjaya menghapuskan 243 pengganas komunis atau 37 peratus daripada kekuatan pasukan itu antara 1971 dan 1973.
      

Ketika memuncaknya pemberontakan komunis, komunis telah membunuh 79 orang awam, termasuk 54 berbangsa Cina, menyerang empat balai polis, kata beliau.
      

Wong berkata dalam tempoh itu, 24 anggota pasukan keselamatan telah terkorban dan 22 cedera, manakala di pihak pasukan polis pula, 26 angotanya telah terbunuh dan 17 lagi cedera.
      

Bagaimanapun, kata beliau, berkat keazaman dan kekuatan disiplin anggotanya, pasukan keselamatan berjaya melemahkan pengaruh komunis di bandar dan kampung secara beransur-ansur, dengan menghancurkan rangkaian mereka.
      

Anak jati Sarawak ini berkata Rascom, yang dibubarkan pada 9 Nov 1994, telah berjaya melaksanakan misinya serta mengembalikan keamanan di kawasan berkenaan, tanpa mengakibatkan banyak kerugian nyawa dan harta benda rakyat.
Seorang lagi tokoh yang banyak terlibat dalam usaha memulihkan keamanan dan kestabilan di Sarawak semasa zaman penentangan komunis di negeri itu ialah bekas timbalan ketua polis negara Tan Sri Mohd Jamil Johari.
      

Johari, 60, yang pernah bertugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei selama dua tahun selepas bersara daripada pasukan polis pada 2002, berkata ancaman terhadap keselamatan di Sarawak semakin berkurangan menjelang akhir 1980-an apabila banyak anggota komunis meletakkan senjata dan kembali ke pangkuan masyarakat.
      

Sementara itu, bekas pegawai kanan polis, yang berkhidmat dengan Rascom dari 1974 hingga 1977 Datuk Ramsay Noel Jitam, 75, berkata melalui tawaran pengampunan oleh kerajaan, pengganas komunis diberi pilihan sama ada kembali ke hutan atau meletakkan senjata dan kembali ke pangkuan masyarakat untuk hidup secara aman. BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2007 12:18 PM | Show all posts
Good info Syd thank you. For those who are interested, check out this book:

http://kyotoreviewsea.org/Chin_eng.htm

And just to share with you all, it was not uncommon to see posters such as this to convince people not to support the Communists:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2007 01:15 PM | Show all posts
thanks, t!!!

mmg dah agak u akan respon kat thread nih..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2007 10:46 AM | Show all posts
Sarawak atasi komunis, konfrontasi
Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar


Kejayaan merdeka bersama Semenanjung hasil usaha pejuang tempatan, polis

JIKA rakyat Tanah Melayu berjuang menentang British untuk mencapai kemerdekaan pada 1957, Sarawak pula tidak kurang dengan cabaran tersendiri apabila hasrat sebahagian besar rakyatnya untuk menyertai Tanah Melayu, yang akhirnya terbentuk nama Malaysia, mendapat tentangan bukan saja dari dalam, malah luar negeri itu.

Keadaan bertambah buruk apabila Sarawak menyertai Tanah Melayu, Sabah dan Singapura bagi membentuk Malaysia pada 16 September 1963, berikutan ancaman dari Indonesia semakin bertambah menerusi gerakan konfrontasi 慓anyang Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 12:37 PM | Show all posts
kebanyakan komunis di Sarawak terutama bahagian utara Sarawak dah memeluk islam dan dibagi tanah..

tapi kehidupan jahil lagi dan ada yg murtad.Pemerintah sepatutnya bagi kesedaran berterusan bukan setakat komunis dah tamat tapi usaha dakwah keatas mereka perlu diteruskan hingga kini
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 12:19 AM | Show all posts

Reply #2 taiaha's post

bahasa aper tu?

/fortunately, it sounds so much like my mother tongue....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2007 12:26 AM | Show all posts
Originally posted by keep88 at 7-9-2007 12:19 AM
bahasa aper tu?

/fortunately, it sounds so much like my mother tongue....


itu bahasa Sarawak.. atau Bahasa Melayu loghat Sarawak... tp itu guna ejaan lama... ejaan baru skrg dh lain...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 12:22 PM | Show all posts
Was it really signed by Datuk Stephen Kalong Ningkan? very funnylar even tho i'm a Sarawakian... I boleh gelak baca tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2007 12:14 PM | Show all posts
Hamdan sekat komunis






KUCHING: Esok genap 44 tahun Sarawak dan Sabah merdeka menerusi Malaysia, tetapi tidak ramai tahu mengenai ancaman yang diterima sehingga Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj terpaksa mengumumkan pembentukan Malaysia lewat dua minggu daripada tarikh ulang tahun kemerdekaan.

Sarawak menerima ancaman hebat daripada Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) iaitu sayap angkatan bersenjata Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) yang paling berpengaruh ketika itu.

“Sarawak dengan kerjasama polis terpaksa melancarkan perang psikologi untuk memenangi hati dan jiwa anggota komunis kerana ancaman mereka menjejaskan pembangunan meskipun selepas Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia” kata Tan Sri Hamdan Sirat, 87, anak tempatan pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak selepas merdeka.

Ancaman komunis semakin meningkat ketika Hamdan menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis pada 1969 kerana pertubuhan sulit komunis (CCO) dapat mempengaruhi kebanyakan ketua Cina dan taukeh balak di bandar Sibu.

“Ini menyebabkan kerajaan menubuhkan Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom) membabitkan pentadbiran awam, polis dan tentera pada 1972 bagi mengekang ancaman komunis,” katanya.

Selepas penubuhan Rascom, kerajaan berjaya mengurangkan tekanan komunis di kawasan bandar menyebabkan mereka melarikan diri ke hutan bagi mengelak ditangkap.

“Komunis di Bahagian Simanggang pimpinan Bong Kee Chok semakin lemah, sehinggakan Bong menghantar surat untuk menerima tawaran menyerah diri kepada Ketua Menteri ketika itu, Tun Rahman Yaakub,” katanya.

Hamdan berkata, Sarawak menghadapi tahap paling kritikal pada tahun selepas merdeka mulai 1963 hingga 1973 kerana berdepan gerakan konfrontasi dan komunis, menyebabkan pembangunan tidak dapat berjalan lancar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2007 12:23 PM | Show all posts
Hamdan hapus Paraku di Sarawak
Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar

Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak saksi penyerahan diri ketua komunis, ahli

SEBELUM mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada 16 September 1963, Sarawak berdepan keadaan getir iaitu ancaman konfrontasi dari luar negara, manakala dalam negeri pihak komunis berusaha mempengaruhi orang ramai sehingga menjejaskan keadaan keselamatan.

Tetapi ada satu perkara yang menarik berlaku apabila Ketua Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) iaitu gerakan komunis paling berpengaruh di Sarawak ketika itu, Bong Kee Chok tiba-tiba keluar daripada persembunyian di hutan dan berkeliaran di pekan Simanggang (kini Sri Aman). Paraku adalah sayap angkatan bersenjata Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).

Perkara ini diceritakan oleh bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Tan Sri Hamdan Sirat, 87, yang dapat melihat dan merasai sendiri zaman kesengsaraan ketika konfrontasi Malaysia-Indonesia; ancaman bersenjata komunis; pergolakan politik yang berakhir dengan pembangunan berterusan sehingga kini dinikmati semua.

Sebagai orang nombor satu dalam pasukan polis di Sarawak (1969-1978), Hamdan sudah tentu menjadi sasaran komunis tetapi akhirnya beliau turut memainkan peranan melemah dan seterusnya menghapuskan saki baki komunis di Bumi Kenyalang.

Hamdan berkata, komunis di Bahagian Simanggang yang dipimpin Bong Kee Chok semakin lemah, sehinggakan ketua Paraku itu sendiri menghantar surat menerima tawaran menyerah diri kepada Ketua Menteri ketika itu, Datuk Abdul Rahman Yaakub (kini Tun dan bekas Yang Dipertua Negeri).

揂nehnya, belum pun kandungan surat itu dibincangkan dalam mesyuarat yang turut saya hadiri, pada 20 Oktober 1973, Bong bersama dua pengawal peribadinya keluar ke pekan Simanggang bertemu polis untuk meminta berjumpa sendiri dengan Tun Rahman. Ketika itu, Tun Abdul Rahman berada di Kuala Lumpur,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.387785 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list