|
Hero Melayu SarawakOleh Micheal Sering
ROSLI Dhoby dihukum gantung sampai mati
pada 2 Mac 1950.
Rosli Dhoby dihukum gantung kerana tikam Gabenor Inggeris
USIANYA ketika itu baru 17 tahun dan menjadi pelatih guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.
Rosli Dhoby yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada Inggeris berakhir ke tali gantung pada 2 Februari 1950, selepas menikam Gabenor Duncan Stewart, di Sibu, pada 3 Disember 1949. Semangat kental yang mahu melihat negeri kelahirannya berkerajaan sendiri masih diingati sehingga kini.
Anak muda yang dilahirkan pada 1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu (GPM) yang ditubuhkan bagi menentang keluarga Brooke yang kalah dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada pentadbiran British selepas 1945.
Pengkaji Sejarah Sarawak, Dr Chang Pat Foh, berkata tindakan Rosli Dhoby adalah sebahagian sentimen antipenjajah di kalangan penduduk tempatan yang lahir selepas Perang Dunia Kedua.
"Penduduk tempatan mahu keluarga Brooke (yang memerintah Sarawak dari 1839-1942) menyerahkan Sarawak kepada mereka untuk memerintah sendiri dan bukan menjual Sarawak kepada British dengan harga satu juta pound.
Tindakan Sir Charles Vyner Brooke itu mencetuskan kemarahan penduduk Sarawak yang merasakan negeri mereka menjadi barang dagangan yang boleh dijual beli," katanya pada satu majlis dialog Sejarah Hero Melayu pada Zaman Awal Sarawak, di sini, baru-baru ini.
Tindakan Charles menjual dan menyerahkan Sarawak kepada pentadbiran British pada 1 Julai 1946 mencetus semangat penentangan di kalangan penduduk tempatan terutama golongan cerdik pandai, kakitangan kerajaan dan guru.
Sebelum itu, dua Ahli Parlimen British, D R Rees Williams dan L D Gammans melawat Sarawak pada Mac 1946 untuk mendapatkan pandangan penduduk mengenai isu penyerahan Sarawak sebelum dikemukakan kepada Majlis Negeri untuk kelulusan.
Penduduk tempatan tidak memahami maksud sebenar penyerahan dan isu itu yang kemudian diluluskan selepas berdebat di Majlis Negeri dengan memihak kepada sokongan penyerahan iaitu 19 undi menyokong berbanding 16 undi menentang.
Keputusan itu menyebabkan bermula 1 Julai 1946, British memerintah Sarawak, bagaimanapun, ramai penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.
Guru dan kakitangan kerajaan dari kalangan orang Melayu paling ramai menentang penyerahan termasuk Rosli serta mereka yang menganggap penyerahan itu tidak sah dari segi undang-undang dan sebaliknya menuntut kemerdekaan Sarawak.
Rasa tidak puas hati berterusan terutama di kalangan orang Melayu yang kemudian menubuhkan GPM untuk menentang penjajah.
Atas rasa cintakan tanah air, Rukun 13 yang dianggotai 13 ahli GPM yang turut disertai Rosli mengadakan perjumpaan di Jalan Queensway, Sibu pada 21 Februari 1949 untuk mengusir Gabenor penjajah dan wakil yang lain.
Puncak penentangan GPM tiba selepas Gabenor British kedua, Duncan Stewart yang mentadbir Sarawak membuat lawatan pertama ke Sibu.
Mereka merancang mengambil peluang itu ketika Stewart melawat Sibu pada 3 Disember 1949, tarikh Rosli dipilih untuk menikam Stewart bagi memberikan gambaran kepada Inggeris yang masanya sudah tiba bagi Sarawak untuk merdeka.
Pada jam 9 pagi, ketika penduduk Sibu berkumpul bagi menyambut Stewart dan beberapa pegawai Inggeris yang tiba dalam satu barisan panjang sambil pelajar mengibarkan bendera Inggeris dan Sarawak, Rosli pula bersedia ditengah-tengah orang ramai dengan rakannya Morsidi Sidek yang menyamar sebagai jurugambar.
Kira-kira 9.30 pagi ketika Gabenor bergerak ke arahnya, Rosli terus mengeluarkan badik (senjata tradisi yang disapu racun) dan meluru serta menikam perut, sambil melaungkan perkataan: "keluar dari Sarawak atau kamu mati", pada masa yang sama Morsidi pula menyerang pegawai Inggeris, yang hanya dikenali sebagai Mr Dilks.
Mereka berdua ditangkap polis di tempat kejadian, manakala Stewart yang dalam keadaan kritikal dihantar ke Hospital Lau King Howe Sibu sebelum diterbangkan ke Singapura pada pagi esoknya dan meninggal dunia tujuh hari selepas kejadian.
Pada 15 Disember 1949, Rosli dan Morsidi Sidek serta dua lagi rakan seperjuangan mereka, Awang Ramli Matsaruddin dan Bujang Suntong dihukum gantung sehingga mati di Penjara Pusat Kuching.
Pada awal pagi, 2 Mac 1950, Rosli dan Morsidi Sidek, digantung di Penjara Pusat Kuching, di Jalan Tabuan, Kuching, namun British tidak membenarkan jenazah mereka dibawa keluar dari kawasan penjara.
Tindakan itu kononnya bagi mengelakkan tunjuk perasaan dan bantahan ahli keluarga serta pihak antipenjajahan terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka berdua, sebaliknya dikebumikan di satu sudut pekarangan Penjara Kuching, tanpa sebarang pengenalan pada kubur.
Nasib sama menimpa Awang Rambi dan Bujang Suntong yang dihukum mati pada 23 Mac tahun yang sama turut dikebumikan tanpa nesan.
Pada 1996, Kerajaan Sarawak merasakan adalah tidak wajar untuk wira dan nasionalis berkenaan kekal terpenjara selepas dihukum gantung 46 tahun dulu.
Dengan persetujuan ahli keluarga, kubur Rosli dan tiga rakannya digali semula dan dikebumikan dengan sempurna di tempat kelahiran asal mereka iaitu di Sibu.
Pada 2 Mac 1996, kubur keempat-empat wira itu digali semula dan tinggalan jasad dikeluarkan dan dibaluti dengan bendera Sarawak dengan penuh penghormatan sebagai pahlawan ke Padang Merdeka dan dibawa dengan dua helikopter Nuri ke Sibu yang disambut lebih 2,000 warga Sibu.
Jasad mereka dikebumikan di perkuburan Masjid An Nur pada 2 Mac 1996 iaitu bersamaan tarikh Rosli dijatuhkan hukuman gantung.
Bagi penjajah British, Rosli adalah penjenayah, namun bagi penduduk Malaysia, beliau adalah wira yang berjuang dan menggadai nyawa untuk memerdekakan negeri ini dari cengkaman penjajahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah sebaik-baik keputusan.Takkan lah jasad pejuang bangsa nak disemadikan dalam kawasan penjara pulak. |
|
|
|
|
|
|
|

Sinopsis
Cerita ini diolah berdasarkan kisah benar pejuang kemerdekaan di Sibu, Sarawak. Beliau adalah Rosli Dhoby. Semuanya bermula apabila Sarawak diserahkan kepada kerajaan Inggeris sebagai 慗ajahan Mahkota |
|
|
|
|
|
|
|
Pesanan Terakhir Rosli Dhobi Kepada Rakyat Sarawak

Sebelum menjalani hukuman ini juga, Rosli Dhoby sempat menulis surat ini diserahkan kepada seorang warden yang amat dipercayainya dan banyak menyimpan sejarah perjuangannya Sumarja Mohamad atau Pak S. Berikut ialah isi kandungan surat terakhirnya. tersebut;
Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta' lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta'genter saya ta'takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.
Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan
Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.
Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.
Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D.
Dipetik dari buku Rosli Dhobi Di Tali Gantung tulisan Rudi Affendi Hj. Khalik,1997
credit : http://happysus.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
dempol This user has been deleted
|
Originally posted by Syd at 7-8-2007 12:25 
Pesanan Terakhir Rosli Dhobi Kepada Rakyat Sarawak
http://img460.imageshack.us/img460/8899/rosli3kb5.jpg
Sebelum menjalani hukuman ini juga, Rosli Dhoby sempat menulis surat ini diserahka ...
bahasa yg penuh puitis karangan seorang bekas cikgu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 Syd's post
tersentuh dgn kata2 beliau.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah gak tgok cerita (dokumentari) rosli dhobi dalam tv.
entahlah.. kenapalah masa aku tengok dokumentari ni, aku rasa sebak menengok rakaman upacara dia di makamkan semula di Sibu... |
|
|
|
|
|
|
|
semoga roh-roh mereka yang berjuang demi agama, bangsa dan negara akan dapat perlindungan Allah SWT ... Al Fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
berbanggalah waris2 keturunan mereka.
 |
|
|
|
|
|
|
|
bukan saja waris nya ... kita yang hanya sebangsa dan seagama ... merasa bangga dan terharu akan pengorbanan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
btw, saya pernah membuat page mengenai rosli dhobi ni kat wikipedia inggeris.
dapat ker korang dapat tolong edit (modify) artikel ni agar ia lebih informatif dengan memasukkan maklumat tambahan (kalau ada) mengenai tokoh ni?
http://en.wikipedia.org/wiki/Rosli_Dhobi |
|
|
|
|
|
|
| |
|