CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14506|Reply: 97

Bole tak aku nak repot polis pasal mamat nih

[Copy link]
Post time 21-8-2007 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Camnih ceritanya.. petang semalam around pukul 3.. ada no 016****** call aku.. mamat melayu.. mula2 dia cakap, aku terpilih nak terima service card ni sebab aku takde bad records ngan bank.. service card ni percuma seumur hidup tanpa yearly fee..pehtu dia tanya la aku, credit cards bank mana yang aku guna skrg ni.. aku pun ngan mengongnye bgtau le, citibank, cimb etc.. pastu dia tanya la, yang mana aku paling selalu guna, aku cakap laa semua aku guna..pehtu aku tanya la dia balik.. ni dari bank mana punya service card ni? dia kata, kita bukan bank, kita syarikat apa benda tah.. aku malas laa nak layan kan.. dah la tengah busy.. so aku cakap le.. maaf la saya tak berminat.. pehtu mamat ni macam marah2 lak... paksa aku suh dengar explanations dia.. aku malas nak layan aku offkan aje la hp aku.. dalam 5 minit kemudian, aku dapat sms dari dia, cakap camni :-

sms dia : Disebabkan cik biadap, nama cik telah ditransfer ke yuran tahunan punye servis card rm480 setiap tahun, bayar pada bank cam biasa, tq..

aku pun terkejut beruk la.. apehal pulak.. dah la aku tak cari mamat ni.. tak apply mana2 servis card, tak sign apa2.. tiba2 nak charge aku rm480 pulak.. kurang asam tol laa.. aku reply laa ..

sms aku : Awak yang biadap. Macam ni ke cakap ngan customer. Cuba la charge 480 pada saya dengan servis card awak yang entah apa2 tu. saya akan laporkan pada polis. penipu!

sms dia : orait. kirim salam kat polis tu sekali yek.

sms aku : saya tak pernah bersetuju nak ambil servis card awak dan saya tak tandatangan apa2 jadi saya tak takut, jadi jika awak terus hantar juga kad tu pada saya, saya takkan teragak2 lapor pada polis. saya simpan sms ugutan awak sebagai bukti. jangan ingat awak boleh ugut saya macam tu aje dan  terlepas. dah la awak yang cari saya lepas tu nak kurang ajar pula.

sms dia : sape yang kurang ajar, x sedar diri betul, simpan la sms tu sampai kiamat, nak simpan sms pon kena heboh satu kampung ke

sms aku : awak ni siapa nak paksa2 saya bagi maklumat pasal diri saya? desperate cari customer ke?kalau macam ni perangai awak sampai bila2 takkan ada customer nak deal ngan awak.

sms dia : ape citer ni, apa yang desperate2 ni.. takyah cite banyak la.. nanti kalau dah kena caj rm480 setahun, bayar jelah.. kecoh betul nak report.. pegi la report.. menggelabah semacam pulak

aku dah hangin gila time ni.. rasa nak membunuh pun ada.. apasal lak aku kena bayar duit tu padahal aku tak request apa2 servis card dari dia? it's not a valid transaction,  takde jual beli di sini sebab dia paksa aku bayar sedangkan aku taknak beli apa2! :@

sms aku : saya takkan bara servis bodoh awak ni. jangan hantar apa2 pada saya.

sms dia : kau la  yang bodoh, aku dah cakap apa pun bukan dari pihak kami lagi, itu pun takleh paham ke. kalau tak paham, kau la bodoh, bodoh punya manusia, nak lagak pandai rupa2nya awal2 lagi bodoh.

marah tak korang kalau kena camni? :@

sms aku : kami tengah cari maklumat pasal awak.  dan akan lapor pada polis hari ini juga. kecuali awak minta maaf dan jangan hantar apa2 pada saya.

aku cakap camni sebab aku ada geng kerja kat digi.. so dia bole cek empunya nombor ni..

sms dia : pegi mampos la. aku dah cakap pihak lain yang akan berurusan ngan nama ko ni, aku x anta apa2 pun, aku tak caj apa2 pun, tapi apa yang pasti pemotongan n penghantaran servis card tetap akan dibuat pada alamat kau, tu lah bila aku nak explain elok2 kau kurang ajar biadap, gi lah repot polis ke bomba ke aku peduli apa, dah kau tu bengap, kurang ajar pulak tu.

sms aku : bila masa aku mintak n telefon ko nak langgan servis card ko ni? dah la tanya bank apa taknak cakap. nampak sangat penipu makan duit haram. apahal pulak aku kena bayar 480 padahal aku tak sign apa2?

sms dia : malas aku nak layan, kalau dah masuk dalam statement, bayar jelah, selamat membayar, tq.

sms aku : servis card tak laku macam kompeni kau memang ugut n paksa orang..makan duit haram la kau sampai mampus, dasar pemakan duit haram baik ko rompak bank aje. jadi peminta sedekah lagi mulia. :@

sms dia : ok tq

persoalan aku, siapa dia ni n apa masalah dia? aku tahu dia dapat no  telepon aku ni dari bank2 yang aku ada amik credit card tuh.. tapi apahal lak dia paksa2 aku suh dengar explanations dia pehtu amik servis card dia tuh, bila aku tak berminat, dia suruh aku bayar rm480 yearly fee pulak padahal aku tak setuju pun nak amik card tuh. bole ke dia buat camni? kawan aku yang kerja digi tu cek no phone dia tuh, cakap no tuh diregister pada satu kompeni kat sunway, bukan bank.

adakah ni dikira ugutan? penipuan tu dah pasti. patut ke aku repot polis dan bila masa yang sesuai? selepas aku dicharge rm480 tu ke atau sekarang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 11:17 AM | Show all posts
jangan layan la...wat bazir kedit je ko replies sms dia..aku slalu kene mcm nih..tambah plak kalo customer dia tu pmpuan..buli saja nak menggatal
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 11:19 AM | Show all posts
repot je laa. buat ape nak pikir banyak kali!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 11:20 AM | Show all posts
bak mai no telepon dia....

aku nak tahu alamat dia....


Mende nih kejap jer aku settel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 11:21 AM | Show all posts

Reply #2 civicbiru's post

ni first time aku kena camni.. sentap n marah la jugak.. selama ni ada gak laa nombor entah hapa2 tepon offer servis tu servis ni.. insurans tu insurans ni.. tapi bila aku cakap aku tak berminat, dia tak kacau dah.. kali ni melampau2 lak dia buat.. sampai nak suruh aku bayar rm480 tu apahal.. marah tau ni :@
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 11:21 AM | Show all posts
report jer..tapi kekdg dia org ni guna no org lain...kita x tahukan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2007 11:22 AM | Show all posts
Yo Mez, baik u g lapor kat majlis pengguna ker aper ker ato kat media cam tv3 ker.. biar gempak satu malaya.... kalu report kat polis aku takot depa wat derk ajer... kalu report kat media, satu malaya tahu.... baru la kes tu berjalan....... org mcm tu baik ko jangan biar kan.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 11:23 AM | Show all posts

Reply #4 Uncle_K's post

thanks Uncle_K.. no dia 016 - 213 0974..
tolong sound sikit.. suka hati dia nak membuli kaum wanita :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 11:24 AM | Show all posts
report je. aku pun dpt call mamat ni semlm. aku cakap credit card aku tak aktif. pastu dia pun cakap ok...dan letak phone.

aku cadangkan kau report aje.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 11:24 AM | Show all posts
aku rasa baik ko report lepas ko discharge RM480 tuh..
sms tu kena simpan baik2..penting tuh..
gud luck

next time jgn layan sms org cam tuh lg...bazir jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 11:24 AM | Show all posts

Reply #8 mesmerize's post

jom ramai buli dia blk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 11:24 AM | Show all posts

Reply #7 bubpallo's post

cemana nak repot kat media.. den takdo kabel huhuhu.. persatuan pengguna pun den tatau cemana nak cari.. balai polis ado la dokek sini aje den  bole jalan kaki pegi repot hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 11:24 AM | Show all posts

Reply #1 mesmerize's post

aku kot..erk!salah dajal orang..kekekke..JANGAN LAYAN LAA!!!tapi kalau sampai tahap nak membunuh tuh baik gi report polis jer..sebelum tuh check dulu ngan member u yang kerja kat dg tuh..lepastuh tunggu dulu pasal payment tuh..ada ker tidak..kalau SAH ada..baru buat..simpan SMS tuh bebaik..jangan delete..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 11:27 AM | Show all posts

Reply #10 fifie_olin's post

memang aku simpan elok2 sms dia ni.. suka suki mak abah dia nak amik duit aku yea.. siap dia.. dont mess with mes.. huhuhu

thanks korang.. lega sket dapat feedback dari korang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 11:31 AM | Show all posts
GI JE REPORT KPDNHEP KE FOMCA KE CAP KE . MARAH HAKU DENGAR CITER NI. MACAM TU KE NAK JUAL BARANG. TAK GUNA BTOL!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2007 11:33 AM | Show all posts

Reply #15 cikwawi's post

cemana nak repot.. kena gi opis dia ke.. ada no tepon ke.. waaa aku tak reti.. ni fes time kena buli ngan samseng servis card..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 11:34 AM | Show all posts
Ni kira kes teraniaya ni. g la tolong sesiapa yang bole tolong tu. siarkan no mamat tu kat suratkhabar ke.. masuk kat tv3 ke. haku marah btol la dengar citer ni!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 11:38 AM | Show all posts
aku pon marrah ni..

org tu sakit jiwa agaknya

tp aku rasa x leh la dia caj ko, pasal mana leh

ish, yeke

kan kena 3 digit terakhir tu yg rahsia tu

ko bgtau ke 3 digit tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 11:39 AM | Show all posts
no phn dah dapat...report polis daaa...nak takut apa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 11:40 AM | Show all posts
eh bebaru ni ada kes yg sama gak
tapi pasal insuran
duk cakap
"perbualan ini adalah dirakam, bla bla"
pastu minta num account
diorg leh autodebit ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.053623 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list