CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17304|Reply: 43

isi minyak bulih meletup?

[Copy link]
Post time 24-8-2007 07:43 AM | Show all posts |Read mode
Peniaga melecur ekzos meletupOleh Betty Subaryati

PASIR MAS: Kegagalan mematikan enjin ketika mengisi petrol membawa padah kepada seorang peniaga, apabila ekzos keretanya meletup menyebabkan kebakaran di Rantau Panjang, pagi kelmarin.



Anaknya, Radzi Lokman, 22, terselamat dalam kejadian itu kerana keluar dari kereta Perodua Kancil yang dipandu ayahnya ketika berhenti mengisi minyak itu.

Namun, tindakan nekad peniaga terbabit menolak keretanya menjauhi pam petrol berdekatan, mengelakkan kemusnahan yang lebih besar terhadap stesen itu.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Ghani Mamat, berkata siasatan awal mendapati ia berpunca enjin kenderaan tidak dimatikan ketika berhenti mengisi minyak.

"Berdasarkan maklumat petugas stesen itu, mangsa meminta diisikan petrol RM20 tetapi ketika meter mencapai RM15, tiba-tiba keluar api dari bahagian bawah belakang kereta itu, dipercayai berpunca letupan ekzos.



"ekerja stesen itu segera mematikan pam sebelum menyelamatkan diri, manakala mangsa yang berada dalam kenderaan itu sempat keluar sebelum kereta terbabit menjauhi pam berkenaan.

"Selepas itu, mangsa cuba menyelamatkan diri tetapi disambar api yang marak dengan pantas dan memusnahkan keseluruhan kereta terbabit. Kami masih menyiasat kejadian itu," katanya di sini, semalam.

Ghani meminta pemilik kenderaan supaya mematuhi peraturan ketika mengisi minyak termasuk mematikan enjin, tidak menggunakan telefon bimbit dan tidak merokok.

Sementara itu, Zamri ketika ditemui dalam rawatan di Hospital Pasir Mas, mendakwa beliau mematikan enjin keretanya tetapi tiba-tiba terdengar bunyi letupan dari arah belakang.

"Menyedari kejadian itu, saya keluar menyelamatkan diri sambil menolak kereta yang sedang terbakar, supaya menjauhi pam petrol yang digunakan sebelum itu.

"Tindakan menyebabkan api menyambar muka dan tangan saya hingga melecur. Nasib baik, anak saya berada di luar kereta ketika kejadian itu," kata bapa tunggal kepada lima anak itu.

Beliau berkata, selain melecur bahagian muka dan tangan, daya penglihatan mata kirinya turut kabur menyebabkan beliau dirujuk kepada pakar untuk rawatan lanjut.

.........................................................................................................

dia kata dah matikan enjin, jd apa sebabnya...... ada mod ker kancil nih? bahya2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2007 07:57 AM | Show all posts
mesti dia x matikan enjin keta 2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2007 08:02 AM | Show all posts
fast selalu tak matikan enjin seblom nih.... tp masih lg selamat, jaga2 fast
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 08:23 AM | Show all posts
ramai je aku tgk tak mati enjin pastu isi minyak... ..

siap hisap rokok n guna hp bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 08:24 AM | Show all posts
huhu bahaya ni..nasib baik aku sentiasa ikut peraturan
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 08:29 AM | Show all posts
Originally posted by rambutan at 24-8-2007 08:02 AM
fast selalu tak matikan enjin seblom nih.... tp masih lg selamat, jaga2 fast

musti mamat tu guna ekzos turbo cap ayam, tu yg kuar api tak hengat tu...

haku dulu bukan aper, kan kete haku enjin turbo, kalau haku matikan pong, turbo timer akan activate, kena tunggu dalam 3-5 minit utk cooling down turbo, haku malas tunggu.. kesimpulannyer.. lebih kurang jer..

pernah haku buat satu demonstration kat  satu bangla..

bangla : Sir, utk safety, encik musti off engine
haku : wokeh.. (haku cabut kunci dan tunjuk kat dier kunci tu, terpinga-pinga dier tengok enjin masih running.. wakakakak.. kat bangladesh tu musti tak ader kete enjin turbo nieh)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2007 08:48 AM | Show all posts

Reply #1 rambutan's post

ish menakutkan je la..
seb baik aku slalu isi minyak matikan enjin..
maybe kete die dah ade problem kot tu yang x dpt di kawal terus meletop
tp respect la kat pakcik nie..
siap bole tolak lg kereta yg dah terbakar tu nak selamatkan org dari jd mangsa..
kalu aku dah lari dulu..cuak tol..
kat pam minyak tu xde safety ke?cam fire extinguisher ke..
at least gune la untuk redakan api..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2007 08:57 AM | Show all posts
dia tolak bukan aper... takut stesen terbakar, dia kena bayar lagik banyak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2007 09:01 AM | Show all posts
mmg bahaya sbnrnya... kalau tak tutup enjin, merokok and guna hp.. kepada yang blom kene tu beringatlah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 09:06 AM | Show all posts

Reply #1 rambutan's post

huhu..takutnyer..mintak simpang la kan..takziah kepada mangsa..hopefully akan cepat baik
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 09:10 AM | Show all posts
insurance mesti tak cover punya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 09:47 AM | Show all posts
apsal tak mampus rentung je org tu .. lg bagus. bengap nak yg patut mampus
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by Fast-N-Furious at 24-8-2007 08:29 AM

musti mamat tu guna ekzos turbo cap ayam, tu yg kuar api tak hengat tu...

haku dulu bukan aper, kan kete haku enjin turbo, kalau haku matikan pong, turbo timer akan activate, kena tunggu dal ...


elehhhhhhhhhhhhhhhh.... alasan... :@ haku cukup marah kalo owang tak tutup henjin @ isap rokok masa isi minyak ni...

turbo timer tu leh offkan.... nak haku ajar gak ker... agak2 ko tahu nak isik minyak tu... jgn le rembat keta tu... jadi ada la idle time seblom sampai petrol stesen...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by kawasakininja at 24-8-2007 08:23 AM
ramai je aku tgk tak mati enjin pastu isi minyak... ..

siap hisap rokok n guna hp bagai...

tuarrpasal...

pasang aircond lagi..



Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 10:11 AM | Show all posts

Reply #1 rambutan's post

rsnye aku mcm penah tgk dlm Mythbuster, dorg wat eksperiment nk pastikan btul ke kete bleh tebakar/meletup kalu isi minyak smbil ckp tepon/xmatikan enjin...

hasil eksperiment = MYTH...

  
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by ryo_takahashi1 at 24-8-2007 09:53 AM


elehhhhhhhhhhhhhhhh.... alasan... :@ haku cukup marah kalo owang tak tutup henjin @ isap rokok masa isi minyak ni...

turbo timer tu leh offkan.... nak haku ajar gak ker... agak2 ko tahu ...

tak sangka ryo pun matikan enjin waktu isi minyak..

ingatkan aku sorang je yang skema..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2007 10:14 AM | Show all posts

pasal handphone tu aritu dah cakap SELAMAT kan??


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 10:14 AM | Show all posts

btw, nak tumpang tanya sikit boleh..

Aku selalu kalau isi minyak kan.. Aku isi sampai betul2 penuh i.e. sampai minyak dah nak tertumpah keluar..

Takpa kan??


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by freekey at 24-8-2007 10:13 AM

tak sangka ryo pun matikan enjin waktu isi minyak..

ingatkan aku sorang je yang skema..


ryo lagi skema tak hingat... siap pakai baju kemeja tuck in dgn suar slek masa isi minyak..
pakai minyak wangi n rambut tersikap rapi...
tapi yg tak syok nyerr.. dia pakai slepar jepun jerrr... wkakakakakakaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 10:19 AM | Show all posts

Reply #18 freekey's post

isi penuh takper... tapi keta ko berat sikit... nanti tak leh buat catatan fastest lap....

yg paling penting JANGAN biarkan tangki betul2 kering atau hampir2 nak kering baru nak isik minyak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.372553 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list