CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2932|Reply: 6

simptom komputer dijangkiti virus!

[Copy link]
Post time 10-9-2007 02:39 AM | Show all posts |Read mode
Komputer Menjadi Perlahan.
Pada kebiasannya, komputer yang dijangkiti virus akan menjadi perlahan kerana virus sedang berjalan seiring dengan sistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer. Disamping itu, komputer anda juga menjadi perlahan kerana virus sedang melakukan tugas kotornya seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya.

Registry Editor Tidak Boleh Dibuka.
Registry editor digunakan untuk mengubah penetapan di dalam komputer anda. Dengan menggunakan registry, anda boleh menghalang sesiapa untuk memasuki rangkaian komputer anda, mengubah polisi dan sebagainya.

Task Manager Tidak Boleh Dibuka.
Task manager biasanya digunakan untuk melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer. Virus akan mematikan fungsi task manager supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan.

Folder Option Hilang.
Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail. Virus boleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option.

Proses Start Up Menjadi Perlahan.
Proses start up adalah proses yang dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan. Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda. Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up.

Sesetengah Perisian Komputer Tidak Boleh Dipasang.
Terdapat sesetengah virus yang akan menghalang anda daripada memasang perisian baru. Contohnya virus yang menghalang anda dari memasang perisian antivirus.
Increase Sales         Tidak Boleh Mencetak Dokumen Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak. Ini menyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen.

Internet Explorer Dipenuhi Laman Web Lucah.
Pelayar internet explorer anda tidak dapat dikawal seperti pop up yang banyak dan laman web yang tidak dikehendaki.

Kawan Anda Mengadu Anda Sering Menghantar Virus.
Program email anda telah dijangkiti dan virus menggunakan address book anda untuk menghantar salinan fail yang mengandungi virus kepada semua rakan-rakan anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2007 03:20 AM | Show all posts

Reply #1 cloud_hardcore's post

Internet Explorer Dipenuhi Laman Web Lucah.
Pelayar internet explorer anda tidak dapat dikawal seperti pop up yang banyak dan laman web yang tidak dikehendaki.

Benda ni la yang sedang berlaku pada Internet Explorer aku sekarang. Ia bukan sahaja mengaktifkan pop-up tetapi juga menggangu page yang kita sedang layari tu. Contohnya sekarang, bila buka Forum CARI jer, ruangan iklan kat atas @ kat bawah tu akan keluar gambar lucah ataupon iklan lucah. Contohnya:


Kali nie scan guna AVG ataupon cuci file dan cookies tak memberi kesan langsung. He! He! He!
Kalau ade sesiapa yang tau  cara  bagaimana untok tangani masalah nie sudi-sudikanlah bantu aku. Sakit mata dah nie duk tengok gambar ngarut tu sokmo...   


[ Last edited by  Gunner at 10-9-2007 03:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 10:45 AM | Show all posts
gune ads block plus extension
nie utk browser firefox
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 06:09 PM | Show all posts
tanda2 lain...















































































pc hilang selera makan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:45 AM | Show all posts
ade pulak, silap.. pc suka nak mintak makan.. makan ram.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 03:43 PM | Show all posts

Reply #5 kmkd's post

makan ram, berak ram...

Tambah satu...

ermmm.... restore point hilang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2007 03:51 PM | Show all posts
lagi satu.. ada penambahan kepada IE, macam hacked by pokemon ke.. by digimon ke.. by kamen rider ke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.041170 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list