View: 9247|Reply: 31
|
[merged] Sixret's articles
[Copy link]
|
|
Hai Kawan2...cuba citer sikit pengalaman korang "jerat percintaan" ngan buku dan camana korang leh "terjerat" nak kumpul buku cam sekarang ni.Saya tengok setiap bulan berlambak-lambak buku yang korang beli.Orang yang tak faham(hobi mereka lain)mesti anggap kita ni membazir kan? sebagai permulaan...biar saya yang cerita dulu ye...
Seperti yang pernah saya janjikan, inilah kisah saya bagaimana saya telah masuk dalam jerat percintaan terhadap buku
Macam mana nak mula ya...(cewah cam penulis buku lak...writer's block la tu)
Saya minat buku ni sejak dari kecik lagi...saya dah lupa umur berapa saya boleh baca, tapi yang dalam memori ni, memang dari kecik la...dulu koleksi buku semuanya cerita kanak-kanak-picture's book.
Time sekolah rendah, memang selalu la pergi library sekolah, library sekolah ni memang macam tempat pertapaan saya lah kiranya-maklum lah kecik-kecik dulu mana ada duit sendiri nak beli buku-kalau ada duit pun, beli mainan tak pun beli cekedis(junk food)- time ni lah saya kenal enid blyton,alfred hitchcock,nancy drew,hardy boys dan buku-buku kanak-kanak yang lain yang memang penulisnya orang Malaysia.
Tambahan pula, mak kerja sebagai kerani sekolah di sekolah saya, apa lagi time cuti sekolah(kerani kena pergi kerja macam biasa), saya mesti ikut mak saya pergi sekolah, ambik kunci library dan terus bertapa dalam library.Macam di 'syurga'. Time ni la saya cari buku yang belum saya baca, saya susun buku-buku ikut kategori yang sesuai, saya buat kod sendiri-dan kalau tak sempat habis buku tu, saya pinjam bawak balik(pinjam sendiri, tak payah cop-cop)-one thing dari dulu sampai sekarang, kalau pinjam buku kat sesiapa atau di mana-mana mesti saya pulangkan balik.
Mak akan pergi KL Batu Road (jalan TAR) sebanyak dua kali setahun-time puasa dan time nak buka sekolah.Memang happy sangatlah time ni kerana saya tahu apa 'habuan' untuk saya nanti-buku. Lepas dah shopping baju segala dekat Globe, mak pasti bawak saya singgah minerva. Mak pergi seksyen buku agama, saya dengan riang hatinya pergi ke seksyen buku cerita(tak suka pergi seksyen buku sekolah). Mak suruh saya pilih sendiri buku-buku cerita yang saya nak-biasanya mak dah bagi warning awal-awal-"3 cukup". So, saya meneruskan pencarian buku-buku yang belum pernah saya baca- Siri-siri Nancy Drew, Enid Blyton, Alfred Hitchcock menjadi pilihan saya. "Eh, ni aku belum baca"-saya berkata dalam hati. Kebiasaaannya saya mesti angkut buku lebih dari yang mak saya benarkan. Tapi yang bestnya mak saya mesti akan bayar juga untuk kesemua buku-buku yang saya angkut tu. "A**** kena habiskan baca 8 buku-buku ni, kalau tak rugi je beli tapi tak baca". Of course, itu mak tak payah risau sebab itulah niat saya, membaca buku yang saya beli- satu hari saya boleh habiskan satu atau dua buku.
Dek terpengaruh dengan buku penyiasatan kanak-kanak, saya dan kawan-kawan pun tubuhkan lah satu pasukan penyiasat-konon-konon la(pengaruh buku pada kanak-kanak). Setakat ni sume buku-buku yang saya baca ialah buku-buku berbahasa Melayu. Time darjah lima, saya melihat kawan sedarjah(dia ni pun memang ulat buku) saya membaca buku cerita English(Enid Blyton), pada zaman saya, hanya sesetengah siri Enid Blyton sahaja yang diterjemah ke Bahasa Melayu, selebihnya masih berbahasa English. Perasaan ingin tahu tentang cerita yang sedang dibaca kawan saya itu berkobar-kobar. Tapi saya lemah bahasa English.
Untuk mengatasinya, saya beli satu buku English (Enid Blyton) yang saya kira agak mudah dan cuba membacanya. Memang lah payah, mana taknya sekejap-sekejap tengok kamus, kat buku tu penuh dengan garis-garis (perkataan yang saya tak faham, saya gariskan). Inilah pengalaman pertama saya membaca buku English.-waktu ini juga saya melanggan dewan pelajar.
Bila dah darjah enam, kawan saya bernama Norhayati membawa dan membaca novel Melayu-pertama kali saya melihat novel Melayu dewasa.Tajuknya Konspirasi oleh Abdul Rahim Awang. Saya jadi ingin tahu, lalu saya meminjam buku tu dari kawan saya. Balik sekolah (seingat saya esoknya cuti) terus saya baca buku tu (pada pendapat saya ketika itu buku tu terlalu menarik) dan hanya bangun untuk makan,sembahyang dan mandi je. Keesokkan harinya sambung lagi sehingga habis. Itulah novel Melayu dewasa saya yang pertama dan yang pasti bukan yang terakhir. Maka bermulalah pencarian novel Melayu.
Time tu, memang novel Creative Enterprise yang glamor, seingat saya takde lagi syarikat penerbitan yang lain kecuali DBP,Fajar,Marwillis. Time ni jugak lah dah pandai simpan duit (especially duit raya-dulu selalu dapat duit raya 300 lebih ke atas)- hampir semua duit simpanan saya saya borong buku Creative Enterprise. Saya order melalui borang dalam majalah gila-gila. Main belasah je tanda buku mana nak beli(padahal tak baca sinopsis lagi). Lepas dah isi borang semua, kena buat wang pos- masa tu kan kecik lagi, mana lah tahu prosedur nak buat wang pos, apa lagi mak saya suruh la office boy sekolah tempat mak saya kerja pergi buat wang pos dan pos kan borang tu sekali. Semenjak dari tu lah, si office boy tu menjadi 'mangsa' saya untuk buat wang pos.
-waktu ini pula saya melanggan dewan siswa
Bukan sedikit saya beli buku-buku kat Creative Enterprise, adalah dalam 60 buah buku. Dulu buku Creative Enterprise murah-murah. Di sinilah ,saya kenal dengan Abdul Rahim Awang, Abdul Talib Hassan, Lamia Aimal, Shamsiah Mohd Nor, Raja Azmi- instantly mereka ni menjadi favourite author saya. Ada banyak lagi yang saya tak mention. "Kerja gila" ni berlangsung sehingga ke tingkatan 2.
bersambung....
HAKCIPTA SIXRET
[ Last edited by mardhiah12 at 13-9-2007 09:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan....
Sepupu saya juga minat membaca novel, tetapi dia meminati novel-novel English- Sweet Dreams, Mills & Boons, Silhoutte, Siri Valley High School, Siri Freshman dan novel-novel berat yang lain. Saya yang pernah pergi ke rumahnya dan tengok koleksi novel-novelnya menjadi teruja. Terus simpan niat nak novel-novel macam tu juga. Apa lagi, terus saya mengumpul koleksi-koleksi novel-novel English ni. Dulu murah-murah je. Siri Sweet Dreams(teenager's romance) dan Silhoutte(adult's romance) sekitar 6 7 ringgit je. Memang borong habis lah time ni ditambah dengan novel-novel tebal English yang lain. By this time, saya dah boleh membaca novel English dengan lancar.
Di samping tu saya tengah gila dengan komik bersiri doraemon. Sampai sekarang saya masih menyimpan koleksi komik doraemon."Kerja gila" ni hanya sampai tingkatan 3.Semasa di tingkatan 4, saya masuk asrama, so kerja gila ni memang terus pupus.
Tapi saya tetap akan kumpul novel-novel Abdul Rahim Awang(sebab kebanyakkan novel-novel dia ni ada unsur misteri-kan saya minat misteri sejak dari zaman sekolah rendah) dan Lamia Aimal jika ada dijual di pasaran. Dan juga novel-novel Melayu yang ada unsur misteri or seram.Sehingga lah saya masuk U pertengahan tahun 1997 memang dah jarang sangat beli novel. Time ni memang saya tak pandang dah novel-novel romantik(English or Malay)-bosan dan muak.Mungkin masa ni darah muda yang kononnya geli dengan percintaan.Saya asalnya memang meminati genre misteri, penyiasatan. The only penulis yang saya still akan beli ialah Abdul Rahim Awang dan novel-novel Melayu yang berbentuk misteri,penyiasatan(dulu tak banyak sangat).-time ni lah terjumpa buku cincin permata biru. Pada awal tahun 1998, saya membeli buku Ramlee Awang Murshid yang pertama Tombiruo(ketika guna kertas kuning),Klon Zaifuzaman Ahmad sebaik berkenan dengan sinopsis di belakang buku. Sempat juga memborong buku Suite 1908 dan Masihkah ada kasih.
Ini kes pelik kerana ketika ini saya memang dah muak ngan buku berunsur romantik tetapi saya tertarik membelinya setelah membaca sinopsis.
Saya yang meminati genre misteri(sejak dari kecik) cuba mencari novel-novel sebegini dan ini menemukan saya pada satu penulis yang sampai sekarang saya amat kagumi dan minat iaitu Agatha Christie. Kisahnya begini, tahun 1998 ,time saya jalan-jalan (dahagakan buku misteri/penyiasatan) di CM cuba nak cari buku yang menarik minat saya membawa saya ke sebuah kedai buku terpakai yang penuh dengan novel-novel English(masa tu memang tak berharap lah nak jumpa buku-buku misteri).
Lepas tu di rak paling bawah(duk mencangkung) saya terpandang satu novel dan penulisnya ialah Agatha Christie-time ni memang saya pernah dengar nama dia dan saya tahu dia ni penulis buku misteri yang dah lama. Saya punyalah gembira tapi masih teragak-agak nak beli coz takut novel tu punya bahasa English susah(maklumlah penulis lama). Tapi bila tengok sinopsis kat belakang buku tu memang teruja yang teramat sangat lah. Akhir nya saya memborong 12 buku Agatha Christie . Excited nak baca nih. Balik terus baca sebuah novelnya yang bertajuk "eril at Ends House"-inilah karya pertama dia yang saya baca dan sungguh membuatkan saya tak toleh ke penulis lain.
Dan dalam tahun ini jugalah saya terjumpa karya Ramlee Awang Murshid(sila baca di atas).
So time period ni(1998-awal 2005), saya hanya akan beli novel2 melayu karya Abdul Rahim Awang(coz penulis misteri dan saya dah minat dari awal), Ramlee Awang Murshid(tapi tak pernah baca sehingga tahun 2004!),novel2 melayu yang berunsur misteri,suspens.
Tetapi ada juga terbeli novel2 melayu yang berunsur romantik ie Masihkan ada kasih,suite 1908,keranamu ain-noor suraya(beli semata-mata kerana sama ngan nama saya). Koleksi buku melayu romantik+misteri memang dah berlambak di rumah saya pada ketika ini.
Dalam period ini jugalah saya mengumpul dengan begitu banyak sekali novel2 English berunsur thriller/suspense/mystery/horror. Dan juga saya mengumpul koleksi Enid Blyton(in English) untuk mengembalikan nostalgia saya dan beberapa siri kanak2 seperti Harry Potter, Chronicles of Narnia(C.S Lewis)
Pernah satu ketika saya memborong 34 buah buku Agatha Christie di kinokuniya Sogo(dedulu Kinokuniya English di Kompleks Sogo KL) kerana kedai buku terpakai di CM dah takde tajuk2 buku Agatha Christie. Saya spend RM 800.00 lebih!!! Terkejut cashier tu!
Kegilaan saya terhadap Agatha Christie tidak berakhir dengan buku2 misterinya sahaja. Apa2 buku ilmiah yang berkaitan dengan Agatha Christie(biography) pun saya beli di Abebooks(online buku terpakai).
Sekarang saya ada kesemua novel2 Agatha Christie sebanyak 83 buku misteri, dan 6 buku romantik/kehidupan yang ditulis oleh Agatha Christie di bawah nama pena Mary Westmacott.
Ketika ini juga, ketagihan terhadap buku2 misteri saya berkembang. Saya mula membeli novel2 misteri tahun 1920an-zaman Golden Age(peminat misteri tahu apa maksudnya).
Penulis Arthur Conan Doyle(Sherlock Holmes)-complete
Penulis Dorothy L. Sayers(Siri Peter Wimsey)-Semua ada kecuali satu buku
Penulis Ngaio Marsh(Inspector Alleyn)-Complete
Sue Grafton
Laurie R. King
Colin Dexter-complete
Emily Brightwell
Sidney Sheldon-complete
Michael Palmer
John Grisham
Dean Koontz
P.D James dan terlalu banyak lagi卍alam koleksi saya.
Begitu juga dengan penulis Enid Blyton- saya ada semua siri enid blyton(long story).Yes all!!! Kecuali short stories yang terlalu lah banyak.
Dan dalam period ini juga komik detektif conan dan penyiasat remaja menjadi buruan saya setiap bulan. Gilakan?!
Plus majalah remaja dan mastika. Dan bapa saya pula melanggan reader抯 digest.
Saya sebagai peminat buku-menyimpan setiap koleksi ini walaupun majalah doremon masih ada dalam simpanan.
Buku2 ilmiah dan agama kebanyakan bapa saya yang beli tapi saya yang uruskan susun aturnya.
Antara peralihan ke waktu sekarang, saya dah muak yang teramat untuk membeli apa2 jenis buku. Kecuali majalah hidayah(masih melanggan sehingga sekarang) sehinggalah sepupu saya duduk di rumah saya awal 2005. minat terhadap novel Melayu kembali berputik sehinggalah sekarang.Ketika ini lah mula minat novel2 dari penulis2 Melayu seperti Norhayati Berahim,Anis Ayuni dan lain2
Dan novel2 English saya beli hanya untuk melengkapkan siri2 yang ada saja-no new series yang saya beli. Ataupun buku2 non mystery yang saya kira menarik untuk dibeli(P/S: sampai skang tak beli2 lagi buku A suitable Boy-vikram seth hehehe)
Lambakan novel2 Melayu mula menguasai rak-rak buku di rumah saya.So some of the older books have to keep them in the kotak or almari baju to make way to the new ones.
Itulah saya dengan kegilaannya.Oklah dah penat menaip.
HAKCIPTA SIXRET
[ Last edited by sixret at 13-9-2007 01:19 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mak oiii aaiiii panjang nya story.. boleh masukkan ke blog... ape kata awak tulis blog review tentang novel2 yg dah dibaca, at least boleh kongsi ngan kengkawan lain yg giler giler membaca tu seperti saya |
|
|
|
|
|
|
|
Apa itu STEREOTYPE?!
Terlalu ramai orang membincangkan masalah stereotype.Dahulu saya juga mempersoalkan masalah streotype ini.
Pengklasifikasian streotype itu sendiri berbeza mengikut pandangan masing-masing.
Tulislah apa saja.Kalau dah minat tetap minat.
Tulislah apa saja.Kalau dah tak minat tetap tak minat.
Senang. Itulah manusia.
Masalah streotype ini sebenarnya tidak hanya berlaku dalam novel-novel Melayu. Malah jika sesiapa yang banyak membaca novel-novel Inggeris pasti tahu betapa streotypenya novel-novel Inggeris kerana masih membawa tema universal iaitu cinta.
Cuma setting novel-novel Inggeris(yang kita tidak biasa dan terdedah dengannya) berbeza dengan novel-novel Melayu(yang kita biasa dan terdedah dengannya) menyebabkan kita mudah melabelkan novel-novel Melayu itu streotype.
Yang membezakan seorang penulis dengan penulis yang lain dalam penceritaan sesebuah novel itu ialah cara persembahan dan teknik yang digunakan untuk dihidangkan kepada pembaca yang juga dikenali sebagai olahan.
Adakah dengan cara yang cukup membosankan? Atau adakah dengan cara yang membuatkan kita terkesan dan berasa teruja? Di sinilah letaknya kelainan rasa daripada seorang pembaca dengan pembaca yang lain.Jika A menganggap karya Z membosankan.Masakan B juga berpendapat sedemikian. Semuanya bergantung kepada penghayatan,pengalaman membaca dan citarasa seseorang pembaca itu sendiri.terlalu subjektif untuk ditentukan.
Fasa pertama: Bagi yang baru baca novel pasti tak terkesan 憁asalah |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana Caranya Anda Membaca Novel???
Tetiba rajin pulak nak tulis pasal ni.
Sesetengah orang akan membaca start dari tengah novel hingga akhir.
Sesetengah orang akan baca skip2 cari part yang best2 je
Sesetengah orang jika buku tu tak menepati citarasa atau bosan terus tak sentuh buku tu lagi walaupun hanya baca 5 6 helai je!!!
Sesetengah orang pula baca dari mukasurat pertama sampai habis tanpa skip tak kira buku tu best atau bosan.
Saya pula dalam kategori yang akhir. Saya akan baca dari awal sampai abis.tapi part2 yang agak bosan,saya baca laju.
lagi satu sikap saya, saya akan baca dua novel dalam sekali baca-maksudnya saya baca gilir2 antara dua novel tu.
so biasanya saya akan pilih satu novel tebal, satu lagi tak begitu tebal-dari dua penerbit dan penulis yang berbeza.seboleh-bolehnya dari genre yang berbeza.mungkin satu romantik/satu lagi kehidupan.
anda pula macam mana???
p/s:ari ni tetiba je rajin nak meghupdate blog walaupun tangan dah penat menaip coz idea tengah banyak nak citer. kepenatan tangan terpaksa diabaikan dek idea datang mencurah-curah.hehehe
HAKCIPTA SIXRET
[ Last edited by sixret at 13-9-2007 01:18 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pernahkah korang mengalami seperti peristiwa ini???
Salam Kembali
Assalamualaikum,
Sudh lama saya tidak menjenguk blog saya ini. Sepanjang tempoh itu, saya menghadapi permasalahan yang melibatkan jiwa. Mahu atau tidak, saya kena lalui. Sama ada dengan sabar atau berputus asa,berselang-seli, saya tetap kena harungi. Saya sentiasa menggagahkan diri untuk melalui period itu dengan kesabaran dan meletakkan segala permasalahan saya di tangan yang Berkuasa-ALLAH.
Saya menjadi lebih peka bahawa dunia belum berakhir hanya disebabkan permasalahan saya itu. Rutin harian perlu diteruskan. Manusia masih tetap akan menghadapi konflik sesama sendiri selagi manusia wujud. Saya menjadi lebih redha dengan setiap ketentuan Allah bahawa ada masanya kita gembir dan ada masanya kita sedih.
Dalam tempoh itu jugalah, apa-apa keadaan atau benda yang mengingatkan saya kepada permasalahan saya itu, cuba saya elakkan. Dan hobi saya membaca novel sedikit sebanyak menerima kesannya. Saya tidak boleh langsung membaca novel-novel yang ada unsur-unsur romantik, cinta, airmata dan apa-apa sahaja bahan bacaan yang boleh menjuruskan pemikiran saya untuk mengingati permasalahan saya.
Lantaran itu, saya tidak dapat menulis review tentang novel melayu dalam tempoh itu. Saya tahu novel melayu, sedikit atau banyak, pasti ada unsur-unsur yang akan mengundang kesedihan dan penyakit jiwa pasti akan kembali. Kesannya blog saya ini tidak dikemaskinikan.
Namun begitu, saya tetap membaca cuma kali ini pembacaan saya lebih banyak tentang buku-buku agama yang membuka mata saya untuk lebih redha dan pasrah menghadapi segala peristiwa kerana setiap peristiwa itu sendiri adalah hak mutlak Allah untuk menguji keimanan hambanya. Tiba-tiba saya menjadi sedar, saya tidak berkeseorangan dalam hal jiwa ini! Saya membaca tafsir Al-Quran untuk menguatkan hujah yang saya buat dalam cubaan memujuk hati saya.Alhamdulillah-dalam mengharungi permasalahan saya tidak memilih untuk melakukan perkara yang ditegah walaupun berdansa di kelab malam. Terima Kasih Allah kerana memandu aku ke jalan yang lebih diredhaimu.Lagipun saya bukan jenis yang bersidai dan keluar malam apatah lagi berani ke kelab malam. Namun ketika menghadapi permasalahan jiwa, apa-apa pun boleh berlaku di luar dugaan manusia!
Setelah penat otak saya bekerja dan hati saya terkesan ketika pembacaan ilmiah itu, saya akan membaca buku kanak-kanak yang ditulis oleh Enid Blyton. Relaks sekejap kerana otak saya tidak perlu berfikir. Saya gembira membaca buku kanak-kanak kerana tiada unsur-unsur romantik.
Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Allah di atas hidayah dan ilham untuk kembali meluruskan jalan mencari kebenaran Islam.
Saya juga perlu berterima kasih kepada keluarga saya di atas kehadiran mereka di sisi,walaupun mereka tidak tahu langsung saya sedang menghadapi permasalahan jiwa. Ketika tempoh ini, saya lebih menyedari kasih-sayang keluarga terhadap saya padahal sebelum ini saya hanya mengamalkan dasar "take it forgranted" dalam menilai kasih sayang mereka. Jangan salah faham, keluarga saya bukanlah jenis keluarga yang akan menyambut hari lahir setiap ahli keluarga, walaupun hanya dengan ucapan-tidak ada. Bukanlah jenis kelaurga yang selalu keluar makan2 di luar. Tetapi saya tahu, saya dan semua ahli keluarga saya mengamalkan dasar "unspoken love" terhadap setiap ahli keluarga kami.
Rupa-rupanya episod kisah hidup saya,insan yang kerdil,tidak ubah seperti halaman-halaman novel yang biasa saya baca dalam novel!
Terima kasih kerana memahami.
HAKCIPTA SIXRET
[ Last edited by sixret at 13-9-2007 01:22 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Apa Yang Saya Review???
Apa yang saya review???
One of my friend who has visited my blog told me or should i say, condemned me in a positive light. She, in a way, trying not to be too sarcastic though she failed to do so, had asked me the reason why i gave a review that didnt help her to know the plot of a particular novel.
as far as she concerned,she wanted a review that can help her to buy a good book and i've failed to fulfill her intention.
and to let her know, I a more interested to see how each novelist execute their idea into words.how they build the wataks. And how they present their work to the reader.whether they can use words as a tool to make reader comprehend and read along their ideas well.whether it's complex or santai is not an issue. From here, I can evaluate using my own faculty with my own judgment-whether the novelist is competent enough or not.-my own perspective.nevertheless, I bear in my mind, some of the novelist I review are freshies, so I allow myself a buffer to be linient.
to me, this is an element that i really interested in. i have read so many novels and currently at a stage where i want to analyze the novels not in an ordinary way but in a way that a scholar(if there is one and I'm not good enough to be considered as that) reviews it.
and obviously, the reason why i make a segment that show back cover synopsis or blurp-to help people to know the plot of the novels.
to her-who-must-not-be named, please excuse my words of sarcasm,if there is one, due to me being an ignorant lot. ;)
let cherish our hobby of reading novels.be it a strenght to strenghten our frenship. let us make ourselves accept any differences(ideas) that arise so often.
ie ku minat ct,ko minat nc-but what the heck right???
HAKCIPTA SIXRET
soalannya:
Apa yang korang review???
[ Last edited by sixret at 13-9-2007 01:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 liya71a's post
liya71a...ni dari blog saya la nih |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah Definasi Karya Yang Baik?
Apakah Definisi Karya yang Baik?
Pada saya, secara amnya, karya yang baik ialah karya yang mampu membuatkan pembaca membaca sesebuah novel tanpa rasa bosan.Karya yang membawa unsur 'logik'. Logik di sini bukan bermaksud cerita fantasi tidak baik, tetapi cerita walau apa tema sekalipun, believable. Make your story believable.Saya pernah membaca satu novel di mana setiap rentetan peristiwa yang berlaku tidak selari dengan peristiwa sebelumnya.Ini sudah membuatkan novel ini jatuh dalam kategori 'tidak logik'.
Kriteria karya yang baik:-
Pada saya,tulislah apa saja tema yang ingin ditulis samada kehidupan,romantik,misteri,fantasi dalam apa saja bentuk-cerita kompleks,santai,remaja tetapi tulislah dengan baik.
1) Karya yang baik ialah karya yang membenarkan peristiwa yang sebelumnya.Konsisten sepanjang novel. Jangap pandang enteng pada 'time line' terutama cerita yang melibatkan 'flash back'. Jadikan karya itu 'kemas' dengan mengambil berat masalah 'time line'. Kepada pembaca sekalian, pernahkah anda membaca satu karya di mana anda keliru dengan 'time line'. cth dialog dalam hati pembaca "eh,ni time bila ni? sekarang ke or zaman flashback? atau "apsal, tak alih-alih dia ni buat benda ni , padahal baru tadi aku baca dia buat benda lain". Kalau pernah, karya itu menghadapi masalah "time line"
2) Jika ada fakta ilmiah(lebih baik),pastikan fakta itu betul,dengan melakukan research melalui pembacaan,interview atau pengalaman sendiri.jangan 'menipu' pembaca. Tulislah fakta ilmiah ni seolah-olah anda tidak 'membebel' pada pembaca dan dalam masa yang sama pembaca mendapat manfaat dari ilmu tersebut. Penulis perlu ingat karya yang dihasilkan ialah karya fiksyen, jika ingin memasukkan fakta ilmiah biarlah dengan cara pembaca tidak terasa bosan. Jika ingin berdakwah dalam karya fiksyen, pastikan anda tidak membosankan pembaca. Gunakan gaya bahasa yang mampu membuatkan pembaca terdetik keinsafan-mungkin anda dapat pahala melalui dakwah tak langsung itu.
3)Gunakan bahasa yang mudah difahami kerana apa ertinya guna bahasa 'hebat' tetapi maksudnya tidak sampai ke pembaca.Percayalah, anda adalah penulis yang hebat jika pembaca faham apa yang ingin anda sampaikan walaupun menggunakan bahasa yang 'simple'. Gaya bahasa berbeza untuk setiap penulis. Tetapi biarlah gunakan gaya bahasa yang 'simple'. Saya cukup 'pantang' jika membaca karya yang terlalu berpuitis dan berbunga-bunga.Percayalah karya yang berpuitis tidak menjadikan karya anda hebat.
4) Jangan terlau panjang menerangkan tentang sesuatu.Ini membuatkan pembaca cepat bosan. Biarlah 'flow' cerita itu laju.
5) Pembangunan watak amat penting,pastikan anda sebagai penulis meluangkan sedikit masa untuk 'berkenalan' dengan setiap watak yang anda cipta sebelum menulis karya anda. Jika anda sendiri tidak 'kenal' dengan watak yang anda cipta masakan pembaca mampu mengenal watak yang anda cipta.Pembaca boleh tahu watak mana yang berkembang iaitu wujud dalam 3 dimensi dan watak mana yang hanya wujud dalam dua dimensi saja(tidak berkembang). Pembangunan sesuatu watak dikira hebat dan berjaya jika pembaca mampu menghayati dilema watak tersebut. Apa yang penting, pembaca peduli tentang watak itu. Pembaca akan gembira,bersimpati,sedih,marah,benci dalam menghayati setiap watak dan jalan cerita. Penulis harus tahu bagaimana 'bermain' dengan emosi pembaca. Jangan terlalu banyak mencipta watak kerana hanya akan mengelirukan pembaca.
6) Perlu ada sedikit moral.Biarlah karya itu karya yang bermoral.
7) Janganlah terlalu taksub untuk menulis buku yang terlalu tebal kerana pada pendapat saya,karya yang mempunyai mukasurat antara 250 sehingga 450 sudah cukup memberi ruang untuk karya itu berkembang. Dan paling maksimum pun sekitar 500. Cukup untuk pembangunan watak, cukup untuk memasukkan unsur ilmiah atau dakwah, cuku untuk describe sesuatu, cukup untuk mengembangkan plot cerita.Kiranya dalam bahasa mudah mukasurat 250 hingga 450 mampu untuk penulis menjadikan karya mereka hebat dengan merencanakan cerita tersebut.Cukup perisa,masam,manis,pahit,pedas.
Secara peribadi, saya kurang menyukai untuk membaca novel tebal kerana ketiadaan masa, secara amnya pembaca membaca kerana hobi dan jika buku terlalu tebal, it loose its drive to attract reader's attention. Kebanyakkan karya yang tebal ni, lebih banyak meleweh-leweh and tend to be repetitive-berulang-ulang. Kecuali jika penulis mampu membuatkan cerita itu hebat,then it's okay seperti karya Warisan- Abdul Talib Hassan yang bermukasurat 800 lebih tetapi karya itu karya yang hebat,tiada ulangan, ada driver untuk menarik perhatian pembaca membaca sehingga akhir. karya Warisan tebal kerana plot yang amat kompleks dan Abdul Talib Hassan amat mengambil berat pembangunan wataknya.
Kepada penulis cerita romantik, sebenarnya anda bersaing dengan begitu ramai penulis yang tumbuh bak cendawan. Anda kena tulis kisah cinta yang tidak 'klise'. Pada saya, oleh kerana novel yang bertema romantik terlalu banyak di pasaran,saya perlu menjadi cerewet sebelum mebeli novel cinta. Apa yang saya harapkan dari novel cinta ialah KELAINAN. Anda kena cari satu plot cerita yang lain dari yang lain,itulah sebenarnya cabaran sebenar sebagai penulis. Tidak kisahlah jika cerita itu kompleks atau santai asalkan kisah cinta itu 'original' dan lain dari yang lain. Cukup membosankan jika membaca novel cinta yang sama sahaja cuma penulis dan nama watak yang berbeza.
Jika perlu masukkan unsur-unsur misteri dan suspens. Unsur misteri tidak bermakna hanya pembunuhan sahaja.Kehidupan realiti itu sendiri sebenarnya bersulam dengan misteri.Jadikan misteri itu satu 'driver' untuk menarik pembaca mengetahui kesudahan cerita anda. cth misteri mengapa Rahman mencintai Julia.Masih lagi kisah cinta tapi ada unsur misteri. Life is just like a puzzle. Life without puzzles is death.
Saya tidak kisah membaca karya dari penulis lelaki mahupun perempuan.Pada saya tidak adil membuat perbandingan secara general.Penulis laki begini penulis perempuan begitu. Pandang seseorang penulis itu secara individual. Abdul Talib Hassan seorang penulis yang mampu bermain dengan emosi walaupun dia seorang lelaki. Penulis yang hebat boleh saja datang dari jantina yang berlainan. Apa yang penting bakat dan kemampuan dan usaha seseorang dalam menghasilkan karya yang hebat
Saya benar-benar berharap agar rak-rak buku di seluruh kedai buku mempunyai 90% karya yang bermutu dari penulis tempatan tak kiralah perempuan atau lelaki.
Pencarian saya dalam mencari karya yang bermutu belum berakhir. Masih ada pengharapan yang bersisa dalam diri saya untuk membaca karya-karya anak Malaysia(terutama Melayu) yang bermutu dan mempunyai 'jiwa' yang mampu menjentik rasa.
Teruskan lah berkarya!!!
Cheerio
HAKCIPTA SIXRET
[ Last edited by sixret at 13-9-2007 01:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kriteria Novel Dari Penerbit
Kriteria Novel Dari Penerbit
Lambakan novel-novel Melayu di pasaran seolah-olah 'memberitahu' saya bahawa sudah ramai orang Melayu(mungkin juga segelintir orang bukan Melayu) mempunyai tabiat membaca novel.Saya ingin membuat perbandingan antara beberapa syarikat penerbit yang 'besar'.Ini tidak termasuk syarikat yang ditubuhkan oleh penulis untuk menerbitkan buku sendiri.
Syarikat penerbit:-
1) Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB)
2) Alaf 21(Alaf)
3) Rhythm Publishing (NSCR)
4) Utusan Publishing (UP)
5) Penerbit Fajar-Ghostwriter (PFG)
Ketika pembeli ingin membeli sesebuah novel,pembeli ingin mengetahu plot cerita novel yang ingin dibelinya.Ini sebab utama yang paling asas mengapa pembeli membeli sesebuah novel(belum ambil kira kecantikan cover,kecenderungan memilih karya seseorang penulis,budget, dan terpengaruh dengan review kawan-kawan atau dari internet).
Bagaimana pembeli ingin mengetahui plot sesebuah cerita sedangkan hampir semua novel baru dibalut dengan plastik.Sudah semestinya sinopsis(blurp) di belakang kulit novel akan membantu pembeli mengetahui secara ringkas tentang plot sesebuah novel.Kebanyakkan novel-novel terbitan CESB dan PFG mempunyai sinopsis(blurp) yang tak 'straight to the plot',banyak meleweh-leweh dengan menggunakan bahasa yang berpuitis.Sepatutnya sinopsis seharusnya menerang plot novel secara ringkas.Tak usahlah nak gunakan ayat-ayat berpuitis yang meletihkan kerana ketika pembeli pergi ke kedai buku dan melihat buku,mereka ingin memahami isi buku dengan cepat kerana terdapat ratusan buku di rak dan hanya ingin membeli dua atau tiga buku dan mencari plot yang berkenan di hati.Novel-novel Alaf,UP dan NSCR mempunyai kelebihan kerana sinopsis di belakang kulit novel menerangkan plot cerita dengan ringkas dan tidak gunakan ayat-ayat yang berpuitis dan susah nak faham dalam waktu yang singkat(ingat,paling lama seseorang memilih buku dalam 2 jam).
Dari segi cover,memang CESB mendahului yang lain,dengan cover yang warna-warni dan gambar yang cantik bak lukisan menambat hati pembeli.Sedangkan yang lain hanya biasa-biasa saja.Walaupun begitu,perlu diingat,kulit buku yang baik,cerita yang baik tetapi jika tidak membantu pembeli mengetahui plot cerita secara ringkas,tidak ada gunanya(setiap buku dibalut dengan plastik).
Secara relatifnya,kesemua novel Alaf,NSCR, dan PFG menggunakan kertas yang berwarna putih(tidak baik utk mata sebenarnya) berbanding CESB dan UP(sesetengah novel CESB dan UP masih guna kertas kuning).sebenarnya kertas kunig lebih ringan(so boleh pegang buku sambil baring dan tangan susah nak lenguh) berbanding kertas putih yg berat.
Harga novel-novel Alaf dan NSCR agak murah berbanding novel-novel CESB,PFG dan UP jika diambil kira ketebalan mukasurat sesebuah novel.
Secara relatifnya,kebanyakan novel-novel CESB dan UP membawa tema yang 'berat' dan kompleks berbanding Alaf 21 dan PFG yang lebih cenderung menerbitkan novel-novel yang bertema 'santai' manakala NSCR seimbang antara tema yang 'berat' dan 'santai'.
Syarikat penerbit mana yang 'memudahkan' pembeli membeli dan mendapatkan novel-novel mereka selain dari cara konvensional iaitu membeli di kedai-kedai buku?
1) Suka atau tidak,website di internet banyak membantu.Setakat ini CESB,Alaf,NSCR dan UP yang ada website sendiri (website UP dah tak boleh masuk).Di sini saya memuji Alaf kerana pembeli boleh membeli novel-novel mereka di internet dengan cara transfer money melalu Maybank 2u.Ini memudahkan pembeli membeli novel-novel Alaf.Manakal CESB dan NSCR masih menggunakan cara konvensional iaitu dengan menggunakan wang pos(pembeli tak ada masa lah nak pergi pejabat pos dan apa ertinya beli di internet jika tidak memudahkan pembeli-baik beli di kedai).Manakala PFG langsung tak ada website-sayang kerana website adalah satu strategi pemasaran dan pemberitahuan bahawa sesuatu produk itu wujud.
2) Katalog-CESB sentiasa mengeluarkan katalog buku mereka di majalah "Gila-gila".dan Alaf akan memberi secara percuma katalog buku(senang,dengan hanya mengisikan borang permintaan katalog di website dan tak sampai seminggu katalog berada di tangan pembeli).
Katalog di belakang buku-NSCR dan PFG bagus dalam hal ini kerana mereka memudahkan pembeli membeli buku-buku yang lain(walaupun pembeli masih kena membuat wang pos).Manakal Alaf dan CESB hanya membuat katalog ringkas(kurang dari 10 buku),tetapi Alaf akan memberi sinopsis novel-novel lain di belakang setiap novel mereka which is good
Alaf sahaja yang memperkenalkan penulis mereka di website(oleh itu pembaca boleh mengenali penulis buku yang mereka gemari-percaya atau tidak penulis juga adalah selebiriti-pembaca ingin tahu dan kenal penulis-penulis buku yang mereka gemari-believe me,ianya satu strategi pemasaran-memasarkan novel dan juga penulisnya).PFG memperkenalkan penulis mereka di setiap novel yang diterbitkan.
Penerbit buku baru:
Kreatis Medialoka Sdn Bhd (KM)
NHF Media Corp Sdn Bhd
Ar-Risalah Product Sdn Bhd (aR)
Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd
dan beberapa syarikat penerbit milik beberapa orang penulis.
Nasihat kepada semua penerbit buku.
Buku yang baik tidak akan diketahui orang jika tidak ada promosi dan (availability) yang baik.Promosi yang baik tidak akan berkesan jika tidak ada sinopsis yang baik.Sinopsis yang baik tidak akan berkesan jika harga buku tidak kompetitif(harga terlalu mahal).
Nasihat kepada pembeli novel-novel melayu.
Jangan hanya pandang satu-satu penerbit sahaja kerana penulis yang baik(tak kira baru menulis atau sudah lama menulis) terdapat di semua syarikat penerbit.Dan penulis yang baik tidak semestinya semua karya mereka baik.Oleh itu bijak lah memilih sebelum membeli novel.
HAKCIPTA SIXRET
[ Last edited by sixret at 13-9-2007 01:19 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Buku adalah dunia saya
Masa yang saya ada tidak sama dengan keinginan saya untuk menulis review di blog saya. Sebenarnya sudah banyak buku yang telah saya baca cuma masih tidak ada masa yang lapang untuk menulis semua buku-buku yang telah saya baca. Saya antara pembaca yang boleh membaca dua buku dalam satu masa. Jadi kadar membaca saya lebih cepat dari kadar penulisan review di blog ini. Sesetengah orang amat gemar membaca sesebuah novel itu berulang kali-saya pula, tidak menyukainya kerana ada dua sebab, pertama, sudah tahu jalan cerita, kedua, dengan terlalu banyak buku yang perlu dibaca dalam koleksi saya, tidak mungkin saya membaca sesebuah novel itu dua kali.
Matlamat saya ialah menulis kesemua review untuk novel Melayu saya. Dalam simpanan saya, saya ada 200 lebih novel Melayu. 1500 lebih novel Inggeris. dan lebih kurang 100 buku-buku berbentuk ilmiah dan bacaan berat. Itu tidak termasuk komik dan majalah yang tidak terkira.
Ini adalah hobi saya, walaupun saya 'bodoh' dalam menjadikan blog saya ini menarik tetapi semangat ingin berkongsi pendapat tentang buku membuatkan saya berusaha untuk menulis di blog ini.
Secara peribadi, saya jenis pembaca yang jika meminati seseorang penulis, saya akan dapatkan kesemua karya-karya penulis tersebut.inilah kegilaan saya-mencari,menggeledah setiap kedai-kedai buku(besar atau kecil) yang termampu kaki saya melangkah masuk dan sumber kewangan membenarkan. Sampaikan kawan saya berseloroh dengan saya - " Nanti jika ko kahwin suruhlah bakal tunang ko bagi hantaran buku. Kalau 7 hantaran, tujuh-tujuh sekali suruh dia hantar buku". Lambakan buku terus-terusan berlaku dalam rak-rak di rumah saya.
Saya akan menulis tentang pengalaman saya masuk dalam 'jerat percintaan' membaca buku di waktu lapang saya yang lain.
Saya hanyalah pembaca dan penilai buku sama seperti pembaca dan penilai buku yang lain. Bezanya mungkin citarasa, gaya persembahan, suka atau tidak suka terhadap sesebuah buku.
cheerio
HAKCIPTA SIXRET
[ Last edited by sixret at 13-9-2007 01:18 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalu dr awal baca rase cam best... mesti nak abis kan baca ari tu gak
tanpa skip mana |
|
|
|
|
|
|
|
Best Books
Having damned several books, I thought I should list the best. Any GAD enthusiastic out there,I hope my analysis will give you some perspective/insight of the books and hope you'll buy the great one.
To me, the best detective story is both a good detective story (original
ideas, misdirection, ingenuity, surprise solutions) and a good story (style,
characterisation, atmosphere). It must be plot-driven, and the murderer a
major character; it must have a unique tone; it must have a memorable situation
and setting; it must have a genuinely baffling problem, and an original plot;
and it should say something about human nature - subtly, with the plot embodying
the theme, but without being political propaganda disguised as a crime story,
with the moral duly pointed out. (There's a lot of room here, since it doesn't
just mean the mean-spirited tawdriness of a lot of modern writers, but includes
writers with such different philosophies and approaches as Henry Wade, PD James, Michael Innes, Ruth Rendell and Edmund Crispin.)
So:
Dancers in Mourning (Margery Allingham, 1937)
The Fashion in Shrouds (Allingham, 1938)
More Work for the Undertaker (Allingham, 1948)
Every Allingham book has its own tone - bucolic comedy, social satire,
morality play, regret for the past - and the series becomes darker and subtler
over time. Albert Campion, the chameleon-like sleuth, is also involved
personally, a device which is always effectively used. These three are some of
Allingham's best: a theatrical novel, in which Campion falls in love with the
main suspect's wife; a long Galsworthyish comedy of manners, involving haute
couture, the haut monde and the demi-monde (and that's probably a quote!); and a
colourful tale of Dickensian eccentrics in an old boarding-house. The murderer
is inevitable: only one person could have committed the crime in that way, and
for that reason.
The Poisoned Chocolates Case (Anthony Berkeley, 1929)
Trial and Error (Berkeley, 1937)
Berkeley only wrote a dozen or so books (like Sayers and Crispin), most of
which were forgotten until recently, but his reputation relied on these two plus
the Francis Iles psychological thrillers Malice Aforethought and Before the
Fact. These two show different aspects of Berkeley抯 genius: Poisoned
Chocolates is the pure detective story taken to logical extremes, as the Crimes
Circle (=the Detection Club) solve the same murder six different times, using
the same evidence |
|
|
|
|
|
|
|
analysis continues....
The Eye of Osiris (R Austin Freeman, 1911)
The D'Arblay Mystery (Freeman, 1926)
As a Thief in the Night (Freeman, 1928)
Mr Pottermack's Oversight (Freeman, 1930)
Although Symons described Freeman as like "chewing on dry straw", the books
have strong period charm, excellent scientific detection, and ingenious
solutions - and the characterisation is often good. This is, after all, the man
who invented the inverted detective story, told from the perspective of the
murderer - see Mr Pottermack for a full-length version. Freeman's best, though,
is As a Thief in the Night, which has a superb murder method AND great
characterisation of the narrator - a similar, although very different, device to
Roger Ackroyd.
Suicide Excepted (Cyril Hare, 1939)
Tragedy at Law (Hare, 1942)
Hare wrote nine detective stories, mostly excellent, with good settings and
characterisation, many involving the law and legal quibbles (cf Tragedy at Law),
but only really achieved greatness with this, which involves amateur detectives
determined to prove that their father's "suicide" was murder, and with one of
the best surprises in the genre (unless you've read Barzun & Taylor).
Recalled to Life (Reginald Hill, 1992)
Pictures of Perfection (Hill, 1994)
The Wood Beyond (Hill, 1996)
On Beulah Height (Hill, 1998)
Dialogues of the Dead (Hill, 2001)
Hill is unquestionably Top Ten, up there with the very best of them. His
books are a mixture of police procedural (Dalziel, fat and uncouth, yet very
subtle, and the more liberal Peter Pascoe), Golden Age detective story and
literary pastiche, combining the humour and brilliantly complex plotting of
Crispin or Innes with the modern writers |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jika saya ada masa,saya akan menulis analisis tentang buku2 beberapa penulis Melayu yang saya ada complete collection buku2 mereka.Insyaallah. |
|
|
|
|
|
|
|
seronok baca apa yg sixret tulis ni...... tahniah la sbb berjaya memupuk minat membaca dalam diri, membaca itu kan jambatan ilmu..
lemon pun bermula dengan novel2 enyd blyton jugak,sixret.. masa tu ibu rajin hantar ke library (dgn adik2..beza umur kami pon setahun setahun).. sebenarnya ayah minat membaca, setiap kali pegi library,kitog semua mesti nak ikut.. terutama lemon ngan sorg adik laki.. sonok sgt masa buat kad library tu, semangat membaca makin berkobar2.. selain enyd blyton's,suka gak baca koleksi cerpen2 melayu..
boleh kata tiap2 weekend parents drop kitorg kat library..drop pagi, amik ptg..
lagi 1, suka kumpul komik Doraemon.. Doraemon jadi komik kesukaan masa kecik2 dulu.. semua pasal Doraemon,semua tahu..sampai boleh hafal alat2 yg Doraemon pernah pki..and apa kegunaan alat2 tu..then mula lah berangan2 kalau bukak drawer kat bilik,nanti Doraemon dtg (of course,Doraemon tak datang2 pun..) haha..
ada 1 citer enyd blyton ni (tak ingat tajuk sbb dah lama sgt).. kononnya kalau tanam butang baju.. pas seminggu camtu,nnt butang tu menjelma jadi pixies .. kitorg adik beradik ni pergi la wat keja bodoh gi tanam butang baju.. haha..and of course la pixies x muncul2.. just suke2 je..dlm hati kata, kot2 la mmg kat dunia ni ada magic.. and we reli believe in magic.. hehe
My fav novel masa dulu.. Seorang Tua di Kaki Gunung.. pinjam kat library.. sedih sgt cerita tu..sampai nangis2 dibuatnya..
then,mula berjinak2 dengan siri Nancy Drew, Siri Penyiasatan Hadi, ngan Kumpulan Bakti.. dari situ minat lak ngan novel siri penyiasatan..
Masa form berapa ntah.. kumpul komik Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi lak..sama cam sixret, tiap2 bulan tunggu komik tu..hehe.. pastu rajin beli majalah Gila-Gila.. mmg duit saku abis kat buku,komik,majalah and CD Doraemon ler... sanggup makan sikit je kat sekolah.. janji ada duit nak beli komik.. (coz ibu x bg duit beli komik/majalah..kalau beli buku boleh)
then..minat lah plak ngan siri Harry Potter.. (yes, because we really LOVE magic)..so Harry Potter ni memang sesuai sgt ngan selera kitorg adik beradik.. sampai kat rumah pon konon2 le..nak bukak pintu kena ckp "alahamora'..nak pas lauk "wingadium laviosa'.. hahaha.. kdg2 tu gi amik penyapu..wat2 konon bleh terbang.. ni yg smpi skrg jd 'kipas-susah-mati' ni..
Buku2 danielle steel pon best gak.. my fav.. No Greater Love..
pastu tertarik lak ngan karya Ramlee Awang Murshid, Faisal Tehrani..
dan tak lupa.. siri Fear Street (horror series).. and byk lagi..susah le nak citer satu2...
sampai sekarang, membaca ni jadi sebahagian dlm hidup dah... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oh ya... sixret..
tulis lah review byk2.. lemon ni bab tulis review ni malas sikit le, baca review yg yg orang tulis suke la... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|