View: 4769|Reply: 4
|
Life seorang bapa tunggal
[Copy link]
|
|
Pengorbanan bapa tunggal
01-10-2007 11:59:42 AM
Oleh ZULKIPLE IBRAHIM | KUALA LUMPUR: Berita tentang keperitan hidup ibu tunggal kerap dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen.
Bagaimana pula dengan nasib bapa tunggal? Adakah mereka juga menerima simpati masyarakat atas pahit maung yang mereka hadapi?
Beberapa minggu menjelang Ramadan 20 tahun yang lalu, Mashari Ghani dan isterinya yang telah berkongsi hidup selama lima tahun akhirnya bersetuju untuk berpisah.
"Perpisahan itu memang pedih bagi saya tetapi lantaran dia begitu berkeras hati mahu berpisah, saya tiada pilihan melainkan melafazkan cerai".
Demikian ucap Mashari, 56, seorang bekas kakitangan awam yang baru bersara Jun lepas dan kini meneruskan kehidupan bersama dua orang anaknya.
Menurutnya, bulan puasa selepas berlakunya perceraian itu memang sukar baginya kerana itu merupakan bulan puasa pertama beliau menjadi bapa tunggal.
"Agak sukar kerana saya perlu menyediakan makanan untuk anak lelaki saya yang ketika itu berusia empat tahun dan adik perempuannya yang dua tahun lebih muda.
"Ketika itu juga saya terpaksa pandai membahagi masa, berkejar dari rumah untuk menghantar anak-anak ke rumah penjaga mereka dan cuba untuk sampai ke pejabat tepat pada masanya.
Kehidupan kami bertiga memang kacau-bilau ketika itu"," katanya.
Mashari berkata beliau juga terpaksa mencuci pakaian mereka bertiga dan menidurkan anak-anaknya, termasuk menyanyikan lagu untuk mendodoikan mereka.
Ada ketika apabila salah seorang atau kedua-duanya demam menyebabkan beliau kerap mengambil cuti kerana tidak sampai hati untuk meninggalkan mereka dengan penjaga, katanya.
Mujurlah pegawai atasan dan rakan-rakan sepejabat memahami masalah yang dihadapinya, tambahnya.
"Ketua di jabatan saya bekerja memahami masalah saya dan beliau telah memberikan banyak pertolongan dan kelonggaran kerana beliau tahu beban serta tekanan atas bahu seorang bapa tunggal adalah besar," jelas Mashari, yang enggan memberitahu sebab perceraian beliau.
ANAK MEMBESAR
Setelah kedua-dua anaknya meningkat usia, cara hidup beliau juga turut berubah.
Mashari berkata setelah mereka mula bersekolah, beliau bergantung pada bas sekolah untuk membawa anak-anaknya ke sekolah dan pulang ke rumah.
"Ketika itu, saya terpaksa bergegas pulang dari pejabat dan cuba sampai ke rumah sebelum pukul 7 petang kerana bimbang akan keselamatan mereka yang tanpa jagaan. Pernah mengalir air mata kerana kenderaan saya tersekat dalam kesesakan lalu lintas, dan bila sampai ke rumah pada waktu malam saya dapati mereka kelaparan," ceritanya lagi.
Bekas pegawai tadbir itu menyifatkan hanya anak-anaknya sahaja sebagai keluarga yang beliau ada kerana ahli keluarga bekas isterinya enggan mengikat sebarang pertalian dengan beliau serta anak-anaknya lagi.
"Masa itu, kehidupan harian kami agak sukar, bukan dari segi kewangan tetapi dari segi kasih sayang ibu bapa untuk anak-anak," jelas Mashari yang berasal dari Beaufort, Sabah.
Baginya, menyambut Aidilfitri bertemankan hanya dua anaknya merupakan satu perkara biasa ketika itu.
"Disebabkan saya tiada saudara-mara di Kuala Lumpur, kami hanya bertiga menyambut Aidilfitri. Di masa itu, kami selalu pergi ke Genting Highlands untuk menghilangkan kesedihan.
"Saya membiarkan anak-anak saya bergembira dengan bermain di Taman Tema di situ dan saya hanya memerhati gelagat mereka," katanya.
Suasana semakin berubah apabila usia anak-anaknya meningkat remaja dan mereka berupaya menjaga diri sendiri.
Sebagai bapa tunggal, sekarang beliau dapat berehat sambil merenung kembali kisah silam yang penuh onak dan duri.
"Saya bangga dengan pencapaian (membesarkan anak-anak) ini," katanya.
Ditanya kenapa beliau enggan berkahwin lagi, jelas Mashari: "Saya telah melalui pahit maung menjadi bapa tunggal dan saya telah mengabadikan segala kasih sayang saya terhadap anak-anak. Saya rasa sudah tidak perlu berkongsi perasaan dengan orang lain kerana semua telah saya beri pada anak-anak".
Anak lelakinya kini pelajar perubatan di Universiti Malaya, di sini, manakala anak perempuannya pelajar kursus teknologi maklumat di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam.
BANTUAN, REAKSI
Rakyat Malaysia yang prihatin, begitu juga badan-badan kebajikan serta pertubuhan bukan kerajaan memang cepat menghulurkan bantuan terhadap ibu tunggal.
Adakah reaksi yang sama ditonjolkan terhadap bapa tunggal?
"Salah satu sebabnya ialah jumlah bapa tunggal mungkin tidak seramai ibu tunggal dan jika ada pun, tidak banyak berita tentang mereka," kata Karim Omar, pegawai pembangunan di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Petaling Jaya Selatan.
Beliau menjelaskan, mungkin juga kerana mereka mempunyai pendapatan menyebabkan kehidupan mereka tidaklah sesusah sesetengah ibu tunggal yang tiada pekerjaan.
"Bagi ibu tunggal, ramai di antara mereka yang tiada sumber pendapatan, jadi terpaksa menunggu bantuan daripada orang ramai serta Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.
KAUNSELING
Menurut aktivis sosial Gurmukh Singh, walaupun tidak susah dari segi kewangan, bapa tunggal juga perlu bantuan seperti kaunseling untuk mengurangkan tekanan mental.
Beliau menganggap tekanan mental wajar diberi perhatian kerana ia cenderung mencetus kemurungan yang boleh menjuruskan seseorang ke arah gejala sosial yang negatif seperti pengambilan minuman keras atau pil penenang.
"Mula-mula ambil pil penenang atau pil tidur bagi mereka yang sukar untuk tidur atau insomnia tetapi lama kelamaan mereka mungkin mengambil dadah untuk menenangkan jiwa," tegas Gurmukh.
Beliau menyarankan supaya bapa tunggal yang terpaksa menjaga anak-anak bersendirian diberi kaunseling tentang bagaimana menghadapi tekanan mental dan fizikal.
"Memanglah, bapa tunggal mungkin ada duit. Tetapi bagi orang lelaki, untuk melakukan tugas yang selalunya dibuat oleh orang perempuan seperti membasuh kain, mengemas rumah dan menyediakan makanan sudah tentu susah dan janggal," katanya lagi.
BAPA CONTOH
Menurut Karim, dalam kebanyakan kes perceraian, seorang bapa biasanya akan meninggalkan anak dalam jagaan bekas isterinya.
"Tetapi ada juga kes bapa mithali, di mana ada orang lelaki yang enggan kahwin lagi setelah berlaku perceraian atau jika mereka nak kahwin juga, mungkin dalam jarak masa yang lama setelah anak mereka besar," katanya.
Karim menasihatkan agar anak-anak hendaklah juga mengenang jasa dan pengorbanan ayah mereka kerana sumbangan bapa tunggal merupakan sesuatu yang 'istimewa dan berharga'. BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
macam mana lah agaknya ye?
dibuatnya anak kecik2, lelaki pempuan
makan minum anak, pakaian..
berat sungguh rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu
siannyer la
lelaki nie kan slalunyer kurang tau sket nk jaga anak nie
sebab isteri yg amek tgjwb tu kan
siannyer la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 shernaz's post
tapi aku rase skang nih ramai gak laki yg tau camner nak jaga anak sebab skang nih ramai yg laki bini bekerja.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa punya perempuan daaaaa......... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|