View: 6151|Reply: 39
|
sekadar meminta pendapat dan nasihat..
[Copy link]
|
|
Assalamualikum semua...
saya seorang isteri yang mempunyai masalah yang agak rumit... tak tau jalan penyelesaiannya... dah saya ingin meminta pendapat dan nasihat apakah tindakan yang saya lakukan ini yang terbaik buat saya atau mungkin ada penyeleaian lain..
saya mempunyai seorang suami yang sangat saya sayangi... tetapi.. suami saya ni seoarng yang...
1. suka bercakap bohong dan putar belit
2. ego yang terlalu tinggi
3. panas baran dan cepat melenting
4. ramai kenalan perempuan yang kesemuanya diberi layanan yang istimewa, lebih dari apa yang dia layan isterinya..
kes 1
sejak dahulu dia mempunyai tabiat suka cakap bohong untuk mengelakkan sesuatu.. baginya semua cakap bohongnya itu sunat kerana nak mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku...tapi buka 100% percakapannya bohong.. cuma ada masanya tak bohong.. cuma kekadang saya keliru sama ada percakapannya bohong atau tidak.. kerana tiada bukti yang kukuh untuk saya mengatakan iya.. jadi sekarang ni, untuk mengelakkan pertelingkahan, saya, anggap semua percakapannya adalah benar kerana tiada bukti.. cuma naluri saya kekadang merasa sangsi.. jika saya bertanya itu ini dan kenapa begitu atau begini... dia akan terus melenting dan marahkan saya... akibatnya.. dia akan terus keluar rumah konon nak buat kerja di pejabat atau ada hal lain...
kes 2
ego yang terlalu tinggi.. saya dilarang keras untuk menceritakan kepada orang lain sikap buruknya atau menjatuhkan air muka dia di hadapan sesiapa.. akibatnya... dia akan melenting dan baran..
kes 3
pernah 2 kali sepanjang kehidupan saya bersama suami saya, saya ditanganinya.. maknya dia tampar di muka.. setelah saya mengungkit soal perempuan yang dikenali.. cepat saja tangannya menampar muka saya.. masa tu saya masih ingat lagi, hari itu dua hari sebelum 'Hari Ibu'... (adakah ini hadiah yang suami ku beri di hari ibu?) tetapi saya rasa macam kena tumbuk kerasa bibir dan separuh muka saya bengkak2.. kemudian terus dia bawa anak pertama kami keluar di tengah2 malam.. saya pula terus pergi klinik untuk dapatkan ubat dan nasiht dr.. dr suruh saya pergi hospital kerajaan kerasa di situ boleh dibuat kes.. tetapi saya tak nak sebab saya tak nak rumah tangga saya berpecah belah.. saya tahankan sabar dan lagipun saya mengenangkan masa depan baby saya yang baru setahun lebih atau kurang setahun.. jika erjadi apa2.. saya nekad jika sekali lagi tangan dia hinggap di mana2 bhg badan saya, saja akan ambil tindakan apa2..
menyingkap balik kisah silam perkenalan saya dengan suami saya... kami berkenalan melalui email setelah saya baru lepas putus cinta .. dan setelah dia desak, akhirnya saya setuju jumpa dia.. first impression jumpa dia.. hmm.. ok.. boleh baut kawan saja kerana hati saya belum terbuka untuknya.. kemudian kali kedua berjumpa dengannya,dia bawa anaknya bersama.. untuk pengetahuan semua, dia ni duda kematian isteri dan mempunyai anak seorang.. anaknya comel dan saya terus menyukainya... dipendekkan cerita mulai dari pertemua pertama dia sentiasa menalipon saya dan meluahkan rasa hati dan akhirnya atas dasar suka dan kesian kerana dia mempunyai anak yang yatim saya mengahwininya... masa tu dia agak kekurangan duit dan segala persiapan perkahwinan dan hataran semua dibiayai oleh saya.. ...
sekarang setelah suami saya mendapat kerja yang tetap dan mempunyai gaji yang lebih dan berjawatan besar, saya perasan dia mulai berubah, makin sibuk dan suatu hari saya terbaca emailnya yang mempunyai banyak email dari lebih dari seorang perempuan.. selepas kahwin kami saling berkongsi password email.. setelah saya bertanya dia akan email2 tersebut, dia mengatakan yang semua perempuan2 tu adalah kawan biasa yang yang dia kenal untuk mendapatkan bisness dan partner dalam perniagaan.. kemudian saya pertanya lah.. setelah itu banyak email saya baca dan nampak seperti suami saya cuba berbohong dan mempermainkan perempuan2 tersebut dgn mengatakan yang dia seorang duda dan seperti ingin mendapatkan simpati.. kemudian bila saya tanya lagi, suami saya marah dan mula tukar password dengan alasan tak nak buat saya risau lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau u rasa u sayang sgt your husband dan tak sanggup berpisah,
then, u have to anggap semua cakap dia adalah benar...tak perlulah korek sana, korek sini rahsia dia... |
|
|
|
|
|
|
|
setelah itu saya tak dapat lagi tengok email dia.. kendian, saya dapat tahu dia banyak talipon dan sms perempuan.. alasannya sama juga.. sekadar kawan dan cara dia melayan semua sama..
banyak kali saya curi2 baca sms dia dan jikalau saya tak tahan sangat dia sms balik perempuan tu... selepas itu suami saya mula delete semua sms dan sorok talipon saya.. supaya saya tak ambil tahu semua yg dia buat dan tak banyak bertanya.. dia kata jika saya percayakan dia, saya harus menerima apa yang dia buat tu semua dan jika saya tak percayakan saya, that's it.. tiada guna hidup bersama lagi.. dia macam bagi hint2 macam tu.. saya mulai rasa takut dan tak nak baut dia marah lagi..
anak tiri saya pula sekarang ni baru masuk sekolah rendah dan agak nakal dan saya yang dididik dari kecil dgn sikap tegas, mula bersikap tegas dgn anak saya dan kekadang ada memarahinya.. tetapi marah hanya untuk mendidik dia seperti ibu bapa yang lain.. sebelum ini suami saya lagi yang semenangnya pansa baran lagi teruk jika marahkan anak dia sehingga sepak tendang.. lemudian dia akan baik seperti sediakala dan menyanyangi seperti tiada apa2 berlaku... cuma sekarang dia dia tiba2 berubah terhadap anaknya.. dari seorang yang penbengis terhadap anaknya (jika ada berlaku kesalahan) kepada seoang yang lembut dan tidak lagi menitik beratkan soal disiplin anak.. dahulu dia terlalu mendisiplinkan anak, sekarang terlalu membiarkan anak dia membuat apa saja.. dan terlalu memanjakannya.. sehinga saya pun tidak dibenarkan memarahinya... saya dapat tahu dari salah seorang teman wanitanya..dia ada bercerita dekat teman2 wanitanya yang saya isteri yang garang terhadap anaknya.. mungkin cerita tu yang dia cerita pada semua teman wanitanya untuk meraih simpati sehingga ada yang sanggup ambil anak saya pergi balik sekolah ketika suami saya sibuk dengan meeting dan outstation.. saya pula terpaksa naik lrt sentiasa dan jika saya ingin guna teksi untuk ambil anak, dia tak bagi dan akan kata yang perlu risau akan anaknya keranya ada yang akan tolong ambil..
hmm... maaflah keranya cerita saya ni akan berterabur.. saya tak tau dari masa nak mula dan susun cerita saya ni...
apa yang membuat saya sedih ialah segala tingkah laku suami saya ni saya ketahui setelah saya mengandung dan disebabkan masa depan anak yang saya kandung tu, saya sabarkan diri dan berdoa banyak2 kehadrat Allah.. dan ebrkat doa saya pada bulan puasa tahun lepas, saya telah dapat mengetahui apa yang suami saya telah lakukan terhadap beberapa perempuan dan kemudiannya dia menyesal dan tak nak baut lagi.. dan kali ni saya dapati dia mula mengenali perempuan lain dan seperti mahu mengulangi tabiat lamanya itu walaupun dia bermati2 kata yang yang dia sibuk dengan kerja, putstation, meeting sana sini dgn partner, client dan bulan puasa ni pun boleh kirra dengan jari berapa kali dia buka bersama kelaurga... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by norsha at 7-10-2007 01:42 PM 
kalau u rasa u sayang sgt your husband dan tak sanggup berpisah,
then, u have to anggap semua cakap dia adalah benar...tak perlulah korek sana, korek sini rahsia dia...
emmang sekarang ni saya anggap semua yang dia cakap adalah benar selagi tiada bukti di depan mata.. cuma saya selalu cemburu dia rapa dengan seorang staff/PA dia.. kemana saja dia pergi or outstation , mesti diseretnya... actually saya pernah sekali terbaca sms dari PA dia yang bertulis ' love u too'.. sejak dari itu saya mula menyesyaki suami saya.. dan saya juga banyak baca sms dari perempuan lain seperti itu.. masa tu dia tak sempat lagi delete .. sekarng saya meamgn segaja tak nak sentuh hp dia walaupun ada di depan mata kerana saya tak sanggup baca apa yang akan saya baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak lagi yang saya nak cerita tapi saya tak pandai menulis sangat..
cuma saya nak tahu dari semua.. jikalau terjadi apa2.. apa yang patut saya buat..? saya takut jika kami berpisah dia akan ambil anak saya yang sebenar.. sebab saya tau dia pasti akan membawa anak dia yang pertama itu... saya takut akan kehilangan segalanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 esah007's post
dont worry..kita ada court..custody anak in order, 1st, the mother, 2nd, nenek dia (ibu kepada emak baby tersebut)..last sekali, baru ayah...so, nak sampai ke ayah tu payah sgt2 kecuali u ada rekod tak baik or u sendiri agree..
anak dia from his previous marriage, u takleh halang dia nak bawak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ikut rasa binasa ikut hati mati
bidalan kata orang tua2
sebelumnya kita meneliti, melihat dan menilai kelemahan, kesalahan dan keaiban orang lain sebaiknya perkara tersebut kita lakukan ke atas diri kita sendiri terlebih dahulu.
kalau kita dapati kita ini cukup lengkap dan sempurna barulah kita menilai orang lain.
masalah rumah tangga selalunya berpunca dari sikap kita yang merasakan diri kita cukup sempurna dan menganggap orang lain serba kekurangan |
|
|
|
|
|
|
|
elok dibawa perkara ni ke jabatan agama untuk kaunseling.. itupon kalu tuan rumah berani..
mintak nasihat apa yang patut.. kita suma di sini nakkan yg terbaik dari tuan rumah  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 esah007's post
saya simpati dengan apa yg esah alami. tapi nak bagi nasihat apa yg perlu dibuat tu susah sikit. Tak arif pasal hal rumahtangga.
Saya rasa masalah utama ialah komunikasi. Cuba bawa berbincang ngan baik.
Tapi apa pun hangin betul aku bila dengar laki yg ringan 'tgn' ngan bini. |
|
|
|
|
|
|
|
the first question yang lu perlu tanya diri lu ialah...do you want to continue having him as a husband...
kalau jawapannya tidak...iaitu lu dah tak sanggup untuk meneruskan perkahwinan ini maka you have to work towards mendapatkan segala hak yang sepatutnya...dari segi segala harta sepencarian sehingga la ke anak-anak termasuk anak tiri lu...
lu kena dapatkan bukti pemukulan yang dilakukan terhadap lu...kalau tak de gambar...dapatkan lapuran dari doktor yang merawat lu semasa lu ke klinik
seterusnya kalau boleh dapatkan segala salinan email...atau bil telefon yag dapat membuktikan yang hubby lu sedang bercengkerama...and segala bil pembayaran yang lu keluarkan...lu simpan untuk membuktikan yang lu yang menanggung semua expenses rumahtangga...
segala bentuk bukti yang dapat mengukuhkan lagi yang dia tidak boleh menjadi seorang ayah dan juga suami yang terbaik perlu lu kumpulkan...dan bukti yang mengatakan lu mampu untuk menyara anak lu termasuk anak tiri lu....
TETAPI...jika jawapan lu ialah lu mahu terus menjadi isteri kepada lelaki yang lu kenali melalui email dan lu mengakui sendiri masih menyayangi dan ketika ini sedang mengandung anaknya lagi...maka berusaha untuk cuba memenangi hatinya seperti yang telah lu lakukan sebelum menjadi isterinya dulu...you have done it once...gua rasa lu can do it again....
memang semua tidak akan bersetuju kenapa isteri yang kena berusaha memenangi hati suami yang berperangai seburuk itu...d answer is....you still love him and you are willing to sacrifice everything in order to win his heart all over again...
kalau dia bersetuju untuk mendapatkan kaunseling then ikut la nasihat forumer yang menyuruh lu pi pejabat agama untuk mendapatkan sesi kaunseling...
but then kalau suami lu jenias yang keras hati...maka try dulu melembutkan hatinya...try memenangi jiwanya agar lembut sikit dengan lu...gua rasa kalau lu agak lama port kat FD ni...banyak tips dan cara yang pernah dan boleh diberikan oleh warga FD tentang cara untuk melembutkan hati suami secari rohani dan lahiriah...iaitu dengan mengamalkan bacaan-bacaan dari Al-quran...semasa menyediakan makan dan minum suami...semasa memandang muka suami...semasa tidur bersama suami...kalau nak ayat yang tepat, lu boleh dapatkan dari kaset ceramah Siti Nurbaaykah ataupun Dato Fadhilah Khamsah...atau kalau lu berkesempatan...rujuk la pada pusat perubatan Darus Syifa....
dan disamping itu lu juga perlu mengubah cara penampilan...cara berkata-kata...memang la kekadang nak tegas ngan anak-anak tetapi sebuah keluarga yang bahagia perlu diselang selikan ngan gelak tawa bersama-sama anak-anak...banyakkan riadah bersama anak-anak...tidak perlu ke shopping complex...tidak perlu ke tempat percutian yang mahal...cukup sekadar ke taman permainan...atau di rumah bermain permainan seperti carrom ke...congkak ke...kalau ada lebih duit....monopoly ker...scrabble ke...there are actually thousand and one thing family can actually do at home to have fun....
gelak tawa antara lu dan anak-anak akan menceriakan suasana rumah...kalau pada mulanya hubby lu mengasingkan diri...biarkan...lu teruskan...disamping lebih merapatkan kemesraan lu dan anak-anak...tetapi gelak ceria anak-anak ni...walau hati sekeras batu pun boleh terhibur gak...gua tak pasti...but then gua rasa...mungkin hati hubby lu yang keras tu pun boleh lembut dengan tawa hilai anak-anak bersama lu....
so the ball is in your court...whether nak teruskan perkahwinan atau work towards penceraian....and believed me...for both decisions...lu yang kena berusaha...jangan mengharapkan yang anybody can help you to do it....segalanya bergantung kepada kekuatan lu...
gud luck babe....it's going to be a tough fight for you for whichever decision you want to make....our doa and semangat will always be there to support you...Insya ALLAH... |
|
|
|
|
|
|
|
didik lah suami kamu, sebelum kamu di perkotak katik selamanya
pi lah tuntut ilmu. pi cuba segalanya tanpa putus asa. make room for improvisation. tadak satu pekara pun mustahil lam idup
self examined. adakah kamu menarik suami atau kamu menolak suami, adakah kamu ikhlas dalam setiap amal atau sekadar berlakun so kene examined segalanya
jangan berhenti bertanya , nanti dah mati giliran kamu di tanya so masa idup hendaklah selalu bertanya tapi jangan tanya2 macam budak dunhill tu..satu hapah kamu tak blajo kang 
baik dan buruk Allah izinkan, kalo dah masuk ketetapanNYA so tokleh putus harapan padaNYA sebab ini soal keyakinan or isu akidah gak ok?
isu apa kamu percaya, isu gerak hati kamu, isu kemahuan diri kamu..so kene tanya seme ni dan kendian terjun buat dan yakin.
ingatlah bahwa Allah bersama oang2 yang SABAR. kene paham sabar dalam konteks sebenar, mende ni ramai selalu meleset kefahaman esp masuk isu equality yang di perjuang oleh pompuan barat, nak sama tanding lelaki pompuan, padahal ke adilan tu tak sama kesamaaan , justice is not equality.
saya cite umum je ni..nak pi satuu satu kes awak tu..i think awak leh fikir sendiri. Banyak post mak dares sini cam tu gak, pi mai tang tu laki main pompuan lain...kan? wasalammm |
|
|
|
|
|
|
|
first of all.. he is too much. syukur la ada org lain kasih pd anak yg tak beribu.
secondly dia lupa masa dia susah dulu. i hope satu hari nanti dia ingat balik saat tu.
ketiga... i hate men yg abuse pompuan mentally n physically.. sicko je buat gitu!
4... you dont have to give him 2nd chance because he'll just chuck all his chances away..
5.. dia dah ada buah ati.. kunon2 tempat mengadu... anyway time dia kata 'susah' or that lady sesaja nak menyusahkan diri or a jerko like him!
tanya pd diri, you willing ke nak stay ngan org mcm tu? sayangi diri dulu b4 sayang org mcm tu... so far i dont think dia akan berubah. berubah nak buktikan you are not fit to be his children's mom kot sbb nanti tu la peluang dia nak rebut hak penjagaan anak kat court if anything happens between u n him.  |
|
|
|
|
|
|
|
CANTTINKOFANY...adoi susah la nk sebut nick u..
anyway...i agreed ur opinion....
sumtimes moral support penting utk bg semangat kt sesorg yg dlm dilema mcm tuan umah ni...but....easier talk than done..indeed!!!
for me...divorce is not solution of the prob!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kiyudi at 8-10-2007 03:09 PM 
CANTTINKOFANY...adoi susah la nk sebut nick u..
anyway...i agreed ur opinion....
sumtimes moral support penting utk bg semangat kt sesorg yg dlm dilema mcm tuan umah ni...but....easier talk than done..indeed!!!
for me...divorce is not solution of the prob!!
...
terima kasih kepada yang memberi nasihat.. saya akan cuba balas satu persatu..
yes... for me divorce is not the solution but it will be the last solution if solution lain tak berkesan dan dunno how long can i stand with this situation.. hopefully wont last forever..
i selalu pujuk diri sendiri dengan mengatakan bahawa..
1. i juga insan di muka bumi ni yang ada salah dan silap... (tapi tak sampai la mencari keseronokan di luar dan melarikan diri dari masalah rumahtangga dengan tak balik rumah)
2. setiap manusia adalah hak milik Allah.. begitu juga suami i.. so terpulang pada dia nak buat apa yang dia nak.. walaupun i dah beri nasihat dan berusaha dan berdoa dgn cara lembut.. (jika di tegur dengan cara kekerasan, pasti akan berlaku pertengkaran, makian etc yang makin bertambah buruk.. so i lebih suka mendiamkan diri dan berdoa)
3. Ada isteri yang sabar menunggu bertahun2 untuk mengecapi kebahagian setelah derita.. i baru 5 tahun berkahwin... mugkinkan dapat pertahan setahun dua? hanya Allah yang mengetahui.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eva at 8-10-2007 01:41 PM 
first of all.. he is too much. syukur la ada org lain kasih pd anak yg tak beribu.
secondly dia lupa masa dia susah dulu. i hope satu hari nanti dia ingat balik saat tu.
ketiga... i hate men yg abuse pompuan mentally n physically.. sicko je buat gitu!
4... you dont have to give him 2nd chance because he'll just chuck all his chances away..
5.. dia dah ada buah ati.. kunon2 tempat mengadu... anyway time dia kata 'susah' or that lady sesaja nak menyusahkan diri or a jerko like him!
tanya pd diri, you willing ke nak stay ngan org mcm tu? sayangi diri dulu b4 sayang org mcm tu... so far i dont think dia akan berubah. berubah nak buktikan you are not fit to be his children's mom kot sbb nanti tu la peluang dia nak rebut hak penjagaan anak kat court if anything happens between u n him. 
...
itu lah... for my opinion lelaki macam ni memang susah nak berubah 100%.. kalau berubah pun sekejap je lepas tu buat lagi kalau i ada buat salah sikit... dia akan ugut akan balik ke tabiat asal..
i tak nak terburu2 ambil tindakan nanti dia akan kata i ni 'not fit to be his children' as you said and dia ada peluang nak rebut anak i dan i akan kehilangan segalanya.. sebab dia ni terlalu pintar, cunning, cerdik.. biasalah keje bisness selalu kena pandai putar belit.. and i am not that type of person.. i need help and courage from someone.. now i rasa dia kawin dengan i semata2 untuk dapatkan support dari segi kewangan etc dan untuk jga anak dia saja dan bukan atas dasar cinta.. atau mingu awal2 nya cinta lepas tu bila dah senang, cinta to other women.. dulu dia pernah kata yang dia suka i because i am down to earth.. now i realise, dia suka i down to earth sebab senang nak kontrol.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajinomotonosuga at 7-10-2007 06:44 PM 
didik lah suami kamu, sebelum kamu di perkotak katik selamanya
pi lah tuntut ilmu. pi cuba segalanya tanpa putus asa. make room for improvisation. tadak satu pekara pun mustahil lam idup
self examined. adakah kamu menarik suami atau kamu menolak suami, adakah kamu ikhlas dalam setiap amal atau sekadar berlakun so kene examined segalanya
jangan berhenti bertanya , nanti dah mati giliran kamu di tanya so masa idup hendaklah selalu bertanya tapi jangan tanya2 macam budak dunhill tu..satu hapah kamu tak blajo kang 
baik dan buruk Allah izinkan, kalo dah masuk ketetapanNYA so tokleh putus harapan padaNYA sebab ini soal keyakinan or isu akidah gak ok?
isu apa kamu percaya, isu gerak hati kamu, isu kemahuan diri kamu..so kene tanya seme ni dan kendian terjun buat dan yakin.
ingatlah bahwa Allah bersama oang2 yang SABAR. kene paham sabar dalam konteks sebenar, mende ni ramai selalu meleset kefahaman esp masuk isu equality yang di perjuang oleh pompuan barat, nak sama tanding lelaki pompuan, padahal ke adilan tu tak sama kesamaaan , justice is not equality.
saya cite umum je ni..nak pi satuu satu kes awak tu..i think awak leh fikir sendiri. Banyak post mak dares sini cam tu gak, pi mai tang tu laki main pompuan lain...kan? wasalammm
...
Terima kasih di atas semua peringatan di atas.. insyallah i akan ikut.. meamng kalau nak examine diri sendiri, i pun ada kekurangannya.. mungkin disebabkan i lah suami i berkelakuan demikian.. tapi i dah cuba seberapa daya dan dia pula macam senganja mencari pasal dan cari sebab untuk marah dan ungkit .. i tak boleh nak melawan sangat sebab nanti dia kata i ni rude, useless, tak hormat suami etc kata2 pedas yg lain yang tak sanggup i dengar.. |
|
|
|
|
|
|
|
susah nk kata, setiap org ade kelemahannya, fikir2knlh mengapa allah mjadi seseorg itu sbg jodoh kite..
Setiap ketentuan adalh mengikut kebijaksanaan Allah, Dia lebih mengetahui mengapa org itu dijodohkn utk kite dan mengapa tidak org lain yg kite sangka lebih baik drp pasangan kite sekarang
jika belum berkahwin, bolelh dinasihatkn, faktor agama dan ilmu perlu dberi keutamaan berbanding kecantikan, keturunan n kekayaan. tp klu sudah berkahwin terimalh pasangan dgn redha selagi die tidak melebihi batas yg sepatutnya. So, benda ni subjektif, terpulanglh pd tuan umah utk menilainya.
selagi mampu bertahan, terusknlh, di samping berusaha memperbaiki kelemahan diri dan mendidik suami..
tp jika rasa dh tk mampu, kehidpan selepas ini juga tetap ada dugaan yg menunggu, dh namanye dunia..
kite yg memilih haluan hidup kite, tp jgn lupa setiap tindakan haruslh mengikut apa yg disyariatkn  |
|
|
|
|
|
|
|
-deleted- double posting-
[ Last edited by mama_dinie at 11-10-2007 01:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|