CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3010|Reply: 5

teka teki cerpen..

 Close [Copy link]
Post time 10-10-2007 11:44 AM | Show all posts |Read mode
'Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak.

Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu.
Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat.

Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair.

Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.


Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung. .... Muncul lah lelaki yang pertama,

Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki 1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki 1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...

Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki 2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki 2: Silakan.....

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak
berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri.

Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua
benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam
poket hamba ini...

Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri
teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu.
Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak....

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu Beta!

Lelaki: Heheheheheheheheheh ehe...... .

Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa?
Dan kenapa benda tu tak cair?
Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2007 11:57 AM | Show all posts
dia pegang coklat m&m.........cair di mulut bukan di tangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2007 11:58 AM | Show all posts
AISEH...KEJAP JER DAH DAPAT JAWAPAN..CONGRATTTT
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 12:00 PM | Show all posts
   cepatnyer dah dijawap  
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2007 01:05 PM | Show all posts
patutnye kena jawab sambil nyanyi....

COKLAT SUSU M&M ...CAIR DI MULUT , TIDAK DI TANGAN!!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2007 02:21 PM | Show all posts
tak thrill sungguh
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.060106 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list