Baru je selesai membaca buku Kuseru Namamu oleh Bonda Ilani ni.. ish rasa nak baca sekali lagi.. sungguh mengasyikkan.. ia sebuah novel klasik dengan gaya bahasa nan indah lagi membuai... ada yang dah baca buku ni? meh le kita berkongsi pendapat... Secara ringkasnya cerita ini ialah mengenai seorang puteri bernama Dewi Sri Wali yang merantau demi melenyapkan sumpah nenek-moyangnya dan untuk membersihkan nama keturunannya. Dengan izin Allah dia telah mengembara merentas tiga dunia. Dia bukan aje cantik, baik hati, malah bijak dan mempunyai ilmu pendekar. Dia juga telah diangkat menjadi pemerintah Pengkalah Larah, tempat asalnya. Asalnya Puteri ini tidak mempunyai anutan dan selepas memeluk agama Islam, maka bertambahlah tinggi karismanya. Ishh kalau citer sumer nanti kacau plak mood orang yang blum baca..
[ Last edited by darlingangel at 17-10-2007 02:07 AM ] |