View: 5923|Reply: 25
|
fanzine?ape kejadahnya?
[Copy link]
|
|
hmm aku ada teringin nak buat fanzine pasal our local band ar.boleh bg aku info aku sket pasal fanzine ni tak?hmmm tak pun bg contoh fanzine aku nak tengok
thanks |
|
|
|
|
|
|
|
ko kena banyak membaca, banyak bertanya etc
antaranya seperti isi kandungan pada ROTTW untuk ko buat rujukan
tapi fanzine ni ringkas je.
tempat untuk melepaskan komentar yang tak tertulis pon kat mana-mana majalah arus perdana
part ni ko kena kreatif la
just my 2 yen |
|
|
|
|
|
|
|
oww terima kasih kat malaysia ada tak jual fanzine ni?aku nak try tengok satu la bg contoh boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 MrWannabe's post
fanzine wat sendiri... time skolah dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
fanzine adalah satu penerbitan bukan profesional yang dihasilkan oleh peminat-peminat satu-satu budaya tertentu (cth : sastera atau genre muzik) untuk keseronokan orang lain yang berkongsi minat mereka. cthnya dalam cerita Kami.. fanzine Kami di hasilkan utk berkongsi cerita psl music underground dgn kelompok2 yg meminatinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
oww kau ada buat ke?cam mane kau buat eh?guna handwriting eh? |
|
|
|
|
|
|
|
oww kau ada buat ke?cam mane kau buat eh?guna handwriting eh? |
|
|
|
|
|
|
|
rasenye tak sesuai kat bod music-music ni.. sbb fanzine bkan tertakluk kpd muzik2 jek |
|
|
|
|
|
|
|
ada jual tu memang ada la.
tapi kalo ko tanya kat kedai jual suratkabar pon belom tentu boleh dapat nye.
teringat zaman kopi sechewan...ngeh x3 |
|
|
|
|
|
|
|
oww kau ada buat ke?cam mane kau buat eh?guna handwriting eh? |
|
|
|
|
|
|
|
zaman aku dulu, diorang buat guna type-writer.
sebab computer masa tu mahal tahap gaban.
kekadang, main tulis guna tangan je.
aku tak penah buat fanzine, penah baca je.
apesal? ko berminat ke... |
|
|
|
|
|
|
|
oww kau ada buat ke?cam mane kau buat eh?guna handwriting eh? |
|
|
|
|
|
|
|
yup aku berminat.ish byk kali aku post benda same. |
|
|
|
|
|
|
|
FANZINE. publication yang indipenden. selalunya difotostat dan dijual dengan harga yang murah dan bersifat non profit. Kalau hang nak tahu scene Fanzine kat malaysia amat amat meriah pada pertengahan dan penghujung 90an. Tahun 2000 masih lagi banyak editor-editor yang menerbitkan fanzine tetapi semakin susut ke penghujung.
Dalam era 90an fanzine local lebih banyak bercerita mengenai scene ditempat masing masing dan mempromosikan band band DIY dari serata malaysia malah seluruh dunia. Komunikasi hanya dijalankan melalui snail mail. masa tu myspace email ni tak popular lagi namun aku tak nafikan yang perkembangan teknologi sedikit sebanyak menjadi penyebab kenapa fanzine pupus.
dalam era milenium, gelombang politikal dalam fanzine semakin menjadi jadi. ditambah lagi dengan era reformasi and what not. Fanzine telah menjadi satu wadah dan platform untuk berdiskusi. Gelombang Anarchism juga sangat kuat pada era. sehingga satu tahap content menjadi terlalu politikal dan terlalu berat sehingga keseronokan membaca fanzine itu hilang. apath lagi dengan segelintir editor yang bersikap political correct. sedikit demi sedikit scene fanzine semakin mati. Editor berubah pula kepada Blog dan band mempromosi dengan Myspace.
Jika dulu networking underground malaysia sangat kuat dengan komunikasi editors dan band yang menjalinkan hubungan membantu diantara satu sama lain. Kalau dulu setiap surat yang sampai akan sarat dengan Flyers samada flyers band, fanzine atau gig.
Aku start fanzine aku pada tahun 97 dengan tulisan tangan sahaja. Tapi oleh kerana antara fanzine pertama yang diterbitkan dari kelantan, fanzine aku dapat perhatian yang baik walaupun tak terkenal. tahun 2000 aku juga tak dapat elak dari terkena gelombang politik. Fanzine aku menjadi semakin berat dan berat sehinggalah aku berhenti publish pada tahun 2003.
selain fanzine, ada juga apa yang dipanggil NEWSLETTER. selalunya ia hanya sehelai kertas A4 yang dilipat dua untuk 4 muka surat.
Pada era awal 90an antara fanzine tersohor adalah AEDES (joekidd), BIODEGRADABLE MATERIAL (weng), OUT OF STEP (mike), NATHIAS (pyan), VORTEX FROM THE EAST (aziz), CHRONICALLY DONUT (syed & jimbo), PANGCORE (mat), SUFFERAGE dan banyak lagi.
dipertengahan 90an pula keluar Fanzine seperti COREPACK (jera), ABSTAINED AGOGO (yours truly), THINK SMART ACT BLUR (zaxx), POSITIVE THING (saha & Nua), 90s CHOICE (fida), GANYANG (ibrahim), EMBRACE (saha), THINKING STRAIGHT (kumprinx) dan banyak lagi.
di awal 2000 pula menyaksikan kelahiran fanzine fanzine Anarcho seperti BROKEN VISION (jimbo), PERIODICAL DISSONANTS (?), dan banyak lagi dengan nama nama yang provocative lagi ngeri hehehe..
kalau nak tengok scene fanzine yang masih hidup, boleh cari zine zine metal. ada yang masih bertahan sampai sekarang seperti SANGWITOK dan lain lain. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kau nak buat fanzine, dia ada ingredient klasik yang perlu ada dalam sesebuah fanzine.
1-intro/editorial
2-letter segments (untuk fanzine yang terkenal la)
3-band interviews
4-editor interviews
5-articles
6-music reviews
7-scene report
8-gig report
9-flyer section
10-thank list/outro (paling best) |
|
|
|
|
|
|
|
aku sebenarnya agak kecewa bila scene fanzine semakin pupus kerana dari situ sebenarnya scenester mendapat maklumat dan yang paling penting pengetahuan.
bila aku bergelumang sebagai editor, aku mula terdedah dengan pengkajian falsafah moden punk hardcore seperti Anarchism, Capitalism, Communism, Pro-life, Pro-choice, Straight Edge, Hardline, Political correct, Apolitical, animal rights, feminisme, equality and what not. Semua benda ni perlu kepada kajian sendiri setelah didedahkan sebagai isu didalam fanzine fanzine tertentu.
Perdebatan hangat pro-life dan pro-choise, Straight Edge dan MuslimCore, Oldtimers dan Newcomers bla bla menghidupkan scene Punk HC malaysia sebagai ruang intellectual discourse yang sangat bagus. Sekarang semua tu dah hilang ditelan zaman namun ia tetap hidup dalam kenangan aku. hehehe.. ceeewaah.
setiap negeri di malaysia ada scene fanzine mereka sendiri tapi sangat kuat di JB dan KL la. contoh fanzine yang aku ingat mengikut negeri.
BUDDY HOLLY (Naza ye Naza The Times tu) - sarawak, CHRONICALLY DONUT - Johor, ARGHHH! - Penang, SEBUTIR BINTANG MERAH - Kelantan, RAIN CITY - perak, THINKING STRAIGHT - pahang, DRSA - terengganu, HOMISIDE - Melaka, OUT OF STEP - negeri sembilan, GANYANG - selangor ahhhhh banyak lagi lah... malas la pulak nak list. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pernah ada satu kolum yang dikendalikan oleh Joe Kidd (the infamous carburator dung and rice cooker shop, CM) didalam akhbar the sun setiap hari rabu dalam akhbar sisipannya Perfect Pitch. Kolum tersebut bernama Blasting Concept. Dalam kolum ini Joe akan membuat review gig, demo, album dan fanzine fanzine. Joe akan memberi komen kepada setiap fanzine yang dihantar kepadanya dan meletakkan alamat alamat editornya agar senang dihubungi. dari sini lah editor editor mempromosikan fanzine mereka.
satu lagi cara klasik mempromosikan fanzine adalah dengan penyebaran flyers. Flyers flyers ini kadang kadang hanya sebesar 4 jari sahaja. Flyers ini mengandungi maklumat maklumat seperti harga dan alamat untuk urusan pembelian. Ia nya akan disebarkan melalui surat menyurat. Fanzine fanzine editor lain selalunya akan pastekan flyers ini dalam zine mereka.
antara cara klasik lain adalah saling mereview fanzine didalam fanzine masing masing. kau review fanzine aku dan aku review fanzine kau. masing masing mempromosikan fanzine masing masing.
lagi satu cara adalah dengan menjualnya secara solo di gigs atau secara pukal ke distro distro. Distro ni adalah singkatan untuk distribution service yang mana tokey distro ini akan beli secara pukal fanzine ini dan menjualnya kepada orang lain yang dimaklumkan melalui distro list mereka. sekarang distro sudah pupus. Jika anda kenal PAPAKERMA yang sering menganjurkan gig Disaster After Valentine dan membawa turun band band DIY dari Jepun itu, bermula sebagai sebuah distro. Kini mereka adalah diantara nama besar didalam scene DIY malaysia.
urusan pembelian pula selalunya melalui surat. cara yang paling popular adalah well hidden cash. meletakkan duit yang disembunyi dalm surat dan ada juga yang menggunakan postal order untuk lebih selamat.
Untuk meminimakan capitalism, selalunya editors akan meletakkan pesan "recycle stamp". Stem yang dilekatkan pada surat akan disalut dengan gam diatas permukaannya, ini membolehkan cop hitam diatas stem tersebut dihilangkan untuk diguna semula.
dan juga selalunya mereka mereka yang diinterview akan mendapat naskhah percuma. |
|
|
|
|
|
|
|
aaaaahhh the good old days |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jac_diehard_fan at 28-10-2007 03:32 PM
rasenye tak sesuai kat bod music-music ni.. sbb fanzine bkan tertakluk kpd muzik2 jek
sesuai. sebab motif asal pembikian zine ni adalah untuk support music. |
|
|
|
|
|
|
| |
|