CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4269|Reply: 55

Mamat Khalid lamar Jac berlakon filem

[Copy link]
Post time 4-11-2007 11:07 PM | Show all posts |Read mode
Oleh: Ellyna Ali

thanks to http://www.murai.com.my

Kuala Lumpur,  2 NOV 2007: Dapatkah anda membayangkan penyanyi Jaclyn Victor (Jac) dengan penampilan yang sederhana sebagai seorang isteri kepada peniaga runcit di sebuah estet yang terletak jauh dari kota?

Bagaimana pula kalau dia juga menjadi isteri kepada vokalis Alleycats, David Arumugam yang sentiasa kekal dengan imej rambutnya ala Afro itu?

Membayangkan hal ini saja sudah melucukan. Namun, inilah yang bakal direalisasikan pengarah yang terkenal dengan genre komedi, Mamat Khalid, dalam filem terbaru arahannya dan juga yang pertama bakal diterbitkannya itu berjudul Estet.

"Setakat ini, Jac (Jaclyn) sudah pun menyatakan persetujuan untuk membawakan watak ini. Mungkin juga kerana dia menyukai karektor itu.

"Atau barangkali juga kerana Jac tertarik dengan pendekatan baru yang digunakan di dalam filem ini dalam usaha untuk menjadikan ia sebagai penghubung intergrasi di antara kaum di Malaysia, khususnya antara golongan India dan Melayu.

"Lebih-lebih lagi, apabila subjek yang diketengahkan di dalam filem ini nanti bercerita konflik yang berlaku di dalam sebuah kawasan estet iaitu satu perlawanan bola sepak berlangsung.


"Pendek kata, filem ini nanti sememangnya akan berwajah Malaysia.  Walaupun kita menggunakan 70 peratus Bahasa Melayu, kita juga akan selitkan 30 peratus penggunaan bahasa Tamil.


"Selain Jac dan David yang ditampilkan sebagai pelakon khas, kita juga akan mengetengahkan beberapa pelakon Melayu sedia ada bersama kelompok pelakon India yang sebelum ini bergiat aktif dalam filem bercorak aliran bebas.


"Filem ini juga satu cubaan yang besar dan berani daripada saya untuk mengetengahkan mereka (pelakon India) ke dalam filem bercorak arus perdana," kata Mamat secara eksklusif kepada murai.com.my.


Jaclyn ketika dihubungi menerusi telefon bimbitnya tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya apabila berita kemunculannya itu sudah bocor kepada krew murai.com.my.


"Macam mana awak semua dapat tahu ni? Memang saya tak nafikan Mamat Khalid bersama beberapa krew pihak produksi filem itu datang untuk berbincang dengan saya mengenai filem itu. Tapi masih terlalu awal untuk saya menyatakan apa-apa yang lebih lanjut.


"Apa yang boleh saya katakan, saya memang cukup tertarik dengan karektor yang ditawarkan kepada saya, begitu juga dengan jalan ceritanya.


"Dengar saja ia sudah membuatkan saya tertawa terbahak-bahak. Cubalah bayangkan... bagaimana saya jadi isteri David - tubuhnya kecil tetapi rambutnya lebih besar. Mesti nampak lucukan?


"Pada waktu yang sama, saya juga perlu memikirkan pembabitan saya yang lain dalam bidang nyanyian sepanjang dua bulan ini.
  
"Misalnya persembahan dalam separuh akhir Muzik-Muzik, KL Live and Loud 07 serta show di Russia untuk pelajar kita yang menuntut dalam jurusan perubatan. Ada juga kemungkinan saya akan terbabit dalam pertandingan Asian Idol yang akan diadakan tidak lama nanti," katanya - murai.com.my

[ Last edited by  badiuz at 4-11-2007 11:16 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2007 11:20 PM | Show all posts
woww.. nampaknye impian kak mamak utk melihat jac berlakon di dalam estet akhirnya berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 11:21 PM | Show all posts
Gudluck Jac!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2007 11:22 PM | Show all posts
bangga burung murai!
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 01:00 AM | Show all posts
Originally posted by jac_diehard_fan at 4-11-2007 11:20 PM
woww.. nampaknye impian kak mamak utk melihat jac berlakon di dalam estet akhirnya berjaya






yahoooo........ JAC DI ESTET
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2007 01:01 AM | Show all posts
tapi boleh ke ja c menjadi pasangan david di estet.....

akhirnya akan bercakap tamil setelah buat-buat kononnya x pandai cakap tamil....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2007 02:18 PM | Show all posts

Reply #6 mamak_kg_kastam's post

kak mamak..takkan la jac nak ckp tamil bile org tanye dlm bm..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 06:36 PM | Show all posts
wah1 .. ni cameo jer ker??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2007 07:39 PM | Show all posts
cameo ke ?

rasenye jac byk show.. susah kot klu nak berada kat set lama2.. klu cameo tu kejap je kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 09:39 AM | Show all posts

berita harian 7 nov 2007



rasa macam cute je if jac berlakon.suka dengar dia cakap melayu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2007 09:56 AM | Show all posts
bravo jac!
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2007 11:56 PM | Show all posts
memang langkah yg ditunggu2 peminat Jac & pemerhati seni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 08:27 AM | Show all posts

Reply #9 jac_diehard_fan's post

cameo tu ape? calmille ke?

calmille jgn marah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 08:55 AM | Show all posts

Reply #13 Raindancer's post

penampilan istimewa kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 02:35 PM | Show all posts
besh nyer.... ble projek 2 start?hrp tak ganggu separuh akhir nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2007 02:39 PM | Show all posts
besh nyer.... ble projek 2 start?hrp tak ganggu separuh akhir nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2007 05:34 PM | Show all posts
lepas asian idol kot?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 10:38 AM | Show all posts
wah.. laku betul jac ni.. maklumlah orang berbakat besar
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:03 AM | Show all posts

Reply #18 pinguin's post

mestila
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2007 11:04 AM | Show all posts

Reply #18 pinguin's post

mestila
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.175168 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list