CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4338|Reply: 17

'Mandul' minda

[Copy link]
Post time 27-11-2007 09:12 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen semalam menyifatkan jawatankuasa istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai mengalami "kemandulan" minda kerana gagal melakukan penyelidikan bagi mencari istilah tepat bagi sesuatu perkataan bahasa Inggeris.
Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN-Gerik) juga menyifatkan kecenderungan DBP untuk mengubah ejaan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia telah menjadikan Kamus Dewan sebagai kamus bahasa rojak.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan kepada Kementerian Pelajaran kenapa DBP sejak kebelakangan ini ghairah mengubah ejaan perkataan Inggeris kepada bahasa Malaysia pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Menjawab soalan itu, Setiausaha Parlimen kementerian berkenaan P Komala Devi berkata bahasa merupakan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik, membolehkannya berubah dan meminjam dari semua bahasa lain.
"Kami dapati bahasa yang dipinjam daripada bahasa Inggeris adalah berkaitan teknologi maklumat (ICT) ataupun komunikasi," katanya.
Komala juga berkata, kementeriannya juga sentiasa berusaha mengurangkan penggunaan bahasa rojak di media massa kerana ia berupaya mempengaruhi rakyat negara ini berbahasa dan berinteraksi. - Bernama


Sememang tepat apa yang dikatakan oleh Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh kerana kalau kita belek kamus oleh DBP akan terlihat perkataan/istilah yang dikatakan baru yang hanya diubahsuai ejaannya dan dikatakan sebagai istilah baru dalam bahasa melayu sedangkan masih banyak istilah bahasa melayu  -  dalam ertikata yang lebih luas - yang tidak dimasukkan ke dalam kamus tersebut sehingga ia lenyap ditelan zaman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2007 09:32 PM | Show all posts

Reply #1 ianho's post

1. Minta sangat pihak yang berwajib bertegas dan berpegang kepada prinsip memertababtkan bahasa Melayu kerana bahasa melambangkan bangsa. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 09:52 PM | Show all posts
betoi2...kalo dah takde perkataan baru,mintak je la kat ako...ako ader banyak idea nak hasilkan perkataan baru nie...hoho
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2007 08:43 AM | Show all posts
Peranan DBP dipersoalkan
Oleh AZMAN ANUAR (WARTAWAN UTUSAN)
Utusan Melayu 28.11.2007

KEPADA kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka kritikan Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh terhadap Jawatankuasa Istilah badan pembina bahasa itu cukup memedihkan hati.

Pengerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia itu mempunyai alasan untuk mengatakan Jawatankuasa Istilah DBP mengalami kemandulan minda kerana gagal mewujudkan istilah-istilah baru bagi memperkasa bahasa Melayu.

Sebenarnya peranan DBP sudah lama dikritik. DBP dilihat gagal dalam usaha untuk mengatasi penggunaan bahasa rojak jika jawatankuasa itu hanya menyeduk istilah bahasa Inggeris menjadi istilah baru dalam bahasa Melayu.

Minggu lepas Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar mengatakan agensi bahasa itu berdepan dengan peranan yang semakin mencabar. Katanya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak difahami termasuk ada pihak mempertikai fungsi dan peranan DBP.

DBP perlu berhati-hati dalam memilih istilah. Kita bimbang istilah bahasa Inggeris yang seolah-olah sudah menjadi 慴ahasa ibunda
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 08:11 AM | Show all posts
Jika orang Melayu sendiri tak bangga dengan bahasanya adakah mungkin bahasa Melayu dapat dinobatkan dipersada dunia... pengalaman sendiri melihat betapa ada Melayu yang dah tak tahu bahasa ibundanya... ada melayu yang memperlekehkannya... ada melayu yang mengketertawakannya... ini menunjukkan individu melayu itu sendiri yang mandul minda kerana tanpa pengetahuan dia lakukan apa yang tak sepatutnya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 04:52 PM | Show all posts
Peminjaman bahasa memang tak boleh dielakkan dalam dunia yang semakin kecil ni.

Bahasa Inggeris sebenarnya antara bahasa yang paling banyak meminjam. Perancis Sepanyol, Yunani, Arab, latin... banyak lagilah... Mereka pinjam amok, bamboo, gong dan sebagainya dari Bahasa Melayu.

Sesetengah konsep memang tak wujud dalam masyarakat tertentu. Jadi memang terpaksa pinjam.

Kita ketinggalan dari segi teknologi, jadi istilah-istilah teknologi seperti 'joystick', 'plug and play' ditukarkan 'kepada kayu ria' dan 'cucuk dan main'. Banyak lagi 'terminoloji' atau pun istilah yang dipinjam.

Sesetengah perkataan memang oleh kita cari dalam Bahasa Melayu tapi hakikatnya memang tak semuanya boleh dicari. Benda atau konsep yang tak pernah wujud dalam ketamadunan yang tertentu takkan boleh dicari perkataannya. Mungkin sesetngah perkataan boleh cari yang hampir tapi ini pun tak berapa tepat dan boleh mengelirukan.  Tak boleh tidak terpaksa dimelayukan. Semua bahasa memang menyerap bahasa lain.
Mereka terpakasa meminjam dari kita, kita terpaksa meminjam dari mereka.

Cuma sekarang kita terpaksa lebih meminjam dari mereka (dan bukan sebaliknya) bukan kerana bahasa kita lemah, tapi kelemahan kita dari segi kemajuan tamadun dan ekonomi.

Kelenyapan perkataan memang berlaku, sama ada bahasa apa pun. Bahasa Inggeris sendiri pun banyak perkataan dah lenyap. Sesetengah perkataan dah mempunyai maksud lain ataupun tak digunakan lagi. Sebutan sama, maksud berbeza. Yang masih mementingkan perkataan yang dah pupus ni mungkin cuma tinggal golongan sastera sahaja. Golongan yang mempelajari bahasa ataupun 'English language and literature' sahaja. Dunia dah beralih dari kesaseraan kepada ekonomi dan teknoloji. Kalau golongan sastera tak dapat mengikut atau mendahului maka matilah sastera.

Dunia tak akan memanadang tinggi bahasa kita walau sehebat mana, serumit mana, seringkas manapun bahasa kita sebab pokok pangkalnya kemajuan dan perkembangandari segi sains, teknoloji dan ekonomi. Klau dari segi ini jauh ketinggalan, kita hanya dapat berbangga dengan diri sendiri dan meningkatkan ego sahaja. Lainlah kalau tiba-tiba ada suatu wabak yang melanda seluruh duni menyebabkan tiba-tiba kehebatan sesebuah bangsa dinilai dari segi bahasanya sahaja. Bagaikan orang yang memandu kereta buruk yang bising dengan bunyi pembesar suara berkualiti rendah. Bunyinya kuat tetapi 'pecah'. Tiada orang akan terkagum, paling hebatpun rasa menyampah.

Apa yang patut kita risau bukanlah bahasa tapi kemandulan minda dan keupayaan otak ahli politik di Malaysia yang sentiasa bercakap tanpa berfikir panjang dan membuat kajian. Tiap-tiap minggu ada yang menembak kaki sendiri sebab bertindak dan bercakap ikut sedap mulut sahaja.

Budaya ilmu dan sains yang memerlukan kajian dan analisis sebelum membuat keputusan langsung dipinggirkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-11-2007 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by Agul at 30-11-2007 04:52 PM
Kita ketinggalan dari segi teknologi, jadi istilah-istilah teknologi seperti 'joystick', 'plug and play' ditukarkan 'kepada kayu ria' dan 'cucuk dan main'. Banyak lagi 'terminoloji' atau pun istilah yang dipinjam...  ...

memang betul sebagaimana yang dinyatakan
cuma yang menjadi masalah sekarang ialah bagaimana kita nak mencipta istilah dalam bahasa melayu kalau sains dan matmatik menggunakan bahasa bukan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 08:25 PM | Show all posts

Reply #7 ianho's post

Pertama sekalai saya memang tak setuju pengajaran  sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Pengajaran Sains dan Matematik sepatutnya dalam bahasa ibunda. Sekurang-kurangnya peringkat awal atau tahap sekolah sepatutnya dalam Bahasa Melayu. Risiko terlalu tinggi untuk mengorbankan bakat-bakat dalam bidang sains dan matematik yang mungkin agak lemah dalam Bahasa Inggeris.

Berkaitan mencipta istilah dalam Bahasa Melayu, perlu ada penemuan oleh penyelidik. Saintis atau pereka dari Malaysia yang mencadangkan istilah itu sendiri dalam Bahasa Melayu.

Ianya tak berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2007 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by Agul at 30-11-2007 08:25 PM
Ianya tak berkaitan dengan penggunaan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran. ...

samada ada perkaitan atau tidak kita boleh menggunakan analogi begini
apakah mungkin kita dapat mewujudkan istilah baru untuk sesuatu kalau benda itu bukan kita yang cipta
penciptaan nama hanya akan wujud apabila kita perlu memberikan nama kepada sesuatu yang baru ada
jadi kalu ciptaan dbuat dalam bahsa yang bukan bahasa melayu tentu saja nama yang akan diberikan kepada ciptaan itu bukan dalam bahasa melayu
cth yang mudah kita lihat pada hari seperti nama2 bunga, benih padi dsb yang dihasilkan di mesia tapi menggunakan istilah bukan melayu kerana persekitaran penciptaannya bukan menggunakan bahasa melayu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2007 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by ianho at 2-12-2007 02:48 PM

samada ada perkaitan atau tidak kita boleh menggunakan analogi begini
apakah mungkin kita dapat mewujudkan istilah baru untuk sesuatu kalau benda itu bukan kita yang cipta
penciptaan nama han ...


Kalau dalam bidang biologi爇ecenderunganna爉enggunakan燽ahasa爈atin.
Tapi dalam bidang rekacipta爌emilik爌aten燼tau爌encipta燼sal爕anag爐idak燿ibenarkan爉ematen燽ebas爉emberi爊ama dalam bahasa apa pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2007 02:18 PM | Show all posts
Masih hidup lagi perjuangan bahasa?
Oleh NOOR AZAM
SUDAH cukup lama bekas pejuang bahasa - hampir semua sudah digelar warga emas - menunggu suara dari Parlimen. Suara prihatin terhadap kedudukan dan martabat bahasa kebangsaan kita. Justeru 慿ejutan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2007 02:19 PM | Show all posts
Pada suatu ketika dulu ada arahan yang tegas supaya surat-menyurat kerajaan dibuat dalam bahasa Melayu. Pegawai-pegawai bukan Melayu diberi kemudahan untuk mengikuti kursus khas bahasa Melayu. Di DBP ada bahagian khusus yang menangani kursus ini. Rancangan ini berjalan lancar dan berjaya selama beberapa tahun. Tetapi sekarang usaha ini tak perlu lagi. Malah sebaliknya ada rungutan pegawai-pegawai kita tak cekap berbahasa Inggeris.
Tokoh-tokoh korporat muda Melayu pula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2007 05:00 PM | Show all posts
Maka, bagi mengupas hal ini lebih mendalam jangan hanya dilihat kepada DBP - ITNM saja Sepatutnya, golongan penguasa inilah yang sepatutnya lebih bertanggungjawab. Misalnya, hal penggunaan istilah 'bajet' menggantikan padanan asalnya belanjawan telah dirosakkan bekas Perdana Menteri sendiri dan bukannya agensi bawahannya seperti DBP.

"Menuduh DBP mencipta istilah seperti 'bajet' untuk menggantikan istilah yang sudah lama dan biasa digunakan iaitu 'belanjawan' ini kenyataan yang salah. 'Bajet' bukanlah dicipta DBP tetapi ahli politik Malaysia pada waktu itu yang tidak hiraukan pandangan pihak dalam bidang perancangan bahasa dan pembentukan istilah.

"Jadi, tak benar dikatakan Kamus Dewan adalah kamus rojak. Yang mencipta bahasa Melayu rojak bukan ahli bahasa, bukan orang DBP, tapi orang yang tidak tahu bahasa Melayu, orang yang sudah hilang budaya bahasa Melayunya," demikian menurut Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Dato' Dr Hassan Ahmad dipetik dalam suatu komentarnya di akhbar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 12:45 PM | Show all posts

hmm...

The things is, this issue could be viewed in two ways.
Pertama, bahasa melambangkan bangsa etc - ni pendekatan nasionalisme atau ketatanegaraan lah.

Yang kedua - Science and Maths in English - ni bukan apa ini soal nasionisme - kemajuan . Itu sahaja.

Ntahlah, pada saya tak jadi hal. Kekadang istilah DBP ni panjang sangat , like the word / term "reversibility" , dalam korpus istilah haiyaa...kebolehberbalikan- My God ! sapa nak cakap perkataan yg guna sukukata yg panjang - panjang, we human will tend to resort the simplesy way to execute the expressive part of lingo lah. But itu satu contoh. Tapi apa pun BAHASA adalah untuk komunikasi VERBAL biralah yg boleh difahami dgn mudah. The main aim is for the message to get through the listeners.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2007 02:48 PM | Show all posts
Isu kepincangan penggunaan bahasa Melayu  berpunca dari :
1.  Pemimpin tidak menggunakan bahasa melayu.  Sebagai contoh katanya, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri berucap di majlis-majlis tertentu menggunakan bahasa Inggeris, malah dalam persidangan pendidikan kebangsaan baru-baru ini beliau turut bertutur menggunakan bahasa pengantar kedua itu.
2.  Masyarakat tidak menggunakan bahasa yang tepat dan bercampur-aduk
3.  Sikap sesetengah stesen televisyen tempatan yang banyak menggunakan bahasa 'separuh ular, separuh belut' serta mencampur-adukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam program mereka. Program-program di televisyen misalnya juga sudah mempunyai unsur bahasa rojak yang perlu diberi bimbingan seperti Sureheboh
4. Pemimpin sendiri tidak sedar mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Negara dengan sewenang-wenang membawa bahasa Inggeris untuk dijadikan bahasa pengantar sesama mereka dalam program tertentu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 12:17 AM | Show all posts
salam,

problemnya gini,
saya hairan orang takut sangat dgn BI. Sampai pernah dalam satu kelas seminar untuk improve english, tutor kat situ cuba explore kenapa bila dia tanya soalan org kita tak mahu jawab, asyik dok diam, tentulah dalam budaya di mana dia berada hal ini tak wujud pun. So dia tanya kenapa segan? kenapa malu ? dan ada student menjawab depa tak confident enough to speak english dan ada yg tak faham pun.So, depa ni actually bila ada lectures being given in second language, those students struggling. Ini yg isunya sebab apa? bila ajaq dalam Malay ,my God istilah dan nak translate jadi hal lah pulak. Ayat yg mudah in English dah jadi panjang. Buku terjemahan alahai, baik go to the main source.

so bila masuk U, i nampak banyak student terkejut especially student kitalah. Sedih. Nak buat simple sentence containing subjecy - verb - object pun susah. haaa ini realiti . So ini realitinya MUET score ( sapa yg punya idea buat MUET ni i rasa cam ntah ;lawak jer exam tu) tu tak bawak apa apa implikasi sangat tapi cukup untuk menunjukkan betapa banyak buku rujukan BI yg akan bebudak itu kena baca dan INI TAK TERMASUK JOURNALS, databases. so, ini realitinya.


Ada juga suara - suara yg berkata jangan terpengaruh dengan people so called kononya pejuang bahasa sebab depa ni hampa nak tahu - anak - anak depa diasuh dalam dwibahasa , anak somebody dah tu pulak expose to good books and learning environment , they speak English fluently and effortlessly pun. Ini kata pensyarah saya . dalam meeting pun ade yg berbahasa Inggeris. well how's that?

bagi saya mudah.
Ada SEBAB mengapa Allah jadikan makhluk dalam dunia ni pelbagai. So that you could learn and communicate with one another. Lagi satu dalam dept saya sekitar tahun 1998 - 2000 ada seorang pensyarah dari Israel datang dan ketua jabatan kami kena dok pi HOME OFFICE ( KDN ) untuk report. HAa, pensyarah ni mmg best kata seorang kenalan sebab dioa ni pakai selipar buruk jer pi bagi lecture but speaking/ malay conversational skills wow man dah tahu dialect pun . Tu dia budaya org / bangsa ni depa dah mula belajaq bahasa org lain. haa sebab tu depa maju. THE LEARNING ATTITUDE MUST BE FOSTERED, saya cukup bangga lihat MAhadzir Lokman menghoskan sesuatu  high profile majlis, he is so classy / he has what we called as flair in language. Ini baru standard. Bukan setakat apa tu OhLELAKI punya pengacara ...

So belajar bahasa apa pun  dan nakbelajaq bahasa kita akan buat kesalahan . ini normal , tapi sedih lihat bangsa sendiri mengaku betapa mereka takut akan satu entiti bahasa lain ( yg tak bernyawa) dan yg paling sedih ialah "this fear" of talking in english has paralysed them you know. So macam mana viva? nanti thesis ker aper ke?Ini soal you nak bangunkan or developig uself! Tak nak kembangkan potensi diri ker?Hidup kita ni atau spsychobiologically, kitaembangun, seseorang manusia ni berkembang dari satu fasa ke fasa yg lain sejajar dengan betabahnya umur. so, kita akan memiliki skills dari satu tahap ke tahap yg lain.


so you know kita tak payah gusarlah yg BM ni tergugat sebab yg BI tu pun masih  perlu dibaiki. Ini realitinya. Sedih tengok kekawan yg terpaksa mengaku dengan honest / jujurnya akan "the embedded fear " tu..
YANG paling menyedihkan ialah selama 50 tahun merdeka...masih wujud perasaan takut untuk even bercakap about a topik in english for 5 -9 minutes? yess ...tapi orcourse ...benda ni hanya ditutup mata.


Kalau kita sendiri mempunyai attitude yg negatif terhadap other foriegn language untuk belajar, then macam mana nak guna medium untuk mengajar satu subjek science and maths.

bagi saya to weave English lingo in BI ni okay jugak sebab tta banyak tulis guna bhs bila jawab soalan science pun. Maths cuma istilah ..alahai senang jer ..kalau cikgu kita mmg lulusan dari oversea ( thank God / bles my mRSM tapiping teacher) so depa cecikgu yg open minda dan bagus ni dah mula latih kitaorg dengan bahasa rojak pun so kami tak rasa horror sangat.
Alah banyak bebudak kita yg dari aliran pure science dari kolej Islam etc yg gi UK dapat FIRST CLASS lagi in Engineering kat Cambridge and Imperial College. YG penting ATTITUDE for learning mesti ader.

itu shj dulu kot..pada saya amat hipokrit sesorang itu yg Englishnya so powerful tapi dia sendiri tak tolong org lain maju sama BUDAYA TARIK KAKI ni cukup saya benci.Adil ker tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2007 01:11 PM | Show all posts

Reply #16 mbhcsf's post

komen anda amat menarik yang menyentuh penggunaan dan keperluan bahasa
permasalahan yang dibangkitkan adalah berkaitan kesalahan dan ketidakmampuan penggunaan bahasa melayu dan kemandulan penciptaan bahasa melayu
kalau pejuang bahasa tidak memertabatkan bahasa melayu . . .  di suatu masa nanti tidak mustahil bahasa melayu akan hanya tersimpan di muzium akibat tak ada lagi manusia yang ingin menggunakannya
maka pada masa itu perkataan melayu mungkin hanya terdapat dalam dokumen sejarah saja
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 01:00 PM | Show all posts
komen tentang perkara ini, kawan saya kata ini kerja perogol bahasa...(?)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.078020 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list