CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2093|Reply: 8

Volkswagen Mahu Berkembang Ke Thailand & Indonesia

[Copy link]
Post time 5-12-2007 01:05 PM | Show all posts |Read mode
RANKFURT, 4 Dis (Bernama) -- Volkswagen AG telah mengalihkan perhatiannya ke Indonesia dan Thailand, susulan tamatnya rundingan secara mendadak antara pengeluar kereta dari Jerman itu dengan pengeluar kereta Malaysia, Proton.

Handelsblatt, sebuah akhbar harian perniagaan Jerman yang berpangkalan di Dusseldorf berkata Volkswagen akan menerokai kemungkinan memilih sama ada Thailand atau Indonesia sebagai pangkalannya di Asia Tenggara.

Memetik sumber industri Jerman, akhbar itu berkata Volkswagen mesti memulakan semula pencarian satu lokasi di rantau itu memandangkan ia menjanjikan pasaran yang cerah dengan potensi pertumbuhan bagi industri automotif.

Selama inipun, kumpulan Volkswagen sememangnya kurang menonjol dalam rantau berkenaan.

Sumber Volkswagen berkata Asean "mempunyai kepentingan strategik" bagi pengeluar kereta itu, yang yakin cita-cita tingginya untuk membuat sasaran pertumbuhan yang besar akan tercapai.

Kumpulan Volkswagen merancang untuk mengeluarkan lebih daripada 10 juta kereta setahun menjelang 2018 dan berazam untuk mengatasi Toyota sebagai pengeluar kereta terbesar dunia.

Bagi tahun semasa, Volkswagen mahu menjual lebih dari enam juta kereta.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2007 01:06 PM | Show all posts
ni kes lepas frust dengan proton la ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 01:16 PM | Show all posts
padan muka proton.....

Persona dah laku sket...terus ego tak ingat..!! Macam ler bole sustain sales tu 2-3 tahun lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 02:39 PM | Show all posts
VW nak lwn toyota ........ kalau keta tu mmg lasak & harge part plak rendah, mungkin blh.
Cuma deal dgn proton mmg elok pun batal, sbb VW bukan nak JV pun tapi nak kuasai terus.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 02:54 PM | Show all posts
Sokong sesangat tu... tengok jer laa apa jadik kat Skoda, asalnya syarikat automotif nasional Republik Czech tapi terus kena jajah abis2an dengan wak segan tu laa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 03:06 PM | Show all posts
takyah layan sangat VW tuh sebenarnya klu dia ngada2... mungkin dia ingat proton nazak dah dia boleh letak macam2 syarat.... dan dia pikir proton senang kena main semenjak jual agusta 1 pound......

pergilah thai ka indon ka... dok mesia pon wakper klu rakyat mesia sini punya minda klu keta eropah jer... spepart mahal.... takde resale value


dorang hanya nak kuasai pasaran asia... dan proton adalah pilihan paling bagus sbb ada semua kemudahan... bukan tuh saja.... amik proton dpt lotus skali.... 2 in 1....  sbb tuh dorang nak kuasai terus....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2007 03:40 PM | Show all posts
melepas lg FDI ke m'sia gara2 ego proton..i love proton!..idop proton!idop melayu!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2007 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by rambutan at 5-12-2007 03:06 PM
takyah layan sangat VW tuh sebenarnya klu dia ngada2... mungkin dia ingat proton nazak dah dia boleh letak macam2 syarat.... dan dia pikir proton senang kena main semenjak jual agusta 1 pound.... ...

Sebab tu la niat sebenar wak segan ni macam musang berbulu ayam... kunun buat joint venture tapi sebenarnya nak jajah Proton dgn Lotus sekali... keter wak segan ni harap mahal jer tapi spare part takder melainkan keter katak tu la, hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2007 11:07 AM | Show all posts
hmmm... x sabo nak tgk rege VW Golf GTi made in thailand hehehe.. kalo diorang bg rege murah..fuhh..mmg ganas laa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.057826 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list