View: 9267|Reply: 65
|
Jelapang - TOL MAUT !!!!
[Copy link]
|
|
Tujuh maut, empat parah bas rempoh lori di Tol Jelapang
IPOH 11 Dis. - Tujuh orang terbunuh dan 28 cedera, empat daripadanya parah, apabila sebuah bas membawa rombongan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah, merempuh belakang sebuah lori tangki di Plaza Tol Jelapang menghala ke selatan di Lebuh Raya Utara Selatan awal hari ini.
Mereka yang meninggal dunia dalam nahas pada 4 pagi tadi ialah pemandu bas, Lim Teh Lee, 49; pemandu kedua, Saad Salleh, 45; serta anggota rombongan, Siti Rosedah Ibrahim, 46; Puteh Mat Isa; Mohamad Hussin, 50; Dahara Mohamad; dan Nur Shuhadah Muhamad, 15.
Empat yang cedera parah di bahagian kepala dan badan ialah Che Som Yusoff, 51; Halijah Hanafiah, 52; Sipah Sulaiman; dan seorang lelaki yang identitinya belum diketahui.
Seramai 16 lagi turut dimasukkan ke Hospital Ipoh, manakala lapan dirawat sebagai pesakit luar, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias.
Mereka yang menerima rawatan di wad dan dirawat sebagai pesakit luar ialah Fatihah Shafie, 14; Zurina Nayan, 47; Mohd Aminuddin Ramli, 20; Fatimah Rojaan, 40; Hakis, 8; Hasiah Lebai Cha, 53; Rohani Hashim, 56; Umi Kalsom Wan Dollah, 16; Mohd Shukri Hasin, 8; dan Haminah Nikmat, 56.
Nurfazilah Abdullah, 14; Mohd Muhsi Ahmad, 11; Faridah Mohd Nor, 44; Nurhashimah Mohd, 18; Shamshum Ishak, 52; Mastura Izzati Mat Isa, 17; Shahhasliza Hussein, 22; Habibah Yaakub, 33; Yom Wahab, 52; Assariza Derani, 38; Siti Aishah Saidin, 17; dan Normah Hanafi.
Dua lagi wanita yang identiti mereka belum dikenal pasti turut menerima rawatan.
Rombongan itu, yang dalam perjalanan untuk bercuti di Cameron Highlands, bertolak pada 12 tengah malam tadi dari Masjid Kubang Jawi di Kuala Kedah, yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Seorang daripada penumpang yang cedera, Haminah Nikmat berkata, bas berkenaan dipandu dengan laju ketika memasuki dan melepasi Terowong Menora yang terletak beberapa kilometer dari Plaza Tol Jelapang.
揕epas sahaja terowong itu, bas memang laju. Bila nak dekat sampai (plaza tol) tiba-tiba orang depan menjerit... brek tak makan. Makcik duduk bahagian tengah, lepas bas rempuh lori depan, habis bahagian depan dan kusyen yang makcik duduk pun rapat dengan bumbung bas, |
|
|
|
|
|
|
|
tah la, tak tau nak salahkan apa lagi..
bayangkan betapa kuatnya hentakkan sampai kerusi2 tu tercabut dr bas tu...
bukannya dekat tol tu takde amaran awal... ada lampu kelip2, pas tu ada jalan berbatu utk kenderaan berat bermasalah lalu, bagi memperlahankan kenderaan di kawasan cerun tu. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah n al-fatihah kepada yang pergi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 in2eryn's post
Takziah kepada keluarga, Al-fatihah kepada mangsa yg terkorban.....kecuali driver yg bukan berbangsa islam........
semalam samyvellu ckp 6 bulan lg diorang robohkan tol jelapang.....
so sape tau sistem tol yg baru ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 tangopapa's post
|
|
|
|
|
|
|
tambah sorang lagi yang meninggal dunia
jumlah kematian berdasarkan kemalangan baru-baru ni
meningkat kepada 8 orang...
banyak faktor yang menyumbang kepada kemalangan ni
antaranya sistem break bas gagal berfungsi...
selain tu jugak..salah pemandu pon sama. bukan takde amaran
yang pegi bawak laju tu apehal...
tambahan pulak, kedudukan plaza tol yang memang tak strategik... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 orang_letrik's post
mmg tak strategik, tp rasanyaplus dah ambil pelbagai cara utk kenderaan ambil langkah berhati2 semasa menuruni cerun tu.
kalau dah laju, masa dekat2 tol nak brake, mmg tak makan le jawapnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 tangopapa's post
Plaza tol baru siap enam bulan lagi
IPOH 11 Dis. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 orang_letrik's post
takziah n al-fatihah kepada yang pergi........... |
|
|
|
|
|
|
|
aku baca metro tadi dia kata keadaan best baik...masalah brake masa duk turun dari terowong menora masa tu dah start terhoyong hayang dah...apasal laaa tak pegi tukar gear 1 kaaaa matikan terus enjin bas kaaa adusss laaa mesti driver duk panik...
siap driver bas tu putus dua sebab hentaman tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 sepaileman's post
a,ah, sama cam cerita mangsa smlm. dia igtkan dah sampai jalan kat cameron, sbb bas huyung hayang.
driver tu kan tercampak keluar, dia kat tayar bas.. |
|
|
|
|
|
|
|
camni,
kemalangan seperti ini boleh dielakkan jika pemandu-pemandu turun secara perlahan-lahan semasa dalam pergerakan menurun tadi terowong menora. namun begitu, ramai pemandu tidak sabar dan tetap memandu dalam keadaan laju. apatah lagi dengan sikap suka menambah muatan melebihi had dibenarkan. oleh itu, brek kerap digunakan untuk memperlahankan kenderaan berat samada semasa menghampiri selekoh atau kenderaan di hadapan.
inilah silapnya.
penggunaan sistem brek yang kerap akan memanaskannya. apabila sistem brek terlalu panas (overheated), ianya akan berhenti berfungsi. dan timbullah situasi "brek tak makan! brek tak makan!"
salah siapakah ini? sepatutnya pemandu dan pemilik kenderaan berat dihukum berat (dihantar ke penjara dan ditarik lesen/permit operasi), barulah keadaan akan berubah.
perubahan tol plaza tidak akan menghilangkan masalah ini. pemandu-pemandu akan tetap hadapi masalah 'brek tak makan!' semasa tiba ke jelapang. bezanya, mereka boleh bunyikan hon dan pasang lampu beam untuk minta semua pemandi di hadapan bagi laluan kepada mereka. dan akhirnya, kenderaan berat boleh berhenti bila momentumnya habis atau sistem breknya sudah sejuk/berfungsi kembali.
bagaimana kalau ada pemandu yang tidak sempat beri laluan???
selepas ini, pemandu-pemandu kereta/motor macam kita akan terpaksa rajin perhatikan cermin 'rear view' untuk pastikan tiada kenderaan berat meluru ke arah kita semasa di kawasan jelapang??? |
|
|
|
|
|
|
|
sepai, kalau matikan enjin, ada kemungkinan steering tu akan terkunci. mau meluru menghentam ke lane sebelah (untuk naik ke terowong menora) dan masuk gaung sambil mengheret kereta-kereta yang dilanggarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
untuk info, sistem brek kenderaan berat berbeza dengan sistem brek kereta kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Mekasih prof Mukk di atas info yg cukup membina dan menyedarkan diri saya yg serba tak tahu dalam sistem bas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nak menamakan jelapang tol maut? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by neeziee at 13-12-2007 09:59 AM
kenapa nak menamakan jelapang tol maut?
"Menurut Samy Vellu, kemalangan hari ini yang membabitkan jumlahkematian tertinggi adalah yang terburuk pernah dilaporkan berlaku diplaza tol di negara ini."
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 bantal_oren's post
mukk ni banyak pengetahuannya..memang k.nor kagum dgn mukk ni........ |
|
|
|
|
|
|
|
sebab dah ramai beno orang maut kat area tol tuh... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|