View: 1982|Reply: 21
|
Radio Swasta Ditegur Utamakan Lagu Indonesia
[Copy link]
|
|
Kerajaan memandang berat tindakan radio swasta yang memberi keutamaan kepada penyiaran lagu-lagu Indonesia.
Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata Kabinet hari ini memberi perhatian rungutan artis tempatan terhadap masalah itu dan mengharapkan pertimbangan radio swasta agar tidak ghairah menyiarkan lagu-lagu Indonesia sehingga masyarakat melupakan lagu-lagu tempatan.
"RTM tidak mempunyai kuasa untuk mengawal radio swasta daripada menyiarkan lagu-lagu asing tetapi kekerapan penyiaran lagu-lagu Indonesia mengancam lagu-lagu artis kita.
"RTM mengutamakan lagu-lagu tempatan dan kalau ada lagu-lagu Indonesia pun tak sampai 10 peratus," katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa Kementerian Penerangan di sini.
Katanya sejak dulu kerajaan tidak mengambil tindakan atau mengadakan undang-undang untuk menyekat penyiaran lagu-lagu asing yang tidak melanggar etika.
"Kita kesal Indonesia tidak memberikan tempat yang sama kepada artis Malaysia sedangkan lagu dan filem Indonesia yang popular selalu disiarkan," kata Zainuddin.
Beliau mengingatkan artis tempatan supaya bersaing dengan kualiti lagu Indonesia untuk memenangi selera generasi muda dan dalam masa yang sama RTM sendiri akan membantu mempromosikan lagu artis tempatan.
Zainuddin turut menyalahkan sikap artis tempatan yang tidak berdisiplin dan tidak memenuhi kehendak pihak hotel ketika membuat persembahan menyebabkan mereka terpaksa memanggil artis luar.
Katanya RTM juga tidak memandang sepi persaingan stesen radio swasta yang mementingkan komersiol supaya RTM tidak ketinggalan.
Menyentuh mengenai persaingan stesen televisyen menyiarkan drama Indonesia, katanya RTM akan mengawasi keadaan itu agar tidak merugikan penerbit drama tempatan dan tanggungjawab sosiol RTM.
Mengenai rancangan `Fenomena Seni" yang tidak konsisten siarannya, Zainuddin berkata perkara itu tidak akan berlaku lagi kerana rancangan itu sudah menjadi satu ikon yang mempunyai ramai peminat.
"Jika kita terpaksa memberi laluan kepada slot penting yang lain, `Fenomena Seni' akan disiarkan lewat sedikit dan tidak dibatalkan seperti sebelum ini.
Zainuddin menyampaikan sumbangan kepada 40 anak yatim dari kampung Sekinchan dan Sungai Panjang dalam majlis itu yang turut dihadiri oleh timbalannya Datuk Seri Chia Kwang Chye, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf, Pengurus Besar Bernama Datuk Azman Ujang dan Timbalan Ketua Pengarang Bernama Zulkefli Salleh.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
motif banyak sangat ko bukak topic ni ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 leogal_1428's post
las year isu ni |
|
|
|
|
|
|
|
peribahasa ada mengatakan
kera di hutan disusukan.. anak di rumah mati kelaparan |
|
|
|
|
|
|
|
nampak sangat Zainuddin Maidin takde modal.. isu tahun lepas dikoreknya.. ye la.. nak dekat election ni kena la project diri sendiri, tak kira apa2 isu pun.. ataupun dia nak suruh orang lupa apa dia cakap dgn Al-Jazeera hari tu.. one of it.. "Police don't fire at dem".. and this is our Information Minister |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah Islam Hadhari |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 nik2121's post
islam hadhari : teguran lagu2 indon byk diputarkan di malaysia
what's the correlation between these 2 different issues? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 ouragloco's post
Luar kawasan Parlimen ler laling oii |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 ahmad_dhani91's post
Ko nehh suka kasik org panas ek dhani... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 ahmad_dhani91's post
duhhhh dari band Indon yang muzik tahap skema je |
|
|
|
|
|
|
|
gua pun dah boring dgr lagu2 indon ni....sama jer...suara sengau2 jebeng ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dorang kurangkan kuota ke, sekat lagu indon ker, alternatif lain tetap ada. Tak heran. Download saja maaa. Mcm aku beli pun lagu-lagu nih semua. |
|
|
|
|
|
|
|
haa..pdn muke ko dhani..
kan da kne marah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|