CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3058|Reply: 22

Siti Nurhaliza atasi personaliti ternama dunia: Google Inc

[Copy link]
Post time 15-1-2008 11:11 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Faiza Zainudin

Siti Nurhaliza atasi personaliti ternama dunia: Google Inc

KUALA LUMPUR: Laman web Berita Harian menjadi pilihan pertama rakyat negara ini untuk mendapatkan maklumat isu semasa tempatan dan global, secara paling pantas dan berkesan.

Kedudukan itu diikuti akhbar tabloid Harian Metro dan Utusan Malaysia, mengikut analisis yang dikeluarkan Google Inc menerusi Google Malaysia, semalam.

Analisis itu mendapati pencarian laman web akhbar terbabit paling popular sepanjang 2007 selain laman web friendster, myspace, wikipedia, airasia, maybank2u dan jobstreet.

Selain pencarian laman web akhbar berkenaan, pencarian paling popular yang dikesan di laman web google.com.my, turut membabitkan kategori pencarian individu paling terkenal/selebriti; destinasi dan aktiviti hiburan dalam talian.

Selain itu, sukan bola sepak; program televisyen, radio dan wayang; permainan kartun animasi dan teknologi maklumat.

Analisis itu juga mendapati penyanyi nombor satu negara, Datin Seri Siti Nurhaliza mengatasi personaliti ternama dunia, termasuk Paris Hilton dan Britney Spears apabila penyanyi terkenal itu menduduki tempat teratas pencarian paling popular kategori individu paling terkenal/selebriti.

Jutaan rakyat Malaysia mencari maklumat mengenai peribadi penyanyi itu pada sepanjang masa, termasuk aktiviti harian dan kariernya berbanding pencarian maklumat artis ternama tempatan lain serta artis antarabangsa.

Siti Nurhaliza mengatasi pencarian maklumat, blogger, Paul Tan, diikuti Paris Hilton, Britney Spears, Akon (blogger), Avril Lavigne (pelakon), Nurin Jazlin (mangsa kes bunuh), Jeff Ooi (blogger), Megan Fox (pelakon) dan Altantuya (mangsa kes bunuh).


Kategori pencarian yang mencatat bilangan pengguna yang semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya dimonopoli oleh youtube, facebook, firefly, esnips, mobik, veoh, transformers, friendster layout, heroes dan tudou.

Bagi destinasi percutian pula, pencarian maklumat mengenai Genting dan Langkawi mendahului senarai diikuti Singapura, Pulau Pinang, Bali, Cameron Highland, Melaka, Port Dickson, Bukit Tinggi dan Kuala Lumpur.

Aktiviti hiburan dalam talian yang mendapat sambutan di kalangan rakyat negara ini ialah friendster, youtube, myspace, games, naruto, metacafe, facebook, imeem, photobucket dan lowyat.

Bagi sukan bola sepak, ramai yang menaip soccernet untuk mendapat maklumat lebih pantas, berbanding English Premier League, Manchester United, Arsenal, Liverpool, Chelsea, Union of European Football Association, Fantasy Premier League, Fantasy Football dan Football Association of Malaysia.

Golden Screen Cinema mendahului senarai pencarian bagi kategori program televisyen, radio dan wayang, diikuti Tanjung Golden Village, filem Transformers, Heroes, radioblog, era, Prison Break, cineleisure, HitFM dan High School Musical.

Bagi permainan pula, miniclip mendapat perhatian utama rakyat negara ini, diikuti barbie, maplesea, pokemon, sudoku, gamespot, runescape, utopia, ghost online dan animax.

Bagi teknologi terkini komunikasi, ramai yang mencari maklumat mengenai mp3 135, iphone dan nokia 6300.

Pencarian paling popular dalam bahasa Melayu pula kebanyakannya mengenai jawatan kosong, resipi, Akademi Fantasia, mat rempit, Cuti-cuti Malaysia, kamus, lagu, lirik, portal pendidikan dan cerita.


Sumber: Berita Harian


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2008 11:18 PM | Show all posts
lorr..
tk der apa2 keistimewaannya.
kalau nk bandingkan sitot tu ngan artis hollywood, mesti lah artis hollywood lebih fofular kan.
tapi nk tau tk napa ct yang juara?
sebab itu sendiri sudah terang lagi bersuloh, menunjukkan dan membuktikan sikap org melayu,
yang suka sangat bersikap kepoh dan membuang masa mengetahui mengenai bawah kain org lain.
termasuk lah aku ni gak.
nyehnyehnyehnyeh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 11:22 PM | Show all posts
sabor ajele..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 11:25 PM | Show all posts
sapa la malaun search ct ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 11:28 PM | Show all posts
tak pernah terpikir aku nak search pasal dia nie...
apakah aku sangat berbeza dengan rakyat Malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 11:30 PM | Show all posts
ala... bukan google.com pn... com.my .... beza tau....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2008 11:42 PM | Show all posts

Reply #4 batman_2007's post

peminat fanatik dan anti-fanatik CT la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 11:47 PM | Show all posts

Reply #6 metalique's post

Anda tepat skali...:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2008 11:55 PM | Show all posts
google.com.my ke???
ooopss!  aku rasa silu dengor!


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 04:01 AM | Show all posts

Reply #2 haq89's post

macam ko la....

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 04:02 AM | Show all posts
wahh ni memang menunjukkan ct masih la popular...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 08:43 AM | Show all posts
muahahaha.. mmg betullah ct paling popular kat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 09:43 AM | Show all posts
CT masih popular....
Tak kira yg suka atau tidak

Ramai la yg meroyan lepas nie....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 09:59 AM | Show all posts
CT AKAN JADI LEJEND
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 12:57 PM | Show all posts
Rupanya ramai lagi org masih mencari nama ini...

CT NURHALIZA :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by haq89 at 15-1-2008 11:18 PM
lorr..
tk der apa2 keistimewaannya.
kalau nk bandingkan sitot tu ngan artis hollywood, mesti lah artis hollywood lebih fofular kan.
tapi nk tau tk napa ct yang juara?
sebab itu sendiri sudah  ...


hek eleh .. . cakap berapi api. ..
diri sendiri tak cek kaaa . ..  cam hampeh . ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2008 01:12 PM | Show all posts

Reply #14 jin_lampu's post

bukan akan .. .

mmg dah legend . ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 01:59 PM | Show all posts

Reply #2 haq89's post

bodohnye ko.. scope result tu kecik dah sah sah la dalam malaysian je pengguna google.com.my tu...

lain la kalau kalau google.com kalau ct no atas memang pelik.. dah sah sah ade ramai artis hollywood lagi poplar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 03:03 PM | Show all posts
CT penyelamat..
Sekurangnya pengguna google.com.my masih mencari  selebriti Malaysia, bukan sekadar artis antarabangsa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2008 03:22 PM | Show all posts
:pompom: :pompom: :pompom: :pompom:

tahniah datuk CT...anda masih popular dan terbaik..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.067406 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list