|
KUALA TERENGGANU: Seorang bapa sukar menerima berita kematian anak sulungnya ketika dia merancang menyambut hari lahir ke-37 tahun, hari ini bersama keluarga di sebuah restoran makanan segera. Zulkifli Jusuf sepatutnya membawa keluarganya ke sebuah restoran makanan segera yang menjadi kegemaran arwah anknya, malam ini.
Anaknya, Mohd Azizi Firdaus maut manakala tiga pelajar lain, Fandi Mohamad, 15, Abdul Wafiy Ali@Abdul Razak, 14; dan Ruzaimi Razak, 14, cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, semalam.
Semua mangsa penghuni asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring yang sedang mengikuti program membabitkan 390 orang pelajar, guru dan warden diiringi dua anggota polis berjalan beramai-ramai menuju ke Pantai Tok Jembal.
Kejadian bermula selepas sebuah kereta BMW merempuh dan mengheret sebuah Proton Tiara sebelum terbabas ke laluan pejalan kaki dilalui pelajar yang mengikuti program riadah antara warden asrama dan pelajar atau lebih dikenali sebagai Rehlah.
Zulkifli dan isterinya, Rohani Muda, 36, ketika ditemui di perkarangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini terkejut dengan kejadian menimpa anak mereka. Menurut Zulkifli, dia bercadang menjemput arwah di asrama hari ini untuk meraikan hari lahirnya seperti yang dibuat sebelum ini.
"Dia sangat sukakan ayam goreng atau 'chicken chop', nampaknya hasrat sy tidak dapat ditunaikan,"katanya yang kali terakhir bertemu arwah Sabtu lalu ketika dia pulang sempena cuti hujung minggu.
Katanya, Mohd Azizi adalah abang yang baik dan menjadi contoh kepada dua adiknya serta sering menghubungi keluarga dari di asrama.
"Cuma minggu lalu dia langsung tidak menghubungi kami dan tidak sangka pula kami akan terus merinduinya buat selama-lamanya,"katanya.
Ruzaimi yang hanya cedera ringan ketika ditemui di hospital berkata dia melihat tiga rakannya tercampak ke dalam longkang.
"Kejadian berlaku terlalu pantas dan itu saja dapat saya ingat," katanya yang dibenarkan pulang semalam.
Bapa Fandi pula, Mohamad Husin, 45, hanya mampu berserah kepada Tuhan agar anaknya cepat sembuh.
"Anak saya parah di kepala manakala tangannya patah," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Ariffin Embong, berkata setakat ini, tiada sebarang unsur cuai berhubung kejadian itu kerana pihak sekolah mengikut prosedur dan mematuhi aspek keselamatan.
"rogram itu turut mendapat kerjasama pihak polis yang mengawal pelajar dan saya mengharapkan tahap keselamatan dapat ditingkatkan jika pihak pengurusan mengadakan program di luar kawasan sekolah," katanya.
Kejadian itu turut mencederakan Jurulatih Perubatan Jabatan Pertahanan Awam(JPA3), Leftenan Muda Adam Rani, 48, yang memandu Proton Tiara untuk ke tempat kerja.
(petikan daripada Harian Metro, Sabtu 2 Februari 2008)
ILLUSTRASI KEMALANGAN:
sumber:SMKATokJiring.COM
budak2 skolah aku ni. yg aku geram sgt, BMW yg langgar tu blah camtu je :@ :@ :@ :@ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|