CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4777|Reply: 24

apa favourite pickup truck korang..?

[Copy link]
Post time 9-2-2008 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Aku sebenarnya nak tanya yg ni dari dulu lagi.. tapi sekarang ni aje mcm rasa valid sikit sbb nowadays kebelakangan ni baru aku perasan sikit ramai kat m'sia pakai pick up truck..  aku memang suke  pickup truck ni  in fact masa aku kat seattle dulu pun aku guna pickup truck (beli second hand aje)   beli ford; yg tu paling fofuler kat sana...(masa tu ler)..

masa aku kat aussie pulak tengok kawan aku bawak holden (lebih kurang macam proton jumback - ada kat tred org bukak tu).. okay gak.. cuma kecik sikit dan memang muat2 duaorang  tapi convenience la kalu ada ko keja carpenter ke construction ke sbb luas kat belakang tu..

Aku tgk kat m'sia besar2 gak pick up trucknya... Aku survey harga pun not that bad ekceli;  aku suka tapi rasanya tak sesuai lagi nak pakai.. nanti dah berkeluarga okay gak... nak gi camping pun senang aje   hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2008 07:16 AM | Show all posts
Pikap paling kompetitif

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


Jentera lasak ini disifatkan sebagai pikap yang paling berkuasa, sporty dan praktikal untuk tujuan logistik.


PENAMPILAN Mazda BT-50 lebih sporty dan menarik.

BANJIR besar yang melanda beberapa negeri termasuk di Pahang baru-baru ini nyata memberi impak kepada ribuan mangsanya.

Kawasan luar rumah pula dipenuhi lumpur tebal, bagaikan dilanda tsunami.

Dalam kondisi jalan seperti itu, pastinya kereta biasa mengalamimasalah untuk bergerak. Justeru, jentera tahan lasak seperti pacuanempat roda dan trak pikap amat diperlukan untuk tujuan logistik.


RUANG kargo yang luas untuk sebarang kegunaan.

Memandu trak pikap Mazda BT-50 untuk misi 'menyelamat' danmenghantar peti sejuk dari Kuala Lumpur memang tepat pada masanya.Ruang kargo yang luas dan kelasakannya untuk menempuh apa juaketidaksempurnaan permukaan jalan raya nyata banyak membantu.

Sebagaimana yang anda sedia maklum, trak pikap keluaran Mazdaterdiri daripada model Mazda B-Series yang mula dihasilkan pada tahun1961 oleh Mazda Motor Corporation.



Mazda BT-50 juga dilihat sebagai salinan paling hampir dengan modeltrak pikap keluaran Ford iaitu Ranger. Jadi, pendek kata, pengalamanmemandu Mazda BT-50 tidak jauh bezanya dengan menaiki Ford Rangerbeberapa tahun sebelum ini.

Namun begitu, Mazda BT-50 dengan kod model J97M telah menerimasedikit sebanyak pembaharuan. Mula diperkenalkan pada umum di BangkokMotor Show 2006, trak pikap ini kemudiannya sedia bersaing dalampasaran trak pikap tempatan pada bulan November tahun lalu.

Sebelum ini pun, Mazda bukanlah pemain asing dalam segmen trakpikap. Jenama itu pernah menawarkan kepada pengguna beberapa modeltermasuklah Mazda Fighter.

Menyifatkan BT-50 sebagai jentera pikap paling berkuasa keluarannya,Mazda sekali lagi mengetengahkan konsep Zoom-Zoom ke atas tradisi modelB-Series yang sudah berjaya terjual lebih tiga juta unit di seluruhdunia.

Berbeza dengan model trak pikap Ford Ranger yang nampak besar danmaskulin, fizikal Mazda BT-50 pula lebih sporty. Penampilan jentera inikemas dengan penggunaan lampu hadapan bersaiz sederhana, dipadankanbersama gril radiator yang lebar. Di bahagian bawahnya, tersematsepasang lampu kabus.

Bahagian belakangnya dipasang dengan lampu belakang yang menggunakanmotif lampu utama. Gaya jentera ini disempurnakan lagi denganpenggunaan rim aloi bersaiz 16 inci.

Kualiti pemanduan dan bahagian dalamannya cuba dihasil agar iaselesa seperti sebuah sedan. Keseluruhan ruang kabinnya disalut denganwarna hitam dan kelabu. Sementara konsul tengah yang menempatkan unitaudio dan suis pendingin hawa diserlahkan dengan calitan warna perak.


MENGGUNAKAN khidmat enjin Turbo diesel Common-Rail bersesaran 2.5 liter.

Rekaan papan pemukanya sangat ringkas dan direka secara menegak.Namun kualiti keseluruhan, termasuklah tahap NVH BT-50 boleh dipuji.Meter gabungan analog dan digital yang mempamerkan maklumat berkaitankelajuan, rpm, takat bahan api, suhu enjin serta perbatuan, diletakkandalam perumah meter yang cukup sporty.

Mazda BT-50 bertransmisi manual yang dipandu uji ini menggunakanenjin MZ-DE 2.5 Turbo Diesel Common Rail Direct Injection yang lengkapdengan unit intercooler.

Enjin empat silinder sebaris 16 injap DOHC ini kadangkala memerlukanpemandu untuk berada dalam gear rendah, sedikit lama untuk memperolehkuasanya.



Untuk sistem suspensinya, jentera ini dipasangkan dengan penyeraphendak jenis double wishbone untuk roda hadapannya. Manakala suspensibelakangnya menggunakan khidmat pegas gelelung dedaun (leaf spring).Maka tidak hairanlah jika pemanduan di laluan yang tidak rata terasasedikit melantun-lantun.

Aspek keselamatan jentera ini tidak pernah diabaikan. Selain begudara, ciri keselamatan aktifnya terdiri daripada penggunaan sistembrek ABS berprestasi tinggi pada keempat-empat rodanya.


RUANG kabin  yang kemas disalut dengan material berwarna hitam.

Ia turut dilengkapi dengan sistem EBD dan Load Sensing ProportioningValve bagi menjamin keberkesanan membrek di atas permukaan licinbiarpun ketika membawa bebanan.

Mazda BT-50 didatangkan dalam beberapa warna pilihan termasuklahperak, biru, hitam, kelabu dan putih. Bagi menunjukkan komitmenmemberikan yang terbaik buat pelanggannya, Mazda menawarkan jaminanselama 50 bulan dan 50 bulan penyelenggaraan percuma.





Dengan tanda harga RM86,272 seunit (termasuk insurans) Mazda BT-50sebenarnya masih boleh 'mencelah' dalam segmen trak pikap yangsememangnya sangat kompetitif.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 08:17 AM | Show all posts
Laki me ada pick up dodge.
Pertama kali me drove, jalan pun tak nak..
kena letak bantal kat kerusi baru boleh nampak jalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2008 08:22 AM | Show all posts

Reply #3 faraway's post

Dodge popular kat north america... rival dgn ford..  aku suka pick up truck ni; kalu kat states, boleh dikatakan kalu family tu ada 2 kereta, one of them sah2 salah satunya pickup truck ler... lasak dan convenience!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 08:29 AM | Show all posts
toyota.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 08:31 AM | Show all posts
d-max...deceptecon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2008 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 8-2-2008 07:22 PM
Dodge popular kat north america... rival dgn ford..  aku suka pick up truck ni; kalu kat states, boleh dikatakan kalu family tu ada 2 kereta, one of them sah2 salah satunya pickup truck ler... la ...

me duk kat canada..
exact, we guna pick up ni tarik our caravan..
dan time winter memang best sebab senang kat jalan bila salji tebal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2008 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by acura at 9-2-2008 08:29 AM
toyota.....


toyota mana acura  letak ler gambo  aku nak tgk gak yg mana satu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2008 08:36 AM | Show all posts
Originally posted by faraway at 9-2-2008 08:32 AM

me duk kat canada..
exact, we guna pick up ni tarik our caravan..
dan time winter memang best sebab senang kat jalan bila salji tebal.



Good idea sbb kalu jalan bersalji mmg senang ada 4WD  pick up truck ek.. nak2 kalu pegi skiing; all the equipments bole letak kat belakang tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 08:38 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 8-2-2008 07:36 PM



Good idea sbb kalu jalan bersalji mmg senang ada 4WD  pick up truck ek.. nak2 kalu pegi skiing; all the equipments bole letak kat belakang tu

  sesuai tapi kalau ke ski, keta nissan Quest mpv kami pun dah ok...

malaysia tak sampai lagi pick up dodge nikan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 08:44 AM | Show all posts
aku masa kat south africa dulu pakai toyota jek......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2008 08:52 AM | Show all posts

Reply #10 faraway's post

Aku ada nampak dodge  tapi pick up dodge tak ada lagi kat sini aku rasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 09:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 09:21 AM | Show all posts
prefer ford ranger. dah cuba frontier nissan, tapi blakang dia sempit.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 09:48 AM | Show all posts

hilux ngan ranger

haku salu pakai toyota hilux....rasa cam naek bigfoot lakkk
memula mmg x selesa coz engine diesel tue bising sgt...vibrate cam vibrator laks
tinggi & besa sgt, takut2 bergesel ngn kete lain lak

bumper leh tahan gak arr kuat, kazen haku reverse terlanggar pole tmpt letak trolley
pole trolley mmg 45 degree bengkok..bukan 1 but the whole poles...bumper hilux lak kemek sket jek..

but haku paling tak suka autolock hilux nieh....kdg2 sampai 15 minit haku duk situ semata2 nak unlock autolock tuh....cheap plastic part, x sampai 3 tahun dah pecah2 area tuh...

klu banding ngn ford ranger hurricane tue...ranger lagi sedap naik coz kurang vibration n bunyik engine x bising sgt...plus interior ford ranger lagi best haku nampak...

ranger haku tengok fc dier quite okay...drive dr bintulu to sri aman (area pantu) pakai dlm almost half the tank drive dlm 6 hrs (stop sekali ar)...hilux lak haku x pasan sgt pasal haku xnah lg naik utk long-distance adventure

4wd laen2 haku xnah naik lagi...but papehal pon, ford ranger more like an expensive 4wd pickup while hilux lak more like working horse...sgt sesuai utk keje ladang or hardcore contractor jobs...

but satu haku pasan pasal pickup 4wd nie, haku tgk kat nzealand pickup 4wd derang lagi rendah drpd yg ada kt msia....nape ek?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 09:51 AM | Show all posts

Reply #3 faraway's post

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2008 10:24 AM | Show all posts
mitsubishi triton ... ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 10:46 AM | Show all posts
hummer..eh tu kategori apo?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by acura at 8-2-2008 08:00 PM
http://4wheeldrive.about.com/library/uc/ucgraphics/tony_label_days.jpg

belakang dia pendek sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2008 12:37 PM | Show all posts

Reply #18 orangdalam's post

hummer kira off-road vehicle or suv

transmission dier ade gak 4wd, ngan rear-wd

haku nengar hummer nie kuat telan minyak
btul ke? ape kata pros kt sini?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.066939 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list