View: 18331|Reply: 22
|
epilepsi (masalah sawan)
[Copy link]
|
|
Ubat epilepsi tidak mencegah migrain
SERANGAN migrain boleh menganggu rutin harian.
BERLAWANAN dengan beberapa laporan, satu kajian terbaru mendapati,dadah antiepilepsi oxcarbazepine tidak boleh mencegah sakit kepala ataumigrain.
Dadah antiepilepsi telah lama digunakan untuk mencegah migrain.Namun, Dr. Stephen Silberstein dari Jefferson Headache Center diPhiladelphia dan rakan-rakannya yang menulis dalam jurnal Neurologimenyatakan, dalam laporan mereka bahawa oxcarbazepine tidak dapatmemberi kesan terbaik.
Dalam kajian yang dilakukan lima bulan lalu, penyelidik secararambang telah memberi 170 lelaki dan wanita yang mempunyai sejarahmigrain, dos harian oxcarbazepine atau plasebo tidak aktif.
Kedua-dua kumpulan itu termasuklah mereka yang menghadapi seranganmigrain antara tiga hingga sembilan kali dalam tempoh sebulan.
Keputusan menunjukkan tiada perbezaan antara oxcarbazepine dankumpulan plasebo dalam perubahan terhadap jumlah serangan migrain yangberlaku dari awal hinggalah ke akhir kajian.
Persamaannya, kekurangan terhadap serangan migrain dan jumlahrawatan perubatan untuk rasa sakit yang amat sangat tidak terjejas olehrawatan peruntukan itu.
"Keputusan ujian ini tidak menyokong data sedia ada yangmencadangkan oxcarbazepine amat berkesan dalam mencegah migrain," kataSilberstein dalam satu kenyataan.
"Ketika beberapa dadah epilepsi telah digunakan selama beberapadekad untuk mencegah migrain, oxcarbazepine tidak mencegah migraindalam kajian ini meskipun ia menunjukkan ubat ini selamat."
Silberstein turut menyatakan bahawa tiga ubat epilepsi yang palingberkesan mencegah migrain ialah topiramate, divalproex dan gabapentinyang mempunyai beberapa mekanisme yang boleh merawat migrain.
Ia termasuk kemampuan untuk mengawal unsur kimia otak yang dikenalisebagai GABA. Perbezaannya, oxcarbazepine tidak mempunyai aktivitinyata dalam GABA. - Reuters
[ Last edited by amazed at 23-6-2008 06:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
masalah epilepsi (sawan)
Rawatan efektif epilepsi
DENGAN kemajuan terkini dalam bidang perubatan dan teknologi sekarang, epilepsi dan serangan sawan bukan lagi satu halangan untuk menjalani kehidupan yang aktif dan sempurna. Rawatan bagi epilepsi bukan sahaja bagi menyembuhkan semua serangan sawan, tetapi juga untuk menguruskan kehidupan keseluruhan pesakit.
Oleh itu, rawatan yang berkesan untuk epilepsi bermula dengan diagnosis yang betul tentang jenis serangan sawan yang dialami pesakit kerana setiap jenis penyakit ini memerlukan rawatan khusus dan berkesan.
Perkara pertama yang akan dilakukan oleh doktor ialah menyemak sejarah perubatan pesakit. Ini termasuk soalan mengenai sejarah serangan sawan dalam keluarga pesakit dan butiran lanjut mengenainya.
Seorang anggota keluarga atau mereka yang menyaksi serangan sawan mesti hadir untuk memberi maklumat tambahan, terutama jika pesakit tidak sedarkan diri.
Ini biasanya akan disusuli dengan pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk mengenal pasti petanda fizikal berkaitan yang mungkin boleh menunjukkan secara khusus sindrom epilepsi yang dialami pesakit.
Doktor mungkin mencadangkan ujian lanjut dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam punca berlakunya serangan sawan dan mengesan sebarang keadaan yang tidak normal dalam otak. Ujian-ujian ini mungkin termasuk electroencephalogram (EEG) yang mengukur denyutan elektrik dalam otak, tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI), yang, dalam bahasa mudahnya, menyediakan imbasan imej otak.
Sebaik sahaja diagnosis selesai dilakukan, doktor akan mencadangkan beberapa pilihan rawatan. Hampir kesemua penyakit epilepsi dapat dirawat dengan menggunakan ubat anti-epileptik (juga dikenali sebagai anticonvulsants atau ubat anti-sawan). Rawatan moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsi ialah ubat atau kombinasi ubat anti-sawan yang lazim digunakan.
Setiap pesakit memberi reaksi yang berbeza terhadap ubat anti-sawan seperti reaksi mereka terhadap makanan atau bahan-bahan lain yang masuk ke badan mereka. Oleh itu, doktor akan cuba menentukan ubat anti-sawan dan program yang betul untuk setiap pesakit dengan kesan sampingan yang minimum.
Sesetengah faktor akan diambil kira oleh doktor apabila memilih ubat anti-sawan termasuk jenis sawan, umur pesakit dan jantina, tahap IQ dan isu kesihatan, serta ubat-ubat lain yang mungkin diambil oleh pesakit.
Bagi rawatan berkesan, pesakit perlu memakan ubat seperti yang ditetapkan, dan sentiasa merujuk kepada doktor sebelum mengambil ubatubatan yang lain, ubat yang dibeli di kedai, atau rawatan herba. Terdapat bahan- bahan yang boleh mengganggu rawatan epilepsi dan mengurangkan keberkesanannya.Untuk hasil rawatan terbaik, pesakit epilepsi perlu terlebih dahulu menemui doktor yang terlatih dan berlesen.
Sebahagian besar pesakit epilepsi boleh bebas dari serangan sawan untuk tempoh yang lama dengan menjalani rawatan yang betul. Telah dibuktikan bahawa kira-kira 80 peratus pesakit epilepsi yang dirawat dengan ubat anti-sawan, bebas daripada serangan penyakit itu untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Bagi pesakit dewasa pula, 50 hingga 60 peratus bebas dari serangan sawan selepas pertama kali mengambil ubat anti-sawan. Bagi mereka yang didiagnosis mengidap epilepsi ketika usia muda, 20 peratus mula mengambil ubat dan tidak lagi diserang sawan selepas berhenti mengambil ubat, walaupun apabila mencecah usia dewasa. Lagi lama tempoh mereka tidak mengalami serangan sawan, maka semakin besar peluang untuk mereka menjalani kehidupan yang bebas dari epilepsi dan lebih 50 peratus kanak- kanak berjaya bebas daripada serangan penyakit itu.
Berjaya
Pembedahan boleh membantu merawat punca-punca epilepsi lain, seperti serangan sawan itu disebabkan oleh ketumbuhan, tumor atau punca-punca lain. Jika punca-punca tersebut berjaya dirawat atau dibuang, pesakit tidak akan lagi mengalami sawan. Oleh itu, kira-kira lima peratus pesakit epilepsi boleh 揹iubati |
|
|
|
|
|
|
|
Fahami epilepsi
[table=300][tr][td]
[/td][/tr][tr][td]Pesakit yang diserang epilepsi selalunya tidak sedarkan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Penyakit sawan semasa mengandung
Kebanyakan ibu-ibu yang mempunyai penyakit sawan, juga dikenali sebagai epilepsi, boleh mengandung normal dan seterusnya melahirkan zuriat yang sihat.
Namun begitu, penyakit sawan ini mempunyai risiko semasa mengandung, lazimnya puan sudah pun tahu yang puan menghidapi penyakit sawan dan dengan utuh dalam perhatian pakar perubatan dalaman/pakar neurologi. Doktor-doktor ini akan menasihati puan sebelum, semasa dan juga selepas bersalin.
Di hospital peringkat termaju seperti Hospital USM, puan akan menjalani pemeriksaan mengandung di klinik antenatal berkongsi dengan doktor pakar perubatan.
Mereka memberikan penjagaan perubatan serta obstetrik yang optimum supaya kesejahteraan puan serta janin selamat serta tidak berkomplikasi.
Artikel ini akan membimbing puan ke arah,
1. Penjagaan sebelum mengandung.
2. Risiko yang mungkin pada puan serta janin.
3. Perawatan semasa mengandung.
Penyakit sawan dan wanita
Sel saraf di otak menjanakan isyarat berelektrik dalam penghantaran maklumat ke seluruh anggota badan. Maklumat ini bertanggungjawab dalam pengendalian fungsi serta pergerakan badan. Mereka yang mempunyai penyakit sawan, pengendalian serta pengawasan fungsi ini terganggu, langsung memberikan manifestasi dari segi kelakuan, kekejangan otot-otot dan juga sawan.
Hormon wanita iaitu estrogen dan juga progesteron boleh memberikan kesan pada keabnormalan sawan. Sebarang perubahan di antara hormon-hormon tersebut memungkinkan peningkatan ataupun penurunan frekuensi serangan sawan. Mungkin juga pola serangan sawan berubah semasa mengandung dan juga seawal selepas bersalin.
Ubat antisawan/antiepilepsi dapat mengawal serangan sawan, doktor mungkin terpaksa preskripsi beberapa kategori antisawan sebelum ubat yang paling sesuai untuk puan ditetapkan.
Persedian untuk mengandung
Kadangkala ubat antisawan dikurangkan secara perlahan-lahan sekiranya sejarah kesihatan puan tidak ada kehadiran serangan sawan untuk 2 tahun atau lebih.
Mungkin juga doktor tidak mengesyorkan penurunan dos antisawan, mungkin ubat puan akan ditukar pada ubat antisawan jenis lain. Walaubagaimanapun, puan dinasihatkan supaya memberitahu doktor akan niat untuk mengandung seawal mungkin. Sesetngah ubat membahayakan janin, walaubagaimanapun, serangan sawan lebih merbahaya pada puan serta janin.
Pakar perbidanan dan juga pakar perubatan dalaman /neurologi akan berusaha menyelesaikan mencari dos optimum yang bersesuaian, jenis ubat yang selamat dan menghindarkan serangan sawan semasa mengandung.
Ubat antisawan ini memberikan kesan pada penggunaan asid folik oleh badan. Ketidakcukupan asid folik boleh mencacatkan janin. Oleh itu dinasihatkan walaupun tidak berniat untuk mengandung, pengambilan asid folik perlu dilakukan setiap hari.
Sebanyak 0.4 mg asid folik perlu diambil setiap hari sebelum mengandung dan juga semasa tiga bulan mengandung untuk mengurangkan insiden kecacatan janin. Pakar pemakanan di hospital, jika di HUSM, mereka ditempatkan di klinik dietitik, boleh membantu puan dalam pengambilan makanan tempatan yang kaya dengan asid folik.
Risiko pada wanita
Kekerapan serangan berubah semasa mengandung, ada yang menjadi lebih kerap, ada juga yang seperti sebelumnya dan ramai pula yang menjadi lebih selesa.
Paras ubat antisawan dalam darah puan perlu diamati sekiranya serangan semakin kerap. Disebabkan perubahan ketara fisiologi badan semasa mengandung, perubahan hormon dan juga perubahan terhadap metabolisma badan terhadap ubat, ujian darah diperlukan untuk menentukan keberkesanan dos ubat antisawan yang diberikan.
Risiko pada bayi
Secara keseluruhan, risiko untuk mendapat bayi yang cacat dalam populasi adalah sekitar 2-3%, tetapi dengan penyakit sawan, nilai ini bertambah menjadi sekitar 6-8%. Risiko ini juga berkait dengan jenis ubat antisawan yang digunakan. Di antara jenis-jenis lazim kecacatan bayi adalah seperti:
1. Sumbing bibir serta lelangit pada mulut.
2. Keabnormalan tiub neural, contohnya spina bifida.
3. Bayi yang rendah berat kelahirannya
4. Kepala kecil
5. Ketandusan dari segi tumbesaran serta perkembangan.
6. Terencat mental
7. Masalah pembekuan darah
8. Masalah sawan pada masa hadapan.
Kelahiran
Kelahiran secara normal dibolehkan, kelahiran secara pembedahan hanya apabila pemasalahan obstetrik timbul.
Jagaan selepas bersalin
Perubahan fisiologi badan puan selepas bersalin ke arah sebelum mengandung mengharuskan pertukaran dos dan jenis ubat antisawan yang digunakan. Ubat antisawan ini juga boleh menganggu paras hormon di badan puan. Ini memberikan kesan keberkesanan pada kaedah perancangan keluarga.
Mungkin kaedah berlandaskan hormon menjadi kurang berkesan dan perlu diiringi dengan penggunaan metoda lain seperti kondom, ubat pembunuh sperma dan sebagainya.
Sejurus kelahiran, bayi akan disuntik dengan vitamin K, ini adalah kerana paras vitamin K yang kurang dengan penggunaan ubat antisawan. Vitamin K membantu dalam sistem pembekuan darah.
Penyusuan badan dibenarkan, hanya sedikit sahaja paras ubat antisawan terdapat dalam susu badan, walau bagaimanapun, ketetapan ini akan ditentukan oleh doktor yang merawat puan. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya nak tanya kalau seorang pesakit epilepsi makan ubat dlm masa yang lama adakah ia mendatangkan kesan yang tidak elok? Contohnya ubat epilim |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 kak_im's post
tidak, as long as dia makan ubat on time ... cume mungkin stomach discomfort dan dia kena ambik Calcium dan Folic Asid sebab Epilim menghakis calcium dalam badan ... kalau mengandung pulak, kena hentikan pada trimester pertama dan sambung sampai bersalin, lepas tu berhenti semula masa menyusukan anak ...
other kesan termasuk sumbing pada bayi ...
saya pesakit epilepsi sejak tahun 1984 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gud info...Merak pn berfikiran -ve ttg epilepsi ni bila is berlaku pd anak Merak, rasa risau sgt sbb ni 1st kes dlm family Merak & husband.
Anak Merak kena epilepsi ms umo 6bln, skrg umo dia 8bln. Tp dia xder kejang2..mulanya Merak pn x tau tu sejenis epilepsi sbb ms kena tu dia tgh main2 tetiba diam & ata dia xkelip tp xlak mata dia terbuntang.Mata normal cuma xkelip2 dan xder response bila Merak panggil.
Dia ni jenis yg sg active. s kena tu bila Merak angkat tgn dia trs terkulai.Merak angkat dia mmg lembik.Trs Merak bawa hospital.Doc kata sejenis epilepsi gak cuma x serius.
Alhamdulillah smp skrg xder serangan lg dan dia makin active, sihat & cergas. |
|
|
|
|
|
|
|
epilepsi ni boleh baik ke if makan dalam tmpoh yang lama.before this dh makn tegretol around 12 yrs then move to epilim.epilim dah amik on 1998 till now...
masalah skrg xamik lesen lagi.last kena fit around 2 yrs..xpnh2 ade buih ade lak(mak bagitau)be4 this kekejangan je
so,hopefully sgt nk amik lesen coz parent dh tua.gi mana selalu diorg & sibling htrkan. katakan amik lesen jugak,kete bole modify tmbh break in front seat passenger jgk ke... |
|
|
|
|
|
|
|
sawan/epilepsy
Salam...
anak saya berusia 8thn lebih, tiba-tiba terkena sawan semasa tidur, out of the blue. Saya dan suami tiada sejarah epilepsy. Kami panik dn terus membawanya ke hospital. Doktor pakar kanak-kanak yang merawat anak saya menasihati saya untuk membuat CAT scan. Oleh kerana anak saya dalam keadaan kehairanan dan takut akan surrounding hospital tersebut, kami pun membawanya balik ke rumah dahulu.
Saya nak tanya dapat tak sawan d ubati? Saya gusar mengenangkan test after test yg akan d jlnkn keatasnya. Saya ingin mendengar pendapat dan berkongsi pengalaman dgn forummers kat sini. Terimakasih |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 bukyot\ catat
epilepsy....
dulu kat hostel ada student india ni selalu kena..
ada sekali tu Ya Allah, time on the way p cluz dia leh kena sawan kat tepi jalan...
itu la yg paling ditakutkan....
xleh dibiarkan org yg epilepsy ni sorang2, takot jadi apa2...
yg saya tahu, org epilepsy ni jgn bagi dia terus berjalan pas dia bangun tidur..
bagi dia sedar diri sepenuhnya...
t saraf dia terganggu p ke otak... |
|
|
|
|
|
|
|
sawan babi ni mungkin x leh baik kot...ayah sy penah ckp cam tu..ape yg boleh pesakit dan keluarga dia buat ialah mengurangkan trigger dia nk kena sawan tu..
seigt sy..orang yg kena sawan ni x leh berjemur di tgh panas tanpa dilindungi kepalanya dgn topi..bila kepala dia panas akan trigger sawan dia..
lagi yg sy igt orang sawan xboleh dibiarkan sorang2 sgt..and x boleh bermain di tepi sungai ke kolam ke laut ke..takut2 bila kena sawan dia terjun boleh lemas..
bila semakin dewasa episode sawan akan berkurangan..ada yg baik sendiri..
p/s : sy ada kawan & sedara & orang sekampung ada penyakit sawan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah terbaca sawan ada 3 jenis.
Yg peringkat rendah- bergegar bahagian kecil contoh...jari...mulut...kaki...
yg peringkat sederhana- Pesakit pandai berkhayal...tiba-tiba blank mcm org mengelamun tak sedar...
Yg peringkat kritikal- Pesakit mengeletar dan pengsan mulut berbuih...mungkin ada masalah saraf di otak...
Tetapi kes yg istimewa...
Pesakit ini sawan kerana gangguan saka...Walaupun telah di rawat dari kecil...skrg sdh dewasa dan berkahwin ...
masih lg diserang sawan kerana saka merasuk dlm badannya. |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya doktor cuma bagi ubat utk elakkan trigger ajer...tak tahu laa kalau perubatan alternatif ada rawatan lebih baik...
sawan biasanya bahaya...kerana renjatan sawan boleh berlaku di mana mana..kalau terkena pastikan mulut dier dimasukkan sesuatu seperti sudu..utk elakkan dier mengetap lidah sendiri yang memutuskan lidah....
cahaya berkelip seperti di tv..komputer dan video games boleh trigger sawan...so kena berhati hati.... |
|
|
|
|
|
|
|
penyakit sawan ni biasa kedengaran.....berlaku pada kanak-kanak. Pastikan badan anak-anak tidak terlalu panas ketika demam....tak semua sawan tu dikategorikan sawan babi.......sawan babi boleh datang tiba-tiba tak kira tempat dan masa. Apa yang penting ibu bapa mesti tahu apa yang hendak dibuat jika anak terkena sawan. sawan boleh membawa maut jika pesakit tu terkena sawan dekat api ( boleh jatuh dalam api, lemas ( jika terjatuh dalam air ) |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...at least faham sedikit tentang sawan ni. Akak rasa, anak akak dapt ni because of difficulty in labour. dia lemas dan ada satu ketika oxygen tidak sampai ke otaknya, explain doc. Lepas tu dia membesar secara normal, not too bright but quite ok. Chubby and very active. Rasanya yg trigger dia mlm tu ialh terlalu letih semingguan tu, (mas su kawen) bermain d tengah panas dan selalu tidur lewat. X jumpa doc lagi ni. masih takut.. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah drug utk rawatan/anti epilepsi ni bley d'gunakan kalau pesakit tu ada masalah jantung? sbb khabarnya ada effect... |
|
|
|
|
|
|
|
You or your relative have this health problem?? Diabetes, blood pressure, joint pain, hair loss, stroke, kidney prob, asthma, skin problem, proriasis, epilepsy, cholesterol, spinal problem, gastric, migraine, childless, MAN SEXUAL PROBLEM, HIV & other health related problem…pls call Vaidya (Dr) Lukman Selva 014 6332307. |
|
|
|
|
|
|
|
nk tnya..pyakit ni dia blh mnyebabkn lupa igtn x dlm keaadn normal?
ada kwn aku tu dia ada sakit ni.pringkt kejang n kacing gigi..
aku confuse, dia selalu tnya aku soklan sma stiap kli jumpe...
cth:
dia dh thu aku beli rmh n duduk rmh sndri (dh sthun)..tp setiapkli dtg rmh aku selalu tnya aku sewa ke bli rmh ni...(spnjg sthun tu aku rsa ada dlm 10 kli dia soal aku mcm ni.seolh2 aku xprnh gtau dia) |
|
|
|
|
|
|
|
setahu saya, ingatan pesakit epilepsi makin lama makin berkurangan. gka dibiarkan penyakit tak dirawat sempurna akan menyebabkan stroke kepada pesakit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|