CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2721|Reply: 5

bmw K1200S

[Copy link]
Post time 16-2-2008 05:19 AM | Show all posts |Read mode
BMW K1200S - Dari lebuh raya ke litar

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


Strategi talaan baru BMW K1200S benar-benar memperbaharui imejBMW dalam menghasilkan sebuah motosikal daripada santai kepada imejperlumbaan.


JENTERA sport touring siri K ini mampu memecut dari
titik kosong ke 60 bsj dalam tempoh 2.8 saat sahaja.


BMW mungkin terkenal dengan teknologi pembuatan kereta. Namun,syarikat ini juga mempunyai kepakaran tinggi dalam teknologi pembinaanmotosikal, khasnya jenis touring. Seperti mana Mercedes yangberjaya dengan kenderaan komersiol seperti lori dan bas, BMW mempunyaikeistimewaan, dikenali dengan penghasilan tipikal motosikal berkuasatinggi.

BMW Motorrad, syarikat subsidiari BMW ini pada peringkat awalnya merupakan pembuat enjin pesawat ketika Perang Dunia Pertama.

Motosikal pertama mereka hanya lahir pada tahun 1923 yang diberinama R32. Sehingga kini, mereka merupakan antara pengeluar motosikalyang masih unggul dengan ciptaan dan teknologi merentas zaman. Enjinempat silinder sebaris dan konfigurasi enjin susunan boxer yang popularitu antara identiti BMW yang dapat dilihat jelas pada motosikal rekaanmereka.

Siri K merupakan antara rangkaian motosikal popular daripada kalangan jenama BMW. Tidak hairanlah, ia antara model touring yang masih disimpan oleh peminatnya dari seluruh dunia.

Semenjak diperkenalkan lebih sedekad yang lalu, motosikal Siri K(termasuk R dan G) ini menjadi amat popular, hampir sama popularnyadengan BMW 3 Series.

Model ini lazimnya dikenali sebagai sebuah jentera touring atau Dual Purpose di kalangan penggemar motosikal. Pada 2005, BMW telah mengambil keputusan untuk terjun ke arena sportbike dengan memperkenalkan model Sport touring siri K yang dikenali sebagai K1200S.

Menggunakan konfigurasi hampir sama dengan versi touring, model sports ini dibina atas dasar dan permintaan semasa bagi pasaran dalam segmen tersebut.

Sesuai dengan segmen pasaran barunya, enjin K1200S ini telah ditalauntuk memberikan helaan kuasa yang jauh lebih buas. Ia mampu memecutdari kosong hingga 60 bsj dalam masa hanya 2.8 saat.

Ia adalah hasil janaan enjin legenda empat silinder sebaris siri Kdengan gerek lejang bersaiz 79mm X 59mm, menghasilkan sesaran 1157ccsecara keseluruhan.

Menghasilkan 167 kuasa kuda pada 10250 rpm dan 96 paun/kaki torkseawal 8250, strategi talaan baru ini benar-benar memperbaharui imejBMW dalam menghasilkan sebuah motosikal daripada santai kepada imejperlumbaan.

Teknologi yang dicurahkan kepada jentera bukannya sedikit. Sistempenyampaian bahan apinya dikawal menggunakan kotak kawalan komputer BMSK, iaitu ECU rekaan BMW sendiri.

Sistem sejukan enjinnya terdiri daripada radiator satu lapisandengan campuran anti beku untuk kepelbagaian cuaca. Kotak gear jenteraini pula dipasangkan dengan transmisi enam kelajuan dengan klacberukuran 151 mm pelbagai lapisan cakera.

Membina sebuah enjin untuk motosikal adalah tidak semudah mereka setkerangka yang sesuai untuknya. Graviti selalunya menjadi penghalangdalam mengurangkan kos dan memastikan kenderaan selamat ditunggang.

Kerangka BMW ini jelas premium jika dilihat pada spesifikasinya.Dibina di atas kerangka aluminium komposit yang kukuh untuk menampungberat enjin dan trail lengan ayun belakang. Sistem gantungan hadapannyaterdiri daripada suspensi BMW Dualover dengan jarak kelegaan 4.5 incisementara bahagian belakangnya menggunakan suspensi BMW EVO paraleverpada kelegaan 5.3 inci.

Keselamatan tunggangan sport touring ini juga dibantu oleh sistem brek yang direka BMW sendiri.

Pada kebanyakan keadaan pengeluar moden hari ini, rata-ratapengilang menggunakan teknologi pihak ketiga dalam mengadaptasikepakaran brek, suspensi dan sistem suntikan. Namun, kepakaran BMW amatjelas dalam membina semuanya secara in house.

Brek BMW Evo ini terdiri daripada cakera berkembar dengan empatomboh di hadapan dan cakera tunggal dengan sepasang angkup di belakang.

Berbeza dengan versi touring, model sport ini dipasangkandengan tayar 'jalanan' dengan saiz roda 17 inci dipilih untuk bahagianhadapan dan belakangnya. Di hadapan, roda aloi tempa bersaiz 17 X3.50/tayar 120/70 digunakan sementara di belakang ialah 17 X 6 dengantayar 190/50.

Motosikal ini bukan sahaja dilihat sebagai limpahan teknologiterbaik daripada pembuat motosikal Jerman, malah ia turut memilikikarakter tersendiri dalam menjadikannya sentuhan Eropah padakosmetiknya.

Dengan menutup keseluruhan bahagian enjin dengan fairing penuh, BMWini kelihatan sebuah model yang datang dari dunia yang berlainan.

Rekaan kontur badan dan tempat duduknya direka simetrikal untukmengadapatasi hasil akhir sebuah jendera yang kelihatan pantas,walaupun ketika tidak bergerak.


DIBINA atas kerangka aluminium komposit yang terbukti kekukuhannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2008 05:27 AM | Show all posts
perghhhh...
awal masuk bang.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2008 07:21 AM | Show all posts
Originally posted by d34n at 16-2-2008 05:27 AM
perghhhh...
awal masuk bang.....


LMFAO..   aku meditate sebelum subuh wokey!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 09:59 AM | Show all posts
bmw ni guna engin boxer ke, yg tersembul blok kat kiri kanan, bagi aku la, buruks la tersembul sana sini,napa tak buat in-line je mcm motor-2 lain je

[ Last edited by  kunyit at 15-2-2008 08:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 11:17 AM | Show all posts

Reply #4 kunyit's post

trademark kot...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2008 04:48 PM | Show all posts
enjin boxer gitu.. minyak musti kuat nye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.258370 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list