CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16462|Reply: 22

Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak

[Copy link]
Post time 25-2-2008 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Pejuang kemajuan Bahasa Melayu diusir ke EnglandOleh Mohd Azis Ngah
[email protected]

DATUK Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak.


Inggeris singkirkan Abdul Rahman Andak yang berjaya lahirkan ramai bijak pandai Melayu kerana bimbang pengaruhnya berkembang

JOHOR memang terkenal sebagai negeri yang melahirkan ramai golongan bijak pandai dan pejuang bangsa. Bahkan hasil titik peluh mereka diguna pakai masyarakat seluruh negara hingga ke hari ini.

Seorang daripada tokoh besar kelahiran Johor ialah Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak, seorang berpendidikan Inggeris dan dianggap sebagai antara pembesar negeri yang sangat pintar hinggakan wujud usaha menyingkirkannya dari bumi sendiri.

Abdul Rahman Andak adalah anak kepada Haji Andak Jamak manakala adiknya pula Tan Sri Taib Andak.

Beliau adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England pada 1870 sebelum memulakan kerjayanya dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Disebabkan mempunyai pendidikan Inggeris, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai Inggeris dan pedagang asing di Johor.


PAPAN tanda Jalan Abdul Rahman Andak di Johor Bahru.


Tugas utama yang dilakukan oleh Abdul Rahman ialah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak Inggeris. Tugas yang dilakukan sememangnya berat dan beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang.

Disebabkan keadaan itu, Inggeris tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor. Beliau menjalankan tugasnya dengan baik sehingga ada di kalangan pegawai Inggeris yang tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.

Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan Inggeris pada 1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris.

Pada 1888, Abdul Rahman Andak bersama putera Abdullah Munsyi, Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi membuka lembaran baru memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu dengan mengasaskan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) di Johor Bahru.
Walaupun berpendidikan Inggeris, beliau mewujudkan kesedaran untuk memperjuangkan kemajuan bahasa Melayu secara berkumpulan melalui PBMPB.

Tujuannya untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu.

Usaha yang utama organisasi ini (PBMPB) ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti setiausaha, pejabat dan kerja raya.

Pendekatan yang diamalkan Abdul Rahman termasuk usaha melahirkan ramai bijak pandai Melayu melalui pendidikan menyebabkan wujud 'taktik kotor' untuk menyingkirkannya bagi mengelakkan pengaruhnya berkembang.

Inggeris mendapati selagi ada Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan beliau dan 'disemadikan' di England pada 1909.

Gabenor Anderson bertindak menyingkir Abdul Rahman dengan persetujuan Sultan Ibrahim dan mencadangkan Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor pada 1909 dan menguasai Johor mulai 1914.

Situasi itu menyebabkan Abdul Rahman membawa diri ke London dan meninggal dunia di sana, namun jasanya tetap dikenang sebagai seorang daripada tokoh yang membawa pembaharuan dalam pendidikan khususnya perjuangan bahasa Melayu.

Walaupun tidak membabitkan sebarang penentangan atau tumpah darah dalam memperjuangkan bangsa, Abdul Rahman tetap dikenang dalam usahanya mengasaskan PBMPB.

Antara 1935 hingga 1947, PBMPB menghasilkan 34 buku, 16 daripadanya mengenai bahasa yang meliputi perkamusan, tatabahasa, ejaan dan daftar kata, manakala 18 lagi mengenai sejarah, kebudayaan dan laporan.

Dalam bidang peristilahan pula, PBMPB memainkan fungsi besar mencipta beberapa istilah baru seperti pesuruhjaya, warta, jurucakap, jadual waktu dan timbalan.

Abdul Rahman dianggap sebagai pemimpin pertubuhan terkenal dalam memberi nafas kepada organisasi itu. Namun begitu pertubuhan itu tidak kekal dan pada 1904 usaha dibuat untuk menghidupkannya kembali.

Organisasi itu semakin tidak bermaya sehinggalah pada 1934, baginda Sultan Johor bersetuju memberi bantuan RM2,000. Nama Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Diraja (PBMPB). Gelaran 'Diraja' dianugerah oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar pada 14 April 1935.

Sumbangan awal Abdul Rahman itu diakui banyak memberi kesan dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga membawa kepada penubuhan Balai Pustaka pada Jun 1956 sebelum ditukar nama kepada Dewan Bahawa Pustaka (DBP) pada September 1956.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2008 09:57 AM | Show all posts
BIODATA: Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak


Lahir 1850

Menetap di London dan berkahwin dengan Gustel Reis.

Mendapat tiga anak lelaki iaitu Henry, Mansour dan Walter.

Meninggal dunia pada 10 September 1930 di London dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Woking, London.


FAKTA: Matlamat PBMPB

Memelihara, melengkap dan memodenkan Bahasa Melayu.

Memelihara tulisan Jawi.

Membaku ejaan dan perkataan.

Ceramah dan penyelidikan.

Menerbitkan Jurnal Peredar.

Mengadakan perpustakaan.

Mencipta perkataan baru.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 05:28 AM | Show all posts
sekolah aku dulu kat jalan abdul rahman andak ni la ..

mak aii .. nama anak dia takde bunyik melayu ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2009 11:20 AM | Show all posts
Kubur bekas timbalan MB Johor terbiar
Oleh Mohd Zin Ali
[email protected]

JOHOR BAHRU: Kubur bekas Timbalan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak yang terpaksa hidup dalam buangan di England kini dikatakan dalam keadaan terbiar dan tidak diurus dengan baik.

Cicit Abdul Rahman, Kerry Micheal Berger dari Amerika Syarikat, berkata beliau kesal kerana kubur moyangnya di Surrey, England yang meninggal dunia di negara itu pada 1930 tidak dipelihara dengan baik sedangkan Abdul Rahman adalah seorang penasihat Sultan yang bijaksana dan berwawasan.

"Sewajarnya sumbangan Abdul Rahman diiktiraf dan saya akan mencari jalan untuk memperbetulkan yang salah," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa keturunan Abdul Rahman di Istana Besar di sini, Isnin lalu.

Selain Kerry Micheal Berger, hadir sama dalam pertemuan keturunan Abdul Rahman itu ialah Zarina Ahmad, Azlin Mahmud, Kamariah Abdul Kadir, Abu Bakar Ahmad, Ibrahim M Taib, Jamaluddin Jamil dan Leslie Ralph Berger.

Pertemuan yang diseliakan Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli adalah anjuran keturunan Abdul Rahman Andak sendiri selepas rencana mengenai Abdul Rahman disiarkan dalam akhbar New Straits Times, baru-baru ini.

Sebelum ini, sejarah British mencatatkan Abdul Rahman dipecat daripada jawatan Timbalan Menteri Besar Johor pada 1909 kerana dikatakan menderhaka kepada Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata, Abdul Rahman yang juga Setiausaha Kerajaan negeri yang terbilang dan pertama di Johor sebenarnya adalah mangsa permainan politik Inggeris yang cuba membuang pengaruh tokoh berkenaan yang mampu mengurangkan campur tangan Inggeris di negeri ini.

Abdul Rahim yang sudah menjalankan pelbagai kajian dan menulis beberapa buku untuk membersihkan nama Abdul Rahman sejak beberapa tahun lalu berkata, kerajaan Inggeris kemudian berjaya mencari jalan mempengaruhi Sultan Ibrahim untuk memaksa Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar.

"Beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di London bagaimanapun dibayar pencen tahunan sebanyak 1,000 pound," katanya.

Kini, Abdul Rahim tidak sendirian dalam mencari kebenaran apabila keturunan Abdul Rahman turut berusaha memperbetulkan rekod sejarah mengenai lelaki yang pernah menyumbang kepada pembentukan perlembagaan dan pentadbiran Johor.

Sementara itu, Kamariah berkata, beliau sudah lama menyedari Abdul Rahman sebenarnya tidak sejahat yang digambarkan kerajaan Inggeris.

"Kami tahu bahawa dia sudah melakukan yang terbaik untuk melindungi Johor daripada pengaruh Inggeris. Beliau mempunyai sumbangan besar kepada negeri ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 01:09 PM | Show all posts
nama sekolah aku Sekolah Menengah Dato Sri Amar Diraja, Muar.
tapi  DAto' bukan Datuk.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 04:07 PM | Show all posts
Adik arwah lagi popular daa....rmi "bntng ternama" yg lahir kt felda itew...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2009 03:46 PM | Show all posts

Reply #4 Syd's post

SYD.....
bagus ek info nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 12:51 PM | Show all posts

gambar anak anak dia


gambor kubur dia


dato sri amar (kanan)


dato sir amar berdiri no 3 dari kanan (muke memaling ke tepi)

bini dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2010 10:55 AM | Show all posts
mcm kerek je ambik gambo camtu   
seriusly, nama sekolah dato kat muor tu ambik dr nama dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 01:16 PM | Show all posts
mcm kerek je ambik gambo camtu   
seriusly, nama sekolah dato kat muor tu ambik dr nama dia ke?
fariepari Post at 18-1-2010 10:55


memang stail dia kot amek gambo camtu... atau ade parut kat blah kanan muke dia.. tu tak nak expose..
name sek dato tu name gelaran dia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 07:09 PM | Show all posts
8# muor76

thanks for the pics muor... u mmg x pernah mengecewakan!
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 01:37 PM | Show all posts
11# nazurah

tu aku terjumpe mase search dlm internet... dah jumpe terus ler share kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 03:48 PM | Show all posts
muor ni mmg best ar...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 12:44 PM | Show all posts
kesian dia kan.. cemana dia leh bawa diri ke london? so anak2 beranak dia keturunan dia Islam la ek?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 05:20 PM | Show all posts
5# sheme
same la kittew.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 02:59 PM | Show all posts
kalau british tak berjaya singkir dia ....Johor mungkin sebagai Sebuah Negara....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2012 03:09 PM | Show all posts
contoh tokoh yg terbilang dr muo bandar diraja.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 03:12 PM | Show all posts
bangunan yg dinama kan sempena nama dato abd rahman andak di kota iskandar

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 11:54 AM | Show all posts
Dato Sri Amar ni rasanya dia dah kawen ngan Datin Sri Gustel Reis ni sebelum dibuang negeri lagi. Sbbnya ada naskah mengatakan, Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak ditugaskan menghantar pingat2 SAB ke London,  ke Turki dan Jepun selepas baginda mangkat... Dan pada masa sama ada urusan peribadi iaitu hendak membawa pulang isteri dan anaknya pulang ke Johor dari London.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 12:19 PM | Show all posts
https://www.facebook.com/photo.p ... 05049655&type=3

Aku tak reti nak upload gambar, kasi link je. (nnt sesape sudi ajar tolong kasi tutorial)
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.119225 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list