View: 2565|Reply: 3
|
.. ..Pedoman - Rayuan Roh.. ..
[Copy link]
|
|
Apabila roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam, sama ada di langit atau pun di bumi,akan mendengar kecuali jin dan manusia.. ..
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata "Wahai orang yg memandikan, aku minta kepada mu kerana Allah untuk melepaskan pakaian ku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut.. .."
Selepas itu mayat pula bersuara sambil merayu.. .."Wahai orang2 yg memandikan, jangan lah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangkannya dengan air yg dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuhku.. .."
Apabila dimandikan roh sekali lagi merayu.. .."Demi Allah, wahai orang yang memandikan, jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh.. .."
Selepas dimandikan dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafankan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai akhir kiamat.. ..
Sebaik keluar daripada rumah, lalu ia berpesan.. .."Demi Allah, wahai jemaahku, aku meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka jangan kamu menyakitinya. Anakku menjadi yatim dan jangan kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku keluar dari rumahku dan aku tidak akan kembali kepada mereka.. .."
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, Diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum dapat mendengar suara isteri.. ..anak dan sanak saudara buat kali terakhir.. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 unggas\ catat
apa yg unggas coretkan di atas menimbulkan keinsafan kpd sesiapa yg membacanya..........sama-samalah kita menghayatinya............. |
|
|
|
|
|
|
|
ya Tuhan, kuatkanlah dan tunjuklah arah untuk aku kembali termasuk dalam golongan yang dijanjikan syurga oleh-Mu |
|
|
|
|
|
|
|
coretan di atas tue sentiasa ada di atas meja wa.. ..
wa dapat coretan di atas tue dari pada keratan surat khabar.. ..
saat wa membacanyer pertama kali.. ..terus timbul keinsafan pada diri wa.. ..
dan terus wa potong dah letakkan di atas meja wa.. ..
wa coretkan semula di bod perak utk renungan kita bersama.. .. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|