CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3959|Reply: 18

nak makan anTi-biotik tapi alergik...

[Copy link]
Post time 4-4-2008 01:14 AM | Show all posts |Read mode
aku ada masalah alergi pada antibiotik (sekali je, tahun 2004) problemnya ialah, aku kena rash/ruam gatal2 sebab makan antibiotik tu.
doktor dah kasi cucuk "antidote" utk neutral kan balik. dlm stengah jam baru ok (selesa).


sejak tu aku ingat, kalo gi klinik, doktor akan tanya dulu aku ada alergik a.biotik tak?
dan aku jawab YA dan doktor akan preskripkan antibiotik yg aku buleh makan.

soalan aku,

1- antibiotik tu jenis apa? kalo nk beli kat farmasi nak mintak antibiotik jenis/nama apa?

2- apakah efek alergi lain terhadap antibiotik? (contoh : aku kena ruam, abg aku kena "jaw cramp" (krem rahang)
   ada lagi ke kesan2/affect lain?

3- nasihat utk org2 yg alergik antibiotik ?



tanx in advance. :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2008 01:29 AM | Show all posts
aha ko kena bijak...bila doktor nak bagi antibiotik...bagitahu ko alergik ngan antibiotik...dier akan tanya ko alergik jenis apa? so doktor tak kuarkan ubat yang x sesuai ngan ko

ok since ko kata ko tak tahu antibiotik jenis apa yang ko alergik...bawak ajer ubat tu semula ke klinik/farmasi....diorang akan bagitahu jenis antibiotik tu nanti....

satu lagi..kalau ko alegik ngan antibiotik tu...stop ajer pengunaan ubat tu...doktor akan bagi antibiotik yang lebih sesuai....

aku pun alergik antibiotik...aku akan kena ruam...tapi sejak aku bagitahu aku alergik ngan antibiotik doktor tak bagi jenis yang mudah alergik....


so lepas ni pastikan doktor ader rekod yang ko alergik terhadap antibiotik....


[ Last edited by  abgboroi at 4-4-2008 04:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 02:13 AM | Show all posts

Reply #1 bzzts's post

antibiotik yg fers tu dr kinik yg sama kew? leh trace la apa jenis antibiotik tuh. antibiotik utk apa tu ek? cecema/ batuk kew? kalo cecema batuk..salunya doktor takkan bagi antibiotik yg penah dia kasi. lenkali, bila nak amik ubat kat kaunter tuh... peksa dulu nama ubat tuh. senang nak rujuk. bila dpt reaksi elergik, stop trus. p jumpa doktor tu lagi and nnt dia kasi antibiotik yg len pulok.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 03:33 AM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 4-4-2008 01:14
aku ada masalah alergi pada antibiotik (sekali je, tahun 2004) problemnya ialah, aku kena rash/ruam gatal2 sebab makan antibiotik tu.
doktor dah kasi cucuk "antidote" utk neutral kan balik. dlm  ...
...antibiotic ada banyak classes...eg...there are the penicillin class eg ampicillin, cloxacillin, amoxycillin...

...and u have the cephalosporin class which includes cefazolin/cephalexin...zinnat...rocephine...

...then u have the macrolides...eg...erythromycin...

...and there are a few more classes of antibiotics nie...

...so...katakan ko allergic to the penicillin class or family...bererti ko tak bley amik apa2 antibiotic yang of the same family or class...cos u would get the same reaction...

...but...u can still be given antibiotics from the other family groups...

...so...it is good to noe the name of the antibiotic that u are allergic to...go back to the clinic and find out the name of the antibiotic...dan remember the name sampai bila2...

...in future...apa2 obat yang ko allergic to...tak kira antibiotic or not...it is advisable that u record it down in your health booklet or file for your easy reference...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 08:36 AM | Show all posts
...then u have the macrolides...eg...erythromycin...

ooo..neh group yg aku alergik tuh...tq akak BM.saper tau yg titik mata CCM tuh apa nama dia?haku tak bley betul yg tuh...titik jek lebam mata..merah mcm biji saga wooo...
bzztttsss..ko ckp le ngan doc ko...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2008 12:20 PM | Show all posts

tima kaseh pada smua yg reply.

skrg aku kena posting keje kat kelantan. spital sini takde rekod aku.
skrg ni smua antibiotik tu dah abis. takde dlm simpanan lagi dah.
skrg aku kene byk kluar, masuk kilang fiberglass (ni yg tak tahan gatal ni), masuk utan, boss aku dah advice smua yg terlibat supaya amik antibiotik dan apa2 yg patut utk kurangkan risiko jatuh sakit.

aku malas la nk gi sepital USM sini. takut nurse & student nurse sana kenen sama gua...
paling malas ialah beratur dan menunggu.

nk beli kat farmasi aje, tapi nk tau le apa nama antibiotik tu.
since korang ckp kena refer doktor jugak, terpaksa la aku gi kelinik... :re:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2008 03:30 PM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 4-4-2008 12:20 PM
skrg aku kena posting keje kat kelantan. spital sini takde rekod aku.
skrg ni smua antibiotik tu dah abis. takde dlm simpanan lagi dah.
skrg aku kene byk kluar, masuk kilang fiberglass (ni yg t ...

engko nih bzzzzt.....mmg nak kene bzzztss...manyak ah spital ngan klinik kat kb tuh...kalo yg spital gomen-husm,hkb....kalu yg non-gomen-pakar perdana n kbmc..klinik melambaknyerrr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2008 03:37 PM | Show all posts

Reply #7 honeybee1802's post

ahaakkk.,, dah kena marah,,,

nnt aku update le, ari ni jumaat, coti. esok la aku pigi... :re:




hmm... nk gi klinek mana esok ekk,,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2008 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by honeybee1802 at 4-4-2008 08:36 AM

ooo..neh group yg aku alergik tuh...tq akak BM.saper tau yg titik mata CCM tuh apa nama dia?haku tak bley betul yg tuh...titik jek lebam mata..merah mcm biji saga wooo...
bzztttsss..ko ckp le  ...


CMC not CCM...
stand for chloramphenicol....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 11:24 PM | Show all posts
mcm abang ipar aku dia alergic to penicilin. so dia ada pakai rantai (setengah org pakai gelang) yg mention allergy dia.

manalah tau kot2 accident kang, dr bagi penicilin.

allergy dia memang teruk, kalau mkn penicilin kulit dia mcm melepuh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 03:00 AM | Show all posts
antibiotik ni kalo x salah aku, banyak jenis. aku pun alergik antibiotik. but basically allergic 2 any kind of drugs lah, bcos im suffering from SJS. but, dr. penah cakap dulu, aku allergic BACTRIM.
kalo aku kena allergic, kena ulser mulut.. mataku bengkak n xleh bukak, bibir hitam, susah nk berckp, susah nk mkn or minum (semua ni serius, aku x tipu)
so kalo gi clinic yg xde rekod aku, ill tell d dr.
kalo dr. yg x familiar penyakit aku tu ape, dorang playsafe by not giving any antibiotic.
(bcos my penyakit tu rationya 1 : 1 000 000. so i dun blame them kalo dorang x tau)
i'm 1 in a million.. hehe
kalo yg tau tu, dorang ckp dorg bgi antibiotik yg xde drugs (ade ke antibiotik yg xde drugs? aku pun kurg pasti, but so far, alhamdulillah.. dah x kena allergic dh)
so pesananku kpd tuan ruah, better suh dr. diagnose lah u allergic 2 wat kind of antibiotic..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by hypnose_s at 4-4-2008 10:48 PM


CMC not CCM...
stand for chloramphenicol....

oo..cmc yekk..tq...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by senahsopan at 5-4-2008 03:00 AM
antibiotik ni kalo x salah aku, banyak jenis. aku pun alergik antibiotik. but basically allergic 2 any kind of drugs lah, bcos im suffering from SJS. but, dr. penah cakap dulu, aku allergic BACTR ...

garlic....aku tak tau ler..but to me mcm natural antibiotik le kots...coz long ago kaki aku melecet2 siap bernanah lagik, pakai boots punyer pasal...kaki aku nih manja sket..aku dah try ubat klinik, pharmacy tak jln...skali hasben cousin aku who is an army ckp kat aku suh tumbuk bwg putih..ltk minyak..campak jek kat tmpt tuh...kejap jek..ngk infection tuh dah kering....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 09:32 PM | Show all posts
Not sure who wrote this but just wanna share utk tatapan semua:

Subject: Antibiotik & Kisah nya


Assalamualaikum,

Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

     

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik d igunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic) . Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii.. ... )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.
2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar.



3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusa n sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiot ik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak perna h memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama ku at juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2008 12:14 PM | Show all posts
sori tak update topik ni.

sy dah g klinik. tapi doktor pun tkleh jawab. dia kata kene gi spital yg dulu tu dan cek antibiotik jenis apa yg allergy tu. skrg dia kasi aku test antibiotik jenis kapsul (itam/merah) ranbaxy. alhamdulillah, okey la. takde kesan sampingan.

dah lama aku tk makan antibiotik, tetiba je lawas smacam je. rasanya buah pinggang/perut aku kotor kot...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 03:31 PM | Show all posts
abggg bzzztzzzzzzzsssssssssss

bilanyer abg bzzztzzzzzzzssss gi ambik antibiotik tu?..

tak ajak ponggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2008 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 5-12-2008 12:14
sori tak update topik ni.

sy dah g klinik. tapi doktor pun tkleh jawab. dia kata kene gi spital yg dulu tu dan cek antibiotik jenis apa yg allergy tu. skrg dia kasi aku test antibiotik jenis k ...

...eerrr...ranbaxy tu nama drug companynya...nama antibiotic tu apa dia??...

...some antibiotics cause u to have diarrhoea...nie kesan sampingannya...bukan kesan allergic ok??...bila stop antibiotic tu...kesan sampingannya pon akan stop jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2008 05:48 PM | Show all posts

Reply #17 blackmore's post

diarrhea? takde le smpai camtu... normal je. cuma lebih "lancar" je...

tktau la pulak apa nama antibiotik tu, kang aku nk tambah dos aku kene gi klinik tu jugak tanya nama ubat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 10:44 PM | Show all posts

Reply #9 hypnose_s's post

aku alergik dgn nih

aku letak kt tinge aku, tinge aku jd beso  gelak je dokter tu kt aku, tinge besar sebelah wooo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.522429 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list