View: 7198|Reply: 57
|
cinta membara di bilik tido
[Copy link]
|
|
Cinta membara di kamar
Hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta oleh pasangan.

PENCAHAYAAN berupaya menyeimbangi suasana romantik bagi kedua-dua pasangan.
" ENAT dan tidak bertenaga, apalagi setelah seharian bekerja." Itulah antara kata-kata yang sering menjadi alasan bagi pasangan suami isteri dalam menjalin hubungan intim. Padahal kemesraan perkahwinan perlu dipelihara.
Tatkala melihat si suami terbaring di atas sofa, tidakkah tercalit secebis keghairahan untuk berkasih-kasihan dengannya?
Ternyata, menerusi tinjauan yang dilakukan oleh laman web mydeco.com, sebanyak dua perlima responden yang terdiri di kalangan wanita memilih untuk membaca buku, satu lima daripadanya lebih gemar menonton televisyen, manakala lapan peratus memilih untuk berdua-duan dengan pasangan sebelum tidur.
Menurut seorang ahli psikologi tingkah laku Britain, Dr. Linda Papadopulus, masalah itu timbul disebabkan pasangan gagal mencipta suasana yang boleh membangkitkan keinginan seksual mereka.
Seharusnya mereka mengenakan pakaian yang seksi sewaktu di kamar tidur dan mengaturkan langkah baru mengenai cara membuat hubungan intim pada malam hari.
"Menerusi kajian yang dijalankan, kami mendapati kebanyakan pasangan lebih mementingkan hal berkaitan soal kerjaya dan anak-anak.
"Faktor ini menyebabkan mereka berasa terlalu tertekan akibat bebanan yang harus dipikul. Kami tidak lagi mendapati seks menjadi perkara penting dalam acara dinihari," katanya.
Padahal, kata Papadopulus, hubungan intim tidak akan berlaku dengan sendirinya dan ia harus dicipta pasangan.
"Masalahnya, tidak ramai isteri yang berusaha atau memikirkan sesuatu untuk mengubah konsep pada ruang kamar mereka," katanya.
Tambah beliau, warna-warna yang berhubung dengan aspek keghairahan adalah menjadi pilihan yang tepat. "Sebut saja warna merah yang seksi seperti sehelai kain cadar sutera, tilam dan langsir, pastinya akan mencipta atmosfera seksualiti yang lebih ideal," jelasnya.
Mengubah ruang tidur kamu semata-mata kerana ingin mengembalikan nafsu cinta berdua sudah menghuraikan satu pesanan yang jelas kepada pasangan bahawa kamu sedang berada dalam suasana keintiman.
Tip daripada Papadopulus:
1. Bangkitkan suasana pencahayaan bercinta di kamar beradu. Kamu tidak perlu membuat perubahan besar terhadap konsep dan susun letak perabot, cukup sekadar meredupkan cahaya lampu.
2. Ketahui perkara yang telah dicapai. Tanya sejauh mana perasaan, kepuasan hati dan kekhuatiran sepanjang mendirikan rumah tangga. Berbual pada waktu petang adalah masa paling sesuai untuk kamu berdua mencipta komunikasi lebih berkesan.
3. Sentiasa mengemas bilik tidur kamu bukan semata-mata untuk hubungan intim dan waktu tidur. Jadi, singkirkan perkara yang boleh menjauhkan kamu daripada melakukan hubungan seks. Contohnya, hal berkaitan pekerjaan, komputer dan rancangan televisyen.
4. Beristirehat sejenak dan tumpukan perhatian kepada diri sendiri dengan melakukan sesuatu yang kamu nikmati. Contohnya, menyegarkan tubuh atau menyapu lulur di badan. Cara sebegini dapat membangkitkan keghairahan ketika bersama pasangan.
5. Jangan membuatkan si suami berasa tidak selesa dengan dekorasi yang ditampilkan di ruang tidur. Tiada siapa pun yang inginkan dirinya berada di bawah pengawasan foto-foto yang dihiasi di segenap dinding kamar.
6. Hindari daripada menikmati hidangan sehingga membuatkan perut berasa kenyang sebelum tidur. Situasi sebegitu sememangnya tidak akan membuatkan kamu mencipta ketenangan.
7. Menikmati makan malam bersama sambil mendengar lagu santai atau menatap foto-foto lama anda berdua sebelum menuju ruang tidur untuk bermesra
aku dapat bedroom camtu... tiap hari memerap dlm bedroom ajeler jawabnye.. tapi betul gak tu.. kalu bilik tidur pun macam pigsty.. nak buat apa pun tak ada moode... tambah2 kalu bilik tidoq kotoq... masuk segala jenis nate... nanti tak pasal2 bini kena bertempur dgn tikus cencurut lak macam kes si ati tu...  |
|
|
|
|
|
|
|
sebut pasal cencurut tu tak tahan tu  |
|
|
|
|
|
|
|
erk sesuai utk org da kawen je ni..  |
|
|
|
|
|
|
|
tips yang sesewaiiiiiiiiiii gitu  |
|
|
|
|
|
|
|
i jelous tgk u all
husben semangat kat bilik tido
hasben i tak pun
kengkadang rase fed up dgn hubungan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by war_razor at 4-4-2008 12:27 PM 
i jelous tgk u all
husben semangat kat bilik tido
hasben i tak pun
kengkadang rase fed up dgn hubungan
u dono how to make ur man happy..so u tak dapat what they called suami
as a wife, u should keep giving and giving..one time nanti dia will break the pattern and start to give u back apa dia dapat
dont argue dia kene start dulu, take it from u dulu..do and take notice, improvise and do again and notice again till something eventuate |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 war_razor's post
kdg2 ego lelaki ni kita x boleh nak jangka. ada setengah tu nk dilayan mcm king even smp ke bab2 bilik tido... cuba lg. jgn give up |
|
|
|
|
|
|
|
Sesekali klu tukar port ket ruang tamu ker atau dapur ok gak..... |
|
|
|
|
|
|
|
hhmm.....me selalu browse tenet carik decor yg seswai tuk bilik......
tukar cadar tiap2 minggu/ susun atur pun dah nampak kelainan yerk????...bukan senang nak carik mood...hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
penah cakap kat Chomel...
"kat atas gobok baju ..n atas esbox jer yang kita tak penah buat lagi ek Mel..
ape kata kita try nak..."
tau ape Chomel jawab...
"sewel ke ape ko...." |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah bnyk kali baca,isteri kena pakai sexy2 kat bilik tdo...goda suamietc..tapi kan, kalolah body kita betis pun cam betis gajah..aku takut laki jadi terseksa je tengok kita pakai sexy.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 osoy's post
Sexy tak semestinya mesti terdedah sana sini...atau lacey nightie yg singkat sampai ke peha... sumtimes a white sleeveless satin nightgown yg soft and flow nicely with ur body itu yg nampak demure and sexy... just my 2 cents... |
|
|
|
|
|
|
|
cinta membara bukan hanya di bilik tidur. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 faraway's post
tapi penting bagi lelaki |
|
|
|
|
|
|
| |
|