Salina
Pengarang : A. Samad Said
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Rating: 9/10
Salina menceritakan kehidupan mesyarakat melayu di Kampung Kambing, Singapura, selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang. Pemerintahan jepun yang singkat di Singapura dan penderitaan masyarakat akibat perang memberikan kesan yang cukup kuat dalam diri Samad yang pada masa itu masih anak-anak lagi. Dia mengutip kembali butir-butir pengalaman itu untuk menceritakan keadaan orang Melayu dan orang-orang Indonesia yang hanyut berkelana dan menjadi buruh di Singapura. Ini bukanlah persoalan yang sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu, tetapi A.Samad Said telah memperlihatkan kebolehan seninya dengan melukis semua hal ini secara artistik melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia yang lahir dalam Salina adalah manusia yang natural dan bukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya. Memang Samad mempunyai kekuatan dalam hal ini kerana ketelitian mengamati watak-watak orang. (Ringkasan ini diekstrak dari buku Salina)
|