CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7902|Reply: 75

cara nak tambat kasih laki korang

[Copy link]
Post time 18-4-2008 03:56 AM | Show all posts |Read mode
Menambat kasih suami
Bagaimanakah seorang isteri dapat menambat hati pasangannya dengan kata-kata dan kepercayaan dalam perhubungan?




DALAM melayari alam rumah tangga, tentunya kemanisan yang ingin diharapkan. Tetapi sudah menjadi asam garam berumah tangga, si suami mungkin berubah sikap selepas beberapa tahun membina mahligai bersama.

Sedangkan si isteri sering tertanya-tanya apakah yang terjadi di sebalik perhubungan yang semakin menampakkan jurang.
Justeru, sudah menjadi kewajipan bagi suami isteri mencari jalan penyelesaian untuk kemelut yang dihadapi.

Persoalan, adakah kamu ingin membuatkan suami benar-benar bahagia dan berasa beruntung setelah menikahi kamu sebagai wanita impiannya selama ini? Hal ini sememangnya tidak sukar untuk dilaksanakan dengan beberapa tip berikut :

Luangkan masa untuk diri sendiri

Selain melaksanakan hal berkaitan pekerjaan dan ahli keluarga, suami juga perlu meluangkan masa untuk diri sendiri. Katakan kepada pasangan bahawa kamu mengerti apa yang dirasai dan diinginkan.

Yang pasti, jangan sampai dia terlupa melaksanakan kewajipan sebagai seorang suami. Kamu berdua seharusnya berbincang tentang bagaimana dan sejauh mana dia dapat menggunakan waktunya untuk diri sendiri.

Beri perhatian

Ada ketikanya suami inginkan perhatian sepenuhnya daripada kamu, dengan meminta kamu mendengar segala masalahnya.

Walaupun cerita yang disampaikannya itu tidak menarik perhatian kamu, jangan sesekali menunjukkan rasa kurang minat. Sebaliknya, pamerkan rasa ingin tahu, tanggungjawab dan beri perhatian yang serius.

Tidak rugi sekiranya kamu memberi perhatian di atas apa yang diceritakannya itu.

Tidak mengongkong

Berkumpul dan bersosiol bersama teman-teman adalah perkara yang digemari oleh seorang lelaki. Dia bebas bercerita apa saja dan dapat memberi semangat baru. Kebebasan tanpa menyekat atau mengongkong pergaulan dengan rakan-rakannya membuat dia mengerti bahawa kamu memahami kehendak dan kepuasan yang diinginkan selama ini.

Beri perhatian kecil

Bagaimana jika kamu mengemaskini susun letak pakaian dalam almari atau menyediakan secawan kopi sebelum kepulangannya dari pejabat. Pasti dia akan tersentuh melihat usaha yang kamu lakukan itu.

Memberi perhatian kecil kepada pasangan memberi maksud yang mendalam kepada pasangan. Hal ini mengingatkannya kembali akan pengorbanan dan penghargaan yang kamu diberikan terhadapnya.

Beri pujian

Rasa percaya terhadap dirinya dalam menjalankan segala tugasan sebagai seorang suami, baik di ranjang atau perilakunya sebagai ayah, patut diberi pujian. Pastikan pujian kamu itu tulus dan tidak berlebihan.

Beri kepercayaan

Jangan mencabar kebolehan yang dimiliki atau menyuruh dia menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan orang tuanya. Terlalu banyak nasihat akan membuatkan dirinya kurang dipercayai dan hal ini dapat mencetuskan perbalahan antara kamu berdua.

Cipta impiannya

Apabila dia mengatakan kepada kamu bahawa suatu hari dia ingin memiliki sebuah rumah sendiri, cuba tanya pada diri sendiri, apakah yang ingin kamu berikan kepada pasangan? Mendengar sahaja atau menghargai impiannya? Dengan segala impian dan harapan, kamu perlu memberikan sedikit ruang untuk dia merealisasikan impiannya.



pada bini2 yg rasa nak panaskan balik hubungan yg dah suam2 kuku, suam2 jari, suam2 hidung tu... bley belajar sikit2 dari atikel nih... wokey...   yg bakal nak jadi bini pun bagus gak tau ni...    (read : sos)... ha  yg laki pun boleh belajar gak... (read: moi) tee hee..    apa apapun.. jom kita sama2 belajar.. tak yah ler  sorang rasa lebih pandai dari yg lain.. kalu korang tu bagus in one area... mungkin hampehh area yg lain.. (aku suka part - tidak mengongkong... sbb ramai pompuan ni suka nor ngongkong laki depa...  nak berak pun susah ..tu pun masih mau tanya...  "abg bawak hp masa berak buat apa"...  mcm ler si bini tu tak pernah bawak hp masa berak..  benda2 kecik camni pun nak sebok..  kalu setakat bawak hp pun nak ngongkong... alamat tak lama ler...  laki tu mungkin tgh tunggu satu urgent call or message tapi at the same time perut dah pulas mcm string keta buat 360 degree     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 04:14 AM | Show all posts
sos x queen control....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 04:15 AM | Show all posts
ooo... terlalu byk nasihat pun boleh gado2 eh.... br tau neh....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 04:19 AM | Show all posts
biasa sangat petikan ni..
normal...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 08:36 AM | Show all posts
tambat kesemua deria rasa dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 08:47 AM | Show all posts
...ya ampun...susahnya alam perkahwinan ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2008 08:57 AM | Show all posts
boleh aku tanya tk.. cemana nk tambat hari bini korang??
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 08:59 AM | Show all posts
asyik binik jek kena buat yang suami goyang kaki tak buat apa apa hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by aiva at 18-4-2008 08:59 AM
asyik binik jek kena buat yang suami goyang kaki tak buat apa apa hehe

tau tk pe....

sok bini dh nk cabut... dh tawar ati... tau lak kata bini tuh tk tau tanggungjawab, berkelakuan diluar norma... adeh... ape depa ingat perasaan kat bini tuh tk leh tukar jadi benci agaknya....plg baik pun jadi kering jek... tawar.... ekekekek...

lelaki... dah kawin, ko milikku.... kuasa veto memanjang..... bohsan.... tk tau sok bini dh start nyanyi lagu pulangkan baru la nk gabra, nk cuak.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 09:40 AM | Show all posts
erkk memula baca tajuk ni "mcmmana nak tambat hati laki ORANG"

pada saya benda ni bukan one way street dua dua main peranan...
as a wife be good friend to him, good lover...stimulate his sense
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by aiva at 18-4-2008 08:59 AM
asyik binik jek kena buat yang suami goyang kaki tak buat apa apa hehe



bukalah thread lain, bagaimana nak tambat isteri korang
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by misy at 17-4-2008 08:40 PM
erkk memula baca tajuk ni "mcmmana nak tambat hati laki ORANG"

me rasa ramai jugak handal bab ni ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:04 AM | Show all posts

Reply #12 faraway's post

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:16 AM | Show all posts
aku tambat laki aku kat perut dia...... pastu dia puji cara aku tambat perut dia......
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:25 AM | Show all posts

Reply #7 tehlaut's post

Tambat je kat tiang rumah tu.
Baik le dia nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by iklilshaza at 18-4-2008 10:16 AM
aku tambat laki aku kat perut dia...... pastu dia puji cara aku tambat perut dia......


i pun buat perkara yg sama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2008 10:28 AM | Show all posts

Reply #15 Madiey's post

hihihhi.. dah tambat, jgn lupe bagi makan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:31 AM | Show all posts

Reply #17 LostSoul's post

Tak ke romantik tu?
Bukan senang nak dapat makan bersuap ni.
Eheh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by Madiey at 18-4-2008 10:25 AM
Tambat je kat tiang rumah tu.
Baik le dia nanti.

Originally posted by LostSoul at 18-4-2008 10:28 AM
hihihhi.. dah tambat, jgn lupe bagi makan..  


ekekekek... adeh... kesian bini tuh... dh kena tambat kat umah, kenalak kat tiang aje... nasib kasi makan... kot tk......
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2008 10:37 AM | Show all posts
tambat ati nie nk kena ada kerjasama antara somi & isteri...
tak leh si isteri je yg kena berusaha sorang2...
baru la harmoni  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.608725 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list