CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9940|Reply: 19

Aprilia RXV550/RS125/850/SXV5.5/750

[Copy link]
Post time 1-5-2008 01:07 AM | Show all posts |Read mode
Kuasa V-twinOleh Harris Adam



APRILIA adalah jenama tidak asing dalam dunia permotoran terutama peminat motosikal berkuasa tinggi.


APRILIA adalah jenama tidak asing dalam dunia permotoran terutama peminat motosikal berkuasa tinggi.

Bagaimanapun, model terbarunya, Aprilia RXV550 adalah jentera khas yang direka untuk aktiviti sukan lasak terutama 憁otocross?atau 慸irt bike?

Model ini direka dengan lebih teliti dan berkuasa untuk bersaing dengan motosikal keluaran Jepun serta negara Eropah.

Peluang menunggang uji RXV550 memberi satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata dan hanya dapat diluahkan apabila menghidupkan enjin jentera berkenaan.

Selain itu, difahamkan bahawa saya adalah wakil media pertama diberi peluang memandu uji motosikal itu.

Bagi menguji kelasakan jentera berkenan, saya membawa RXV 550 ke Kampung Kemensah, Hulu Klang (belakang Zoo Negara) lokasi rakan bermain motosikal motocross.

Pada mulanya, saya mengambil trek yang mudah untuk mengenali dan mengendali motosikal berkenaan.

Dengan reka bentuk yang elegan serta unik, motosikal RXV550 ini mudah mendapat perhatian ramai tanpa perlu memperkenalkannya.

Ramai rakan saya yang tertarik untuk menunggang uji motosikal itu.

Motosikal ini jauh lebih cantik apabila diletakkan bersebelahan dengan motosikal keluaran Jepun.

Panel peralatan yang terdapat pada RXV550 ini agak kemas jika dibandingkan dengan model lain.

Ia memuatkan meter kelajuan digital, takometer, lampu membelok dan kecemasan, meter jarak perjalanan dan tolok isian tangki minyak.

Semua ini cukup jelas dilihat dan tampak ada kelas.

Selepas hampir sejam menguji motosikal itu, saya bersama seorang rakan ke kawasan lebih mencabar iaitu Bukit Tanga, Lubuk Tedung, Sungai Seli, berhampiran Janda Baik, Pahang.

Tidak disangkal, enjin motosikal ini sungguh berkuasa kerana satu-satunya motosikal 慸irt?dunia yang menggunakan enjin V-twin.

Saya yang aktif bermain motosikal lasak selama dua tahun terpegun dengan kuasa yang dikeluarkan enjin V-twin itu.

Malah, ketika 憁eratah?lumpur, keadaan menjadi lebih menarik berikutan hujan lebat.

Ini menjadikan keadaan jalan di hutan lebih berbahaya dan mencabar tetapi saya rasa amat menyeronokkan.

Berbekalkan kemahiran dan pengalaman, saya tidak menghadapi sebarang masalah mengendalikan RXV550 di laluan berlumpur.

Kawasan yang sukar untuk dilepasi dengan motosikal biasa nampak mudah ketika menggunakan RXV550 apatah jentera ini dilengkapi sistem brek terbaik.

Ada beberapa kali saya tergelincir dan hampir terjatuh tetapi dengan adanya suis penghidup automatik, pengendalian menjadi lebih mudah.

Selepas hampir empat jam saya bermain lumpur dan meredah hutan, pulang ke rumah dengan perasaan yang sukar digambarkan.

Kepuasan menggunakan motosikal itu tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Jika dibandingkan harga RXV550 dengan motosikal keluaran Jepun, harganya lebih mahal tetapi jentera yang bermutu tidak datang dengan harga yang murah.

Kesimpulan, bagi peminat motosikal berkuasa tinggi, inilah jentera yang mampu membuatkan anda puas dan tersenyum bangga.

SPESIFIKASI

Model: Aprilia RXV550

Enjin: Sejukan cecair empat lejang silinder V-berkembar 549 cc

Penghidup: Elektrik

Transmisi: Lima kelajuan

Brek depan: Cakera 270mm empat piston

Brek belakang: Cakera 240mm dua piston

Kapasiti minyak: 7.8 liter.

Harga: RM43,300



aku minat dirt bike ni... tapi whoaaa mahal gak aprilia ni.. kurang sikit dari myvi my sister lak.. tapi kalu dapat peluang aku nak gak bawak dirt bike nih  

[ Last edited by  amazed at 22-12-2008 01:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 01:15 AM | Show all posts

fuyooooooooooooo

machola sape yg pki Aprillia nie
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 01:57 AM | Show all posts
meiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:29 PM | Show all posts
Roy
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:26 AM | Show all posts
RXV550, RXV450, SXV550, SXV 450 punya engine life is measured in hours. Engine dia mmg khas built for racing. After 3000 hours of riding kena bukak engine, ganti piston rings etc.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 01:13 AM | Show all posts

Reply #5 Kilokahn's post

aku suka avatar ko!!...


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-12-2008 01:33 PM | Show all posts
Empat model baru Aprilia menguasai jalan raya


Oleh HAMIMAH HAMID



Aprilia 850 Mana

PEMBABITAN Moto Millia selaku pengedar tunggal jenama Aprilia dalam dunia permotoran tempatan bermula sejak MotoGP Sepang 2003 lagi.

Malah, jentera terbabit banyak mendominasi perlumbaan untuk kategori 125 dan 250cc sehingga menarik minat penggemar motosikal berkuasa tinggi tempatan untuk memiliki jentera jenama Itali itu.

Sempena MotoGP 2008 pula, Moto Millia baru-baru ini telah melancarkan empat model terbaru iaitu Aprilia RS125, Aprilia 850 Mana, Aprilia SXV 5.5 dan Aprilia Shiver 750.

Aprilia RS125 iaitu model juara MotoGP didatangkan dengan enjin Rotax dua lejang, penyerap hentakan terbalik dan brek empat angkup.

Enjin injap lelidah model ini menggunakan silinder nikasil iaitu campuran nikel, aluminium serta silikon dan mampu menjana 29hp pada 11,000rpm dengan nyalaan elektronik.

Kehebatan enjin tersebut hasil konfigurasi square piston 54mm dengan lejang 54.5mm.

Untuk tampak lebih menarik, model RS125 dilengkapkan dengan rim pangkah mirip RSV 1000 R.

Model ini boleh didapati dalam tiga skim warna pilihan iaitu hitam Aprilia, merah Fluo dan warna eksklusif Talmacsi Replica dengan penawaran pada harga asas RM22,300.

Sementara itu, Aprilia 850 Mana adalah sebuah model revolusi yang baru dengan sistem transmisi sportgear yang dikawal elektronik.

Aprilia 850 Mana dilengkapkan tiga pemetaan enjin untuk keadaan penunggangan yang berbeza dan transmisi automatiknya pula digabungkan dengan pilihan manual tujuh kelajuan yang boleh dikawal pada hendal mahupun pedal kaki.

Menariknya model ini, penukaran sistem auto ke manual boleh dibuat dengan suis mudah di hendal kanan.

Jentera ini menggunakan enjin berkembar V 90 empat lejang dengan sesaran 839.3cc yang dipasang pada kerangka trellis, menambahkan kesesuaian pada imej ‘naked’nya.

Bagi yang berminat, Aprilia 850 Mana ditawar pada harga asas RM56,300.

Aprilia SXV 5.5 pula adalah model supermotard pertama dunia yang menggunakan enjin dwi silinder.

Model dengan enjin empat lejang dwi silinder 77 V SOHC empat suntikan bahan api bersesaran 549cc ini menggunakan injap titanium dan badan pendikit 40mm.

Sistem pelincir motosikal ini diasingkan dari kekotak gear dengan masing-masing mempunyai tangki simpanan sendiri.
Jentera ini ditawarkan pada harga asas RM53,800.

Motosikal terakhir yang dilancarkan ialah model naked Shiver 750 berkonsep warna gelap dengan kerangka trellis keemasan yang menyerlah.
Model ini turut menggunakan enjin empat lejang 90 V DOHC empat injap suntikan bahan api bersesaran 749.9cc dengan nisbah mampatan 11:1 dan mampu menjana kuasa 95hp.

Dengan transmisi enam kelajuan pacuan rantai, kuasa enjin boleh dipilih daripada tiga jenis pemetaan.
Enjin jentera ini dikawal suis pada hendal dan juga menggunakan kawalan elektronik untuk pendikitnya iaitu tanpa menggunakan kabel seperti motosikal konvensional.
Bagi peminat jentera dalam model naked Shiver 750 yang dijual pada harga asas RM52,200 boleh menjadi pilihan yang sesuai.

Keempat-empat model ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan Moto Millia Sdn. Bhd, Razak Al-Malique di Sepang, Selangor, baru-baru ini.
Saksikan sendiri model-model hebat ini di bilik pameran Aprilia di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang atau layari laman web www.aprilia.com.my untuk maklumat lanjut.





shiver 750 & 850 mana  lebey mahai dari  myvi  weyyyy  
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 03:25 PM | Show all posts
hang belum tengok rege moto brand lain lagi cam honda,yamhal dsb....lagi dasat.kesimpulannya.... aprilia lebih murah...hehhee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2008 03:57 PM | Show all posts

Reply #8 JohnDeSouza's post

aku cayer mmg ler mahal... aku cuma pikir.. baru aprillia dah lebey dari myvi... tu belym honda laei...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 01:13 PM | Show all posts
lawa..lawa..rega pn lawa
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 04:39 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by nik2121 at 1-5-2008 12:29 PM
Roy
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 04:52 PM | Show all posts
beli ajer ler...rege moto besaq x merudum gila2 cam keta  myvi.resale value guud.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 07:29 PM | Show all posts
Originally posted by JohnDeSouza at 23-12-2008 04:52 PM
beli ajer ler...rege moto besaq x merudum gila2 cam keta  myvi.resale value guud.  




tu pung kalu tak jahanam lagi mana2 part yg obvious lak... ekk  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2009 08:50 AM | Show all posts
SHIVER 750 Kelahiran baru nakedbike

Oleh ABD. HALIM HADI






SHIVER 750 dihasilkan daripada rekaan inovatif serta kombinasi teknologi perlumbaan dengan kuasa pecutan Aprilia dan kelincahan di dalam kelas tersendiri iaitu nakedbike.

Kehadiran model pertama ini bukan sahaja memulakan trend malah meletakkan piawaian baru dalam segmen nakedbike pertengahan.

Dilancarkan di kilang bersejarah Aprilia di Venice, Itali tahun lalu, Shiver 750 sememangnya jentera yang telah lama dinantikan sama ada untuk tunggangan perlumbaan, pengembaraan ke kawasan pergunungan ataupun untuk perjalanan jarak jauh.

Shiver sebagai motosikal pertama di dunia yang menggunakan inovasi kawalan pemulas minyak berteknologi ride by wire yang memanfaat dan mengoptimumkan bukaan injap, kelajuan enjin dan kelancaran pemilihan gear.

Ia memberikan prestasi yang lebih sensasi terutama dalam peningkatan kuasa pecutan dan tork.

Enjin

Dipacu enjin berkembar (V-twin 750cc) dengan empat injap pada setiap silinder yang menghasilkan 95 kuasa kuda pada 9,000 rpm. Susunan enjin berbentuk V pada sudut 90 darjah direka untuk lebih kelancaran dan menjadikan motosikal ini sebagai rujukan. Ia juga dilengkapi penyejukan cecair dan DOHC.

Inovasi Ride-by-Wire

Tiga pilihan mod (sukan, touring dan hujan) pada hendal kawalan memberikan penukaran kuasa yang radikal bergantung kepada pemilihan.

Penyelarasan mod sukan memberikan kuasa agresif, touring dengan kelancaran kawalan perjalanan jarak jauh manakala mod hujan untuk lebih keselamatan pada perjalanan waktu basah dan licin.

Rangka

Rangka besi trellis tubular ringan berketahanan tinggi digabungkan dengan plat aluminium sisi hasil rekaan Miguel Galuzzi menampakkan gaya perkasa sebuah nakedbike.

Suspensi

Penggunaan fork 43 mm terbalik dengan kaki tempa yang menyokong angkup dan penggunaan travel 120 mm merupakan penanda aras kepada kestabilan jentera ini di atas apa sahaja bentuk permukaan.

Brek

Fungsi brek depan disokong cakera Brembo 320 mm, saiz mengikut piawaian perlumbaan sebenar manakala di belakang, cakera 245 mm dengan angkup piston berkembar memadai bagi sebuah nakedbike kelas pertengahan. Ia adalah kolaborasi saiz yang sama pada model RSV 1000 R dan Tuono 1000 R.

Kedua-dua litar brek menggunakan hos besi tocang dengan kejuruteraan penerbangan yang menghapuskan tekanan daripada penggunaan brek getah biasa, sekali gus memberikan brek berketepatan maksimum.

Kawalan papan pemuka Matrix

Semua maklumat, fungsi dan data enjin diakses melalui hendal kawalan.

Sinaran LED belakang, yang menggunakan cahaya putih untuk seksyen analog dan merah untuk digital boleh diubah mengikut tiga peringkat kecerahan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 11:13 AM | Show all posts
jgn le compare sport bike ngn keta stenderd...nmpk le tak baloi...kalo compare ngn sport car...walawei..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2009 01:24 PM | Show all posts
Shiver750 bergaya, sporty
Oleh Lokman Zainal Abidin


BAGI peminat jentera kategori naked, kehadiran Shiver750 yang menjadi antara produk terbaru Aprilia pastinya mampu mencuri tumpuan apatah lagi reputasi serta keupayaan pengeluar itu sudah lama dikagumi.

Shiver750 menggabungkan pelbagai spesifikasi menarik sekali gus diyakini mampu menepati cita rasa peminat motosikal kategori naked di Malaysia.

Jentera Aprilia itu adalah satu-satunya di dunia yang menggunakan sistem throttle elektronik boleh laras bergantung kepada cuaca serta kehendak penunggang sekali gus mampu menambah ciri keselamatan kepada pemiliknya.

Tidak kira apa juga keadaan sama ada di tengah bandar, jalan berliku dan berbukit, hujan atau panas, Shiver750 mampu memberikan penunggangnya keselesaan menerusi kaedah pengendaliannya yang cukup mantap.

Pujian seharusnya diberi kepada kerangka yang sporty, sistem brek yang boleh dipercayai serta kuasanya yang melimpah ruah selain kemampuan fork yang pantas menyesuaikan keadaan permukaan jalan.

Pilih saja butang S (sport), T (touring) atau R (Rain) dan jentera yang dijana enjin berkembar V 90 darjah sejukan cecair hasil tangan jurutera Itali ini akan memainkan peranannya dalam usaha membantu penunggangnya untuk merasa lebih selamat.

Apa yang menarik mengenai Shiver750 ialah ia cukup ringan iaitu 189 kilogram (berat kering) dan tidak menyukarkan penunggangnya serta ketinggian 1,135 mm daripada aras jalan dianggap sesuai untuk penunggang Asia.

Bagi sebuah jentera yang dikategorikan sebagai naked, Shiver750 cukup bergaya dan kuasa yang dihasilkan tidak menghampakan. Sukar untuk mencari kelemahan pada produk terbaru Aprilia ini.

Kalaupun ada hanyalah pada ketika penunggangnya memperlahankan kelajuan di selekoh atau bonggol kerana tanpa kedudukan gear yang tepat, jentera ini akan sedikit terbatuk-batuk. Saya difahamkan keadaan ini adalah sesuatu yang lumrah buat semua jentera Eropah berbanding Jepun.

Lagi satu, brek depan dan belakangnya menghasilkan bunyi berdesing yang tidak begitu enak didengar dan bunyi itu terhasil setiap kali menunggang lebih lama berbanding biasa.

Walaupun dilihat agak besar, Shiver750 sebenarnya tidak sukar untuk dikendalikan di selekoh cuma penunggangnya perlu memastikan throttle tidak dibuka secara tergesa-gesa kerana ia mungkin mengundang masalah kerana limpahan kuasanya yang tidak terduga.

Dihadirkan dengan lima warna pilihan, Shiver750 dijangka mampu menguasai kategori naked di Malaysia kerana tangkinya yang berkapasiti 16 liter juga dilihat sebagai faktor yang boleh membantu mana-mana individu yang mahu mengutamakan soal penjimatan.

Tetapi seperti lazimnya, setiap jentera Aprilia tidak didatangkan dengan harga yang murah tetapi RM54,377.50 yang ditetapkan untuk sebuah Shiver750 sebenarnya berbaloi jika dibandingkan dengan keseronokan yang bakal dihidangkan.

SPESIFIKASI

Aprilia Shiver750
ENJIN: Aprilia V90, sejukan cecair, camshaft overhead berkembar, empat injap setiap silinder
KUASA MAKSIMUM: 95bhp pada 9000rpm
EKZOS: Paip tunggal 100 peratus keluli dipecah dua
SUSPENSI HADAPAN: Fork terbalik 43 mm
SUSPENSI BELAKANG: Lengan ayun aluminium boleh laras
BREK HADAPAN: Cakera kembar keluli 320 mm
BREK BELAKANG: Cakera keluli 245 mm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 11:57 AM | Show all posts
Aprilia??  very good designed bike...  



BUT, Motomilia??          




Bila la Naza nak bawak masuk Aprilia nih??  Aprilia is under Moto Guzzi.. Moto Guzzi is owned by Harley Davidson.. Naza dah jadi official HD dealer...

[ Last edited by  BSundayB at 12-2-2009 11:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 01:19 PM | Show all posts

Reply #17 BSundayB's post

aik... tak serik ke bang
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 04:19 PM | Show all posts

Reply #18 ryo_takahashi1's post

teramat serik...  
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2009 02:47 PM | Show all posts
adus cantik nyer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.060242 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list