|
Seperti yang kita tahu sekarang ni memang banyak 'ya' amat pelajar sekolah mempunyai masalah disiplin..ape kejadah sume ini?? mana pergi pengawasan terhadap pelajar2 ni?? siapakah yang harus dipersalahkan atas pelbagai masalah disiplin di kalangan pelajar ini?? Ibubapa atau guru?? Segalanya terletak ditangan anda untuk menentukan siapa yang harus dipersalahkan atas masalah ini..
Jom kita tgk dan baca sedikit artikel yang dikarang oleh seorang "mat salleh" mengenai masalah ini..lepas tu, kita berkongsi idea sesama kita !!! zas...
KLIK DI SINI UNTUK INFO LANJUT
[ Last edited by pisang88 at 8-5-2008 05:59 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dulu lain sekarang lain........
Dulu, guru disekolah ibu bapa kasi mereka rotan suruh rotan anak kalau dorang degil.
Harini, guru diberi surat saman oleh ibu bapa kalau anak dorang dijentik.
Dulu, bila anak ngadu dirumah akan salah laku mereka disekolah, mereka akan ditambah hukuman oleh ibu bapa mereka.
Harini, anak ngadu pada emak bapak dirumah, guru pula dipersalahkan kerana seharusnya tugas mereka diberi gaji utk mengawasi anak disekolah.
Dulu, murid murid dari belbagai latarbelakang boleh duduk dalam satu kelas, belajar, menyanyi, bercampur gaul tidak kira asal usul atau darjat.
Harini, murid2 yang sudah terbiasa diberi pendidikan pendahuluan pra sekolah(pre education montosori lah, bright child nursery lah), dah mula kekok belajar bersama dgn budak yg tak pernah tahu kenal huruf sehinggalah bila pertama kali mereka masuk darjah satu. Dah mula ada kasta2 dan kelompok2 tersendiri......Termasuk anak2 kelas"atasan" yg tak boleh jejak kaki kat atas tanah sebab dah terlalu diberi manja dirumah.......semua kemewahan.
Banyak lagi yang boleh disenaraikan lagi....tapi cukup buat yg ini dulu.......
Pendek kata.....Maruah serta Disiplin anak2 tentunya bermula dari rumah. Dan ibu-bapa lah yg berkewajipan utk lay down the foundations for their own kids to be disciplined by them and no one else. Period.
Permasalahan harini ialah ibu bapa dok sibuk bekerja sehinggakan tanggungjawab mendidik itu seolah olah dilonggokkan keatas guru disekolah. Ibu bapa yg seumpama ini rasanya lebih baik dicampakkan sahaja kedalam kandang harimau ........:@ :@
Tidak kurang juga ibu bapa yg terlalu rasakan diri mereka ini up and above guru2 disekolah sehinggakan sisitem pendidikan itu sendiri mahu dicabarnya......bila disuruh jadi guru tak mahu pula.........
Macamana lah disiplin murid2 harini tak berkecamuk..... dah lah disiplin anak2 tu tak senantiasa diawasi serta dipupuk dirumah dgn baik....guru disekolah pula senantiasa to take the wrath from masyarakat ibu bapa......macam mana murid2 harini tak besar kepala......
Donia donia ada2 saja.....kwang kwang kwang...... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 manakautau's post
|
|
|
|
|
|
|
setuju ngan manak gak..cikgu pun tak terdidik anak sendiri lagi mau salahkan cikgu..camner tu..bdk skang ni terlebih minum susu lembu yg DHA la..AA la..SA la tu psl terlebih advance dari kanak2 dulu...
teringat dulu masa sekolah bila ngadu ngan mak kena cubit nagn cikgu haku lkak kena cubit lagi nagn mak haku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masing2 memainkan peranan besar dlm mendidik anak2 / pelajar2.
Walaubagaimana pun, anak2 amanh kepada ibu bapa, ibu bapa lah yg bertanggunjawab ke atas anak2 sendiri,
samada dari akhlak, sahsiah, disiplin, kemahiran berfikir, pencapaian akademik & perkembangan sosiol, dsb.
Pengaruh tu ada di mana2, ibu bapa, persekitaran rumah, tv,internet, maid,
cikgu, rakan2 sekolah, sesiapa saja di persekitaran.
Tetapi ibu bapa yg bertanggungjwb mendidik, menasihati, memantau, mengambil tau &
mengambil berat ttg anak2 secara berterusan.
Persekitaran berubah dgn tahap kanak2 tu... cikgu2 hadir pada tahap yg berbeza2.
Dari tadika, sek rendah, sek menengah, kolej / uni , dlm negara / luar negara, etc.
Anak2 mmg tanggungjwb & amanah kepada ibu bapa. Pendidikan terawal bermula dari rumah.
Namun cikgu pula diamanahkan utk mendidik anak2 semasa persekolahan.
Olehitu cikgu2 pun sepatutnya memikul amanah ni sebaik mungkin semasa
waktu persekolahan, mendidik bukan sekadar mengajar pelajar2 serta menunjukkan contoh teladan, akhlak yg baik.  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak salahkan ibu bapa 100 % pun tak bole jugak..nak salahkan Guru2 100 % pun tak bole jugak..sbb skang arus dunia tak sama jika comparekan dgn zaman dulu. Org dulu2 akur dan respek dgn guru2 sbb mereka letak 100 % kepercayaan pd guru2 utk mendidik anak2 mereka sbb kebykkan org dulu2 tak nak anak2 mereka spt mereka yg kurang berpendidikan (tak semua).
Org zaman skg byk ibu bapa yg bekerja lebih tepat byk yg berilmu tinggi melangit so byklah pendapat yg bercanggah, dr segi pendidiikan dan peraturan yg mana tak semua sesuai bole diikut spt zaman dulu2.
Budak2 skg pun lebih terdedah dgn dunia cosmopolitan, komputer dan semua gajet2 yg canggih manggih berbanding dgn era kita zaman dulu2, so tak peliklah jika sikap mereka tak sama spt zaman kita dulu2. Lebih advance gituk..
So peraturan dan didikan juga harus berbeda tak bole exactly sama. Treatment pun kena ubah. Kalau dulu bole mengubah sikap murid2 dgn rotan tp skg rasanya tak sesuai pd semua individu sbb silap aribulan guru tuh mgkin mati kena cekik, tak dgn murid2 mgkin dgn ibu bapa. So byk kena mainkan psychology. Pd sudut lain kalau kita lihat, pengaruh dan jenayah zaman dulu tak sehebat skg, skg kes2 rogol, buli, penderaan dan sbgainya dah menjadi2..kadg2 melibatkan ibu bapa, guru2 itu sendiri dan org sekeliling mereka.
Dulu guru2 byk yg bekerja dgn ikhlas utk mendidik anak2 bangsa berbanding dgn skg yg kurang nak bekerja dgn rela ati coz asal ada kerja dah cukup. Gaji mereka pun tak byk sedkit efek pd kerajinan mereka utk mendidik. Ibu bapa pun kena mainkan peranan tak bole letak 100 % pd guru tuk mendidik..kena jugak amik part utk memantau tak bole lepas tangan.
Bg saya kita tak bole nuding jari pd sebelah pihak shj, kena sama2 bekerjasama membantu bukan menyalahkan sesapa. Kena byk communicate each other, kdg2 ada jugak ibu bapa kejar cikgu tp susah nak jumpa, yg cikgu pun kdg2 nak jumpa ibu bapa tapi susah gak nak jumpa..benda ni tak heran yer sbb sy pernah tgk ada guru yg tak berapa nak layan ibu bapa bgitu juga sebaliknya.
Realitinya anak2 mmg tanggungjawab ibu bapa dan itu tidak bole disangkal dan pd amnya juga murid2 adalah tanggungjawab guru2. so tolak sana tolak sini semua org bertanggung jawab dan perlu mainkan peranan.
wasalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hehehehe...tajuk pun dah prejudice antara cikgu dan mak/ayah
i sokong sasha, kerjasama antara semua pihak....anak2 kat rumah memang dlm pengawasan kita tapi kat luar?..adalah pengawasan org lain yg terlibat...mak/ayah takde mata 24 jam nak awasi anak2 jadi kita kena kongsi tanggungjawab tu dgn org luar...jgn perjudice sesama sendiri...
sikap gotong-royong zaman dedulu dah tak canggih utk kita amalkan sekarang, nanti kita kata org nak jaga tepi kain kita....katalah i nampak sorang anak jiran jumpa kat tempat lain selain drp sekolah....apa fikir kita?..peduli apa bukan anak aku kann?....jgn terkejut ramai mak/ayah berfikiran camni....jadi cemana kita nak bendung kelakuan anak2 diluar kawasan mak/ayah dia....setengah mak/ayah kat sekolah anak nie boleh membatu nampak budak2 duk baling ketul batu kearah kereta mak/ayah yg park kat situ....alasannya sama, bukan dia cikgu!!!.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
zaman sekarang cikgu sendiri nak wat musuh ngan budak sekolah darjah satu...apalah otak budak darjah satu di banding dengan otak cikgu yang lengkap ilmu ngan pengalaman idup...
namapun budak umo tujuh tahun...umo lasak..umo yg masih lagi belum mengenal erti kawan lawan....jupe budak lain satu masa leh jadi kawan satu masa leh jadi lawan...pastu baik balik...kita kawan ekk...
namapun budak...
tapi cikgu ..uztazah lagik...bila budak umo tujuh tahun melawan...suka bergaduh...buat report budak tak reti adab mak bapak tak ajar tak reti hormat guru....tak lagi pandang muka budak tu...kalu mengajar tak lagi bagi perhatian pada budak tu..biar jer budak tu terkebil2 nak paham...
betul2 siolan...
abis...kenapa ko pilih bidang pendidikan...bidang pendidikan utk pendidik..org yg jiwanya mendidik...bukan utnuk mengomel tak tentu hala hujung bulan dapat gaji...esok datang abiskan silibus mengajar...
pendidik itu tahan cabaran...dapat budak dungu itu cabaran menjadikan budak itu cerdik bukan dibiarkan terkontang kanting...
luahan hati ku... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by my-alja at 8-5-2008 12:48 PM 
i rasakan ....antara nakal dgn biadap adalah 2 perkara yg berbeza, takkan cikgu tak boleh nak bezakan kot...
jgn terkejut nampak anak2 7thn nie biadap....bukan dlm ketegori nakal dah, kalo ...
betulll.....aku setuju namun dalam kes aku ni...ada yg menjadi saksi perangai cikgu yg otak lebih kecik dr otak budak kecik...
istilah biadap paling tak sesuai pada budak alam sekolah rendah...otak masih tak penuh...org yg berjiwa pendidik..didik lah dia...berulang kali bukan sekali itu jiwa pendidik...
ko benci budak yg akal masih tak penuh...tapi budak tu tak mengerti ko benci kat dia...kadang bila ko tak sedar budak tu yg hulur bantuan..hulurkan kerusi utk ko duduk..tapi ko boleh menarik muka masam...
apa kejadahnya pendidik nih...
bercakap tentang hal akal dan otak....dan bercakap tentang fungsi seorang pendidik...kenapa aku tengok lebih banyak cikgu bangsa asing yg benar2 berjiwa pendidik....mendidik itu lebih betul ayatnya berbanding mengajar...
cuba ko tengok budak2 nih...tiap kali balik sekolah....dorang akan bagitau...cikgu kata jgn buat ni..cikgu kata..itu ini...cikgu kata tak baik....
semo cikgu kata..bukan mak kata..abah kata....betapa dorang ingat cikgu...
tapi cikgu....mcm hampeh... |
|
|
|
|
|
|
|
sayalah anak cikgu...adik cikgu...kakak cikgu.....isteri cikgu.....hahaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 my-alja's post
betul. itu pun satu hal gak, tak leh lebih2 bz body tak pasal kita org tua bergaduh pdhal nak tegur jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Peranan PIBG penting
Kerana itulah Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) diwujudkan bagi memantau kegiatan anak-anak di sekolah dan di rumah
Jika kedua-dua belah pihak iaitu ibubapa dan guru-guru memberi komitmen dengan PIBG
kemungkinan besar masalah-masalah yang dilakukan oleh pelajar/anak akan berkurangan.
saya nak bagi satu contoh di salah sebuah sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras
seorang pelajar ini kerap ponteng sekolah. PIBG sekolah telah pergi ke rumah pelajar tersebut dan dapati pelajar itu ponteng disebabkan ibu sakit dan bapanya pun sudah meninggal. Secara tak langsung nasib pelajar itu terbela dengan wujudnya PIBG yang prihatin dengan pelajar-pelajar di sekolah tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya ketiga-tiga pihak kena berkerjasama antara satu sama lain jika ingin mencapai sesuatu yang dikatakan kepimpinan terdidik.
Pihak ibubapa ada peranan mereka tersendiri, pihak guru ada peranan mereka
begitu juga dengan pelajar/anak itu ada peranan mereka tersendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aiva at 8-5-2008 01:59 PM 
sebenarnya ketiga-tiga pihak kena berkerjasama antara satu sama lain jika ingin mencapai sesuatu yang dikatakan kepimpinan terdidik.
Pihak ibubapa ada peranan mereka tersendiri, pihak guru ada p ...
But when it comes to discipline, it has to be stamped and sealed from home.
[ Last edited by manakautau at 8-5-2008 02:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
perbandingan antara dulu dan sekarang bagi aku tak releven la
pasal apa aku cakap macam ni sebab zaman dahulu jarang budak budak pergi sekolah kerana negara belum mencapai kemerdekaan, rakyat mundur masih berfikiran takuk lama.
zaman sekarang boleh dikatakan semua kanak-kanak pergi sekolah even belum umur 6 tahun pun, ibu bapa dah masukkan ke Taska supaya anak-anak mereka tak terkejut (culture shock) dengan budaya pembelajaran.
jadik tak heranlah macam-macam perangai nakal yang keluar kerana anak-anak ini diterjemahkan ke sekolah.
Kalau dibandingkan dengan budak dulu mereka nakal nakal di luar kerana tiada sekolah. Mereka mungkin nakal curi buath rambutan kat kebun pak ali ker |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|