View: 182902|Reply: 583
|
[Penulis]
SITI ROSMIZAH: Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by seribulan at 1-9-2009 07:23
[ Last edited by mardhiah12 at 31-3-2009 11:16 ] |
|
|
|
|
|
|
|
PENULIS : SITI ROSMIZAH
HARGA : RM 19.90
Permulaan cerita mengisahkan seorang gadis bernama Aleya yang berlatar belakang keluarga sederhana. Namun dalam diam Aleya telah menyimpan perasaan hati dengan seorang anak tokoh korporat yang ternama, Syed Aizril yang di kenali semasa belajar di Universiti. Kisahnya bermula bila Aleya di tawarkan bekerja di Syarikat Syed Aizril sebagai eksekutif dan sejak itu hubungan mereka semakin intim. Aleya bagaikan terleka dengan layanan mesra yang di berikan sedangkan Syed Aizril terus bermain sandiwara.
Penulis mengarapkan watak Syed Aizril sebagai seorang lelaki yang mempunyai keegoaan yang cukup tinggi, mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah membuka lembaran duka buat diri Aleya.
Kehadiran watak Faizal dalam cerita ini sebagai penyumbang berkembangnya plot cerita ini. Dendam Faizal pada Syed Aizril telah mengheret Aleya ke kancah derita. Faizal membuat perangkap, Aleya dan Syed Aizril telah di tangkap khalwat. Syed Aizril tidak dapat menerima kenyataan itu, Aleya di kahwini jua tetapi dengan satu dendam yang membara. Janjinya, Aleya akan hidup terseksa.
Di sini penulis bijak membuat pengolahan cerita hingga kita turut terheret sama merasai deritanya kehidupan yang di lalui oleh Aleya. Begitu tersentuh emosi semasa membacanya. Satu demi satu kekejaman yang dilakukan oleh suaminya terhadap dirinya dan kekejaman yang paling nyata bila Aleya di perkosa oleh suaminya sendiri. Hancur hatinya, musnah segalanya, habis madu sepah di buang. Aleya di campak lebih hina daripada pengemis di tepi jalan. Entahlah, tiada kata-kata yang dapat untuk diluahkan untuk seoarang lelaki yang bernama Syed Aizril, BINATANG!, masih tidak dapat menghilangkan rasa benci dan marah terhadap perbuatan keji lelaki itu. Namun Aleya tidak keseorangan dalam meniti liku-liku duka dalam hidupnya, kehadiran Umairah sahabat baiknya menjadi penguat semangat Aleya.
Plot makin berkembang bila tragedi hitam itu membuahkan benih pada rahim seorang wanita yang malang. Malangkah dia? Penulis seperti tidak berpendapat begitu satu mesej telah di tunjukkan bila melihat cara pada watak Aleya yang begitu sabar dalam menghadapai dugaan hidupnya. Jelas, Aleya mengumpul kesabaran dengan mendekatkan diri pada penciptaNya. Salah satu dialognya 揝elama aku meniti liku-liku hidup aku tidak pernah pasrah melainkan aku redha atas ketentuanNya.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
.... sambungan....
Kehadiran si kembarnya Dania dan Danish menjadi penguat semangat ibu muda itu dalam meniti kemelut hidupnya. Nama Syed Aizril terus di padamkan dari ingatannya. Pertemuan yang tidak disengajakan di hospital, membangkitkan semula api kemarahan di antara mereka hingga Syed Aizril dengan egonya melafazkan cerai takliq terhadap Aleya iaitu sebaik dia menikahi Sharifah Emilin maka jatuhlah talak satu terhadap Aleya. Lafaz cerai takliq itu langsung tidak mengoyahkan hati Aleya, dia sudah puas menganyam derita lelaki seperti itu memang sewajarnya di tinggalkan sahaja.
Kita merancang namun Tuhan yang menentukan, Syed Aizril di timpa kemalangan di malam pernikahannya. Dia koma, waktu itu datang petunjuk dari Illahi, balasan dan seksaan bagi seorang suami yang telah lari dari landasan Islam yang sebenarnya. Sedar dari koma hanya nama Aleya yang terukir di bibirnya. Penyesalan terus menghimpit dirinya.
Aleya di duga semula, anak lelakinya yang mengidap sakit jantung berlubang semasa di lahirkan pergi mengadap Illahi buat selamanya. Syed Aizril sempat memeluk anaknya namun pelukan itu sudah tidak memberi sebarang makna 揢mi卋egitu mahalnya panggilan seorang ayah hingga anak aku terpaksa menggantikan dengan nyawanya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 Ci's post
full review.... dok ngadap buku tuh... bace ngan teliti.... sape yg da penah bace,
sure dapat tangkap jalan cite die, mmg xlari... sejibik dlm buku.. tp bukan
copy paste arrr... |
|
|
|
|
|
|
|
wakakakakaka..... buku nih skang nih da pas dr tgn ke tgn... org sibuk nak pinjam...huhuuuu... hubby aku dr seorang yg x suke m'bace (t'utama nye novel)...bleh plak dia ngadap buku nih... maybe nak amik iktibar @ teladan lg |
|
|
|
|
|
|
|
揢mi卆ku sakit卆nak-anak aku sakit mi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 Ci's post
Ci, nak tanye sket... kalo ko bace review aku tuh, agak |
|
|
|
|
|
|
|
beb.. cuti baru ni, aku slongkar buku |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum.. maaf mengganggu.., akak nak tanya pd siapa2 yg tau psl penulis Siti Rosmizah? sbnrnya akak register di sini sbb ada seorang kwn akak yg bgtau psl forum ni dan dia juga bgtau buku siti dibincangkan di sini.., yg sbnrnya ini adalah permintaan seorang kwn yg beria sgt nak berkongsi ceritanya berkenaan dirinya dan buku siti ni. Disebbkan dia sendiri kurang arif berkaitan forum2 begini dan ditambah pula dia tidak mempunyai masa, jadi akak berusaha utk register di sini krn dia sgt berharap siti akan membaca luahan diri dia sendiri. Apa yg akak akan ceritakan di sini ialah satu kejadian yg benar2 berlaku pd dia.
kwn akak ni sbnrnya ada masalah rumahtangga yg telah berlarutan sejak 10 tahun yg lalu. sekarang umurnya dlm 40+ dan ini bermakna dia telah mengalami masalah ni sejak berumur 30an lg. Masalahnya ialah suami dia tidak menghargai dirinya sbg isteri, mengabaikan tanggungjwb sebagai seorang bapa di mana dia melepaskan tanggungjwb itu seratus peratus pd kwn akak ni, anak2 juga tidak dipedulikan, boleh dibilang dgn jari berapa kali duit dihulurkan dan pelbagai masalah dalaman lain sehingga kwn akak menjadi sgt tertekan dan pd akak lah tempat dia meluahkan perasaannya.
keadaan jadi berubah selepas hari jadinya yg lalu, setelah dihadiahkan sebuah buku yg ditulis oleh siti ni. akak tak sangka selepas dia membaca buku siti ini dia menjadi nekad utk lari dari rumah dan meninggalkan suami dan anak2nya. mungkin ada yg tidak percaya tapi demi Allah mmg ini yg berlaku. rupanya dia menjadikan buku siti dan watak utama dlm cerita tu sbg inspirasi buat dirinya. tindakannya melarikan diri selama dua minggu itu sebnrnya telah difikirkan masak2 dan dia telah bertekad sekiranya suaminya tidak mencarinya, itu bermakna suaminya mmg benar2 tidak pedulikan dirinya lagi. dan jika itu yg berlaku, dia redha dan bersedia utk memfailkan fasakh di mahkamah. akak benar2 tak sangka dan terkejut, dia bukan setakat lari dari suaminya, malah dia juga telah memohon cuti tanpa gaji selama 2 minggu semata2 kerana tidak mahu suaminya mencarinya.
dan percaya atau tidak, selepas kehilangan kwn akak ni, suami dia jadi tak tentu arah dan mula mencari kwn akak ni mcm org gila. mahu tak mahu kwn akak terpaksa kembali bekerja selepas kehabisan duit dan pada hari dia kembali ke pejabat dgn tak di sangka2 awal2 pagi lagi suaminya sudah menunggunya di situ. hubungan mereka telah kembali pulih setelah suaminya merayu2 dan kwn akak merasakan suaminya benar2 telah merasa kehilangan sepanjang ketiadaannya. selepas peristiwa tu, kwn akak sgt berharap dapat bercakap dgn siti tapi tidak tahu bagaimana dan tak mungkin pihak penerbit akan memberikan no telefon siti sewenangnya. seorang kwn telah mencadangkan dia masuk ke forum ni dan berkongsi sendiri ceritanya di sini.
walaupun yg sebnrnya akak tidak setuju dgn tindakannya dulu, tapi akak melihatnya dari sudut positif kerana akak tahu dia sgt tertekan ketika itu. mmg sgt berisiko bila dia buat begitu kerana dia hanya akan ada dua pilihan. samada suaminya benar2 mencarinya atau suaminya tidak kisah langsung akan ketiadaannya dan sesungguhnya dia sgt bernasib baik kerana pilihan pertama telah memihak kepadanya dan Tuhan benar2 telah memanjangkan jodoh mereka dan kini hubungan mereka lebih erat dan mesra seperti pasangan baru berkahwin.
dia benar2 merasakan dirinya seperti watak utama dalam novel tu walaupun akak tidak setuju dgn ketaksubannya itu. akak menganggap siti telah berjaya memberi mesej yg baik dalam penulisannya walaupun akak tidak setuju dgn tindakan nekad kwn akak itu.
akak sgt berharap pihak penerbit dpt menyampaikan ucapan terima kasih kwn akak pd siti. akak tahu cerita kwn akak ni mcm drama tapi mmg itu yg berlaku kerana selain rakan2 terdekat yg menjadi saksi, Allah juga menyaksikannya. jadi akak harap apa yg baik dari cerita ini dijadikan teladan dan yg buruk dijadikan sempadan dan akak juga berharap pd siapa2 yg mempunyai masalah dalam rumahtangga tidak membuat tindakan nekad seperti kwn akak tu kerana dibimbangi nasib anda tidak sebaiknya. wallahualam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kapersky at 2-6-2008 05:19 PM
assalamualaikum.. maaf mengganggu.., akak nak tanya pd siapa2 yg tau psl penulis Siti Rosmizah? sbnrnya akak register di sini sbb ada seorang kwn akak yg bgtau psl forum ni dan dia juga bgtau buk ...
waalaikumsalam w.b.t...
mekaseh la sbb akak sudi masuk thread ni.. ermm.. agak takot Zar bace cite akak tuh..
tp kak, setau Zar la.. so far SR x penah lg join thread ni or mane |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by zargoza at 2-6-2008 04:35 PM
beb.. cuti baru ni, aku slongkar buku |
|
|
|
|
|
|
|
buku nie berapa muka surat? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 bby2124's post
Novel Andai Itu Takdirnya 588 muka surat. Semoga anda terhibur membacanya. Tapi sebelum itu, sediakan tisu dulu!!! Aku dah 3X ulang baca memang best. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 kapersky's post
eehhh... x sgka plak ci bleh jd camni... tp ape pon kak, mcm yg zar kate tuh, sume nih kuasa Allah..... cuma kwn akak tuh t'lalu brani plak ci tgk...huhuuhuuu..cuma ci harap xde plak sesapa yg wat tuduhan bukan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by annyeen at 9-6-2008 02:13 PM
OKKKK.....xada statement yg mengatakan SR tu study kan UK cuma bila baca permulaan cerita study kat UK sbb tu aku tanya.....
Xtepat apa yang ditulis... Ok blh lah terima sbb novel pertama. Resea ...
spelling + typing error ni asyik timbul sejak dulu lagi.. sungguh bosan...
kesian penulis... terpaksa la terima.. kalau di forum, boleh juga kita tolong
terangkan... tapi, kalau yg di luar sana, bagaimana ula kita nak terangkan ya...
awak boleh tanya pada bahagian editor:
file:///C:/DOCUME%7E1/Dla/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.jpgfile:///C:/DOCUME%7E1/Dla/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.jpg Buku Prima Sdn Bhd
Bilik 101, Tingkat 1, Lot 7 Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
[email protected] | |
03-5510 5534
FAKS
03-5510 6637
Keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan,
hubungi BUKU PRIMA di talian 03- 5510 6636 dan e-mel [email protected]
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dari pihak prima...
Assalamualaikum semua...
Terima kasih kerana sudi mengulas buku AIT di dalam thread ini tetapi pihak prima terasa amat dukacita kerana sesetengah bloggers / ahli telah menuduh dengan mengatakan CI, LOBAK, ZARGOZA merupakan orang PRIMA. Pihak PRIMA tidak kenal mereka. Padahal pihak prima tidak melantik sesiapapun untuk masuk campur dalam thread ini atau thread CARI yang lain. Pihak PRIMA amat amat amat.... terkilan dengan kata-kata kesat yang dilemparkan di sini. Sekiranya anda tidak berpuas hati dalam soal penerbitan buku prima sila hubungi pihak prima. Janganlah menuduh sebarangan tanpa usul periksa. Pihak Prima juga bukannya mempromosi seorang penulis sahaja. Mana-mana penulis yang menulis dengan buku prima dilayan mesra. Glamour atau kurang glamour penulis itu semuanya sama rata. Sekiranya pergaduhan dalam thread ini berlanjutan kami memohon agar pihak moderator menghenti dan memadamkan thread ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aprilsnow at 10-6-2008 09:47 AM
beb..ayat ni cam pernah dengar...oops wa lupa penulis sendiri tanya kat sorang penulis tu, kengkunun dia ada fanatik lerr kan, penulis lain xder fanatik cam nie...elehhh, apa kelassss
SAYA PA PUAN SITI,
SALAM PUAN SITI UNTUK APRIL SNOW,
PUAN SITI INGIN MENJAWAB, APA YANG DI KATAKAN DARI KENYATAAN APRIL SNOW
PUAN SITI MENGAKU DIA ADA MENGHANTAR SMS PADA RAMLAH RASHID YANG BERBUNYI
"KAK ADA BACA THREAD AIT TAK...ADA SEORANG PEMINAT TU BERITAHU DIA PEMINAT FANATIK
SAYA...TAK SUKALAH MACAM NI..PADA SAYA LEBIH BANYAK BURUK DARI BAIKNYA...TAPI APA YANG
SAYA BOLEH BUATKAN....."
PUAN SITI TIDAK MENGATAKAN DIA MEMPUNYAI PEMINAT FANATIK TAPI DIA MEMBERITAHU MENGENAI
KERISAUAN PADA ORANG MENDAKWA MENJADI PEMINAT FANATIKNYA ITU.....TIDAK ADA MAKSUD SEBALIKNYA
SEKADAR UNTUK BERKONGSI KERISAUAN DENGAN SEORANG RAKAN PENULIS YANG SENIOR TAPI
TIDAK SANGKA PULA BOLEH DI SALAH ERTIKAN. PUAN SITI PERCAYA RAMLAH RASHID JUGA AKAN BERSETUJU
DENGANNYA.
PUAN SITI INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH PADA
SEMUA YANG MEMBACA THREAD INI DAN JUGA YANG DI LUAR SANA KERANA SUDI MEMBELI BUKU PUAN SITI YANG
TIDAK SEBERAPA ITU. PUJIAN, KOMEN MAHUPUN KRITIKAN ANDA AMAT-AMAT PUAN SITI HARGAI HANYA ALLAH YANG
AKAN MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN ANDA ITU.
PADA ZARGOZA, CI, LOBAKBERU, PESANAN PUAN SITI BELIAU HANYA MANUSIA BIASA YANG TIDAK
PERLU UNTUK DI KAGUMI SEHINGGA SEBEGITU RUPA. APA PUN TERIMA KASIH.
PADA KAK ZAI, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN NASIHAT YANG DI BERI.
TERIMA KASIH SEMUA. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PA_SR at 10-6-2008 03:21 PM
SAYA PA PUAN SITI,
SALAM PUAN SITI UNTUK APRIL SNOW,
PUAN SITI INGIN MENJAWAB, APA YANG DI KATAKAN DARI KENYATAAN APRIL SNOW
PUAN SITI MENGAKU DIA ADA MENGHANTAR SMS PADA RAMLAH RA ...
salam buat cik/puan/encik PA...sampai kan salam juga sepatah dua kata saya ini pada Puan Siti Rosmizah.
saya ingin nak bersuara barang se-ela dua di sini dengan harapan Puan Siti boleh menerimanya dengan hati dan minda yang terbuka, diharap kenyatan saya ini nanti tidak disalahanggap atau disalah tafsir hingga membawa ke tingkat saman menyaman.
Puan masih baru dalam dunia penulisan roman kreatif ini malah ini karya pertama Puan, betul kan, kalau salah tolong betulkan kenyataan saya. Cubalah puan tanyakan penulis-penulis senior yang sudah berakar umbi dalam bidang ini, ada tak karya mereka dikritik hebat, karya mereka dikutuk, karya mereka dilabelkan dengan pelbagai gelaran, ada bukan malahan bukan sahaja di sini malahan di saluran media yang lain... tapi adakah mereka melatah dengan mudah, tidak..sebab mereka tahu dan sedia maklum ini lumrah bidang penulisan, asam garam perjalanan yang perlu dilalui.Setiap kata dan komentar diambil utk dijadikan panduan, bimbingan asas utk penghasilan karya yang lebih baik..jauh lebih baik di masa hadapan, insyaallah...kerna setiap penulis arif tentang satu perkara...tanpa pembaca siapa lah sang penulis.
Jika puan dari awal sudah melihat situasi tidak sihat ini. di sini, sewajarnya puan ke depan ketika itu..berani tampil untuk memberikan pendapat atas setiap komentar yang diberi, .di sini lah para pembaca akan dapat melihat sejauhmana puan benar2 bersedia untuk terjun ke bidang penulisan yang penuh warna ini.Sebagai makluman puan, bukan tiada penulis yang menyertakan diri mereka di sini..ada puan..kerna mereka tahu di sinilah wadah penulisan mereka akan dapat dilihat dengan lebih luas, lebih terbuka.
wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aprilsnow at 10-6-2008 04:07 PM
salam buat cik/puan/encik PA...sampai kan salam juga sepatah dua kata saya ini pada Puan Siti Rosmizah.
saya ingin nak bersuara barang se-ela dua di sini dengan harapan Puan Siti boleh men ...
Saya telah menghubungi Puan Siti sebentar tadi, dan dia menyampaikan pesanan buat Aprilsnow.
My dear Aprilsnow, saya terlalu mentah dalam bidang penulisan ini. Demi Allah, tidak ada sebesar
zarah pun saya ingin membangga diri dalam profession yang saya ceburi ini. Tidak ada istilah
saman menyaman di sini. Saya bukan orang terkenal mahupun orang terhormat, namun kenyataan
adik NickyAzrai itu keterlaluan. Terus terang saya katakan, impian saya yang Utama adalah menaikkan
nama firma guaman saya kerana di situlah rezeki saya, anak2 saya, dan staf2 saya..
Berbagai onak dan duri yang telah saya lalui dalam bidang ini. Maklumlah, kita ini
bukannya somebody.
Jadi, harini dengan keletihan menghadiri mesyuarat ditambah pula dengan kes petang nanti, saya
disampaikan dengan satu berita yang sungguh tak terduga. bertalu-talu panggilan telefon dari kawan2
dan rakan niaga, dan satu panggilan yang saya terima dari rakan korporat telah menyebabkan saya terasa benar2
kecewa. Soalannya pada saya, "betul ke you memplagiat karya orang lain? you kena hati2, nanti tak
pasal2 you kena saman"
Aprilsnow tahu, apa yang saya rasa waktu itu? I felt devastated. It's hard to swallow, I believe that "to err is
humane" (sorry kalau ayat ni salah, Puan Siti tiada untuk dirujuk) kalau April berada di tempat saya, apa you rasa?
"pesan aku kat Cik peguam - nak buat novel kena Original. Jangan guna skill cut & paste"
dari statement adik ini, telah menyebabkan kredibiliti saya dipersoalkan. Mungkin sesiapa yang berada
di dalam forum ini tidak merasa bahang dan tempiasnya. Namun tidak pada saya.
Kehadiran saya dalam bidang penulisan ini hanya untuk mewarnainya sedikit, namun menjadi sebaliknya.
Bukan saya tidak mahu masuk ke dalam thread ini untuk menjawab soalan2, namun masa membataskan
saya. Saya tidak pernah mengganggu periuk nasi sesiapa. Tapi, mengapa ada yang sanggup berbuat begitu
pada saya? kalau benar marah pada peminat2 yang menggelar diri mereka fanatik itu, mengapa perlu saya
dan kerjaya saya yang menjadi mangsa? Mengapa sampai begitu sekali, adik Nicky Azrai membenci saya?
Aprilsnow, saya tahu awak seorang yang matang, kata2 awak tadi menjadi penyejuk hati saya. Jika adik
NickyAzrai ada membaca kenyataan saya ini, percayalah. Saya tidak pernah ingin bermusuh atau mengganggu
keharmonian hidup adik. Sesungguhnya, kenyataan adik itu telah menjatuhkan maruah saya. Fikirkanlah...
Namun, kalau kenyataan saya ini ada mengguris hati adik Nicky Azrai dan lain-lain di sini mahupun di luar sana,
saya minta maaf.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|