BMW M3 bergaya, terpantas
Oleh Mohd Razlan Salleh
| BMW Malaysia, pengedar kenderaan mewah BMW, me lancarkan versi terbarunya, M3 sedan yang bergaya, sporty serta memiliki enjin sehebat 420 kuasa kuda yang diakui terpantas dalam kelasnya, baru-baru ini. |
BMW Malaysia, pengedar kenderaan mewah BMW, me lancarkan versi terbarunya, M3 sedan yang bergaya, sporty serta miliki enjin sehebat 420 kuasa kuda yang diakui terpantas dalam kelasnya, baru-baru ini.
Jentera empat pintu itu didatangkan dengan sistem tujuh kelajuan Double-Clutch Transmission (M DCT) dan sa tu-satunya versi BMW M3 yang memilikinya.
Generasi M3 keempat ini berkongsi enjin 4.0L V8 dengan M3 Coupe tetapi berupaya menghasilkan kuasa maksimum sehingga 420 hp pada 8,300rpm.
Ini membolehkan BMW M3 sedan ini memecut sehingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 4.8 saat manakala kelajuan maksimum yang dicatatkan adalah 250km/j.
Peningkatan kuasa jentera terbaru Jerman ini disebabkan enjin terbarunya 15 kilogram lebih ringan daripada asal selain dibantu sistem 慥ANOS Camshaft Management |