View: 5305|Reply: 18
|
Chevrolet Optra Magnum Estate
[Copy link]
|
|
Ekstra ruang kargo - Chevrolet Optra Magnum Estate
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Berbanding pasaran kenderaan di Eropah atau Amerika, populariti kereta yang berkonsep station wagon (istilah yang digunakan di Amerika, Australia, Kanada) atau estate (gelarannya di Britain) kurang mendapat perhatian di kalangan pengguna Malaysia.
Walaupun kenderaan ini menawarkan kualiti pemanduan sebuah kereta sejati (kerana ia adalah sebuah sedan dengan ruang kargo yang dipanjangkan), tetapi kita lebih cenderung untuk mendapatkan kenderaan dari segmen lain untuk mendapatkan kelebihan tersebut.
Pilihan biasa dibuat apabila sedan sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah penumpang atau barang yang hendak dibawa ialah bertukar kepada model MPV atau terus kepada trak pikap sahaja.
RUANG kabin Optra Magnum Estate mengaplikasikan
tona hitam dan perak sebagai latarnya.
Namun begitu, bukan semua model station wagon tidak popular. Sekali sekala, kita masih boleh melihat model-model seperti Peugeot 307SW, Volvo V50, Toyota Caldina atau Subaru Legacy di atas jalan raya.
Dilancarkan serentak dengan dua model lain pada April lalu, model yang dikenali sebagai Chevrolet Optra Magnum Estate ini nampaknya cuba untuk memberi satu pilihan baru kepada mereka yang masih gemarkan konsep kenderaan sebegini.
Dibawakan khas dalam bentuk import sepenuhnya dari Thailand oleh pengedar tunggal jenama Chevrolet di Malaysia, Hicom-Chevrolet Sdn. Bhd., model Optra Magnum Estate ini nyata menyerlah dari aspek fizikalnya.
Rekaannya tidaklah bosan atau terlalu berkotak berbanding rekaan model station wagon sebelum ini. Rekaan bumper hadapan dan gril radiatornya ringkas tetapi tetap menampilkan ciri sebuah model Chevrolet yang maskulin. Di bahagian bawahnya, terdapat sepasang lampu kabus bagi memberikan simbahan cahaya lebih terang ketika memandu pada waktu malam.
BANYAK sungguh emblem di bahagian belakang Optra
Magnum Estate ini.
Sementara rekaan bahagian belakangnya lebih dinamik dengan spoiler nipis dan gugusan lampu belakang yang 'tersimpan' dalam perumah yang jernih. Di atas bumbungnya pula terpasang roof rail bagi memberikan imej sporty.
Penampilan Optra Magnum Estate juga pasti lebih bergaya sekiranya roda bersaiz 15 inci sedia ada ditukar dengan roda berdiameter lebih lebar.
Kebetulan, penulis perlu melaksanakan tugasan ke Bukit Tinggi Bentong Pahang. Jadi, peluang itu diambil bagi menguji kemampuan sebenar Optra Magnum Estate ini mendaki bukit dan melayan setiap selekoh di sana.
Dibekalkan dengan enjin bersesaran 1.6 liter, ia kedengaran seperti tidak padan untuk mengheret tubuhnya yang nampak berat itu. Tetapi, dengan hanya dua orang penumpang dan beban sederhana, enjin empat silinder sebaris 16 injap DOHC lengkap bersama sistem VGIS ini bolehlah dikatakan mampu melaksanakan tugasnya dengan baik.
Dengan kuasa maksimum hanya 80 kW @ 5,800 dan tork 150Nm ketika putaran enjin mencecah 4,000 rpm, bunyi enjin kadangkala boleh didengar dari dalam kabin.
Tanpa butang overdrive, ciri itu sebaliknya diganti dengan butang hold bagi membolehkan gear berada di gear ketiga untuk meneruskan pendakian.
Berada di jalan biasa, enjin yang dipadankan dengan kotak transmisi empat kelajuan dengan ciri Fuzzy Logic ini menawarkan pemanduan lancar tanpa rasa senggukan yang ketara.
Cuma, perumah tuil gear jenis gated shifter (Chevrolet memanggilnya sebagai kotak gear staircase) ini adakalanya membuatkan pemandu sukar untuk mengalihkan tuil gear daripada posisi P kepada R, N, D atau sebaliknya.
Kuasa membrek yang dipertanggungjawabkan kepada brek cakera ventilasi bagi roda hadapan dan cakera solid nyata dapat memberhentikan jentera ini dalam jarak yang sepatutnya.
Penggunaan sistem suspensi topang MacPherson bebas dengan bar penstabil pada roda hadapan yang dipadankan dengan suspensi jenis torsion beam rasanya sudah memadai bagi station wagon ini.
Rasa oversteer ketika mengambil selekoh dalam kelajuan yang sedikit tinggi agak sukar berlaku, membuatkan pemandu terasa lebih yakin ketika mengendalikan Optra Magnum Estate.
KAPASITI kargo ini mencecah 400 liter tanpa melipat
tempat duduknya.
Bahagian kabin jentera ini dimonopoli oleh warna hitam dan perak. Papan pemukanya ringkas dengan corong pendingin hawa berbentuk bulat. Konsol tengahnya pula diisi dengan unit audio pemain cakera padat enam CD changer yang boleh memainkan muzik dalam format MP3.
Sterengnya boleh dilaras bagi memberikan kedudukan paling selesa buat setiap pemandu. Ruang ini turut menyediakan banyak tempat penyimpanan barang dan meletak minuman.
Kelebihan utama Optra Magnum Estate pastinya ruang kargo yang ditawarkannya. Tanpa melipat tempat duduk belakang, kapasiti kargonya sudah pun mencapai 400 liter.
Tidak cukup? Tempat duduknya boleh dilipat dan memberikan ruang yang rata dengan kapasiti 1,410 liter, lebih daripada cukup untuk membawa apa sahaja ole-ole dari kampung.
Optra Magnum Estate didatangkan dalam dua varian iaitu sama ada model 1.6L LS atau 1.6L SS. Model LS tidak dilengkapi dengan skirting, beg udara dan beberapa aksesori kecil yang lain.
Pengguna boleh memilih daripada rangkaian lima warna berbeza termasuklah perak, putih, hitam dan kelabu. Tanda harga yang ditawarkan ialah RM95,205 (bagi model LS) dan RM100,335 (model SS) seunit di atas jalan dengan insurans. |
|
|
|
|
|
|
|
kereta ni made in india kan??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
mana lagi berbaloi keta ni atau spectra5
minat la dengan keta2 wagon nih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 amazed's post
err tapi kalu beli untuk pakai terus pun tak ok ke
memang niat kalu beli keta baru lepas ni insya allah tak jual dah kot
spectra5 kalu tak silap baru rm70000++
beza banyak jugak dengan optra magnum nih
teknologi pun baru jugak, cuma mungkin tak la semewah optra magnum |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by al-asil at 14-6-2008 06:21 PM
err tapi kalu beli untuk pakai terus pun tak ok ke
memang niat kalu beli keta baru lepas ni insya allah tak jual dah kot
spectra5 kalu tak silap baru rm70000++
beza banyak jugak dengan optra magnum nih
teknologi pun baru jugak, cuma mungkin tak la semewah optra magnum
kalu ko nak beli nak pakai lama pun aku tak akan nasihatkan beli spectre5.. depreciation dia teruk sangat... lagi pula chevy mmg bagus engine... kalu ko nak pakai lama.. baguih ada quality wagon... dan chevy mmg good one... aku tak sure lak ada dodge tak kat m'sia kalu ada dodge tu first bet utk wagon!! |
|
|
|
|
|
|
|
ramai takut nak pakai chevy kt malaysia ni, sbb ade sejarah hitamnye.... aku berminat ikut perkembangan ni sbb aku pakai chevy optra. sebenarnye, chevy optra ni menang the best car kt thailand tahun 2005. utk pasaran asia pasifik ni, kilang kt rayong, thailand.
actually, kete chevy yg kt malaysia ni asal drp Daewoo, tp general Motors beli... dan dinamakan GMDAT (general motors daewoo automotive technology). disebabkn GM ade banyak company kt seluruh dunia ni, so kete dia pun rojak gak. mcm chevy optra.... idea kete korea, chasis & suspension Lotus, gear box german, enjin Australia, design Italy & buat kt thailand. next nak usha captiva plak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 LT's post
actually, kete chevy yg kt malaysia ni asal drp Daewoo, tp general Motors beli... dan dinamakan GMDAT (general motors daewoo automotive technology). disebabkn GM ade banyak company kt seluruh dunia ni, so kete dia pun rojak gak. mcm chevy optra.... idea kete korea, chasis & suspension Lotus, gear box german, enjin Australia, design Italy & buat kt thailand. next nak usha captiva plak....
aku stuju ngan ko.. GM memang besar kat usa pung...
kalu kat chicago tu... blimeyyyyyy memang besaq ... tapi aku rasa chevy worth it beli... kalu optra ni.. memang boot dia besaq... kalu sesapa suka wagon... tu satu alternatip tu!! |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku penah post tanye sesape penah test drive captiva bg komen... tp tak de respond plak. org still takut nak pakai kete cam ne, banyak beli base on brand....honda & toyota. tak dinafikan kete jepun ni berkualiti. tp kalu tgk kt thailand, india diorang dah brani cuba kete lain and sbb tu captiva menang SUV of the year 2008 (baru check semalam). and optra ngv menang kete paling green 2008. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
hmmm...
aku suka keta nih...
wagon/touring/estate model mmg sentiasa jadi pilihan aku..
once you decided to be a wagoner, you'll be a wagoner forever...
i loooove my wagon
?v=0
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 amazed's post
hahahah...thanks amazed..
yg dlm citer dallas tu volvo 245. 200 series wagon...oldskool keta tu sekarang beb...tapi masih ada wow factor..
lagi pic keta aku;
http://www.flickr.com/photos/12607286@N06/
mmg semua keta wagon aku suka. ada wow & cool factor...
tak kira volvo wagon, nissan AD resort california, fiat marea weekend, citroen xantia touring, merc TE, chevy optra magnum etc etc...asal wagon je musti aku toleh 2-3 kali.
bila balik kampung, basikal anak, buah kelapa, cempedak no issue beb...sumbat je, tarak hal...
aku pernah pikir, kalau proton buat wagon, aku mesti beli punya...heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 amazed's post
slow2...beli je lah optra wagon nih..ok per...cuma pickup je la tarak...
FC ok kot? |
|
|
|
|
|
|
|
sejak pakai kenari nih dah terminat plak dengan keta2 yang bonet bersambung nih
senang nak bawak memacam
tapi rasanya kenari asil dah kecik sangat plak
minat la dengan magnum estate nih
tapi macam tak cukup duwet jek nak tuko keta |
|
|
|
|
|
|
| |
|