|
Dulu, kini, selamanya...
Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
Kuasa adalah resipi utama Ducati untuk meletakkan namanya sebagai pembuat motosikal terbaik.
DUCATI Sport Classic merupakan gabungan elemen
klasik pada sebuah jentera moden.
DUCATI, sama seperti penggiat automotif yang lahir di Itali seperti Ferrari dan Lamboghini, terpaksa berhadapan dengan saingan sengit terutama dengan label-label dari Jepun.
Syarikat yang lahir hampir sedekad yang lalu ini, bertukar pemilik beberapa kali namun berjaya mengekalkan populariti dan saingannya.
Resipi utama Ducati ialah meletakkan nama mereka sebagai pembuat motosikal yang mengutamakan kuasa. Mereka tidak membuat motosikal kecil untuk produksi massa, sebaliknya menumpukan kejuruteraan perlumbaan yang terbukti berjaya sehingga kini.
Zaman kegemilangan Ducati adalah pada era 70-an di mana mereka menguasai hampir setiap litar perlumbaan di mana-mana sahaja. Motosikal enjin silinder L berkembar adalah salah satu daripada senjata utama yang mengekalkan nama Ducati sehingga kini. Kini mereka hadir sekali lagi dengan menampilkan nostalgia lama ke pasaran moden.
Imej motosikal klasik pada sebuah jentera moden bukanlah sesuatu yang asing. Konsep klasik kini mula mendapat tempat di kalangan peminat motosikal di seluruh dunia dengan mengekalkan nostalgia lama pada reka bentuk dan gandingan teknologi moden pada enjin. Gabungan ini menjadikan motosikal yang satu ketika dahulu hidup di era Perang Dunia Kedua kembali ke jalan raya dengan reliabiliti (berdaya harap) yang jauh lebih baik.
Ducati adalah salah satu pembuat motosikal yang kini kembali membariskan model klasik mereka. Ya, anda kini tidak perlu lagi membayar harga tinggi untuk nilai klasik di pesta lelongan kenderaan ataupun terpaksa merayu kepada pemilik asal untuk menjual motosikal mereka. Hakikat bahawa kenderaan klasik memang mempunyai nostalgia silam yang kekal, menjadi lebih ikon bagi sebuah syarikat yang terpaksa bertarung sengit demi mengekalkan survival mereka dalam industri motosikal.
Model yang dipaparkan pada kali ini ialah model Ducati GT1000. Diasaskan pada platform asal GT 1000 model tahun 70-an yang kini mampu ditunggang sebagai motosikal harian. Dipadankan dengan enjin Desmo Berkembar, digabungkan dengan kerangka baru dan sistem suspensi moden yang jauh lebih lasak dan jitu.
Direka untuk menjadi salah sebuah motosikal berkuasa tinggi yang selesa ditunggang, GT 1000 tidak langsung mengenepikan aspek kuasa. Malah, ia sebahagian daripada matlamat binaan untuk menggabungkan keseronokan menunggang dengan tahap keselesaan yang munasabah.
Bar hendalnya direka tinggi untuk capaian mudah pada mana-mana siaz penunggang, hampir ke bahagian tangki bahan api tanpa mengganggu belokan penuh walaupun ditunggang oleh mereka yang bersaiz lebih enam kaki.
Tekniknya ialah dengan meletakkan posisi perehat kaki sedikit jauh ke belakang. Pembonceng belakang juga tidak akan terseksa seperti mana-mana jentera Duc sebelum ini. Posisi perehat kaki penumpang belakang juga cukup tinggi, mengelak daripada haba panas enjin dan juga posisi letakan yang dijamin tidak memenatkan untuk perjalanan jauh.
Walaupun berkonsepkan klasik, namun reka bentuk dan sifat sebenarnya mengutamakan kombinasi moden. Misalnya, tangki bahan api yang dikuruskan sedikit (berbanding model klasik yang gemuk dan menghalang angin melepasi badan penunggang).
Ia memberikan banyak kelebihan merentas angin dan sifat aerodinamik yang membantu memudahkan motosikal ini ditunggang dalam apa juga cara. Tangki tersebut juga dibina dengan mengikut kontur lutut supaya terdapat ruang lega antara kaki dan lutut untuk memudahkan motosikal direbahkan semasa mengambil selekoh.
DIBANGUNKAN di atas platform asal GT1000, ia
mengaplikasikan enjin Desmo Berkembar.
Garis kontur badannya yang sedikit berubah akibat penyesuaian teknologi tidak menggugat kosmetiknya secara fizikal. Interpretasi moden digarap dengan garis badan yang juga dikenali peminat sebagai garis perlumbaan 1970 Ducati. Kemasan kecil seperti penutup tangki krom merupakan imbasan klasik yang turut menampilkan imej sisi yang lengkap dan menarik.
Penelitian turut diberikan pada bahagian-bahagian lain untuk mengekalkan imej asal motosikal ini seperti bentuk roda aloi baru, papan instrumentasi, bar hendal dan penutup hon. Akhir sekali, rupa klasik tersebut disempurnakan dengan paip ekzos berkembar, satu di segenap sisi.
Tahun ini, GT 1000 diperkenalkan dengan warna baru, klasik dengan warna dua tona. Ia dikenali dengan warna perak dan kelabu kilat. Warna ini melengkapkan warna dua tona sedia ada iaitu krim dengan hitam bergaris merah.
[ Last edited by amazed at 5-6-2009 23:42 ] |
|
|
|
|
|
|
|
teruja dgn bunyi yang dikeluarkan... |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu bila aku lepak kat sunny, ada mamat nie bawak motor gt1000 tapi plate spore..
sorry to say this bike is very silent.. |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu bila aku lepak kat sunny, ada mamat nie bawak motor gt1000 tapi plate spore..
sorry to say this bike is very silent.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ducati idaman 'kaki motor'
Oleh ABD. HALIM HADI
| DUCATI bukan sekadar menjanjikan prestasi bahkan membawa bersama prestij kepada penunggangnya.
|
DUCATI Troy Bayliss 1098 R yang berdiri megah di bilik pameran Next Bike Sdn. Bhd. (Naza Automall), Petaling Jaya merupakan satu-satunya motosikal seumpama itu di negara ini.
Hanya 500 buah dikeluarkan di seluruh dunia dan unit tunggal giliran ke 340 itu kini hanya menunggu masa untuk disambar pemiliknya. Model menggunakan nama lagenda Ducati yang juga juara World Superbike 2008 itu kini dibuka untuk jualan pada harga RM330,000.
Pun begitu, harga tersebut bukanlah yang termahal pernah dijual untuk sebuah Ducati kerana sebelum ini replika MotorGP iaitu Ducati Desmosedici pernah mencecah harga RM700,000 di negara ini.
Harga yang mengejutkan bagi sebuah motosikal bukan? Namun, kedua-duanya bukanlah sembarangan model kerana hanya mereka yang betul-betul mengenali dan berjiwa Ducati sanggup mendapatkan koleksi terhad seperti itu.
Lupakan cerita edisi khas kerana jentera Ducati yang lain tidaklah semahal itu. Varian yang berkapasiti sama dengan Troy Bayliss 1098 R, iaitu Ducati 1098 (asas) dijual pada harga RM138,000 manakala Ducati 1098 (istimewa) adalah RM173,000.
Ducati 1198 dan Ducati 1198 S
Terbaru diperkenalkan di negara ini adalah Ducati 1198 dan Ducati 1198 S yang baru sahaja dilancarkan di Portimao, Portugal pada bulan lalu. Masing-masing dijual pada harga RM158,000 dan RM187,000.
Masih mengekalkan reka bentuk 1098, model tahun 2009 itu menggunakan enjin baru Testastretta Evoluzione dengan suntikan teknologi perlumbaan terkini dan terbukti melalui kejuaraan World Superbike 2008.
Selain kategori superbikes, peminat mempunyai pelbagai pilihan lain seperti street bikes, dual purpose dan klasik seperti Ducati Sport Classic, Hypermotard dan Multistrada. Model harga terendah adalah Ducati Monster berharga RM75,000.
Apakah keistimewaan motosikal yang menerima jolokan 慒errari On Two Wheels |
|
|
|
|
|
|
|
Gedung terbaru Ducati di Naza Autoworld
oleh ABD. HALIM HADI
| PANDANGAN luar bilik pameran Ducati yang terletak di Pusat Naza Autoworld, TTDI, Damansara.
|
PENGIMPORT dan pengedar tunggal Ducati di negara ini, Next Bike Sdn. Bhd. (Next Bike) yang merupakan anak syarikat Kumpulan Naza baru-baru ini melancarkan sebuah lagi bilik pameran motosikal itu sebagai memenuhi kehendak pasaran.
Premis kedua selepas pusat jualan dan servis di Naza Automall, Petaling Jaya itu kini dibuka di tingkat pertama Pusat Naza Autoworld, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Damansara, Kuala Lumpur.
Perasmian dilakukan serentak bersama pelancaran Pusat Naza Autoworld seluas 28,000 kaki persegi yang dibina dengan kos RM25 juta dan pelancaran model terbaru Ducati 1198.
Majlis disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Naib Presiden (Operasi), Datuk Zulkifli SM Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Asia Pasifik, Mirko Bordiga.
SM Faisal berkata, pelancaran satu lagi bilik pameran Ducati menandakan kejayaan Next Bike selepas sembilan tahun memegang hak pengedaran motosikal itu di negara ini.
" Peralihan konsep jualan Ducati daripada ruang pameran biasa kepada berpusat adalah sebagai petanda penguasaan lebih banyak motosikal itu di negara ini.
"Hasrat kita adalah untuk memberi perkhidmatan terunggul kepada setiap pelanggan termasuk kepada bakal pemilik Ducati 1198 dan 1198S yang baru saja dilancarkan di Portimao, Portugal baru-baru ini,"katanya.
Sementara itu, Bordiga dalam ucapannya berkata, pelancaran bilik pameran yang bertepatan dengan pelancaran dua model Ducati itu berupaya menarik minat lebih ramai penunggang di negara ini mendekati jenama berprestij itu.
"Ducati 1198 dan 1198S memiliki suntikan teknologi perlumbaan yang terkini berbanding model-model terdahulu.
"Ia adalah motosikal terbaik di dunia hasil kombinasi kepakaran pasukan jurutera dan pereka bentuk daripada pengalaman MotoGP dan World Superbike,"jelasnya.
Tambah beliau, pihaknya berbangga menjadi 'rakan kongsi' mereka (Kumpulan Naza) yang tahu menghargai keunggulan teknologi seperti yang diusahakan di Ducati.
Peluang itu juga menurutnya menjadikan negara ini sebagai destinasi terbaik untuk pasaran motosikal itu di rantau ini.
Dalam pada itu, SM Faisal berkata, Next Bike kini menawarkan barisan jentera terhebat Ducati merangkumi kategori superbikes, street bikes, dual purpose dan klasik seperti Ducati Sport Classic, Monster, Hypermotard, Multistrada dan terbaru Ducati 1198 dan 1198S.
Beliau juga menambah, bilik pameran baru itu bukan sekadar pusat sehenti bagi pemilik motosikal itu tetapi dibuka kepada semua peminat Ducati untuk 'menghampiri dan menyentuh' impian mereka.
Selain itu, bilik pameran turut menawarkan pilihan penuh aksesori Ducati termasuk pakaian dan ruang istirehat untuk pelanggan berkongsi 'cerita Ducati' mereka dalam kemewahan dan keselesaan rekaan kontemporari Itali.
Bagaimanapun, penyelenggaraan Ducati buat masa ini hanya dilakukan di premis Next Bike seluas 4,000 kaki persegi di Naza Automall Petaling Jaya yang mempunyai lima pelantar servis untuk semua model Ducati.
Sementara itu menurut SM Faisal, pusat Ducati kedua itu dijangka menyumbang 30 peratus daripada jualan Ducati di negara ini melalui jualan 120 model sepanjang tahun ini.
"Model terbaru 1198 pula telah pun terbukti menjadi jentera 'paling panas' berikutan tempahan sejak sebelum ia dilancarkan.
"Kita harap 13 unit yang diterima daripada Borgo Panigale, Itali ini akan 'bertahan' sehingga tempahan stok seterusnya tiba," ujarnya.
Dalam pada itu, Pusat Naza Autoworld di TTDI itu turut menempatkan pelbagai jenis kereta dan kenderaan import seperti juga di Naza Automall, Petaling Jaya. |
|
|
|
|
|
|
|
ade owner Ducati yg nak tukar suka sama suka ngan FZ aku? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 nik2121's post
aku ada |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 tuan_wu\ catat
ngan ko aku x mo |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 nik2121's post
aku pnya versi trbaru |
|
|
|
|
|
|
|
mmg fevret aku nih tapi duit tarak |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak tempek sticker ducati la kat muto aku...
dapat taruk sticker pun jadi la...nak pakai, jauh skali.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah test member aku nyer Duc Monster 600 dulu2....perghhh sodapnyerrrrr terasa enjin bergegar dlm tangan bila memulas trottle..dgn bunyik enjinnyer.... ekzoz plak vance&hines......perrghhhh...haihh terkenang zaman2 main motor dulu2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau la laku sehelai bulu rm1,nescaya cabut abis bengkak satu bdn pun masih tak cukup nak beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Errrrrrrrr...kalau x silap aku....erra fazira dah ada 2 bijik SBK Ducati kan...dia ni mmg peminat ducati ....
aku tetap minat busa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ducati mmg manthoppp kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
mantap bebbbbbb... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahaha...tp saiz spoket Ducati nun nampak mcm kecik yo...........SBK ni kan biasanya spoket dia besar gedabak?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|