CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 17795|Reply: 51

Budget Holiday - Taman Negara Pahang

[Copy link]
Post time 17-6-2008 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Sebenarnya Taman Negara Kuala Tahan. Sebab Taman Negara ni meliputi 3 negeri - Pahang, Terengganu & Kelantan.

Pengalaman saya ke Taman Negara Kuala Tahan.

Bagaimana ke sana ?

Sy dari Melaka. Kami (25 orang plus 4 kids) naik keretapi dari Tampin ke Jerantut. Tiket RM 17 (around that figure). Sampai di Jerantut, 4.30 am. Bentang flysheet kat tepi jalan depan stesyen keretapi, dan tidur sementara menunggu bas. Bas ke Kuala Tahan cume ada 2/3 kali sehari sahaja. Bas pertama pukul 6 am (public bas ni). Tambang = RM 6.00 sehala. Bas akan berhenti betul-betul depan sekolah.

Penting

Dahulu, sebelum ada jalanraya yg baik ke Kuala Tahan, utk ke TN, perlu ke Kuala Tembeling dan naik bot utk ke Kuala Tahan. Sekarang bot ni ada, tapi pada pendapat saya, tak perlu naik bot melalui Kuala Tembeling sebab kos bot mahal. Elok duit tu simpan utk aktiviti. Aktiviti di Taman Negara mmg hampir semua kena naik bot.

Penginapan Budget di TN

Agoh Chalet, Mat Leon, Teresek, Tembeling View Chalet.

Hotel : Mutiara Taman Negara, Woodlands dan Rainforest
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2008 10:42 AM | Show all posts
..sambung

Agoh, Tembeling View dan Teresek View terletak betul-betul depan jeti Taman Negara (opposite Mutiara Taman Negara). Kalau stay kat sini, selain dari boleh makan di chalet-chalet ni, ada restoran terapung depan jeti. Makanan nya ok, harga ikut harga standard lah - nasi goreng - RM 3.50 - 4.50.

Kami dulu stay di TVC, ambil pakej makan dengan mereka (owner dia Hajah Rosnah). RM 20.00 sehari (3xMakan), last night dia bagi BBQ dinner at no extra charge). Makanan dia best - kari ayam kampung, lemak cili padi ayam kampung, ikan tilapia sweet sour, patin tempoyak dan lain-lain masakan style kampung yg sungguh heaven ! Nasi lemak mereka, kami panggil nasi lemak paling sedap dalam dunia.

Kalau nak aktiviti yg exterme lasaknya, stay kat Mat Leon. Tp masalahnya kat Mat leon, ada extra kos, sebab Mat Leon jauh sikit dr Jeti Taman Negara. Nak kemana-mana nak kena naik bot. Sewa bot bukan murah.

Kalau stay kat chalet-chalet depan Jeti tu, turun jerlah ikut tangga atau ikut kami, abseiling jerlah ke bawah. Nak across the river cuma RM 1.00 jer.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:45 AM | Show all posts
bestnya ogy....bila la saya dpt p sana....
ada gambo..nk tgk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 10:46 AM | Show all posts
Aktiviti :

boleh rapid shooting (naik bot menongkah arus). Kalau ada few boats leh main perang-perang .. syok main air), caving adventure - pergi Gua Telinga main ngan kelawar, pastu bile keluar confirm akan berbau spt kelawar jantan - busuk giler!, swimming kat Lata Berkoh, Lubuk Simpon (only for good swimmer, sebab under current sungai-sungai ni mmg deras), melawat Orang Asli Settlement (org Batik) boleh try menyumpit, pasang api dll, naik canopy dan macam -macam lah.

Kalau macam saya, sy paaaaalinggg suka sebab udaranya yg bersih dan boleh mandi air sungai yg bersih tu. Best sangat !
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:54 AM | Show all posts
bajet holiday....agak2 per person berapa abis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 11:14 AM | Show all posts
Kami pergi Rapid Shooting



Semasa Rapid Shooting. Main perang-perang air



Ni Canopy Walk. Best sebab tinggi sangat !

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2008 11:20 AM | Show all posts

Reply #5 Mas916's post

Tak ingatlah Mas, berapa akak spent. Tapi mmg murahlah. Kami stayed kat Tembeling View Chalet. TVC ni overlooking Sungai Tembeling. Pagi-pagi, boleh tengok orang keluar dari jeti Perhilitan. View mmg best. Chalet dia murah jer RM 20- RM 50. Yg RM 50 tu, bilik iar dalam, yg murah tu bilik air kat luar. Shared bathroom. Oleh sebab akak bawak anak-anak teruna semuanya, senang lah. Ada Book rental kat sini. Leh pinjam/tukar/beli buku second hand. Paling best sebab ada ramai international backpackers kat sini. Dpt ramai kawan lah kami
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 11:23 AM | Show all posts
Pada pendapat akak, tak perlu pergi TN pakai agen sebab mahal. Kalau main terjah jer pun leh dpt chalet. Kalau tak sure, turun ke Floating Restaurant tuh, tanya budak-budak guide tu.

Kami pergi dulu, guide pun tak pakai, semua sendiri. Tapi kalau tak biasa outdoor takleh lah. Kami lain, kami mmg orang outdoor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2008 11:29 AM | Show all posts

Reply #8 ogyrosli's post

akak ogy..bile nk p lg..saya nk join..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 11:43 AM | Show all posts
sorry eh, takder gambar yg takder muka kitaorg. so abai muka kami yg tak lawa

Gambar Tembeling View. Owner dia Hajah Rosnah.
Ni restoran dia. Maximum 30 orang, tp kat depan tu ada lagi tempat makan untuk 20 orang.




Ni kawasan depan chalet-chalet dia yg untuk 4 sharing. Yg bumbung atap tuh lah chalet dia. abaikan kami yg sedang bermorning exercise.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 11:56 AM | Show all posts

Ni bot  utk menyeberang ke Taman Negara. RM 1.00 sehala.


Ni pulak bot ke Lata Berkoh. Bot nih maximum penumpang = 5 orang. Sewanya agak mahal, RM 120 satu bot. Bot lalu Sungai Tahan. Sungai Tahan airnya jernih berbanding Sungai Tembeling yg macam teh susu. Air jadi begitu disebabkan aktiviti pembalakan.

Ke Lata Berkoh, boleh singgah di Kelah Sanctuary. Ada banyak Kelah. Dalam Sungai ni pun banyak Kelah, tp takleh tangkap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 12:03 PM | Show all posts
Swimming kat Lata Berkoh. Jangan swim kat sini kalau anda bukan perenang yg bagus/kuat. Macam sy cakap tadi, kami pergi dgn kumpulan besar yg sebahagian besarnya mempunyai sijil menyelamat antarabangsa. Jadi agak beranilah berenang kat sini.



Kat Lata Berkoh banyak butterflies !



okay itulah jerlah gambar-gambar kots.

seronok lak letak gambar, sebab baru reti nak letak gambar !
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 12:29 PM | Show all posts
teruja la tgk pic u...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 12:31 PM | Show all posts

Reply #9 Mas916's post

okay .. bile akak pergi lagi nnt, akak bagitau Mas.

Mas mmg suka outdoor activities yer ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 01:08 PM | Show all posts
terujanya tengok gambar butterflies tu... selamba jer die dok dekat2 orang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 01:19 PM | Show all posts
Originally posted by ogyrosli at 17-6-2008 12:31 PM
okay .. bile akak pergi lagi nnt, akak bagitau Mas.

Mas mmg suka outdoor activities yer ?



suka jugak..tp jgn soh saya panjat gunung udah la..serender.....
stakat camping tepi pantai ka..dalm utan ok.

tgk baju serupa , kelab ke haper ni kak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2008 01:48 PM | Show all posts

Reply #16 Mas916's post

akak ada campingsite Mas. ni semua fasi-fasi Kem akak tu. kami mmg selalu pergi aktiviti outdoor ni. weekend nih pergi mancing udang galah
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 01:56 PM | Show all posts

Reply #17 ogyrosli's post

ooo...akaknyer campingsite tu kt MElaka ka?
mancing kt sg mana?

yg skarf biru tu akak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2008 01:59 PM | Show all posts
haah kat Melaka. Mancing Udang Galah kat Semasih. Tengah musim. Selalu musim udang = musim durian. Bila ada durian, adalah udang.

Mas kat mana ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 02:03 PM | Show all posts

Reply #19 ogyrosli's post

saya kt PEnang..

oo..baru tau musim udang = musim durian...

kt kg saya pun ada gak org mancing udah galah.....tp kalau udang galah bermakna ada......  ngeri seh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.093053 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list