|
:: ~ bersambung...versi II ~ ::
Mukadimah
Pasir Gudang ialah sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor, Malaysia. Bandar ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) iaitu sebuah badan khas milik Perbadanan Johor. Menjelang tahun 2007, Pasir Gudang telah berusia 30 tahun. Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang.
Pendidikan
* SK Pasir Gudang 1
* SK Pasir Gudang 2
* SK Pasir Gudang 3
* SK Pasir Gudang 4
* SK Taman Pasir Putih
* SK Taman Cendana Laman web rasmi SK Taman Cendana Laman web SKTC
* SMK Pasir Gudang 1
* SMK Pasir Gudang 2
* SMK Pasir Gudang 3
* SMK Taman Pasir Putih
* SMK Taman Kota Masai
* Politeknik Pasir Gudang.
Kawasan perumahan
Terdapat beberapa kawasan perumahan di Pasir Gudang seperti Taman Mawar, Taman Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana, Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Taman Kota Masai, Taman Scientex dan Perumahan Bakti.
Setiap kawasan perumahan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman permainan, surau, kedai, sekolah, telefon awam dan lain-lain. Bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga di kawasan perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang telah mengadakan pertandingan kawasan perumahan terbersih dan tercantik.
Perubatan
* Hospital Penawar
* Hospital Waqaf
* Klinik Johor
* Klinik Kerajaan Pasir Gudang
* Poilklinik Penawar
Rekreasi
* Bukit Layang-layang
* Kelab Golf Tanjung Puteri
Pelancongan
* Pesta Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang
* Muzium Layang-layang Pasir Gudang
* Litar Perlumbaan Johor (Johor Circuit)
Sumber : Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. |
|