CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9406|Reply: 8

punca keta bergegar ketika memandu!!

[Copy link]
Post time 23-6-2008 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Pelbagai punca gegaran semasa pemanduan
Gegaran ketika pemanduan sering kali dikaitkan dengan masalah penjajaran atau imbangan tayar.

Kadangkala pemandu menjadi bosan dengan masalah ini kerana walaupun telah banyak kedai perkhidmatan tayar dikunjungi, tetapi masalah tetap tidak selesai.

Perlu diingat, bukan semua masalah pada gegaran ketika memandu berpunca dari tayar, tetapi kadangkala mungkin berlaku kerosakan pada komponen-komponen lain kenderaan itu sendiri.

Sebagai contoh, ia mungkin berpunca dari kerosakan dalaman kotak gear (gear box/transmission), batang pemacu (drive shaft), pemegang enjin (engine mounting) bahkan mungkin juga akibat rim atau tayar yang sudah bengkok.

Jika ia disebabkan oleh kerosakan dalaman gear box/transmission, keseluruhan kereta akan bergegar terutamanya ketika pemanduan melebihi 80km/sejam. Puncanya ialah komponen axle yang terdapat dalam gear box/transmission mengalami kerosakan.

Langkah yang perlu diambil adalah dengan membuat pembaikan menyeluruh (gear box/transmission complete overhaul) pada komponen ini. Walau bagaimanapun, cuba kenal pasti dan selesaikan terlebih dahulu punca-punca lain masalah gegaran itu sebelum melakukan overhaul.

Kadangkala kerosakan drive shaft juga boleh menyebabkan gegaran yang kuat ketika pemanduan. Gegaran akibat daripada kerosakan ini dapat dirasai terutamanya di lantai hadapan kenderaan.

Kerosakan pada drive shaft ini mungkin berpunca daripada beberapa faktor antaranya di makan usia, pernah terlanggar lubang yang dalam atau pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian tayar.

Kerosakan pada drive shaft mesti diambil perhatian serius kerana ia melibatkan keselamatan ketika pemanduan.



so far aku bawak keta aku tarak gegar lagi... tapi kalu pada yg ada masalah ni.. hah!!  tu mungkin ada sebab2nya tu.. aku harap artikel tu dapat jawab sikit soklan2 tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2008 10:30 AM | Show all posts
aku nye dulu gegar sbb engine mounting.. tuka trus xde gegar. bwh lebih 120 pn steady..

tp skang x bwh laju2 dah.. jimat minyak. heheh. bwk 70-80. mrh org blakang...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 12:14 PM | Show all posts
malas betul kalau kena baca panjang2 ni

smmarize kan tak bley ke cik amazaed??
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 02:39 PM | Show all posts
kereta bergegar? Jalan malaysia memang tak rata dan berlubang2. Rakyat kena faham tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 03:25 PM | Show all posts
Bergegar.... itu tandanya gempa bumi nak berlaku tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2008 04:04 PM | Show all posts
Originally posted by courtney_xo at 23-6-2008 12:14 PM
malas betul kalau kena baca panjang2 ni

smmarize kan tak bley ke cik amazaed??



kalu ko nyer keta  gegar  sana gegar sini....    ko jumpa  mekanik.. biar dia tengok2 kan..  

kalu ko nyer yg .... dot dot dot.. gegar sana sini...  yg tu ko jumpa aku aje...      ... aku leh tengok2kan.. (tengok ajer..  dulu...    )
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2008 05:05 PM | Show all posts

Reply #6 amazed's post

bak letak gambar ko la...

aku byk member yg tak kawen lagi ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2008 05:18 PM | Show all posts
Originally posted by courtney_xo at 23-6-2008 05:05 PM
bak letak gambar ko la...

aku byk member yg tak kawen lagi ni



member ko buat per.. aku nak gambo ko ajer...     ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2008 06:23 PM | Show all posts

Reply #8 amazed's post

aku tak ble bergambo laaa....

allergic sket
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.062912 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list