Tak tau la kisah si GINA ni dah ada. Just nak share dengan forumners semua.
BMW Gina light Visionary Model telah dipamerkan di Muzium BMW di Munich pada awal bulan lalu. Kereta konsep ini menggambarkan bagaimana jurutera-jurutera BMW bergabung tenaga untuk menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan fikiran manusia (tak tercapai dek akal mu....elyana). 'GINA' adalah gabungan 'Geometry and Functions in 'N' Adaptation'.
Sesuatu yang "wow!!!@wunderbar@masyaAllah" bagi siapa yang pertama kali melihat kereta ini adalah lapisan luarnya bukan diperbuat daripada kepingan-kepingan besi, tetapi keseluruhan kerangka kereta ini dibaluti dengan sejenis fabric. Fabric ini dikawal oleh kerangka@'tulang' dalaman dan 'carbon fiber wire'@otot. Ianya dikawal oleh alat 'electro-hydraulic' yang membolehkan kereta ini berubah bentuk. Contohnya lampu depan boleh ditutup seolah-olah mata manusia, hood yang boleh dilarasakan dan bonet kereta yang boleh terbelah untuk menunjukkan enjin. Bukan itu sahaja, tempat duduk juga boleh diselaraskan mengikut bentuk badan manusia.
Hmmm ada faham? tarak faham kalu, gambar ada sini bawa
p/s: nnt kite boleh le beli kain ela utk dibuat keta... ...dekat2 raya makin sibuk le tukang jahit..nak jahit baju melayu lagi..baju kurung lagi...nak jahit keta lagi....