CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4144|Reply: 10

BMW HP2 Megamoto

[Copy link]
Post time 2-8-2008 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Bukan untuk amatur  
Oleh : IRWAN ASRI MOHD NOR
Masih kekal dalam segmen mewah, BMW HP2 Megamoto ini hadir untuk terus memukau kaki motor dunia.





BMW seperti yang kita semua ketahui, memiliki sejarah automotif yangpanjang dan sukses. Ia memiliki kepentingan yang besar dalam banyaksyarikat automotif asing, kejuruteraan automotif yang konsisten sertaproduk inovatif yang berbeza daripada segenap sudut.

Setiap kali BMW menerima ketua jurutera reka bentuk baru, duniaautomotif akan dikejutkan dengan rekaan baru yang meninggalkan generasisebelumnya jauh ke belakang.

BMW masih dengan tradisi perniagaan automotif Jerman, berlandaskan teknologi dan kredibiliti sebagai jenama mewah.

BMW Motorrad adalah cabang rangkaian perniagaan penting syarikatini. Dengan pengikut setia dari seluruh dunia, motosikal yang dibinamenggunakan asas enjin empat silinder sebaris dan boxer ini masih kekalsebagai jenama mewah pasaran motosikal berkuasa tinggi moden.

Ia mungkin tidak dikenali dalam dunia perlumbaan antarabangsaSuperBike atau MotoGP, namun hakikatnya, BMW menguasai pasaranmotosikal mewah yang dahulunya tidak langsung dianggap berpotensi untukberkembang maju.

BMW HP2 Supermoto ini adalah jawapan kepada pasaran KTM 950SM, BuellSuperTT dan Ducati Hypermotard. Motosikal naked atau supermoto denganenjin lebih 1000cc kini dilihat sebagai pasaran baru dalam segmenmotosikal berkuasa tinggi semasa.

Secara visualnya, ia kelihatan seperti sebuah motocross yang direkauntuk spesifikasi tarmac. Namun hakikatnya, ia lebih kepadakejuruteraan serius untuk mereka yang mahukan sebuah motosikal 憈inggi抷ang berkuasa di atas jalan raya.

BMW cuba untuk mengekalkan konfigurasi rangkaian enjin boxerberkembar pada HP2 Megamoto. Sebenarnya, motosikal ini dihasilkandaripada asas maxi-enduro dengan kebanyakan peralatannya berkongsi samaseperti model enduro terbesar BMW tersebut.

Model enduro yang kini banyak digunakan dalam acara motorcross danrali juga telah membuktikan bahawa enjin boxer memang dinamik dan lasakdalam kegunaan paling ekstrem.


MODEL ini menjadi pesaing paling hampir dengan model KTM 950SM, Buell SuperTT dan Ducati Hypermotard.

Konsep motosikal ini ialah untuk mendapatkan kuasa yang seimbangdaripada enjin boxer dengan kerangka yang terbukti tegar dan senangdikendalikan.

Suspensi istimewa BMW adalah jawapan kepada kestabilan motosikaluntuk kelajuan tinggi dan meratah selekoh dengan yakin. Sistem yangdikenali sebagai Telelever dan Paraleveler ini masing-masing memastikandinamik pengendalian diperoleh menerusi gabungan kerangka, suspensi danenjin yang tepat.

Ia kelihatan seperti sebuah gergasi dari segi fizikalnya, namunmotosikal ini memiliki berat kurang daripada 200 kilogram (kg). Denganjarak roda 63.4 inci dan ketinggian tempat duduk 36.2 inci, ia bukanlahsebuah jentera yang direka untuk amatur.

Ia adalah produk khusus untuk mereka yang inginkan sebuah supermotoyang bukan hanya pada saiz, tetapi juga pada kuasa. Begitupun, denganketinggian tersebut, BMW berjanji bahawa ia lebih mudah dikendalikanberbanding model adventure mereka sebelum ini.

Brek hadapan Megamoto ini dipasangkan dengan sistem empat ombohBrembo dengan sepasang piring cakera berukuran 320 mm, mengambil tempatlebih separuh daripada rekaan roda hadapan ini.

Hasilnya? Pakej pemberhentian yang cemerlang apabila digandingkandengan rotor 265mm di belakang dengan dua pot brek sebagaipengangkupnya.
Unit enjin yang dipasangkan pada jentera ini secara asasnya adalahsama dengan siri 1200GS dan HP2 Enduro. Ia memiliki kuasa yang banyakdan tork yang tinggi.

BMW mendakwa ia mampu menghasilkan 113 kuasa kuda pada 7500rpm dan85 paun/kaki tork pada 6000rpm. Untuk memastikan kenaikan injap ekzoslebih cepat, BMW memadankan aci sesondol berprofil perlumbaan, cukupagresif apabila dipadankan dengan sistem ekzos rekaan firma terkenalAkrapovic.


BMW mengekalkan aplikasi enjin boxer berkembar untuk prestasi terbaik.

Membuktikan kepantasan gergasi ini ialah tahap pecutannya yang hanyamengambil masa tiga saat untuk kelajuan daripada 0 hingga 60 b/sj.Kelajuan tertinggi yang pernah dicatatkan ialah 244 kmsj dalam trekperlumbaan untuk laluan lurus yang agak pendek.

Apa yang pasti, tubuh badannya yang besar adalah menjadi sebahagiandaripada faktor yang membolehkannya ditunggang pantas dalam kawalanpenunggang.




DUIT BERKEPUK-KEPUK BOLEH LA BELI..

[ Last edited by  selipar_hijau at 2-8-2008 01:01 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2008 02:08 PM | Show all posts

Reply #1 selipar_hijau's post

macam best je... tapi yang pasti kalau yang ketinggian kurang dari 5 kaki lupakanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 07:00 PM | Show all posts
Berapa rege nih?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 12:03 AM | Show all posts
lawa betul helmet MX dia..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2008 01:39 AM | Show all posts
aku pn x tau harga dia brapa  
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 09:36 AM | Show all posts
Harga mestila lebih RM 100k.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2008 03:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 01:51 PM | Show all posts

ni lagi info pasal megamoto ni

BMW HP2 Megamoto - Megamoto baru BMW

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR

Impresi pertama apabila melihat jentera ini ialah tidak ramai menyangka ia daripada keluarga BMW. Tetapi mengenalinya lebih lanjut menimbulkan rasa kagum.



HP2 Megamoto banyak membuka mata pengeluar
motosikal berkuasa tinggi dari Jepun dan Itali.



BMW, seperti mana pengeluar motosikal moden, kini menjanjikan pelbagai produk pilihan pengguna untuk profil penunggang yang berbeza.

Sejak beberapa tahun lalu, BMW mula meluaskan pasaran mereka dengan tidak hanya menumpukan pada penghasilan motosikal berprestij semata-mata.
Namun, sekalipun telah turun selangkah ke bawah bagi mencuri pasaran yang selama ini mereka tinggalkan, piawaian kualiti yang ketat menjadikan setiap model baru pengeluar dari Jerman ini dilihat sebagai produk eksklusif.

Berbeza dengan garis panduan yang telah ditetapkan pada jurutera BMW Motorrad sebelum ini, model-model baru yang dihasilkan merupakan interpretasi kebebasan yang diberikan pada setiap pasukan pembina untuk melihat pelbagai model BMW terhasil untuk pasaran moden.

Setiap pasukan itu diberikan tanda aras tertentu untuk melahirkan profil baru BMW bagi pasaran yang telah dijangka. Justeru, lahirlah motosikal ‘pelik’ yang berbeza daripada tradisi BMW yang pernah kita kenali.

HP2 Megamoto dihasilkan daripada pembaharuan yang ingin dilakukan BMW. Motosikal ini bukan sahaja membuka mata pengeluar Jepun dan Itali, malah peminat BMW sendiri.

Dengan berpegang pada landasan asal, HP2 Megamoto adalah contoh bagaimana dengan kepakaran teknologi anda mampu melahirkan sebuah motosikal bukan tradisi yang jauh lebih baik daripada pengeluar lain.




Pada tingkat kuasa 113 kuasa dan 85 paun tork, ia bukanlah sebarangan motosikal jenis ‘naked’. Ia sebuah supermoto yang dicipta dengan gabungan enjin dan teknologi yang padat, pada casis akhir yang hanya seberat 178 kilogram keseluruhannya.

Enjin 1170cc susunan boxer BMW yang terkenal itu menampilkan banyak teknologi yang dipinjam daripada siri K.

Malah, ia adalah enjin produksi paling lama bertahan dalam sejarah. Konfigurasi boxer dua silinder ini telah diaplikasikan buat kali pertama pada tahun 1923. Asas ini telah dimodenkan dari setahun ke setahun menjadikannya antara model dua silinder paling tahan lasak.

Enjinnya dikawal oleh sistem pengurusan komputer canggih BMW yang dikenali sebagai BMS K. Setiap satu daripada empat injap bersaiz 36mm pada intake dan 31mm pada ekzos membakar lejang mampatan dengan efisien, berbanding mana-mana jenis pengurusan enjin moden yang ada di pasaran.

Kuasa tersebut kemudian disalurkan kepada kotak transmisi 6 kelajuan dengan sistem klac kering dan pengubah hidraulik tunggal. Gear-gearnya juga menerima nisbah yang diperbaharui daripada jalinan kuasa yang diuji berkali-kali sebelum enjin tersebut dilepaskan untuk produksi massa.

Enjin yang bagus semata-mata tidak akan lengkap tanpa sebuah kerangka yang sempurna. Seperti yang anda ketahui, BMW merupakan peneraju teknologi yang pakar dalam menghasilkan casis paling bagus.

ENJIN Boxer 1170 cc 2 silinder ini telah dimodenkan dan tahan lasak.

HP-Megamoto mendapat kerangka Tubular yang diintegrasikan bersama suspensi WAD di hadapan berukuran 45mm. Di belakang, suspensi paralever EVO mengambil posisi seperti kebanyakan lengan ayun model-model BMW yang lain. Gabungan kerangka dan suspensi yang mantap ini memungkinkan Hypermoto dilanyak di laluan sukar, namun masih stabil diperah di litar-litar pendek.

Sistem brek telah dimajukan sendiri BMW menerusi sepasang angkup empat omboh di hadapan dengan rotor 12.6 inci. Keupayaan membrek kemudian disempurnakan lagi di bahagian belakang dengan rotor 10.4 inci dengan angkup tunggal.

Selain memberi penampilan yang menarik, roda aloi lima jejari berkembar 17 inci yang dipasangkan pada motosikal ini juga menjalani ujian kestabilan yang rumit. Untuk produksi akhir, tayar-tayar 120/70 telah dipasangkan di hadapan dan 180/55 di belakang.

Reka bentuk megamoto ini telah meninggalkan zaman lama BMW. Jurutera reka bentuk model ini berjaya menghasilkan sesuatu yang ‘bukan’ BMW.

Malah, ramai pengkritik menganggap BMW Motorrad kehilangan arah kerana menghasilkan rekaan sedemikian. Namun tidak kurang pula yang memuji keberanian BMW untuk keluar daripada kelompok reka bentuk besar dan gagah.

HP2 ini jauh lebih kecil secara fizikal berbanding enjin 1200cc yang dimilikinya. Namun, ia tetap memiliki sentuhan BMW seperti yang diinginkan. Jalur badan, lengkok casis serta grafik warna yang dikenakan padanya meletakkan model ini sebagai tanda BMW sudah bersedia untuk meluaskan empayarnya dalam segmen yang berbeza.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2008 05:03 PM | Show all posts
aku skip je la nih... kalau pun aku ada duit dan nak beli moto beso, aku amik R1 atau CBR1000
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 06:15 PM | Show all posts
erkk..kalu ujan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 06:19 PM | Show all posts

Balas #10 reez54\ catat

bawak moto2 besar macam ni bukannya utk urusan wajib...tapi ukt suka2 ride ujung minggu...so, kalu hujan, berhentilah kat mana R&R, coffee House ke, sambil pekena nescafe panas...tapi kalu terperangkap dlm hujan secara tiba2, berhentilah bawah jembatan sambil pekena curut Cuba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.069617 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list