CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5699|Reply: 9

Rumah 150 tahun

[Copy link]
Post time 2-8-2008 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Resort yang bertemakan warisan Melayu Terengganu ini sesuai dijadikan destinasi percutian buat seisi keluarga.


RUMAH  persinggahan pahlawan Melayu, Mat Kilau antara rumah asal yang menjadi tapak kewujudan Warisan Pahlawan Resort.

Jika ke Bandar Kuala Berang, di Hulu Terengganu, jangan lepaskan peluang singgah di Warisan Pahlawan Resort.Terletak kira-kira 5 kilometer dari Bandar Kuala Berang ke arahEmpangan Tasik Kenyir, resort yang bertemakan warisan Melayu Terengganuini sesuai dijadikan destinasi percutian buat seisi keluarga.

Kedudukannya betul-betul di pinggir jalan sebuah kampung bernama Kampung Pauh.Pengunjung yang melihat sendiri keindahan dan keunikan empat buahrumah Melayu lama Terengganu itu, sudah tentu akan menghargai usahapemiliknya mengekalkan warisan bersejarah berusia lebih 150 tahun.

Seperti yang diceritakan pemilik resort ini, Tuan Ahmad TuanAbdullah, 49, (Pak Tun), asalnya beliau dan isteri, Zaimah Osman, 49,hanya berminat memiliki rumah-rumah lama. Ini kerana mereka sayangmelihat rumah-rumah tersebut terbiar reput dimamah usia.

Lebih-lebih lagi mengenangkan sebuah daripada rumah-rumah itu pernahmenjadi rumah persinggahan Pahlawan Mat Kilau di Kampung Pasir Nering,pada zaman Melayu silam.






Menurut Pak Tun, rumah-rumah lain diperolehnya di kawasan pedalamanHulu Terengganu. Rumah-rumah tersebut kemudian dibawa ke tapak sekarangdan dibina semula dengan sebahagian kecil bahagian rumah yang hilangdan rosak diganti mengikut bentuk asal.

"Kami kemudiannya mengupah seorang tukang ukir kayu bagi mendapatkankembali ukiran asal yang kebanyakannya hanya boleh didapati dirumah-rumah milik bangsawan dan orang-orang kaya dahulu," jelas Pak Tunmerujuk kepada ukiran kayu yang halus dan berseni pada hujung bumbungrumah yang beratap senggora.Ukiran itu turut dibuat pada siling, kekisi tingkap dan kepala tangga.

Usaha pemuliharaan secara persendirian yang memakan masa hampir tigatahun itu membuahkan hasil apabila keunikannya mendapat perhatian orangramai yang melalui ke kampung tersebut.

"Mulanya kami rancang hendak buka sebuah restoran memandangkan sayajuga mengusahakan kedai makan di Bandar Kuala Berang. Tapi, bila adaorang yang datang minta disewakan sebagai tempat mereka bertandangsebelum ke rumah pengantin, kami mula bertukar fikiran. Cuba pulamenjadikannya sebagai homestay," katanya ketika ditemui baru-baru ini.Bagaimanapun, konsep tersebut terpaksa ditukar apabila mendapat nasihat daripada beberapa pengusaha agensi pelancongan tempatan.




BILIK  yang dilengkapi dengan katil kayu dan tilam kekabu.


Terdapat 13 buah bilik dilengkapi katil kayu. Bagi memberi sentuhanlama, dua daripada rumah tersebut memiliki bilik air yang dibina dibelakang rumah.

"Sengaja saya buat begitu kerana orang dulu-dulu, mana-mana rumahyang ada anak dara, mak ayah akan temankan mereka ke bilik air padawaktu malam sambil menyuluh di bawah rumah. Biar tetamu dapat merasaisusahnya orang dahulu jika mahu ke bilik air pada waktu malam," jelasPak Tun.

Apabila datang ke tempat berlatarbelakangkan tanah pergunungan danTasik Kenyir di utaranya, alam semula jadi tentu dijadikan tarikanutama.

Malah, resort yang dibina di dalam dusun buah-buahan ini juga bolehdijadikan satu destinasi eko-pelancongan. Ini kerana selain TasikKenyir, di daerah ini jugalah terjadinya pertemuan tiga batang sungaiiaitu Sungai Tersat, Sungai Berang dan Sungai Terengganu.

Antara pakej yang disediakan ialah pakej tiga hari dua malam termasuk memancing dan berkhemah di hutan.
Selain pakej eko-pelancongan, resort ini turut menyediakan sebuah surau kecil untuk mereka yang memilih pakej kerohanian.
"Siang mereka boleh mengikuti pelbagai aktiviti seperti trekkingatau melawat tempat-tempat menarik di sini. Manakala malamnyadihabiskan dengan aktiviti kerohanian daripada seorang guru agamabertauliah," jelas Pak Tun.

Selain keunikan itu, pengunjung juga boleh melihat dan mencuba sendiri beberapa aktiviti masyarakat Melayu tradisional.
Antaranya ialah menumbuk emping dan persembahan silat kura-kura.Nikmati buah-buahan secara percuma seperti durian, duku dan langsatapabila tiba musim buah-buahan.




GOLONGAN belia tempatan mempersembahkan silat kura-kura yang menjadi antara tarikan utama pengunjung ke Warisan Pahlawan Resort.


Tanpa perlu alat penghawa dingin, suasana dan udara di dalam rumahpada waktu siang sangat selesa. Persekitaran rumah dikelilingi olehpohon-pohon kayu yang meredupkan suasana.

Manakala lantai dan dindingnya ada yang diperbuat daripada kayu dan buluh.Pada waktu malam, selepas menikmati hidangan makan malam, pengunjungboleh juga menikmati keenakan jagung bakar yang terkenal di kawasanHulu Terengganu.

Bayangkan betapa nyamannya ketika anda berbaring di atas katil kayuyang bertilamkan kekabu sambil mata lali merenung alang kayu, tentusahaja mengembalikan suasana pada zaman silam. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2008 07:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 11:57 PM | Show all posts
kat malaysia ni, aku perati.. kurang amik peko bab heritage... aku tgk di kb cukup lah, certain2 kedai , yg bina time ww2 tu pun dah renovate jadi kedai moden... nampak janggal... satu row kedai2 lama, 2 - 3 butir keda tu, buat pesen kedai moden
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 08:50 AM | Show all posts

Balas #3 Joe Hahn\ catat

tu la...
stuju yg amat sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 03:42 PM | Show all posts

Reply #4 nik2121's post

penang dan melaka dah jadi tapak warisan dunia, harap2 kerajaan malaysia pandai2 la handle..jangan lak jadi cam a famosa, sedepa kat depan bulih buat mall / care4..tah pape je

padahal kalau buat projek gali sekitar melaka tu, mesti banyak barang2 lama boleh jumpa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 05:21 PM | Show all posts

Balas #5 Joe Hahn\ catat

erk...
bukan ke kg cina pun da lama jd world heritage?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-8-2008 06:44 PM | Show all posts
kalu ada pitih, aku nok wak se umoh kayu ni....tapi mahal la skit..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 05:02 AM | Show all posts

Reply #7 BeachBoys's post

umoh kayu dop tahan nye anai2..tiap2 tahun mesti ade satu hari kno perang ngan anai2..h uh u

tp aku setuju..umoh kayu lagi lawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2008 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by ritzz at 4-8-2008 05:02
umoh kayu dop tahan nye anai2..tiap2 tahun mesti ade satu hari kno perang ngan anai2..h uh u

tp aku setuju..umoh kayu lagi lawa


biar rohok skit pong,aku dok kesoh.janji warisan tok nyang aku terpelihare.rumoh arwoh tokki aku dulu kat kg rusila pong gini gok.tapi rombok abih doh....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2008 09:55 PM | Show all posts
senibina kelate nga tganu kecuali pahang meme banyok persamaan kecuali satu jah, cuba demo teka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.713785 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list