View: 6908|Reply: 56
|
Perlukah percaya pada sixth senses........
[Copy link]
|
|
Sebelum ni aku dah pernah bukak thread kat FD ni pasal suami aku penah kantoi dengan pempuan yang dikenali melalui seorang kawan.
aku tak penah syak wasangka kat laki aku sepanjang 4 tahun kami kawin. sampailah aku duk terasa yang laki aku mula pelik dari biasa...
pelik tu maksud aku, lain dari sebelum kami kenal. dia yang aku kenal adalah tak romantik. tapi semenjak dia ada GF dia lebih caring, romantik.
pastu, bila kantoi jer dia teruskan lah jugak caring dia ngan aku tu. tapi tak lama lah, sekejap jer.
and then, bila dalam duk diam tu aku dapat rasa jugak yang dia mesti masih ada hubungan dengan pempuan tu. rupa2 nya betul. dalam seminggu lebih jer kantoi lagi kali ke3 ngan aku.
sebab tu lah sekarang ni bila aku mula rasa tak sedap hati, aku jadi terfikir balik adakah sixth senses aku kali ni betul lagi...?
tapi aku tak ada bukti... hp dia pun aku susah nak check sekarang (aku hanya jumpa sekali seminggu jer)
aku cuba wat selamba jer. tapi setiap kali aku jumpa ngan suami aku, aku mula rasa tak sedap hati.
dia memang jenis tak kisah ngan aku. aku dah biasa macam tu.
tapi kali ni lain sikit. aku rasa macam ada something wrong ngan dia.
entahlaa... aku dah penah wat solat istikharah. dan aku berbaik semula ngan suami aku setelah aku mimpi yang aku berbaik semula dengan suami aku selepas kami jumpa anak kami di simpang satu jalan. dalam mimpi tu, aku macam bergaduh gila2 ngan laki aku sampai dia nak naik tangan nak pukul aku. tapi tiba2 kami diam bila kami nampak anak kami kat satu simpang kat depan kami.
pas aku mimpi tu, aku wat keputusan berbaik semula dengan suami aku walaupun famili aku tak setuju. aku KIV kes aku kat pejabat agama.
tapi suami aku wat selamba jer pas kes tu. bukan kami makin rapat atau makin dekat. masih jumpa seminggu sekali.
cuma, lately aku rasa dia macam lain jer..... entahla...
apa pendapat korang???? adakah aku perlu check semula my hubby. banyak kut silap aku dalam hal ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
klu wat solat istikarah neh...
biasanya Allah bagi petunjok lam bentuk mimpi ka?
or is it mende yg mimpi yg kita memang ingin mimpikan
cos..kekadangkan...haku neh...kekadang mengidam nak makan chocolate..choc cake..buffet..
mimpi laki yg haku minat...
dah tuh haku terbawa2 melalut ke mimpi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 smarties78's post
apa terjadi pada anda..
kepercayaan mula berkurangan....
syak wasangkan memjadi jadi...
perbualan bersama akan menjadi hambar...
kemesaraan anda turut tejejas...
apa harus buat...
apakah sanggup hidup terus ditipu dan dipermainkan..... game over..
masih memerlukannya.... cari jalan utk menyedarkan akan perbuatannya..
perlu kuat semangat untuk memaafkan nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Smarties,
Kalau Smarties dah buat solat istikharah. Berubah pulak buat solat hajat..
Apa harapan Smarties sendiri pada perkahwinan Smarties dan pada suami
smarties sendiri?
Buatlah solat sunat taubat dulu dan seterusnya solat hajat.
Dan sebaik-baiknya buatlah solat hajat 12 rakaat dengan 6 salam.
Mengadu sungguh sungguh pada Allah S.W.T.
Allah yang memiliki hati manusia. Ada hikmah yang kita pun tak tahu melainkan
kita memohon padaNya.
InsyaAllah, Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Mohonlah dengan hati yang tulus dan mengharap.
Semoga ada sinar kebahagiaan.
Percayalah pada sixth sense kerana itulah deria hati yang Allah hadiahkan untuk seorang isteri yang di nikahkan atas izinNya.
Bila Allah menghantar isyarat, bermakna, dia juga akan menyertakan nya dengan
penawar.. Maka tunduklah kita mengharap keampunan dan pertolonganNya.
Mudah- mudahan Allah melapangkan jalan dan rezeki Smarties. :flower: |
|
|
|
|
|
|
|
six sense tu naluri...
naluri ppuan nih kuat..rasa hati dia lebih kuat dari akal...
naluri boleh di jadikan panduan..tapi perlukan kawalan dan bimbingan dari akal supaya tindakan yang diambil lebih rasional...
lagipun kalau kita terlalu percaya kepada naluri...banyak benda yang kita tak dapat nak lakukan atau percayai kerana terlalu percayakan naluri....
berdoa la bebanyak dan solat minta petunjuk..
lebih lega seperti itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nasikayampedas at 7-8-2008 11:35 PM 
six sense tu naluri...
naluri ppuan nih kuat..rasa hati dia lebih kuat dari akal...
naluri boleh di jadikan panduan..tapi perlukan kawalan dan bimbingan dari akal supaya tindakan yang diamb ...
Kadang2 naluri tu hanyalah "cemburu buta"........tu yg kena hati2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
:@ :@ sakit jiwa tu sebenarnya tanda sayang..
lelaki je yang tatau nak hargai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 demonagirl6's post
bagi aku, solat istikharah ni hanyalah utk bebaskan kita dari was-was dan keraguan.
kebenaran akan datang, ditunjukkan dlm berbagai cara. mungkin takde langsung.
Allah tu tuhan. ko mintak la doa, mintak petunjuk.
even solat sunat biasa pun, kalo ko niat betul, tentu Dia akan beri apa yg ko do'a.
tak semestinya kene solat hajat, taubat, istikharah semua tu.
mungkin kebanyakan dari kita dah lupa, Allah cipta kita untuk apa. bila kita leka dgn dunia dan perasaan duniawi kita, cinta pada harta dan saudara, pesongan tu agak tebal utk kita sedar yg kita patutnya dahulukan Allah, baru dunia ni. at anytime, kita perlu bersedia utk let-go dunia ni. bila ada sifat zuhud tahap ni, baru la kita tak gabra sangat bila ujian2 dan cabaran diberi pada kita.
apa yg Dia hendaki, jadilah ia.
surah ya-siin, ayat 82.
[ Last edited by bzzts at 8-8-2008 03:40 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 smarties78's post
kdg2 6th sense pompuan ni dtg dgn ASSUMPTION (bersangka buruk je)
tu yg tak baik..lg2 lelaki tu ada sejarah..
bg yg lelaki ada sejarah..mmg la kene waspada..
waspada pada si dia..dan
waspada dgn hasutan syaitan yg byk menghasut..bukan2..lg3 time peod. |
|
|
|
|
|
|
| |
|