CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9292|Reply: 16

Dugaan Misbun Sidek - isteri masuk wad

[Copy link]
Post time 17-8-2008 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Misbun berdepan saat sukar ketika isteri dan anak didiknya bergelut dalam dunia berbeza

Mukadimah
KILAUAN air di kelopak mata Misbun Sidek ketika anak didiknya Lee Chong Wei mencipta sejarah mara ke final perseorangan lelaki badminton Sukan Olimpik selepas kemenangannya ke atas Lee Hyun-il kelmarin, sudah cukup menceritakan kegembiraan dan kelegaannya. Namun tiada siapa yang tahu di sebalik air mata gembira itu, tersembunyi duka yang ditanggungnya sendirian apabila isterinya, Latifah Sidek yang menghadapi masalah buah pinggang, dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi awal pagi kelmarin. Begitupun, seperti tentera yang bertempur di medan perang, Misbun akur menanggung segalanya sehingga misi terakhir anak didiknya itu diselesaikan malam ini. Ikuti perbualan Misbun yang meluahkan isi hatinya kepada Pengarang Sukan, Norbakti Alias.

SAYA anggap diri ini sudah melalui dugaan maksimum dalam Sukan Olimpik. Jika pada 1996, anak perempuan saya terkorban dalam kemalangan jalan raya beberapa hari sebelum saya berangkat ke Atlanta, kali ini keadaan isteri saya (Latifah Sidek) yang kurang sihat akibat masalah buah pinggang tetap bermain di fikiran.



Dia (Latifah) baru dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tinggi awal pagi Jumaat lalu dan saya tidak memberitahunya kepada sesiapa. Siapa yang tidak bimbang apa lagi dialah yang menjaga makan minum saya dan tempat saya meluahkan perasaan.

Tiada siapa yang tahu perasaan dalam hati saya ketika ini. Malah, apabila mengenangkan semua ini, ia boleh membuatkan saya menangis. Ini adalah ujian besar yang memerlukan saya membuat pengorbanan besar.

Syukurlah isteri saya memahami tanggungjawab saya selama ini, biarpun jauh di sudut hati, saya mahu berada di sisinya dalam keadaan seperti ini.


TAK TERKATA: Chong Wei memeluk 'sifunya' Misbun selepas menewaskan Lee Hyun-il untuk mara ke final, kelmarin.


Sebab itu, setiap kali bila saya berada di Kuala Lumpur, saya pastikan dapat menghantarnya menjalani rawatan dialisis untuk mencuci buah pinggangnya walau sesibuk mana sekali pun saya mengendalikan latihan.

Namun isteri saya selalu berkata,"Itukan kerja papa (melatih pemain), jalankanlah tanggungjawab itu,". Tapi, biarlah saya korbankan juga sedikit masa untuk dirinya kerana dia sudah terlalu banyak berkorban untuk diri saya seperti sekarang apabila terpaksa bersendirian di hospital tanpa saya.

Mujur Chong Wei juga memahami situasi saya dan ada kalanya meminta saya menguruskan 'auntie' terlebih dulu sebelum melatihnya. Sikap memahami yang ada pada isteri dan Chong Wei sering membuatkan saya rasa terharu.

Ia sememangnya memberikan kesan yang mendalam buat saya kerana ada masanya tumpuan agak berbelah bagi. Tapi, saya tidak boleh tunjukkan kepada Chong Wei kedukaan saya kerana ini boleh memberi kesan kepada persiapannya.


SERIUS: Chong Wei amat patuh dan akur dengan setiap arahan Misbun.

Untuk berjaya, kita perlu ada fokus kepada apa yang mahu kita lakukan dan itulah juga yang saya terapkan kepada Chong Wei.

Saya sekarang berada di Beijing dan fokus utama pastinya kepada persiapan Chong Wei agar mampu memenuhi impian awal saya yang tidak tercapai sebagai pemain iaitu menjadi pemain nombor satu dunia (ketika itu badminton tidak dipertandingkan di Olimpik).

Kejayaan Chong Wei adalah satu kegembiraan buat saya biarpun di dalam hati, Allah sahaja yang tahu perasaan sebenar saya setiap kali fikiran melayang kembali kepada isteri saya.

Kini saya mendoakan emas dapat dibawa pulang Chong Wei agar pengorbanannya dan isteri saya selama ini benar-benar berbaloi. Itulah juga ubat segala duka saya nanti.


SEDIH SUNGGUH AKU BACA KISAH NIE...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2008 12:05 PM | Show all posts
Mujur Chong Wei juga memahami situasi saya dan ada kalanya meminta saya menguruskan 'auntie' terlebih dulu sebelum melatihnya. Sikap memahami yang ada pada isteri dan Chong Wei sering membuatkan saya rasa terharu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2008 12:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2008 12:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 12:09 PM | Show all posts
kesiannya....menangis aku baca kisah ni

insyaAllah malaysia akan berjaya dpt emas utk negara...semoga pengorbanan misbun akan dibalas jua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 12:31 PM | Show all posts
terharunyeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2008 12:35 PM | Show all posts
demi negara sanggup berkorban...
insyaallah mlm nih chong wei mng...hiduup misbun..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 01:31 PM | Show all posts
sedihhh nyee bacaa. ...semoga pengorbanan misbun ni berbaloii....go malaysiaa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2008 02:12 PM | Show all posts
dugaan dari tuhan, banyak2 bersabo............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 03:37 PM | Show all posts
sungguh tinggi dugaan yg dihadapi oleh En.Misbun... ada hikmah disebalik dugaan ... semoga beliau dan keluarga beliau diberi kekuatan utk menerima ujian dgn penuh sabar ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 03:56 PM | Show all posts
ada hikmahnya.. insya Allah.. semoga berjaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 04:43 PM | Show all posts
xpe..kesabaran tu yang penting.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 05:41 PM | Show all posts
nnti CW dpt sejuta, mesti die kasik misbun separuh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2008 07:41 PM | Show all posts
ujian ini pasti besar hikmahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 02:18 PM | Show all posts
terharu plak aku membacanyer.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 03:07 AM | Show all posts
semoga misbun dan isterinya tabah menghadapi setiap dugaan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2008 12:45 PM | Show all posts
doa yang terbaik untuk isteri bang Misbun ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 1.188913 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list