View: 3739|Reply: 30
|
now every one can polygamy.....
[Copy link]
|
|
Hanya RM320 kos proses pernikahan di Narathiwat
Oleh Ismail Mat
[email protected]
PROSES MUDAH: Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Narathiwat Che Musa Che Awang (tengah) menikahkan pasangan yang berpoligami di pejabat MAIN, semalam.
Bayaran murah pikat pasangan rakyat Malaysia, warga Arab
NARATHIWAT: Proses pernikahan termasuk berpoligami, yang boleh diselesaikan dengan bayaran serendah RM320 oleh Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) di sini, bukan setakat menarik pasangan Malaysia, malah kini menjadi pilihan pasangan dari negara Arab untuk berkahwin.
Pendaftar Nikah MAIN, Ishak Mohamad, berkata keterlanjuran dalam hubungan serta halangan keluarga kini menjadi punca utama pasangan dari Malaysia lari berkahwin di Selatan Thailand, di samping hasrat berpoligami tanpa kebenaran isteri tua.
Kegagalan memenuhi keperluan hantaran, mas kahwin serta hadiah yang mahal pula, mendorong pasangan dari negara Arab datang berkahwin di pejabat itu, katanya.
"Ketika ini, purata setiap hari kami terima tiga pasangan luar negara datang bernikah di sini dengan majoriti pasangan dari Malaysia selain menerima pasangan dari negara Arab dan Russia, yang datang berkahwin di sini.
"Mereka hanya perlu membayar kira-kira RM320 ( 3,200 baht) untuk surat nikah dan pengesahan serta jurunikah tidak termasuk bayaran kepada saksi jika tidak membawanya bersama.
"Kami tidak menghadapi sebarang masalah menguruskan perkahwinan yang diharapkan pasangan terbabit, asalkan mereka memenuhi syarat ditetapkan, termasuk masuk ke Thailand menggunakan dokumen perjalanan yang sah serta mengisi borang yang disediakan untuk rekod.
"Kegagalan memenuhi syarat ditetapkan, termasuk jika ada bakal pengantin bawah umur, kami akan menolak permintaan mereka. Saya pernah menghalau pasangan yang datang untuk berkahwin tetapi enggan mengisi borang seperti ditetapkan," katanya kepada media Malaysia di sini, semalam.
Media Malaysia yang datang membuat liputan penyerahan pelajar tajaan Yayasan Pendidikan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di pejabat MAIN semalam, turut berkesempatan melihat sendiri proses pernikahan poligami pasangan dari Malaysia berusia lingkungan 30-an, yang secara kebetulan berlangsung di pejabat itu.
Lelaki dari Selangor itu membawa pasangannya yang berasal dari Negeri Sembilan, menggunakan khidmat orang tengah dari Kelantan yang mengenakan bayaran kira-kira RM800, untuk membawa mereka ke Narathiwat, kerana bimbang perkahwinannya terbongkar jika memohon untuk berpoligami di Malaysia.
Sebelum dinikahkan, pasangan terbabit menjalani temu duga ringkas oleh Ishak, yang menjelaskan implikasi perkahwinan mereka di Narathiwat serta kesan serta tanggungjawab yang perlu dipikul pasangan terbabit ekoran poligami itu.
http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html
 |
|
|
|
|
|
|
|
bolehlah para suami buat rombongan, lagi save budget  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 saatcham's post
Selain dari MAIN ada ke tempat lain... I mean dekat2 area Kedah ni.. best gak idea nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 blackmore's post
Kenapa Blackie.. tak percaya ker?
 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 manakautau's post
amboiiiiiiiii manakautaktau.... suka la kalau perkara2 gitu nih...
tapi...
that is what men all about..kan kan kan..kita serupaaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
korang yg lelaki nih. kalau topik cenggini suka benor.  |
|
|
|
|
|
|
|
ini untuk yg kawin sorok dari pengetahuan ke bawah duli bini pertama la ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 manakautau's post
pasrah la tu namanya... |
|
|
|
|
|
|
| |
|