CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 36281|Reply: 51

Sembang2 Pasal Jersi Bola (Original saja)

[Copy link]
Post time 27-8-2008 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua..

First of all maafkan aku sebab selama ni aku menghilang lama jugak daripada Forum Cari ni.. Ada yang tertanya2 aku still ada lagi ke tak... sebenarnya ada lagi. Cuma aku sebelum ni dulu lebih sibuk kat Football Lounge di forum Lowyat. Kemudian daripada situ aku dan beberapa jersey collector dari forum Lowyat pun tubuhkan satu 'society' yang dikenali sebagai My Football Jersey Collectors (My-FJC) dan kami ada member2 daripada Malaysia, Indonesia dan juga sorang dua otai dari Hong Kong (nama dia Michael Yip, tengok jelah ke'otai'an koleksi dia di sini: http://www.liverpoolkits.com) dan dari UK (nama dia Simon @ Shakey, ni koleksi dia: http://www.matchworn.co.uk).

Anyway sapa2 yang berminat nak join 'society' kami yang benar2 berminat mengumpul jersi2 original (replica, player issue atau match worn) atau nak berjinak2 atau mula nak belajar, PM aku.

So itu sebab aku senyap sikit.. tapi aku rasa rindu lak kat forum cari ni.. So aku leh la share sikit info2 pasal jersey yang aku ada kat sini untuk pengetahuan korang semua. Tujuan dia satu, supaya leh bantu korang yang nak belajar pasal nak tau jersi bola ni ori ke tak, cara2 untuk buat DIY (jangan terkejut) dengan jersi-jersi korang, di mana tempat terbaik nak beli jersi original (leh dapat murah) dan lain-lain.. Semuanya atas satu matlamat, nak membantu korang beli jersi original.

Disebabkan dah ada thread 'Koleksi Jersi', aku rasa elok kalau kita tumpukan pasal perbincangan pasal jersi bola di thread ni..

One love.. football jerseys.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2008 04:03 PM | Show all posts
Bagus topik nih....kebetulan ko pun 'otai' jersi (aku pernah baca tulisan2 ko seblum ni) so aku nak tanya pasal jersi Malaysia terbaru...leaked picture dah ada...mana dorang dapat jersi tuh padahal Nike tak keluarkan pun lagi (secara rasmi la)....mmm confuse jugak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2008 04:05 PM | Show all posts

Reply #2 arjunadewa's post

Hahaha.. ada lah.. daripada sumber2 yang boleh dipercayai.

Sebenarnya baju tu Made in Indonesia. Salah sorang collector daripada geng kami ni kenai orang Nike Indonesia. So dia leh dapatkan la dan tunjuk kat kami.. hehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2008 04:47 PM | Show all posts
Apa itu 'replica size' dan 'player size' EPL nameset dan apa beza dia?

Untuk jersi2 EPL, tentu tak lengkap kalau jersi korang takder nameset atau EPL badges dipasang di atasnya...


Untuk pengetahuan korang, Chris Kay Limited telah memegang hakmilik untuk mengeluarkan nameset (nama, nombor dan badge) untuk EPL bermula musim 1996/1997. Sebelum ni, semua team2 EPL guna nameset rojak.. selalunya design dia based on jersey manufacturer dia.. misalnya kalau jersi2 umbro, nameset dia macam jersi2 dari koleksi aku/adik aku:






[size=85%] [size=85%] [size=85%]



Kalau jersi adidas, lazimnya dia punya nameset semua standard design sama:




Sama kes kalau jersi asics, lazimnya dia punya nameset semua standard design sama:




Oleh itu, bermula musim 1996/1997 Chris Kay mendapat lesen untuk mengeluarkan standard designed EPL Namesets (lettering and numbering).

Ramai orang tak tahu ni.... sebenarnya EPL nameset ada 2 jenis saiz: Replica size dan Player Size.

Replica size ni pulak, ada dua jenis.. Satu yang jenis baldu, tebal macam dijual kat kedai Al-Ikhsan di BB Plaza. Dulu dipanggil 'lextra' sebab Chris Kay guna term 'lextra' sebagai teknologi untuk memasang nameset dia... Bahan dia pun berkualiti, tebal, di bawah lettering/numbering dia, digunakan gam jenis serbuk mcm pasir. Dia kesat, bila dipasang di atas jersi menggunakan seterika atau dipasang menggunakan mesin pemanas macam ni:




gam jenis serbuk tu akan merekah dan cair.. dia lebih cantik bond atau lekat kat jersey sebab permukaan dia akan 'ngam' dengan gam jenis serbuk di belakang nameset dia dan susah nak lari dari kedudukan dia...

Satu lagi jenis ialah PU (polyurethane). Nameset jenis PU ni nipis.. plastic nipis yang licin dan rata dengan permukaan jersi tu. Kenapa ada jenis PU ni? Sebab dia lebih murah daripada jenis 'lextra' dan selalunya dia datang as one set. So kalau kat kedai2 sukan yang jual jersi2 replika di UK ni, diaorang suka guna nameset jenis PU sebab dia terus pasang on the go... Dia ni nipis macam sponsor2 kat jersey (AIG, Samsung, Carlsberg etc.. semua tu dibuat dari printing jenis PU jugak la).

Sekarang ni hampir semua UEFA Champions League nameset dan liga2 lain seperti La Liga, Serie A dsb guna nameset jenis PU. So nameset dia dijual dalam satu set nama, bukan secara individu (harga bergantung berapa jumlah huruf atau nombor).

Kat Malaysia, Al-Ikhsan dan kedai Real One (di bawah kedai Al-Ikhsan di BB Plaza) jual nameset jenis 'lextra' sahaja...

Player size ni pulak, adalah nameset yang dipasang pada jersi yang dipakai oleh player masa diaorang main dalam EPL matches... Saiz dia lebih besar lagi daripada yang replica size. Dulu kat Al-Ikhsan dan Real One, diaorang jual nameset jenis replica size sahaja sebab untuk jersi2 kanak2, takleh pasang yang player size.. lagipun player size lebih mahal daripada replica size.. Dan satu fakta penting, semua player size EPL nameset dibuat daripada 'lextra'.

Nak tengok perbezaan antara nameset player size dan replica size?

Perbezaan untuk nameset dan badge EPL musing 1996/1997 hingga 2006/2007:

  
Jelas huruf2 player size lebih besar daripada replica size.


Jelas nombor player size lebih besar daripada replica size.



Jelas badge player size lebih besar daripada replica size.




Satu lagi perbandingan antara replica EPL badge dan player sized EPL badge


Sebab nameset player size ni tak dijual di Malaysia (kat Al-Ikhsan atau Real One), aku dulu selalu order daripada Singapore melalui ebay atau kirim kat kawan yang pergi ke sana. Malaysia ni dapat supply jersey daripada Singapore. Singapore dapat daripada Hong Kong. Hong Kong adalah main hub untuk jersey distribution di Asia Region.

Bermula musim 2007/2008, Chris Kay telah mengeluarkan design baru utk EPL nameset. Dan bermula 2008, hakmilik untuk mengeluarkan EPL nameset berpindah kepada Sporting ID:




Untuk nameset musim 2007/2008 ke atas pun, kes sama gak. Ada dua saiz, replica size dan player size. Kalau tak caya baca la guide dia kat bawah ni:



Kalau tengok kat guide di atas:

Player Size: Letters (53mm), Numbers (258mm), Short Numbers (104mm)
Replica Size (adult): Letters (47mm), Numbers (230mm), Short Numbers (104mm)
Replica Size (kanak-kanak): Letters (34mm), Numbers (165mm), Short Numbers (104mm)

Dan sekarang, kalau replica size.. dia hanya dibuat daripada PU plastic. Kalau lextra, dia adalah player size. So nameset yang dijual kat Al-Ikhsan dan Real One di BB Plaza hanya ada satu saiz saja, player size sebab dia dibuat dari bahan lextra (diaorang tak nak jual yang jenis PU plastic type, sebab takut customer ingat nameset tu fake. Walhal nameset PU adalah nameset yang paling popular dipasang pada jersi-jersi replika di UK).

Untuk EPL badge pulak, ada 2 saiz juga....


Sebelah kiri adalah player size EPL badge, sebelah kanan adalah replica size EPL badge

Berita baiknya ialah kat Al-Ikhsan dan Real One, EPL badges dia (normal EPL badge atau yang 07/08 Champions untuk jersi Man United) adalah player size. Aku dah check dah..  

Tapi kalau korang beli secara online daripada kitbag.com dan juga United Direct, dia akan pasang replica size nameset dan badges. Sebab kat UK mmg normal pasang replica size nameset/badges.



Bersambung...

[ Last edited by  faiz_azrai at 27-8-2008 05:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2008 09:39 PM | Show all posts
Apa itu replica issue jersey dan player issue jersey?


Sama seperti nameset, jersi bola ada dua jenis. Satu ialah replica issue dan satu lagi ialah player issue.

Nike, adidas, puma, lotto, diadora, kappa etc akan mengeluarkan dua jenis jersi untuk setiap pasukan atau persatuan bolasepak negara yang diaorang sponsor. Satu ialah untuk dipakai oleh pemain2 kelab/negara yang diaorang sponsor dan satu lagi adalah untuk dijual sebagai merchandise kepada penyokong2 kelab/negara tersebut atau untuk market jualan umum..

Player issue jersey ni lazimnya 'tak pernah dan tak akan' dijual oleh kedai2 sukan biasa.. seperti di Al-Ikhsan atau Real One.. Jarang sekalilah kalau nak beli jersi Player issue ni. Tapi kalau jersey collector macam aku, impossible is nothing. Heheheh.. Kalau nak beli jersi player issu, boleh dibeli di ebay atau daripada beberapa website sportsshop online seperti subsidesports.com

Player issue jersey ni pulak ada 2 jenis. Satu ialah yang brand new (match unworn) yang mungkin baki daripada stok kitman daripada kelab2 atau daripada pihak supplier Nike/Adidas dsb dan merupakan baki stok lama. Satu lagi ialah yang bekas dipakai oleh player tu (match worn). Yang ni memang paling payah sekali nak dapat. Kalau kenai orang yang boleh dapatkan jersi match worn ni, misalnya daripada sepupu player tu sendiri, senang nak dapat. Misalnya Michael Yip (www.liverpoolkits.com) kenal dengan anak sedara bekas pemain Liverpool, Mark Wark. Anak sedara dia akan menjual match worn jersi pakcik dia atau sesapa yang dia kenal daripada Liverpool FC. Simon daripada www.matchworn.co.uk pulak lagi best, pekerjaan sebenar dia ialah seorang kitman untuk salah satu kelab di England. Lagi senang nak dapat.. Rezeki depa la.

Kedua2 jenis jersi ni (player issue dan replica issue) ada perbezaan dia. So kalau mau belajar, ni information dia:


i. Jersi Player Issue Nike:


Ini adalah 2002-2004 single layer player issue Man United home long sleeve kit


Kalau kita tengok kat price tag jersi ni, nampak nombor style code bermula dengan angka '7', menunjukkan yang jersi ni ialah jersi player issue. 666 ni pulak colour code (warna merah untuk jersi-jersi man united.. warna setan. haha).


Perbandingan di antara jersi replica issue (atas) dan jersi player issue jersey (bawah) untuk jersi dari musim yang sama. Perhatikan bahawa tiada tag hitam nike di dalam jersi player issue.


Jersi replica version menggunakan material tenunan biasa kat bahagian bawah jersi di tepi (bawah ketiak) dan di belakangnya, tapi player issue jersey punya material memiiki lubang2 yang besar untuk 'air ventilation'


Kalau dibandingkan kat kain dekar collar pun berbeza


Di sebelah atas ialah 2002-2004 player version home goalkeeper shorts. Di sebelah bawah ialah 2004-2006 replica home shorts.


Untuk seluar home goalkeeper player issue ni, dia punya price tag menunjukkan 'style code' yang bermula dengan angka '7'.


Pada seluar home goalkeeper player issue di atas, dia ada kain di dalamnya yang berfungsi seperti seluar pendek dalam. Pada seluar home replica issue di bawah, dia ada kain di dalamnya yang berfungsi seperti seluar dalam (brief).


Kalau dilihat kain dalam di dalam seluar pendek home goalkeeper player issue (di atas), material dia sama macam kat baju home 2002/2004 player issue (ada lubang2 besar untuk ventilation). Kalau tengok seluar pendek home replica issue (di bawah), material dia plain saja macam seluar dalam biasa.


Di sebelah kiri ialah 2007-2008 Barcelona away player issue jersey. DI sebelah kanan ialah 2007-2008 Paris Saint German away player version jersey.
*Kalau dilihat di bawah jersi Barcelona away, tak ada tag kotak yang tulis 50 years anniversary Nou Camp seperti yang selalu ada kat jersi replica biasa.


Di dalam jersi Barcelona player issue, tak ada washing tags dan black nike security tag. Sebaliknya ada printed washing instructions di dalam jersi tersebut.


Sama seperti baju PSG away player issue.


ii. Jersi Player Issue Adidas:


Di sebelah kiri ialah 2006-2007 Liverpool player issue away kit dan di sebelah kanan ialah 2006-2007 Chelsea player issue away kit.


Kalau tengok kat price tag dia, barcode sticker dia terpapar tulisan 'PL'. Ini menandakan jersi ni jersi player issue. Kalau di bahagian bawah di hadapan jersi, replica issue jersi akan dicetak dengan logo 'ClimaCool' tapi untuk player issue dia cetak 'FORMOTION'.


Sama jugak pada jersi player issue adidas Chelsea.


Pada player issue jersey, kalau diterbalikkan jersi tu dan dilihat di dalamnya, di kawasan embroidery logo adidas dan club, akan ditambah satu lapisan tambahan untuk mengelakkan rasa gatal player di dada akibat geseran dengan embroidery adidas/logo kelab.


Jersi player issue juga ada bahagian yang di'gam', tidak seperti di jersi replica issue yang lazimnya akan dijahit


Di bahagian bawah jersi, kalau replica jersi akan ada logo berbentuk 'peanut' atau bola (untuk jersi baru bermula 2008), player issue jersey tak ada logo ni


Ini ialah contoh baju goalkeeper Liverpool player issue.


Di bahagian bawah ada dicetak logo 'FORMOTION'.


Di dalam jersi goalkeeper pun, kat kawasan ditenun logo adidas dan logo kelab, akan ada lapisan tambahan khas untuk mengelakkan rasa gatal di dada.

.. bersambung..


[ Last edited by  faiz_azrai at 27-8-2008 09:41 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2008 11:11 PM | Show all posts
Fuhhh cayalah!

Aku ada beberapa soalan untuk ko.

1. Berapa banyak dah ko keluar RM untuk jersi2 ko?

2. Aku selalu memikir, player2 kelab bola kat europe tu lepas abis game jersi yang dorang dah guna tu dibuat apa yer? Dijual? Dilupuskan? Disimpan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-8-2008 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by arjunadewa at 27-8-2008 11:11 PM
Fuhhh cayalah!

Aku ada beberapa soalan untuk ko.

1. Berapa banyak dah ko keluar RM untuk jersi2 ko?

2. Aku selalu memikir, player2 kelab bola kat europe tu lepas abis game jersi yang dor ...


1. Tak kira la bang.. bukan je jersi aku beli, tapi jersi goalkeeper, seluar, stokin dan jugak jersi training dan seluar training. Mungkin lebih daripada RM10k? Entahlah.. sebab kumpul sejak 1998 (first time beli jersi ori sendiri, nak mintak abah belikan dia tak mau belikan)

Tapi tak semuanya yang mahal2.. ada yang aku beli kat ebay, dalam RM100-RM190. Ada yang second hand orang jual. Ada sehelai tu wife kasi hadiah besday. Ada satu tu konon2 nak buat barang hantaran daripada wife masa nikah tahun 2006. Tapi kelakarnya aku yang beli sendiri + nameset dan badge. Lepas tu kasi kat dia dan dia letak kat bakul hantaran. Terkejut kawan2 aku tgk masa diaorang dtg tengok hantaran pengantin. Hehehe

2. Depends. Kalau EPL matches, diaorang lazimnya akan kasi kat kitman dan basuh dan pakai balik kalau still ok. Kalua dah rosak, terserah pada kitman. Semuanya atas budi bicara kitman. Selalunya end of season, kitman akan serahkan pada tujuan tertentu seperti auction, kasi kat player etc.

Semuanya atas rule kitman. Kalau kitman kasi player swap jersi, takper. Tapi lazimnya during end of season player leh la wat apa dia suka dengan jersi tu. Ada yang baling kat supporter dalam stadium.

Tapi kalau masa UEFA Champions League, adalah adat untuk swap jersey dengan lawan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 02:32 PM | Show all posts
Okeh. Next question.

1. Banyak2 jersi tu jersi mana satu paling banyak ko habiskan RM untuk dapatkannya dan berapa RM yang ko habiskan.

2. Banyak2 jersi tu jersi mana ko paling sayang / ada sentimental value pada ko.

Next....sambung la lagi artikel ko tuh...tgh syok baca ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2008 05:22 PM | Show all posts
woooo byk nyer jersi ko.....

beriban dah tentu abis ni......
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2008 09:08 PM | Show all posts
faiz_azrai macam mana dengan Jersi Jenama yang kurang popular dari Malaysia dan Thailand contoh macam jersi FBT atau Cheetah


aku tengok tak der pun beza dengan Player Jersey atau Replica... ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2008 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by arjunadewa at 28-8-2008 02:32 PM
Okeh. Next question.

1. Banyak2 jersi tu jersi mana satu paling banyak ko habiskan RM untuk dapatkannya dan berapa RM yang ko habiskan.

2. Banyak2 jersi tu jersi mana ko paling sayang / ad ...


1.Mesti ko tak caya jawapan aku ni.. baju ni:




Sebabnya aku beli kat Real One.. aku jarang beli baju brand new dari kedai. Most of the time beli dari ebay atau kitbag.com.

Harga baju tu je RM259. Selalunya leh diskaun tapi depa tak kasi sebab baju ni size dia special sikit (3XL). Memang labuh gila.. hehe..

Nameset aku order daripada kawan aku (ebay seller) dari Singapore melalui ebay:

EPL Player size letters (ROONEY) = 6 x USD2.50 = USD15.00
EPL Player size number (8) = 1 x USD10.00 = USD10.00
EPL Player size badge = 1 pair = USD14.90
Shipping vis Singapore registered airmail = USD3.00
Sub-total = USD42.90 atau RM145++

Total price: RM259 + RM145 = lebih kurang RM404

Selalunya beli rojak style la. Baju beli kat internet atau ebay pastu pasang nameset dan badge.. so harga tak menentu. Paling mahal kalau beli brand new dari kedai kat Malaysia ni sebab kat Singapore lebih murah daripada RM259 (RM200 lebih)

2. Semua aku sayang. Tapi paling aku sayang:




Sebab pada aku, inilah jersey Man United yang paling smart dan paling best design dia.. Warna hitam. Even Ryan Giggs and Andy Cole also said this is their favourite jersey.

Originally posted by HangPC2 at 28-8-2008 09:08 PM
faiz_azrai macam mana dengan Jersi Jenama yang kurang popular dari Malaysia dan Thailand contoh macam jersi FBT atau Cheetah


aku tengok tak der pun beza dengan Player Jersey atau Replica... ???


Jersi2 jenama yang kurang popular, so far aku tak nampak sgt ada beza. Aku tak berapa expert sangat pasal jersi local, tapi aku pernah tengok jersi player worn dari kawan aku masa dok kat Ipoh dulu. Dia dapat jersi tu yang dicampak daripada player ke penonton stadium.. hehe.. Untung dia. Baju tu sama je.. Masa tu Perak pakai diadora. Lama dah dulu.. time Azizol Abu Haniffah ada lagi.

Kalau FBT dan Cheetah, aku rasa takder beza antara jersi yang dijual dengan apa yang player tu pakai.

Tapi kalau brand2 macam adidas dan umbro, even sejak 80an lagi ada beza. Misalnya kalau baju replica utk merchandise, umbro dan adidas punya logo (umbro diamond dan adidas trefoil logo) akan cop foam embossed kat baju replica tapi kat baju players, dia embroided. Sama macam logo kelab jugak, baju replica logo dia cop foam (foam kembung macam span) tapi baju players dia embroided.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2008 08:15 PM | Show all posts
Lagi nak tanya....kalau aku nak beli jersi dari ebay, macamana aku nak pastikan jersi tu ori atau pun tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2008 12:58 AM | Show all posts
Originally posted by arjunadewa at 29-8-2008 08:15 PM
Lagi nak tanya....kalau aku nak beli jersi dari ebay, macamana aku nak pastikan jersi tu ori atau pun tak?


1. Check feedback seller tu. Kalau banyak feedback dan % positive dia high atau 100%, ada good chance dia menjual barang original.

2. Tengok kat sales page dia, ada tak sebut nama 'nike' atau 'adidas'. It is illegal to sell fake stuff if it's manufacturer's name is mentioned kat ebay sales page.

3. Dulu fake jersey cuma ada XL size je. Sekarang dah ada fake M size jersey. So kebarangkalian jersi fake size XXL atau S, L adalah sangat tipis. Especially XXL hahaha..

4. Kalau jersi tu pelik sikit jangan beli. Contoh bagus:

http://cgi.ebay.co.uk/Barcelona-Anti-Racism-14-Henry-Gold-Size-XL_W0QQitemZ190247551604QQihZ009QQcategoryZ123614QQcmdZViewItem




Tak pelik ke jersi ni. Stand up speak up punya kempen masa tahun 2004. Masa tu Henry masih lagi kat Arsenal. Tengok design nameset pun nampak sangat tiru Barcelona punya nameset last season.

5. Tanya seller tu, boleh tak ambil gambar inside tag (washing tag) dia.. jersey original mesti ada washing tag yang betul dengan instructions yang betul macam ni:


Ini utk washing tag jersey nike Asian market. Kalau European market lain, nanti aku citer lagi..


Ini washing tag untuk adidas jersey yang latest


Kalau dia punya washing tag (inside tag) macam cap ayam je (kat sebelah kanan) camni:
[size=85%]

Ada tag 'M' lagi. Nampak sangat fake.


6. Kalau harga tu terlalu murah untuk baju baru, jangan percaya sangat.

Contoh 2 kedai ebay yang menjual semua baju fake:

http://stores.ebay.co.uk/Gena-Shop-20830

http://shop.ebay.co.uk/merchant/mrbest08 (yang bestnya seller ni orang Terengganu.. dekat dgn Siam tuu.. hehe)

Tengok sendiri, baju saiz XL dan M. Ada baju pelik2 lagi.

Apapun, kalau nak baca kisah sedih aku dulu kene tipu dengan ebay seller, baca kat sini: http://christopherd4965-scam.blogspot.com/2006/12/hello.html
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by faiz_azrai at 29-8-2008 05:52 PM

Jersi2 jenama yang kurang popular, so far aku tak nampak sgt ada beza. Aku tak berapa expert sangat pasal jersi local, tapi aku pernah tengok jersi player worn dari kawan aku masa dok kat Ipoh dulu. Dia dapat jersi tu yang dicampak daripada player ke penonton stadium.. hehe.. Untung dia. Baju tu sama je.. Masa tu Perak pakai diadora. Lama dah dulu.. time Azizol Abu Haniffah ada lagi.

Kalau FBT dan Cheetah, aku rasa takder beza antara jersi yang dijual dengan apa yang player tu pakai.

Tapi kalau brand2 macam adidas dan umbro, even sejak 80an lagi ada beza. Misalnya kalau baju replica utk merchandise, umbro dan adidas punya logo (umbro diamond dan adidas trefoil logo) akan cop foam embossed kat baju replica tapi kat baju players, dia embroided. Sama macam logo kelab jugak, baju replica logo dia cop foam (foam kembung macam span) tapi baju players dia embroided.
...




Nampak nyer kene tanya aizuzan ...... aizuzan erghh lama tak masuk kat sini ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2008 07:40 PM | Show all posts
Apa kesudahan kisah fake jersey tu? Dia pulang balik tak duit ko?

Next question. Aku tau ko pengumpul jersi kategori tegar...he he he...dalam banyak2 jersi yg ko ada, ada tak yang ko jual balik ke orang lain. Kalau ada kenapa? Ko tak sayang ke jersi tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2008 11:42 PM | Show all posts
Originally posted by arjunadewa at 30-8-2008 07:40 PM
Apa kesudahan kisah fake jersey tu? Dia pulang balik tak duit ko?

Next question. Aku tau ko pengumpul jersi kategori tegar...he he he...dalam banyak2 jersi yg ko ada, ada tak yang ko jual bali ...


Kesudahannya, tak jadi apapun. Aku dah raise dispute dengan ebay. Ebay ni bangang betul, dia mintak aku dapatkan pengesahan daripada pihak pengeluar (nike) untuk confirmkan yang baju tu fake. Korang sendiri tengok pun tau benda tu fake kan? Mata kasar pun tau, tapi ebay memang bangang.

Aku pun pergi la ke pejabat Nike Sales Malaysia kat The Curve, Damansara. Sembanglah dengan Marketing Manager dia, siap dapat info lagi macam2 pasal Nike punya marketing strategy.. Anyway diaorang amik baju fake tu sat, kirim ke Nike Hong Kong tapi Nike Hong Kong tak mau tolong sebab baju tu aku beli dari internet. Hampeh betul.

Last2 dispute tu aku tak menang lah.. so aku balas dendam la tulis blog tu. Mat salleh tu tak puas hati gak, ada beberapa kali dia try nak ym dengan aku, tapi aku tak layan dah.. nampak sangat dia nak try kelentong aku.

Pasal baju aku jual balik, ada gak. Kalau ko tengok blok aku (faizazrai.blogspot.com) kan ada aku listkan jersi2 yang aku dah jual kat orang lain. Tapi aku menyesal jugak especially baju2 goalkeeper tu. Takperlah, lain kali aku fikir 2-3 kali la.. Aku ada baju2 yang nak aku jual kalau sesiapa berminat.. Tapi baju aku ni European size, so permintaan tak memberangsangkan.. hehehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2008 03:20 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 29-8-2008 06:42 PM




Nampak nyer kene tanya aizuzan ...... aizuzan erghh lama tak masuk kat sini ?


uhuk! terbatuk aku....ada org sebut nama aku ka? hahaha....sorry la geng dah lama tak  lepak sini.....sebab dah bnyk main jersi fake....aku kureng jersi fake.....dun worry, hang  pc2, aku slalu usha gambar2 jersi dan gambar2 bola yg kau antar kat cari.com.....baguih!.......sebenarnya aku takla expert sgt jersi local ni....sikit ja jersi local yg aku ada......mostly match prepared or matchworn.....ada yg azman adnan nya......ada yg mokhtar daharinya........tapi kalau nak ckp jersi player untuk adidas zaman 80an, untuk kelab2 kat malaysia ni memang adidas trefoil dia printed on the dress.....tak mcm Europe, replikanya embossed dan player nya dijahit logo adidas trefoil.....kat bwh ni contoh jersi adidas matchworn  KL, Malaysia dan Selangor era 80an:-

Jersi Keeper KL


Jersi Keeper Malaysia


Jersi Selangor





[ Last edited by  aizusan at 30-8-2008 10:22 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2008 02:50 PM | Show all posts
WASHING TAG DI DALAM JERSEY

Salah satu cara berkesan untuk memeriksa ke'original'an jersey anda ialah dengan menyemak washing tag di dalamnya. Jersey original akan ada washing tag yang berkualiti dan jugak diselitkan dengan tag-tag lain yang menunjukkan ianya original. Washing tag ni lazimnya terselit di dalam jersey tu dan merupakan information yang sangat berguna untuk membimbing pembelinya cara-cara nak membasuh jersi anda yang mahal tu.. heheh

Untuk jersi Nike, diaorang ni unik sikit sebab setiap market ada washing tag yang berbeza.

Kalau jersi Nike untuk market Asia, begini rupa washing tag dia:




- Nampak kat washing tag tu ada tulis 'C', 'E', 'T', 'J' dan 'K'. C is for China, K is for Korea, E for English, T for Taiwan and J for Japan.
- Untuk C (China), China ada cara sendiri untuk define shirt measurement. Contohnya 170/88A di atas bermaksud 170cm utk height dan 88cm untuk ukuran dada. A untuk figure type A. Kalau 185/100 pulak utk height 185cm dan 100cm ukuran dada with figure type A. Memang complicated sikit chinese sizing ni. K (Korea) pulak simple je, 100 = M, 105 = L, 110 = XL, 115 = XXL.

* Asian tag ni first time diperkenalkan pada pertengahan tahun 2006. First jersey yang pakai tag ini utk Asian market ialah jersi2 Nike musim 2006/2007. Sebelum ni jersi asian market pakai washing tag jenis US market.

Kalau jersi Nike untuk market Europe, begini rupa washing tag dia:



Kalau jersi Nike untuk market US, begini rupa washing tag dia:



Kalau jersi Nike untuk market South America, begini rupa washing tag dia:



Untuk jersi adidas, tak ada perbezaan antara market untuk washing tag dia.

Washing tag dia mostly macam ni:





bersambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 01:53 PM | Show all posts
faiz_azrai  jersi size XL yang paling besar lah  untuk Jersi '' Player '' dengan Jersi '' Replica ''


Size Euro ?  dengan Size Asia ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2008 09:27 PM | Show all posts

Reply #19 HangPC2's post

Aku tak faham soalan ko..

Size paling besar ialah XXXL dijual di market. ada lagi besar, XXXXXL pun ada tapi untuk maskot atau dihamparkan di padang atau stadium.

Apa soalan ko sebenarnya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.163713 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list