CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4586|Reply: 26

bini suka intai SMS... tee hee!!

[Copy link]
Post time 31-8-2008 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Wanita suka intip SMS

Kajian dapati 73 peratus putus hubungan selepas baca pesanan

SYDNEY: Seseorang yang suka memeriksa mesej teks pasangannya bukan bersendirian dalam melakukan perkara itu kerana tinjauan di Australia menunjukkan satu dalam tiga pengguna telefon bimbit adalah pengintip khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan hasilnya selalunya memilukan.

Tinjauan secara online itu, yang dilakukan bagi pihak pembekal perkhidmatan telekom, Virgin Mobile Australia, menunjukkan wanita lebih berkemungkinan memeriksa telefon pasangan mereka secara rahsia berbanding lelaki.


Ia juga mendedahkan 73 peratus pengintip SMS itu menemui perkara yang mereka berharap tidak diketahui dan 10 peratus memutuskan hubungan disebabkan pengintipan SMS.

"Dalam masyarakat yang menyaksikan kita jarang membiarkan telefon bimbit terlepas daripada pandangan dan agak mengagumkan apabila memikirkan seseorang akan memeriksa kita sebaik kita memasuki bilik mandi walaupun seketika," kata jurucakap Virgin Mobile, Amber Morris, dalam satu kenyataan.

Lebih 500 pengguna telefon bimbit di Australia berusia antara 18 dan 29 tahun ditanya pendapat mereka oleh firma pasaran penyelidikan Julai lalu.

Tinjauan mendapati 60 peratus mengintip mesej teks apabila pasangan mereka berada dalam bilik air, manakala lebih 41 peratus melakukan apabila mereka berada dalam bilik yang sama.

Hampir 45 peratus berkata, mereka menemui teks menggoda atau seksual, dari tidak memberi sebarang masalah kepada berbentuk grafik.

"Dengan banyak jenis komunikasi tersedia hari ini, sukar untuk mengesan di mana pasangan anda berada atau dengan siapa mereka berbual dan bila.

"Perbuatan menggoda sudah lama berlaku tetapi hakikat ia kini boleh dikesan menerusi telefon menjadikan pasangan yang bimbang sebagai pemeriksa teks paranoid," Virgin Mobile memetik penulis dan pakar hubungan, Samantha Brett, sebagai berkata.

Brett juga menasihatkan pengintip SMS supaya berhenti berbuat demikian.

"Jika anda mengesyaki pasangan anda menyembunyikan sesuatu, berbincang mengenainya. Memeriksa teks boleh menjadi sesuatu yang kejam, dan boleh dielakkan dengan mudah ," katanya. - Reuters



tak yah bini......gf pun dok sebok nak tau sms  worang lelaki.......apa kejadahnya... aku broke up dgn goffren aku dulu pun pasai SMS ler..  bukannya SMS gedick... tapi  still dok menyebok..  nak tau  cissssss     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2008 07:25 PM | Show all posts
yg fomfuan bonggok in denial jerk subscribe perkhidmatan tuh...
dier tengok sms2 cam tuh jerk...dier tak percaya..
nak buka mata besar2 dier suroh PI investigate..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 08:41 PM | Show all posts
urm..dah lame kwn pun dorg suka cek ek..ape la. bukan smua bila nk jumpa kapel masing2 del dulu smua ke..langkah berjaga2..haha..tapi tak tau la kalu nasib tak baik..kantoi jugak..jadi elakkan..

aku malas nk cek..lagi bnyk cek..lagi bnyk gaduh...sbb aku mlas nk gaduh aku tak cek..harap dia jujur..tp mmg jujur pun....alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 08:49 PM | Show all posts
bias jer..

artikel kat atas, tak kata pun bini jer yang suka check sms neh..

kose nak check.. sms aku sendiri pun selalu jer lambat aku baca.. neh kan pulak nak check hp orang
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 09:38 PM | Show all posts
aku memang tak pernah nak check hp suami,sebab memang sah2 sms yg masuk didelete.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 09:42 PM | Show all posts
Originally posted by voiletiris at 31-8-2008 09:38 PM
aku memang tak pernah nak check hp suami,sebab memang sah2 sms yg masuk didelete.


he..he...maknanya dia ada rahsia lah tu...mungkin dia kerja ngan CIA kot?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2008 09:50 PM | Show all posts
ala..wat cam haku...tukar je hp bila2 suka...kalo dia taknak, tanya selamba, ada apa2 rahsia ke bang?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by norsha at 31-8-2008 09:50 PM
ala..wat cam haku...tukar je hp bila2 suka...kalo dia taknak, tanya selamba, ada apa2 rahsia ke bang?


Takderlah..nanti urusan pejabat ker..member call ker..u pulak nak jawab?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2008 10:03 PM | Show all posts

Reply #8 nighunter71's post

aku selamba je jawab..wife dia guna hp ni today..can u call other number...atau kalau aku malas angkat, aku sms je laki aku suruh call si polan polan...itu kalau aku kenal, kalau aku tak kenal, gerenti aku angkat..kecualiiii 'ahkak' aku lerr...nak mampussss....

now nie semua kawan2 kat office dia tau dia ada 2 number termasuk la boss dia...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 10:17 PM | Show all posts
Originally posted by norsha at 31-8-2008 10:03 PM
aku selamba je jawab..wife dia guna hp ni today..can u call other number...atau kalau aku malas angkat, aku sms je laki aku suruh call si polan polan...itu kalau aku kenal, kalau aku tak kenal, g ...


hormat dia kat u ya...

Mana u tau ntah2 dia ader nombor ke 3?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 10:24 PM | Show all posts

Reply #10 nighunter71's post

hahahaha...maybe...kalo part yg tu, aku takleh nak cakap apa2 la..walaupun dia penah kantoi dgn no. ke3 tu tapi tu pun 'akhkak' aku bagi present kat dia....nasib baik laa..kalo org lain, mau jenuh dia jawab...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 10:30 PM | Show all posts
Originally posted by norsha at 31-8-2008 10:24 PM
hahahaha...maybe...kalo part yg tu, aku takleh nak cakap apa2 la..walaupun dia penah kantoi dgn no. ke3 tu tapi tu pun 'akhkak' aku bagi present kat dia....nasib baik laa..kalo org lain, mau jenu ...


Abg night pernah guna taktik beli satu hp dan nombor baru yang tak pernah jejak ker rumah abg...

Samada kat opis or just tumpang simpan kat rumah member...jeng3x...

Saspen kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2008 10:39 PM | Show all posts

Reply #12 nighunter71's post

hehehe..kunci office dia pun i ada laaa...bila2 i suka, i pi...

tapi kalo dia simpan umah member..dunno laa..i have tried my best though...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 01:42 AM | Show all posts
Originally posted by norsha at 31-8-2008 10:39 PM
hehehe..kunci office dia pun i ada laaa...bila2 i suka, i pi...

tapi kalo dia simpan umah member..dunno laa..i have tried my best though...


Bak kata pepatah mat saleh..when there is a will..there is a way..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 05:19 AM | Show all posts

Reply #14 nighunter71's post

exactly!...we as human can just try our best..the rest is up to God to determine...

[ Last edited by  norsha at 1-9-2008 05:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 06:17 AM | Show all posts
Originally posted by norsha at 1-9-2008 05:19 AM
exactly!...we as human can just try our best..the rest is up to God to determine...


abg was talking on behalf of your hubby...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2008 11:56 AM | Show all posts

Reply #16 nighunter71's post

sejak bila lak my hubby ada pakai  representative?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 12:26 PM | Show all posts
aku ada sorang kwn...1 hp number, exclusive urusan opis saja, another no urusan peribadi dan kalau line yg 1 tu tak dpt, another 1 tu secret number, another 1 super secret number, lastly super duper secret number....aku tatau camana dia maintain lifestyle byk aktiviti2 gelap ni...tak pernah tersasul ke byk sgt nombor2 rahasia ni...tapi ya lah kan...lelaki ada 9 akal...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2008 08:21 PM | Show all posts
Originally posted by norsha at 1-9-2008 11:56 AM
sejak bila lak my hubby ada pakai  representative?


Ada....dia mintak masa persidangan UMNO baru2 nih..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2008 10:45 AM | Show all posts
ni kisah benar terjadi pada diriku....

GIni....terkantoi lah pulok somiku...saban malam ade jee sms yang masuk tapi dia tak tengok namun fon di sorok..so satu malam aku cek lah...mak aiiiiiiii!!!! seram sejuk perkataan yang kuar....mmg aku menyirap tapi kena relaks...aku tanyer dia sapa ni...dia kata salah nombor...he..he..dia ingat aku ni bodoh..aku amik no tu gi cek..dapatlah nama pompuan tu....alamat sekali...yang best tu pompuan tu bini orang ...anak pun dah berderet...so mmg lah sesama gatai...

Aku ni bukan pompuan mudah tewas..so aku relaks dan tanyer balik dia dah gabra...pas tu pompuan tu smsm aku call balik...aku cakap kalau ko nak laki aku amiklah ...aku dah malas....lagi pun I got nothing to loose...I have 5 wonderful children...kerjaya yang bagus ....so I buleh hidup tapi laki aku...I doubt he can sebab dah biasa hidup mewah...ha..ha..

Terus pompuan tu terkedu...dia kata laki aku goda dia...aku kata tk pelah...kalau 2 2 dah gatai...nakkk apa tunggu...aku pun tak inign dah!!!  He..he..yang best laki aku kata tak de lah....aku tahu laki aku tak  kan tinggal kan aku orang dah biasa idup mewah takkan nak merempat lah pulok...lagi pun mak mertua aku dan ipar duai semua sayang aku... he..he..

So laki aku pun memati kata tidak lah...sms tu memain je...

Haaa gini sesekali kena check dan jgn melatah ... amik no tu...gi cek sapa punyer...pas tu kenakan balik!!! Namun ko kena bersedia...jawapan nyer...ko kena kuat semangat dan lawan balik...menangis tak de guna tapi make sure sebelah somi sayang kat ekau....senang sikit nak mengadu kalau tak susah gak!!!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.080581 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list